Saturday, December 29, 2012

No motif !


Assalamualaikum wbt


Hai semua. Sihat ? maaf aritu buat entry tergantung cerita tentang adik saya. Heeehe sebab on that time panik sesangat,,muka dah macam orang naik bisul dekat bontot . mohon jangan percaya. Hihi Alhamdulillah hari ni adik saya dah okay dah. Cuma dia still kena buat check up je lagi. Tahap bahaya dah kurang and so far so good insha allah she’s will be at home sooner, tapi not sure lah boleh pergi sekolah ke tak dalam masa terdekat ni. Kalau nak cakap pasal sakit dia memang hati ni teragak-agak nak tulis sebab rasa sebak lol ‘carl lesmana sedang feeling’ tapi bersyukur sangat-sangat sebab rakan-rakan blogger semua sangat sporting memberikan kata-kata semangat kepada saya. Lepas ni adik kena buat medical check up every 6 months, until she’s 25 year old. Oh bapak sedih, actually my lil sis ni umpama my right hand lol, sebab apa-apa cerita atau ketidak puasan hati weolls sharing together, and memang tak dijangka pun dia nak kena heart attack, oh  mak saya boleh kata terkilan sangat la kot sebab aritu kan adik dapat straight’s in PMR so dia ada promise dengan adik nak masakkan sesuatu but belum sempat dia masak kan something for my lil sis , my lil sis pulak masuk wad. Oh rasa macam dugaan adik beradik lah pulak. Haritu my lil sis irdina kena bengkak tonsil and settle dia buat operate, next saya sendiri yang masuk wad, sebenarnya saya dah lama sakit,and nak dekat exam pun still tak okay jugak, on the time nak amek exam spm pun still ulang alik dekat hospital, doctor suggest suruh amek exam dekat hospital tapi saya dengan 100% dengan nada tegas “ katakana TAK nak “ so continue je la exam dekat sekolah walapun tak sihat. Insha allah jika ada rezeki dapatlah result cencomel macam adik. Ah bantai je cakap pasal ni.

Heehe malam ni bukan kemain lagi menghadap pc nak menaip entry sebab lama sangat dah tinggal blog ni, ceng rindu la pulak nak menaip entry, hari ni bantai nak marah dekat seseorang, tapi sabar ! ‘ ceh bajet bengis kejap’ so bila hati tak tenang , start pagi kerja saya makan then tidur, ibarat cerita mr.bean dah. Berat badan nauzubillah naik mendadak, cuti ni umpama ‘menternak lemak’, memang tak buat pape. Pembelajaran saya dekat driving school saya tunda dah, maybe on janury 2013 kot ,sebab sehari demi sehari masalah banyak siot. Tapi still buat muka cool, sebab maybe apa yang berlaku ni semua dugaan allah untuk final of the year. So kita sebagai hambanya kena redha menerima. Kan ? and pagi tadi memang mud umpama mencurah air ke daun keladi dah sebab semua nasihat dan teguran family dah tak pakai. Lol garang rupanya carl lesmana ni. Kerja carl lesmana start pagi, nasi kerabu, tidur, lunch, layan movie, bukak twitter, check notification fb, and pergi bakery beli kek, oh melantak dah ni namanya, masuk kedai bakery nak beli roti, tapi mata ni kalau masuk je kedai yang berlandaskan MAKANAN mula la nak jadi hantu. Oh godaan syaitan* tapi takdelah melantak sampai dengan kedai-kedai tu beli kot, petang tu mak prepare  kuih muih sikit, sambil weolls talk about our family, and malam tadi area kul 8 mak panggil pulak makan malam usually saya kalau abang saya si farhan *anak mama* ada kitorang spend our dinner dekat Bukit Keluang Beach Resort, makanan tak delah sedap mana pun tapi bayaran mahal, so ? I tak kesah orang belanja. And si farhan tu kalau dia keluar duit ke nanti jumpa papa dia boleh claim pulak. And sat tadi bunyi orang bagi salam, aunty dekat rumah datang hantar mee soup gitu, amek jugak telan sikit-sikit amek hati katakan walaupun perut umpama nak meletup, kalau amek tukul dah terburai kot perut ni. Serius hari ni memang nak marah sebab tadi masa pergi dekat bakery terjumpa pak cik tua yang janggut terketar-ketar yang langgar saya last year, dah la tak ngaku dia punya salah. ~Ish aku cepuk kang*, tapi sabar sebab our family ni bukan suka sangat gaduh-gaduh Cuma si carl lesmana ni je kalau tak puas hati dengan sesiapa mesti bantai nak gaduh *jangan tiru perngai ini* tapi insha allah the coming 2013 saya kena cover balik apa yang terlepas di tahun 2012. . sebelum tidur kewajipan seorang blogger yang muka dah berumur tapi perngai still budak-budak ni ken abaca buku, baru lah terlena ! so selamat malam semua ! =)


Tuesday, December 25, 2012

Email from American Teacher

Assalamualaikum and a very good night to all readers.

