Thursday, May 31, 2012

Cerita Khamis

Assalamualaikum

selamat malam, to all my readers, of course la malam tak kan siang kot? whats time now? 11.20-start menaip entry ni.. hehehe, selepas habis bergayut dengan my friend si fatin tu, mulanya niat nak cakap sekejap jer, well aku ni, kalo da cakap sejam dua ta cukup weh, banyak story nak habak, well well. hahaha melepas rindu kat teman-teman, then i text my bro si afiezan , adik kesayangan aku tu, and ask him what he's doing, then bla bla bla my conversation, seriously im really miss my bro,yerla biasanya hari sekola hang out ramai2.. bosan betul cuti ni, bapak aku tak kasi aku pergi jalan-jalan kemana.. motif?

spm dah dekat, ok fine, hahaha sebenarnya aku lebih selesa duk rumah, hadap tv makan tido makan tido, (kidding jewk) takdelah sampai aku ni makan tido jer kerja, law tak bek ta payah hidup, then aku hari ni buat la kerja sekolah aku, subjek ekonomi asas, cikgu aku cakap buat dengan penuh kasih sayang, okey aku buat! cewah target A plus plus spm.. hahaha..

and today, i'm really touching, 
aku ni seorang budak yang respect pada orang tua, seriously, since aku kecik mak aku teach aku, untuk hormat orang and tidak kira darjat, yes masa sekolah rendah still lagi ingat makcik2 tukang sapu, mak cik2 kantin semua, aku baik ngan dorang semua, maybe half budak2 tak bergaul dengan makcik2 and pakcik2, sebab dorang malu, why need to malu? aku hormat semua orang atas muka bumi ni, sebab semuanya ciptaan allah yang maha esa! i love allah..  

 sebab aku dah anggap makcik2 and pakcik2 macam ibu bapa aku, yes.. aku memang hormat pada orang yang lebih tua pada aku, althought ko tua setahun dari aku still ber abang and kakak, hokey :) and hari ni, masa duk kalut sedang tolong mak aku pergi mini market, beli somethings nak masak gitu, aku terlihat sorang makcik ni, aku serius was was, dengan memberanikan diri aku pergi tegur makcik tu, her name mak cik munah gitu, ingatan aku ingat tak ingat jer, but muka dia still in my mind la, then aku tegur dia, and i think she's gonna cry happy, sebab dah lima tahun aku tak jumpa dia, aku last jumpa dia masa aku darjah enam gitu and now im form 5, dia pun was was gak tengok aku dia cakap, well dulu aku bukan seorang jejaka berkaca mata, and sekarang aku dah besar bapak macam bus gitu hahaha.. then talking-talking ... aku pun blah,balik umah and ingat balik cerita zaman sekola rendah dulu.  owsem! aku rindu zaman kanak-kanak aku :( alhamdulillah, till now aku bersyukur sebab masih diberi keyakinan dan kekuatan beradap sopan dengan orang tua( nak buat menantu, pilih saya ya! ) hohoho .. zaman dulu-dulu adalah indah sekali..

muka zaman kanak-kanak gitu,
ANDAINYA DIBERI PILIHAN

Andainya berlaku keajaiban
Andainya diberi pilihan,
Dapatlah aku kembali ke masa silam

Aku ingin kembali ke zaman kanak2,
Dapat bersekolah
Bermain-main bersama rakan-rakan

Setiap akhir tahun ada jamuan,
Hari perpisahan,
Penyampaian hadiah,

Akulah murid terpandai
Terbaik di dalam darjah
jadi harapan ibu & ayah

Kini semua tinggal kenangan
Jadi kenangan

thats all from me! tq, if you love this story,please like! :D

Tips : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri

Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bagi sesetengah orang, mungkin ianya tidaklah penting.
Tetapi bagi sesetengah orang, masa untuk post entri adalah penting.
Aku akan terangkan kenapa masa untuk post entri juga penting dan bilakah masa yang sesuai untuk post entri.



