Wednesday, September 7, 2016

Bukan senang


Assalamualaikum

Dah lama tak menulis, cuma sejak dah jadi pelajar dan start pegang laptop balik tetiba rajin nak berblog balik padehal kenyataan dia memang hazabedah hahaha.

Tak tahu nak rasa apa, cuma sejak jadi student degree sambil kerja ni bukan sesuatu yang mudah bagi seorang carl lesmana seperti aku.

Masa first week di USM lepas saja aku dengar lecturer duk kondem mood pelajar duk cerita itu dan ini macam susah ja, habis kelas masa dekat parking lot aku call mak

" mom can i stop my study ? i don't think i can do this mom "

siap cakap orang putih dengan mak sambil nangis okay. gila tak sedih. kau pergi kuliah lepastu kau tengok lecturer macam high high ja semua. aku firstly memang nangis call mak aku, sebab aku takut aku akan kecewakan mak aku.

lepas dah kena ceramah positif dari mak, keluar kereta lap air mata.

kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh?

yes aku sedih sebab aku takut aku tak boleh nak adapt dengan degree, sebab aku pun dah kerja. dalam hati, nak saja aku jadi fulltime student balik. tapi sebab aku still sayangkan job aku.

mak aih. malu doe orang sosial menangis, bagi talk kemain--
tapi itulah, anak dengan mak, sedih susah macam mana sekalipun mom always the best place to share everythings.

so aku dah set dalam minda, aku nak belajar baik-baik.
tetiba nak emosi. maigad hahaha

kbai. sekadar luahan gituuuu.


Saturday, August 27, 2016

Jadi Pelajar Balik


Assalamualaikum and hye to all readers.
Ya rabbi lamanya dah tak update blog ni, mungkin dah bersawang sawang dah. Maklumlah, bila dah kerja ni, masa untuk dunia sosial terpaksa dikurangkan. Terpaksa fokus pada kerja, yela dah angkat sumpah nak kerja elok elok dulu so kena la fokus kerja. HAHAHA

Ingat lagi, masa aktif berblog dulu kemain beli dslr bagai konon nak update blog selalu, tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni blog tak terupdate.  Maafkan saya dan keturunan saya hahahaha.



Okay okay--
Meh nak update, muehehe. Entri kali ni panjang dia agak-agak panjang sangat sebab aku memang nak update sekali ja, malas nak janji sebab confirm kalau ada part 2 tu entah zaman bila nak bersambung muehehe. Actually aku sendiri dah start sambung belajar balik, tapi as a pjj student lah. bukan fulltime ya. Alhamdulillah, permohonan nak sambung belajar di USM (Universiti Sains Malaysia) berjaya. Antara beribu ribu orang yang apply, Alhamdulillah im listed as one of the student akhirnya.


05/08/2016
Aku memang dah start cuti, so of course la pepagi lagi aku dah gerak balik Besut, Terengganu which is memang amek masa 4 ke 5 jam nak sampai ke Besut dari bumi pahang ni, memandangkan aku nak sangat bawak mom ikut sekali hantar aku masuk u eventho sebagai pjj student, (bangga okay dapat masuk u balik) sebab masa zaman form6 dulu, adalah sejenis orang tu style berbangga, depa duk cakap bahawa USM ni untuk orang pandai-pandai dan masa tu aku sememangnya kurang pandai dan tak pandai so aku memang tak expect aku dapat masuk USM, so kepada orang yang cerdik pandai tu, aku dah buktikan aku dah masuk USM jugak. muehehe. Sampai-sampai besut, aku memang panik la sebab aku tak prepare apa-apa pun nak masuk U weh, korang faham kan. haha aku bajet masuk u ni pakai packing barang pakaian dan kelengkapan aku ja, NO WAY MENNNN. tak seperti yang aku fikirkan.


Balik rumah mom adalah syurga bagi aku, sebab mom tak berleter pun, malahan mom siap packingkan barang-barang aku. Untuk kali ni nak masuk u, kena bawak bantal sendiri, cadar sendiri, selimut sendiri, lepastu kelengkapan mandian sendiri. Bagi aku yang dah kerja ni, aku bajet bajet masuk u ni macam nak pergi kursus la semua orang sediakan *palaotak dia carllesmana HAHA. semua kena sediakan sendiri.




06/08/2016
Siap warning mom suruh kejut subuh lepastu boleh pulak aku pergi tido balik lepas subuh, sebab penat okay. Sebab sehari sebelum aku balik besut tu aku berada di kuantan, so aku drive dari kuantan ke jerantut rumah aku, then drive balik besut. Penat dia nauzubillah ! so dalam pukul 11 gitu siap packing bagai so bergeraklah dari bumi besut ke bumi pulau pinang melalui Grik, Tasik Banding dsb. Aku sampai-sampai di bumi kedah jam 4 petang which aku stop dulu rumah abang angkat aku di Kulim, Kedah. So rehat rehat kejap lepastu chillakkk. Dalam pukul 6 lebih aku gerak pergi rumah cousin aku di Pulau Pinang. so dia punya letih dan nervous nak masuk U, malam tu aku tak lena tidur. Serius aku punya bedebauuuu sebab takut dapat roommate tak boleh sekepala dengan aku muehehe.