Tonight i am going to write a story about my email to my American teacher got replied. maybe some people will wondered who and how ? her name is Christina Reene Chavez. last week i had sent an email to her, just a simple email , ask about her condition and how was her life in America and what she's doing after back from Malaysian. so excited plus happy when today at noon i have checked my email and my face like " surprised or shocked " because the email is from my teacher miss Christina. I'd never thought my email will get replied by miss Christina. and it was really happen. so excited ! seriously I'm really missing the time i had spend with her in Malaysian on her teaching in my school. from the student who doesn't know How to speak English fluently and i can expand my English skills with her.


Before she's come to Malaysian i just only speaks English with my parent also with my sibling, because since my childhood my mom always teach her child try to speak English either English is the hard subject , a long time ago i am really hated the English subject, because i can't speak English very well. since my travel to others country, and once time ago i had lost from my family when we are travel to one place but I can't mention that place because make me remember the story =) and when I'd ask the people who was i meet, in Malay language they just speak in English language, so can you imagine the kid who doesn't know " menatang apakah mat salleh ini cakap " just cry and since that, I'd try and forced my self to try speaks English. and i forced my self to try write a story or an article in English either it was hard, i don't care if my English false or broken because now i can ask my forever mentor as i said before my foster mom "madam Normah" . also my mom foster child "Kak atau at school i call her Teacher Nik Zati"  is teach in English too, so if i had something or word or what else i don't know i just ask her. because the English Language skills are needed to people nowadays because it is the International Languages! serious =) ahaks  this post is out from the topic ! =) at the first want share about an email just only want post a captured photo, but unexpected story la pulak. i talk from my experience okay =)

the email from miss christina, dia hantar semalam lagi, i baca tengah hari tadi, macam terkejut beruk kot sebab tak jangka email saya akan dibalas =)

p/s: to mama normah your son is trying to write a story in english walaupun english berterabur =) 

Thanks for reading , =)

Segmen Blogwalking Rilex Cool

Assalamualaikum wbt

Hye semua. sedang carl berblogwalking tetiba terbaca satu entry dari rakan blogger tentang segmen blogwalking rilex cool.. ops segmen ni akan ditutup pada hari ni jam 9 malam.. so now still around 7.45 malam so carl nak merajinkan diri join segmen ni. harap-harap penyertaan still diterima =)
so alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang carl dah menggedik nak bersegmen sangat so carl join ya segmen "SBRC" (ringkasan)..

terasa nak join jugak segmen ni pun boleh.. hanya klik pada barner dekat atas tu hikhik dah terlewat pun carl masih terhegeh-hegeh nak join jugak takpe belum pukul 9 lagi kan ? =) so jom join dengan masa yang ada ni =)

KELEBIHAN BLOGWALKING? 
bagi carl antara kelebihan blogwalking ni. kita dapat mengeratkan hubungan sesama rakan blogger.. sebabnya dengan blogwalking kita dengan sendirinya akan membaca serta mengetahui isi-isi penulisan rakan-rakan blogger kita. kalau bukan kita , siapa lagi kan ? " gunung daik bercabang 3, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua. jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan " hihi jadi ustaz kejap! =) so dengan blogwalking juga kita dapat mengenali secara lebih terperinci sahabat-sahabat blogger kita selain dapat meningkatkan trafik di blog dorang.. ohoi alang-alang anda dah singgah blog carl ni jemput-jemput lah follow ya=) kita kan kawan =)

Thanks for spending little time read this post =)

Monday, December 24, 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun

Assalamualaikum wbt

Disaat kepala buntu tak tahu nak post apa. . tercetus idea nak menggodek segmen-segmen yang dianjurkan oleh sahabat blogger.. kali ni carl join segmen yang khas oleh sahabat blogger Miss Banu.. comel je namanya kan =) jom join ramai-ramai.. lagi ramai lagi best.. sesama rakan blogger kalau tidak kita yang support segmen yang rakan-rakan kita buat,, siapa lagi nak support kan ? jom ramai-ramai tapi jangan lupa bila dah singggah sini follow sekali blog carl ya =) hihhi


nak join klik pada gambar okay =)

Jumlah precious follower blog carl = 828 angka yang comel kan ? =)
Target follower blog carl lesmana di masa akan datang = 888 insha Allah dengan izin allah =)

Terima kasih semuanya =)



AZIMAT PENGUBAT LUKA SEMALAM


Assalamualaikum wbt

Ruang yang kosong dihati manusia. . . .