Untuk waktu yang paling sesuai untuk post entri (publish), aku sudah kenalpasti 3 waktu yang boleh dikatakan paling ideal. Ini berdasarkan statistik yang masuk ke blog ini pada waktu-waktu yang tertentu.


Post entri yang aku maksudkan ini bukanlah masa anda mula menaip atau mula mencari bahan, tetapi masa yang aku bagitahu ini adalah masa yang sesuai untuk tekan button PUBLISH. Jadi aku andaikan pada masa-masa ini, anda sudah ada apa yang anda hendak post. Menaip entri mungkin anda boleh buat bila-bila masa yang anda lapang, dan anda boleh 'save' dahulu untuk tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting adalah waktu untuk PUBLISH.


Pukul 7.30pg - 8.00pg.
Waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk publish post. Boleh dikatakan pukul 8.00pagi rakyat Malaysia memulakan harinya. Bagi yang bekerja atau tidak, apabila ada masa lapang je(ye ke lapang.:), pagi-pagi lagi sudah mengadap komputer. Betul tak.:).
Bagaimana hendak publish post pada ketika ini sedangkan diri sendiri pun sibuk.?
Senang sahaja, gunakan AUTOPOST. Anda boleh taip bila-bila masa, malam mungkin, dan setkan untuk post pada waktu antara 7.30 hingga 8.00 pagi ini.:)


Pukul 1.00ptg - 1.30ptg..
Waktu seterusnya adalah antara pukul 1 dan 1.30. Kalau ikutkan dari pukul 8pagi tadi,
jika anda sudah ada post, biasanya trafik tiada masalah. Cuba kalau pada hari itu anda ada 2 entri hendak publish, selain pukul 8.00 pagi, pukul 1 hingga 1.30 adalah jawapannya. Ini kerana pukul 1.00 hingga 1.30 (dan mungkin 2.00) adalah waktu rehat. Ada yang makan atau apa, dan ada juga yang rehat di hadapan pc. Dan bagi yang baru balik dari rehat, lepas siap makan takkan hendak buat kerja terus kan, ada la yang melencong buka pc buka internet dulu.:)

Pukul 7.30-8.00mlm..
Waktu ketiga sesuai untuk buat entri adalah pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Kerana biasanya aktiviti sebelah malam akan bermula selepas maghrib. Jarang orang online pada pukul 7.00. Biasanya pukul 8.00 atau 8.30malam mula start untuk online semula. (Bagi yang ada internet kat umah atau tak balik lagi dari pejabat kot.:). So, untuk penutup pada sesuatu hari, pukul 7.30 hingga 8.00malam adalah masa yang sesuai.:)


Bagaimana jika ada lebih dari 3 entri sehari.?
Kalau ada lebih entri, dicadangkan untuk post mana-mana waktu antara pukul 8.00pagi hingga 4.00 petang. Biasakan untuk post pada waktu siang kerana masa yang ada untuk post itu panjng sebelum habis hari tersebut.

Kalau entri urgent.?
Sudah namanya urgent..:) Kalau urgent, bila-bila masa sahaja boleh post. Urgent tidak kira waktu.:)

Kenapa waktu untuk post entri juga penting.?
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak penting. Asalkan ada post pada hari tersebut.
Lagi-lagi bagi yang sudah ada pelawat tetap atau memang blog sudah glemer. Tetapi perkara ini juga penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengaplikasi trend visitor pada sesuatu blog.

Satu lagi.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda berada dalam kedudukan di atas seperti gambar apabila ruang trafik maya di Malaysia tengah tinggi..?..:)




 like this post?

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 2

Sambungan daripada tips menaip entri dalam blog part 1, entri kali ini akan memberikan 3 lagi point yang boleh dititikberatkan jika anda menaip entri di dalam blog. Bagi yang belum membaca part 1, anda boleh baca dahulu sebelum sambung entri ini. Atau mana-mana dahulu pun boleh.:)



Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.

1. Gambar

Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.



Kalau anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan bergambar.


2. Provokasi

Adakah bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan komen.