gambar ni aku snap pakai SJCAM, sebab aku tak mampu nak bergopro muehehe. masa ni dekat hentian titiwangsa, bapok ah sejuk atas ni.




yang ni aku lupa nama dia apa, yang jelas ada claypot, nasi kandaq claypot kot. ok aku tibai ja nama dia. hahahaha yang ni, aku pekena di kulim, kedah. masa ni abang aku yang bawak mai pekena nasi kandaq claypot






mom, of course la penema setia aku. tanpa dia haru biru aku, mom pa aku and semuanya lah. sebab eventho dah berdikari, tiap tiap bulan mom wajib kena datang rumah aku jenguk anak dia ahahaa.





07/08/2016
So, hari ni adalah hari melaporkan diri. Yeah im so excited! memang eksitedddd amat ah, nak sambung belajar kan. Pagi tu sepupu aku yang hantarkan, kitorang konvoi which is aku dan mak aku and kereta sepupu aku. So lepas dorang hantar bagai, aku ni macam nak nangis dah. Siap plan dalam hati, kalau dapat roommate tak best habis kelas pukul 10 malam aku chow balik rumah.

Alhamdulillah, masa tengah daftar bilik di Desasiswa Indah Kembara (aku dapat desa ni as penginapan aku),aku whatsapp la dalam group belajar aku which aku amek kos SOCIAL SC, sosiologi Antropologi. whatsapp dalam tu tanya pasal roommates, group tu dah 2 bulan aktif tapi kitorang tak pernah jumpa, so tengah kalut kalut aku decide nak roommate dengan kawan aku sendiri, iaitu Fir, dia tua 2 tahun dari aku which is dia 23 and aku 21 muehehe. Sebab aku bajet, usm akan letak kita random. Apa lagi. seronok dia macam beronok-ronok la. Lepas setel daftar bilik, aku chow dulu ikut sepupu aku balik rumah lepastu jenjalan di penang. sebab aktivti keesokan harinya.


Ni, abewe atau nama dia Hazwan, dia satu negeri dengan aku. Abewe orang terengganu, and yang tengah dukung anak tu isteri abewe. Pasangan duorang ni sangat sporting, btw abewe antara orang pertama aku jumpa di besut. tapi abewe ni citizen bumi penang haha






Ni Firdaus, dia roommate aku, dia asal putrajaya tapi kerja di terengganu. aku dengan dia boleh ngam lah. seminggu dengan dia, memang kamcengggg gila ah. Bagai pasola dengan pramlee. eh eh salah pulak ahahaha.




Ni katil aku, beg tu besar and berat nak mampossss. aku suruh anak sepupu aku yang angkat sebab aku memang takleh angkat berat. inilah dunia aku untuk seminggu, paling tak leh blah kipas no 5 tapi pusing dia macam no 1. aku kemain la bengang tapi sebab roommates aku baik orangnya, jadi aku pun sabar hahaha.





ni semua tulang belakang aku, baju hijau suami sepupu aku, duorang ni cikgu ni smk apabenda entah di pulau pinang nuh hahaha aku pun lupa, yang baju oren ni anak sepupu aku aka pa aku hahaha dia tolong segalanya. 








tang ni ajak selpie lak, akak akak ni semua kenalan aku dah 2 bulan hahaha sebab lepas dapat tau masuk u aku teruih create group wasap hahaha.






Jantung hati. Syurga aku. Mekasih mak untuk segalanya, eventho abang belajar pun mak still support abang.






Ni pasemboqqqq, makan sampai kenyang. pinggan pertama sedap gilos, mai pinggan kedua maafla tetiba rasa pasemboq ni tak sedap hahahaha. statement kejam! harga pasemboq sepinggan ni RM32 hinggit di Padang Kota Lama.




so kat bawah ni bergambar sikit ala ala retis =)







08/08/2016
Aku hari ni, kemain skema ya Ampun, bertie siap ! kalau ah aku tahu usm ni freedom worldwide takdaknya aku pakai tie, tapi sebab fir duk suggest aku kata  " orang jkm kena pakai tie. lambang berwibawa" poooodah, hahahaha

Masuk dewan, aku tengok orang lain steady ja pakai biasa-biasa. HAHAHA. jadual kitorang tak pack sangat sebab team aku tak amek sains, so ada gap tu kitorang bebas la bergerak kemana kesini.


Kemain berbaju purple bertie siap macam nak bentang kes macam hari bekerja hahahahaa




selfie dengan akak dari kementerian yang sama dengan aku yang tengah angkat tangan tu, and akak beruniform hahaha tak nak mention dia kerja apa. kang kena soal siasat nanti =D



Haruslah duduk bersama ! Seminggu jadi skandal aku kahkahkah 





Dia punya daftar kena beratur bapek ah panjang ! Jenuh aku, tapi aku kan overdose so aku buat kerja gila la hahaha




Setel beratur panjang, kami semua awal awal lagi dah siap so pergi la kedai mamak dalam USM tu, sebab aku memang tak breakfast lagi so memang lapauuuu dia tahap nak telan orang.