Selalu tercari-cari untuk diisi sama ada dengan kasih sayang. . . harapan. . . mahupun semangat.

Tapi kadang-kadang , apa yang datang pada kita, bukan seperti apa yang kita harapkan. .
Yang ada Cuma kekecewaan . . . kesedihan . . . dan kesunyian. . .

Harapan saya, semoga hari ini, ketabahan dan kesabaran menemani kita dan insha Allah hari esok Allah akan anugerahkan azimat pengubat luka semalam . .
                                              
Assalamualaikum
Tulus ikhlas : carl lesmana

Friday, December 21, 2012

Mood Bercuti

Assalamualaikum wbt

Apa khabar teman-teman blogger sekalian. dulu kerap kali mengupdate blog dalam sehari 2 kali atau mesti tiap-tiap hari, tapi sekarang rasa macam janggal saja bila dah lama meninggalkan dunia blog tatkala spm haritu, sekarang ni masih dalam mud bercuti, dan insyaallah akan menyambung kembali menulis seperti dulu dalam masa terdekat. kerana hati sama jantung sudah mula rindu pada blog. insha allah dalam masa terdekat blog ini akan sentiasa update seperti dulu.. salam sayang carl lesmana!

abaikan muka yang tak okay mana tu =) motifnya rindu nak menulis
to friend : jangan ingat saya tak terjah blog anda taw, blog yang saya follow sentiasa saya jejak cuma as a silent rider =) sumpah! =) hihi

thanks for reading =)

Wednesday, December 19, 2012

IBU DAN ANAK

Assalamualaikum wbt 
jemput-jemput baca sebagai ikhtibar dalam menjalani kehidupan. 



Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.


Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.


Photo: IBU DAN ANAK

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

-awan-

thanks for reading. just sharing! sharing is caring :)

.

Sunday, December 16, 2012

She's married

Assalamualaikum wbt


Hye semua, sedang bikin apakah? hari ni offday kan ? so mesti kerja korang rileks kan? ahaha. . based on my title cuba teka sapa yang dah kahwin ? siapa lagi tak lain tak bukan si blogger femes meletup kau memang debom tu le"maria elena zarul" telah selamat diijabkabulkan dengan asfirdaus asri and majlis nya berlangsung yesterday . . walaupun tak dapat hadir dekat sana, aku dari jauh mendoakan agar kak ena and abang asfirdaus happy hingga ke anak cucu, cewah anak cucu itu penting =P untung akak aku si along sebab penah jadi rakan sekelas dengan abang asfirdaus masa dekat utp, . .ahaha.   . bila kat rumah jer bila cakap sal maria elena jer , leh kata muka dorang semua(my precious family) akan menunding dekat aku, sebab dorang tahu aku fan of kak ena . . so pape pun semoga kak ena bahagia selalu bersama abang asfirdaus. . =P, and i think their wedding super gojies sebab walaupun on dorang punya day pun still lagi nak berlawak-lawak. .








source : facebook kak najahtul and kak ten =)

Entri Serbu Rumah Guru

Assalamualaikum wbt

Tetiba rasa rajin nak taip entry, ni sebenar dah tidur sekali round pastu tersedar then dah tak ngantuk, so tak tahu nak buat apa. . Entri serbu kali ni, aku dan kawan-kawan memilih rumah guru kelas kami atau lebih formal cikgu Tengku Saidatul Nur Hajar. . sepatutnya tarikh untuk kami menyerbu adalah pada 8 hb 12 yang lepas, so atas sebab-sebab tertentu habis tergendala rancangan. .so hari ni aku dan kawan-kawan berjaya jugak menyerbu rumah cikgu aku ni, heehe . . sekelas lol datang, kira macam jamuan gitu sebab haritu kitorang masa jamuan spm tak sempat nak bersama dengan cikgu ni, sebab she's in wad melahirkan seorang bayi iaitu bayi lelaki wow ayat skematik betul. . so hari ni kira macam hari menyerbu serta hari bersama guru kelas lol cengitu ayatnya =)


