Monday, October 10, 2011

BERITA HARIAN(SASTERA)

pix_gal0
BERTEPATAN dengan tema 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara yang melambangkan penyatuan rakyat pelbagai kaum, adat resam dan budaya, Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menampilkan penyair Melayu, Cina, India, Chetti dan Portugis di pentas yang sama.

Malam Puisi Riong di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, pada 15 Oktober ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), akan turut dimeriahkan pemuisi muda berketurunan Chetti, K Mohan Shree dan dondang sayang artis veteran berdarah Portugis, Noel Felix.
“Noel yang sememangnya berbakat dalam penulisan lagu dan lirik sedang bertungkus-lumus menyiapkan bait-bait kata yang sesuai dengan tema 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara. Dondang sayang itu turut menyelitkan pantun mengenai warisan dan kebudayaan yang perlu dipelihara masyarakat kita,” kata pengurusnya, Marina Danker.
Selain itu, persembahan puisi oleh Sasterawan Negeri Melaka 2009 merangkap Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Mokhtar Yasin, akan menyampaikan puisinya, Nota Seorang Aku Pada Malam Kemerdekaan.

“Saya sengaja memilih puisi yang dituliskan berdasarkan pengalaman saya yang melalui pahit maung sebagai rakyat negara yang pernah terjajah suatu masa dulu. Saya mahu khalayak memikirkan sejauh mana kita menghayati dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi kini,” katanya kepada Sastera.

Juara program realiti One In A Million, Suki atau Low Sook Yee akan menyampaikan lagu terbarunya berentak pop balada, manakala peserta Akademi Fantasi Musim Keempat, Haziq, bakal memukau khalayak dengan nyanyian lagu berirama tradisional.

Vokalis kumpulan rock tanah air, Jinbara, Tia, akan menggegarkan pentas Malam Puisi Riong BH-DBP dengan lagu berirama rock ghazal yang berjaya menaikkan nama kumpulannya pada arena seni hiburan tanah air.
Pemuisi muda Melaka berketurunan India yang juga Johan Pertandingan Baca Puisi Pelbagai Kaum 2006 dan 2007 Peringkat Zon Selatan, Thilanathan, penyair Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) , Afliza Arshad yang pernah memenangi Johan Sayembara Deklamasi Puisi Sempena Hari Kebangsaan anjuran Gabungan Persatuan Nasional (GAPENA) pada 1999, akan turut beraksi.

The Ideal Student

My definition of an ideal student is one who excels in his studies,does superbly in co-curricular activities, participates in school plays and debates, and is well-behaved. It is very probable that such a student does not exist; but we should all try to be one.
Schools were built to teach and advance knowledge.therefore, the first and foremost priority of student is to try his utmost to excel in academic subjects, we should revise the lessons learnt in school regularly. the best way to achieve this is to have a timetable for revisions which we should aadhere to religiously. Notes and other supplementary materials should be stored away neatly for easy access!