Amek berkat, 5 tahun lagi aku bergambar macam ni depan ni hahahaha






Jantung aku, without them i maybe not be able to stand. Tepi aku, abewe, abefir, pakai tudung purple zaimah aka zaim atau joyah(aku bahan dia) dan kakyong yang depan sekali.hahahaha





Muka aku dah jadi jerangkung. effect putih dan baju putih so jadilah muka aku berkepala sahaja. ini kad pelajar aku hahaha
-
-
-
-
-
-

so kat bawah ni adalah gambar makanan pemes di penang, nasi kandaq beratoq. Rege dia aku tak pasti, tapi aku boleh go on la dengan nasi ni. sodapppp !



Muka-muka yang tak kan berpecah. see bestfriend. semoga kita susah senang sama-sama lepastu kita grad sama-sama lepastu jadi BOSSSSS sama-sama. HAHAHAHA







Ni, lepas makan kakyong bawak melawat office dia Anjung Singgah di penang, masa nak balik ni lah kereta aku merajuk, sampai tak hidup. nasib ada dorang susah senang aku seminggu. kalau aku ni fleksibel maunya aku kiss sensorang tanda mekasih sebab ada dengan aku hahahaha.






09/08/2016
Aku kemain siap gosok baju putih aku, sebab hari ni wajib pakai baju putih, dan dan masa nak pakai aku terperasan ada kotoran sikit ja, cinonet warna kuning setitik di bahu, so apa lagi aku bahan pakai kot la weh, time tu aku rasa segan gilak, sebab aku sorang ja pakai kot, so bajet-bajet hot la jawabnya. hahaha.


Pakai kot okay. macam nak conference case JKM ja, hahaha




selfie is wajib tetiap pagi muehehe.





Paparazzi everywhere. malu aku, gambar aku kena curi time aku tengah berjalan, lepastu post dalam group " NAK KEMANA TU " hahaha. btw tu la aku kata, depa semua ni kelakaq nak mampuih =)




Janji setia sehidup semati 5 tahun kahkahkahkah




Ni kakjune, orang paling geng dengan aku. haha aku siap kutuk dia tau mula-mula, kalau tahu aku bajet dia ni gemuk, lepastu aku bajet muka dia dah kertu, lepastu aku bayang dia garang. sebab masa penubuhan group wasap tu kakjune ni cakap dia orang paling tua antara kitorang semua, yela masa tu baru beberapa orang dalam group. Rupanya bila jumpa, cantik weh orang dia, lepastu muda, lepastu tak garang, lepastu aku siap mintak maaf dengan kakjune ni, sebab aku bajet aku bajet nama dia JUNIT atau JUNAIDAH and so on atas bayangan kau hahaha tapi kakjune ni amatlah humble orangnya, baik lepastu layan aku macam adik dia okay. kalau kakjune baca confirm dia gelak hahaha






Jom makang ! Lokasi : Padang Kota Lama.





Malam melepak, sebab roommate aku hilang, aku ajak kakyong and zaim pekena mekdi. hilangkan stress gitew. hahaha




kerja dia makan and makan, time ni dia tengah makan jeruk pak ali hahaha saja bocorkan rahsia dia hahahahahaha






so tengah hari tu, abewe bawak lah aku dengan fir cari kedai makan berhampiran USM yang memang digilai ramai, nama kedai dia AWET MUDA and makanan dia memang murah. sumpah murah !




ni gewang aku untuk seminggu jugak sama seperti fir cuma abewe ulang alik sebab dia bekerja di penang.





10/08/2016 -11/08/2016
Okay, for the next day Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar di Usm,


By the way, rasa happy tu lain macam sikit for this time ah, sebab dapat kawan-kawan kebanyakan dari department yang berlainan, etc macam aku dari jkm lepastu ada coursemates polis, bomba, dan sebagainya. Paling best, AKU LAH PALING MUDA muaahaha jadi sedaplah abangkan orang dan kakakkan orang hahaha. Btw, aku sangat enjoy dengan kehidupan sebagai pelajar tapi bekerja haha. Lastday dia pada 11/08/2016 tapi aku decide nak balik 12/08/2016 so lepas habis program maka berjimbalah kami semua muehehe.


 Ini team aku, team eseimen dan team segalanya hahaha




 sebab lepas subuh tido balik, so jadilah pakai baju ni pergi kelas, hahahaha lastday konon. btw beg purple tu gift dari USM Library.




Janji 5 tahun lagi, kita bergambar macam ni hahaha


 So, malam last iaitu malam 11/08/2016 abewe bawak pusing bandar penang and pekena char kue tiaw Sany di Penang ni yang sememnagnya famous !






Hari last. tinggal kami bertiga sahaja sebelum aku balik ke kl, fir balik ke putrajaya dan zaim balik ke maran.


Terima kasih kerana sudi membaca coretan perjalanan saya !