Aku pagi ni lepas saja breakfast aku tidur, tup-tup janji dengan kawan pukul 10 lebih cengitu tapi on that time aku still berbungkus dalam selimut, yeah nafsu setan! mengantuk  haaha =P mak pun dah tahu yang anak teruna dia ni ada meeting dengan kengkawan so tepat jam sepuloh pagi, satu siren mulut mak aku mengejutkan aku dari tidur wakaka hahaa, so bangun and siapkan diri, sebenarnya aku tak risau mana pun sebab cikgu ni jiran aku ahaks ngek =P and masa dalam kul 11 cengitu cikgu call aku suruh bawak kawan datang rumah aku dulu , sebab cikgu is not at home sedang amek makanan dekat satu tempat, aku ni apa lagi macam kucing mati anak lol berlari kesitu dan kesini, and bersiap takut-takut kawan-kawan datang betul-betul tapi kesudahnya tidak, dorang dah berkumpul depan rumah cikgu walaupun cikgu takda, so dalam area beberapa minit kemudian cikgu balik, and si gadis-gadis dengan segala hormatnya diperintahkan ke dapur memasak bersama cikgu, and aku dengan remote tv menghadap korea, nasib baik rumah cikgu langgan  astro korea, ceh buat macam rumah sendiri pulak ,well jiran aku =) tak kisah sangat, hahaa. .aku dengan korea tak dapat dipisahkan. especially bila taecyeon muncul =)



Hari ni merupakan bad day jugak sebab hujan ada kawan-kawan yang tak dapat hadir, actually perancangan semua ni nak buat dekat pantai the first tapi tak tahu pulak cangane leh buat dekat rumah cikgu, so > go on je la, and si jejaka jejaka santai melentok kesana kesini rileks sambil menunggu makanan siap, tapi tak siap-siap pun sebab cikgu tengah tunggu makanan yang dimasak oleh ummi cikgu if not mistake la, sebab imposible kot cikgu nak harapkan gegurl masak, aku rasa dorang semua aku riject buat bini masak tak reti =P ahhaa , aku on that time malas je nak turun dapur, sebab kalau aku sentuh dapur macam-macam la aku nak masak, well mewarisi keturunan nenek moyang . . so aku just let them memasak, memasak le sangat ahaks, tapi enjoy sebab dorang kat dapur dah macam mak jemah aku tengok. . semua gegurl masuk dapur, boleh kata peratus kecantikan dapur rumah cikgu hancus gara-gara dorang serbu. . teruk betul =) aku buat tak endah pun, still layan movie korea, then entah cerita apa tak tahu ashraff sinclair berlakon, oh memang mata aku umpama melalak nak masuk dalam tv tu, ahaks hodoh perangai =) then masa kat situ bajet sikit nak main facebook konon, aku bawak la laptop sebab dah janji dengan assistant moniter kelas aku nak amek movie korea yang melambak woww, memang terbeliak biji mata aku tengok movie korea yang bertimbun dalam external kawan aku tu, jeles tuhan sahaja yang tahu=)


Tengah main-main laptop datang la si penyibuk syahir nak main jugak, sibuk je, amek lah guna aku dengan kawan okay je. tak kisah mana. janji happy. then male talk between aku dan hubby cikgu, kitorang memang dah kenal kan so tak da istilah malu-malu lagi, ahaks =) hubby cikgu sporting gila kot, kasihan dekat mentee cikgu si athirah asyik kena buli je dengan aku and hubby cikgu, ahaha best sangat la, tapi on that time kitorang semua bengang dengan sorang mamat ni yang suka menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar kelas kitorang, kerja dia menyusahkan orang je tahu, apa aku kesah sebab aku tak pernah nak tegur pun mamat ni dan family dia =P , ada ke patut kawan aku si syahir pergi tunggu dia dekat sekolah kononnya nak berkumpul la dekat sekolah dia and syahir tapi dia boleh pulak suruh mak dia hantar terus ke rumah cikgu, firstly kata tak kenal, apa ke teruk betul tapi kasihan la dekat syahir sebab dia terpaksa berhujan dari sekolah ke rumah cikgu semata-mata nak amek budak ni, tapi sikit pun tak appreciate. at least mintak la maaf. =P , so tutup cerita sal mamat ni . .


Hari ni hujan yang teramat lebat, dari start kul 11 hingga pukul 2 sorang demi sorang pulang, tinggallah aku orang yang paling jauh dari rumah cikgu (ekeke teruk! jiran aku tu)  tapi best la, hari ni , masakan pun tersangat marvelles! ummi cikgu masak sedap, gulai semua, tapi aku rasa macam tak best sebab aku lupa nak amek gambar makanan so tak le la nak letak sini, lupa punya pasal, tua dah aku 17tahun dah nyanyuk=) insha allah lepas ni rumah cikgu lain pulak jadi mangsa=) btw thanks to semua economy student for coming today=)

 aku tak tahu apa motif dorang ni,


 basuh ikan kot tu ahaa dorang lulus bab potong ikan =)


 memasak la konon =)



 kalau bab mengasuh anak, aku rasa bagi dekat gegurl kelas aku je hokay



 pantang nampak aku bukak fb dorang pun automatik nak bukak jugak, friend 4 ever =)



 dalam banyak-banyak orang, umairah je yang pandang kamera aku,



 sewa patung baby anas kejap =)



 anak-anak teruna economy


 anak-anak dara economy =)



budak ni lah yang keluar , yang selalu kitorang buli masa dia dalam perut mak dia dulu ahahhha =)

cikgu with hubby and umairah =)

'

thanks all for reading =)


Friday, December 14, 2012

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Assalamualaikum wbt


Hadith

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."


Riwayat at-Tirmizi

Huraian

  1. Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak. 
  2. Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa. 
  3. Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

sumber asal : crew fathi
thanks for reading (:


Thursday, December 13, 2012

Loving Them

Assalamualaikum wbt

penguat semangat saya selain mak dan abah saya, adalah ummi dan ayah saya, saya sayang ummi dan ayah. . 

Cerita 121212 Carl Lesmana

Assalamualaikum wbt

Maaf semua, lama tinggal dunia blog, bukak-bukak je dah bersawang dah blog hamba ini =) 121212? iaitu semalam, oh kalau ikutkan hati semalam lagi aku dah update blog kudus ni, tapi kepenatan yang terlalu dan bergaban. . so kali ni aku nak describe apa yang berlaku pada aku semalam ? iaitu pada 12 12 12 yang korang duk ia-iakan special =)

12.00-2.00 a.m - still tak tidur, melayan movie korea [running man] sampai tergelak sorang-sorang, lepastu kena caj tak betul sebab suka sorang-sorang di pagi buta =)

2.00-4.00 a.m - tidur sleeping zzzz

4.00-4.30 a.m - take time for solat sunat =)

4.30-5.00 a.m - tidur-tidur ayam menantikan solat subuh =) kali ni tak pergi masjid sebab tak larat tambahan seorang diri. .

6.00-7.30 a.m - zzzzzzzzzzzzz sambung tidur balik =)

7.30-9.00 a.m - keluar pergi breakfast papa belanja. .sebab papa ada kat besut belum balik kl lagi, so semalam tu dah plan nak gi breakfast ikut papa . .aku gembira sangat sebab abang aku si adiwira farhan balik sama, aku rasa macam best je boleh bergelak suka-suka sebab aku selalu suka bila orang puji abang aku macam korea, sebab dia putih, korang imagine muka taecyeon 2pm macam tu lah rupa abang aku dengan lesung pipinya yang dah macam boleh menumbuk, dengan badannya yang kurus but tak kering =) abang sorry adik cite sal abang dalam n3 adik kali ni =)

9.00-10.30 a.m - sambung layan korea, then hati terdetik nak bukak hadiah birthday yang saya terima dari Encik Marcello[not real name], ianya berupa sebuah dompet baru jenama "LEVIS" macam tahu-tahu je mamat ni yang i need a new wallet, Encik M is my brother[anak papa], tapi dalam ramai-ramai dia la paling understanding sekali, sebab aku kan anak bongsu so dengan dia aku nak apa pun boleh, senang citer adik boleh paw abang. . harap dia tak baca post kali ni hehehe  (mood time ni gembira tahap gavan)

11.00 a.m - 1.00 p.m - aku memulakan langkah bergerak ke Pusat Sumber sekolah kononnya nak main internet free, then masa kat sana kena tolong akak yang handle library renovate library, habis lenguh badan, takdelah renovate mana pun just cuma tampal menampal, sebab aku kan tak leh buat kerja berat, well orang sakit, effect dari eksiden tahun lepas aku tak boleh nak angkat or buat kerja berat, sebab tunggu tangan ni sembuh, terseliuh rasanya, alhamdulillah mujur tak mati je, =) ekekeke.. last year eksiden di himpit tengah-tengah oleh 2 buah kereta, tapi alhamdulillahaku sedikit pun tak luka, cuma masa terjatuh tu tangan rasa lain je chek nothing pun cuma terseliuh..

 sebabkan 2012 belum melabuhkan tirai so tittle pengerusi still aku lol =)


 gambar kenangan, yang ni semua zaman 2010 & 20122


 how does it looks?


 rak pilihan aku ? op kos omputeh . .



 motif : berkenan la pulak dengan kata-kata ni =)



setelah sekian lama tidak bukak laptop, aku bawak mini laptop aku ke sekolah, ahaks, usually pakai yang besar gedabak tu =)

1.30 -2.00 p.m - minta izin dengan akak library tu nak keluar cari makan, so aku pun apa lagi, keluar pergi kedai makan mama (jiran rumah aku yang aku bahasakan mama and abah jugak) then order nasi kerabu plus milo beng mantob,then solat zohor =)

2.30 -4.30 p.m - sambung tampal menampal dan balik =) solat asar dan blabla

4.30 - 5.30 p.m - pergi pasaraya cari barang dapur ( well sejak 2 menjak ni tetiba rajin bila mak nak pergi pasaraya aku offer biar aku yang pergi,) tapi rasa macam artis la pulak sebab aku tak tahu, ramai budak sekolah boleh kata semua kenal aku, sedangkan aku tak kenal pun diorang, siap panggil nama penuh aku lagi, tapi aku hanya mampu tersenyum buat-buat kenal =)

6.00 -7.00 p.m - pergi pasar malam dengan dia, abang angkat lol dia baru tamat exam STPM, cewah date la sangat, aku dah berbulan tak turun pasar malam sebab tokwan aku tak berapa okay dengan pasar malam ni, dalam ramai-ramai cucu tokwan aku, aku je walawei berani and sosial sikit, berani ke situ dan kesini, ahaks =) tapi demi dia ajak pergi aku tak kan nak hampakan orang yang baru merdeka STPM suruh teman..


 goreng pisang plus keropok lekor, makanan ni je yang aku akan beli bila orang ajak ke pasar malam, sebab memang jarang sangat dapat turun ke pasar malam, tak tau kenapa =)



7.00-8.00 p.m - solat maghrib mengaji kejap, then berfacebook. .

9.00-10.00 p.m - kemana lagi kalau tak pekena chicken chop. walawei sebab my adiwira ada kat besut lagi, paw dia mengidam chicken chop, sebab abang aku yang sorang ni, senang je nak bodek apa-apa but cuma dengan aku la kan, kalau dengan orang lain taik idung pahit =P ahaha jangan marah bos. .btw bersyukur sebab punya abang yang macam ni, walaupun aku ni cuma anak angkat kepada mama and papa dia, aku still dihargai macam anak sendiri, untuk pengetahuan korang, aku punya ramai ibu dan bapa angkat, sebab aku pun tak tahu nak kata, dalam area 5 gitu lah mak and bapak angkat yang memang amek cakna pasal aku. yang tak terangkat cuma sekadar mak ayah angkat tu memang banyak, =) anak soleh dah aku lepas ni ekeke =) tapi makan kali ni aku tak amek gambar sebab rasa pelik je, orang tengok kiri dan kanan, malu gile kot aku nak keluarkan dslr nak amek gambar, semata-semata kes nak amek gambar,sebab susah leni telefon s2 aku hilang, so susah la nak amek gambar curi-curi =( tapi takpe papa janji nak beli telefon baru,

11.00-12,00 p.m - bergolek di atas katil layan twitter dulu,

anyway my 121212 tak lah special sangat cuma aku dapat lupakan masalah yang pernah timbul pada tahun 2012 yang bagi aku malang nak mampus! banyak betul masalah, sebabnya mulut! aku mulut memang tak boleh nak berlapik, bila ada yang meredas/sound aku, aku pun dengan sepantas kilat aku balas balik =) ahaks , so semoga kalian punya story tersendiri pada 121212 ya, kalau rajin sharing lol sikit =)
sebab aku bukan hipokrit, kalau aku tak suka just aku bagitaw terus, aku bukannya spesis depan baik tapi belakang macam2 mengutuk, i'm not like that hokay, i straight the point =)

p/s: maaf ingat nak letak banyak gambar berlembaga tapi tuan empunya diri tidak mengizinkan. katanya malu =) so itu lah cerita 121212 aku, tak special mana pun =)


Sunday, December 9, 2012

Rindu Ayah angkat

Assalamualaikum wbt

Hye semua , sedang apakah kalian? mata aku masih tak mengantuk so, tadi masa tengah facebooking terjumpa satu gambar, iaitu gambar ayah angkat a.k.a guru disiplin sekolah, woooo mesti terkejut kan? aku anak angkat cikgu disiplin. . normal =) aku dengan cikgu ni dah lama rapat and parent saling kenal mengenali masa aku form1 lagi, well budak manja selalu kena buli and mak ayah call cikgu disiplin ,and cikgu ni lah yang decided nak jaga aku bila kat sekolah, and start form1 and 2 dia ajar aku subjek sejarah, woi tak berani aku nak memain, haha =) and form3 cikgu lain, but still continue form 4 and 5. .antara cikgu yang aku paling rapat di sekolah adalah cikgu ni lah =)

Ingat masa form3 pertama kali kena rotan, rotan kesnya ada orang buli aku then kutuk and gaduh then mak bapak aku dan dia masuk campur and bila cikgu siasat budak tu memang jahat and depan mak bapak aku dan budak tu sama-sama kena rotan kira adil, wek tapi lepas tu cikgu mintak maaf =) and selama aku jadi penghuni sekolah aku tu SMKNS cikgu ni selalu je backing aku, dalam segala hal mahupun hal peribadi macam aku tak kekok untuk bergurau dan bercerita, sometime bila dia masuk kelas and mud tengah masam, i don't know dengan lawak-lawak budak kelas aku dia boleh senyum balik, sedangkan masa tu aku tahu dia pening memikirkan disiplin pelajar, kadang-kadang terdetik dihati aku " kasihan cikgu"


Aku tak pernah miss kelas dia walaupun aku tak suka subjek sejarah! jujur dari hati yang ikhlas sebab kena hafal, pastu kena ingat zaman-zaman silam , oh pelissss aku tak suka. . apa yang aku suka ENGLISH, sebab modern bila cakap english je orang akan terpinga-terpinga. . walaupun english aku berterabur =P by the way aku amat merindui cikgu ini, mula-mula aku jejak kaki di smkns dia lah yang banyak tolong aku, walaupun dia guru disiplin aku still berani nak bergurau senda dengan dia walaupun pelajar sekolah aku memang perit bila tengok dia, sebab bila dia rotan akan melompat lah buntut kau itu kahkah =) kenangan tetap kenangan, jasa mu dikenang cikgu =) saya rindu cikgu =(

Cikgu Raini Zamani Mat Lazim, 
Tengok reaksi pelajar dekat belakang tu, semua heran and takut bila tengok cikgu ni =)

p/s: i love smkns also the teachers because all of them are very sporting =)

Saturday, December 8, 2012

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Assalamualaikum wbt
Jom join segmen ni semua =)

nak join? klik pada gambar =)


Follower blog carl lesmana now :818

thanks for reading =)

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Assalamualaikum wbt.

Malam ni tak ada motif nak menaip, so jari ni tak perlu la nak berjoget-joget. Tadi ada la searching sal kehidupan tentang ISLAM ni, and terjumpa ni, jadi saya rasa as a muslim i have share this with all, kan? tak guna jika berilmu tidak berkongsi dengan orang lain. =)



Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
P/S: tadi saya dapat pengetahuan baru tentang harta, nenek saya cerita dalam WANG RM10 yang kita miliki tu ada bahagian orang lain juga, tapi kita ja tak tahu, rezeki kita belum tentu untuk kita, and nenek cakap jangan kedekut and jangan buat muka masam jika ada yang meminta sedekah sebab jika ALLAH nak tarik rezeki kita, dengan sekelip mata sahaja.
Terima kasih =)

Tuesday, December 4, 2012

2 DAYS BIRTHDAY CELEBRATION (DAY 1)

Assalamualaikum wbt

Pertama kali maaf semua, time ni saya baru punya kelapangan waktu nak update cerita dekat sini,entry ni semalam lagi dalam draf baru terasa rajin nak buat n3 ,mood memang malas tahap gavaan nak tengok laptop, sebabnya privacy sikit =) tapi yang jelas sangat menggembirakan, baca titlenya kan? kali ni sambutan hari jadi berlangsung selama 2 hari, first dekat rumah mama and the next dekat rumah tok wan, okay saya pecahkan kepada 2 story okay ! jamuan ni berlangsung pada hari sabtu and ahad yang lepas, memang busy sangat tak sempat nak bukak laptop lagi hehee=)

DAY ONE

Pagi tu on saturday la, aku bangun pagi-pagi sebab sehari sebelumnya aku dah set bila mama datang pagi tu amek kuih yang mak buat for the my hero anas naim birthday, aku nak terus ikut mama balik rumah mama, sebab kali ni mak and adik(Wahida) not coming together, so terpaksa la berdikari ikut orang, and tup tup yang datang amek pagi tu bukannya mama, tapi bapak(abang kepada mama), oh segan siot memang tak tahu nak kata apa dah tapi cover2 malu-malu segan-segan =) masa tu muka abah aku jew yang muncul, kalau abah tak ada memang conperm aku tak datang =) sebab malu! and bla bla bila sampai dekat rumah mama, unexpected meeting dengan cikgu aku, iaitu bekas guru kanan bahasa sekolah aku dulu cikgu sabariah, on that time terkejut beruk jugak aku and cikgu then buat muka suspen ha?then bermulalah potpet nya, and masa tengah hari bila ummi aku datang, well aku gembira la kejap,harapannya boleh balik dengan ummi, then bila tengok dalam kereta citra tu penuh dengan ahli penghuni wanita, segan lah aku nak naik and ummi tinggalkan aku dekat rumah mama, dah la muka ni penuh dengan tompokan kek, sebabnya kena bom ke ummi =P well mulanya sedih sangat . . tapi? i tak kesah =P


A'ah yeah aku sedih sebab rasa nak balik sebab laptop dekat rumah aku tak off sebab masa pagi sebelum ke rumah mama kerja aku layan korea , and tup-tup bapak yang amek, that why laptop aku tinggalkan macam tu je tapi? happy sangat-sangat sebab uncle-uncle dekat rumah mama sporting sangat(mama siblings), and petang tu bapak bawak pergi pantai, okay this time no more Pantai Bukit Keluang but Air Tawar beach sebab dekat dengan area rumah =) ah bergalak sakan la aku dengan adik-adik aku si muadz, si anas(birthday boy), si emek negh3 aka(sarah) , muiz.. masa dekat pantai weolls bom si muadz hehee =)


Then after balik pantai, penat gila weyh, dah la tak mandi seharian aku, abah for a sure memang tak nak hantar dah aku nak suruh bermalam dekat sana, well aku kan tak bawak apa-apa pun, just bawak diri sehelai sepinggan kot? haaha =) a'ah busuk sangat! first time dari pagi till malam tak mandi, then abah hantar balik dekat pukul 10 malam jugak,  anyway memang syok sangat lah, enjoy gila-gila. .

ni gambar bersama adik lelaki kesayangan muadz sabri love him!



happy birthday to my hero anas naim , gambar ber gedik sebab tengah kalut =)



three of them birthday= ummi 1 dec and anas & kakak 2 dec



jelingan sweet seorang kakak ngeh3



ke pantai bersama adik2 dan bapak =)



kedua-dua heroku =) 


adik lelaki si muiz sabri, ah best bersama kamu dik, next time meet again k



tak ada motif terjumpa selipar ini dipantai =)



terjumpa obor-obor ewwwwwwwww geli =)


kami ? anas dan sarah



Cik sarah the pink blogger sedang buat aksi marah ?



my hero sedang berjiwang =)


adik dan abang =)





kat bawah ni lah bapak kami =) encik sabri ahmad ngeh3 =) apa macam handsome tak do?





ni pulak adik perempuan saya juga, siti sarah =)



my mama, mama suwaibah adik annesa and adik anas =) sayang kalian




Ini abah saya W M Naim, abah kesayangan adik beradik saya

p/s: my family is not like others, that why i pernah kata kan, i'm proud being myself because no others can get what i have get, for me a cousin like my own sibling and a uncle and aunt is like my own mom and dad, =)


Thanks for reading maybe this evening i'll will update about day 2 =)

Thursday, November 29, 2012

Lesmanas Team

Assalamualaikum

In the name of allah the most gracious the most merciful, subhanallah how so beautiful this night (:

Tuesday, November 27, 2012

Sastera punya Angkara

Assalamualaikum wbt

Terasa rajin pulak nak bukak blog walaupun mata dah kuyu mengantuk sebab besok ada exam SPM woi, paper KESUSASTERAAN MELAYU(subjek pilihan) so mata ni ngeh3 buat lolok tak ngantuk taip n3 kali ni, bersepah meja study hadap buku sastera 2 3 4 5 bijik tuw, hoi ngantuk. . k las gud nite semua =)doakan saya ya =)



tq =)