Tetapi harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus.:)

Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk baca dan komen..:). Contoh provokasi 'lembut' untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi 'lembut' terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.:)


3. Persoalan.

Tinggalkan persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.




Contoh, jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.? Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.". Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.

Juga boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti " Apa yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?"..(psst:tetapi janganla setiap entri ada persoalan pula.:)

Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.:)

------------------------------------------

Kebiasaaannya, untuk menghasilkan entri yang menarik, ianya lebih kepada pendekatan psikologi dan pengetahuan anda kepada sifat dan perlakuan manusia. Sebab jika anda menaip entri sebenarnya banyak pandangan orang dari perspektif yang berbeza. So ianya bergantung bagaimana anda tackle emosi pengunjung blog anda. Dan cara untuk tackle adalah hasilkan entri yang menarik perhatian mahkluk bernama manusia.:)

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 1

Assalamualaikum

aku juga menaip dari apa yang aku pelajari, "tips menaip" >? jom baca lagi..



Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri.


Cara menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain. Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik blog.

Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri?.


1. Perenggan

Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.

Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:). Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)


2. Perkataan.

Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.

Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.:)


3. Entri jangan terlalu panjang.

Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.

Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk habiskan.:).
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.

Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1.?.:)

-------------------------------------------

Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang sahaja.:)

Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.:)

Happy blogging.:)


by :  http://unwanted86.blogspot.com/

Wednesday, May 30, 2012

Rabu yang Awesome

Assalamualaikum

rabu? apa yang ada pada rabu? for me today is rabu yang sangat awesome!

hari, like usual, pergi sekolah, start kul 11 gitu, pergi and stay kat library, then buat omwerk ekon asas yang cikgu kasi sebelum cuti aritu, oh banyak betul rasa macam oh no! kije banyak but happy , sebab today is rabu yang owsem.. 

selepas 1 jam lebih berlalu, aku pun make decission tolong akak rozini( yang handle library sekolah aku) hias library sikit demi sikit, sebenar hati aku panas hari ni, sebab resah gelisah macam ada orang tu kan macam tak suka jer, okey takpe! lantak hengkau,ko tolong aku ta ikhlas! hehehe.. on waktu lunch gitu, selepas si hashimah datang, sis rozini ajak aku and hashimah keluar pergi bandar gitu, oh pergi makan rupanya! yang paling owsemnye dalam banyak-banyak menu air, pelbagai jus itu dan ini, aku pilih nak minum ABC jer, hahaa.. lega tekak aku, yang dahagakan somethings cool gitu, ececeh inggeris salah, hahaha..and aku pilih makan mee sup jer, tak nak makan berat-berat sebab nanti balik umah, tibai lagi, yerla, mak aku masak, heehehehe.. 

mee sup yang awesome!


 abc best !


nak jadi ker cerita, after kami makan tadi, buat la, decission nak pergi umah teacher norliza samsuddin, kononnya nak hantar bajunya, then lintas traffic bagai, kami sesat jugak sebenarnya, then tiba-tiba?

adalah kereta peronda datang, kami ikut belakang peronda tu la, ya allah apa ke nasib, slow gila dia jalan, and , si abang peronda tu , suh kami potong kereta dorang, sis aku tak potong kot sebab double line.. hape ker senak dia, suh potong kat double line, aku nih yang duk seat belakang , kemas-kemas pakai tali pinggang, cewah kononnya, and bila kereta kami potong kereta peronda tuh, issssssh bengang aku rasa, aku yang duk belakang ni penat-penat pakai tali pinggang, tapi abang polis yang drive tu selamba jer ta pakai tali pinggang, uh frust sekejap! 

then lepas semua tu, bla and bla and bla, kami sampai kat sekolah balik, memang gelak habis when think about today! tibe-tibe terfollow belakang peronda, :) hahaaha

 ilham and fatn : i miss both of you!



that all from me! tq

TIP : Gigi Putih

Assalamualaikum

hye my dear readers,
 pagi ni, aku as manusia biasa yang suka membantu ni (angkat diri sendiri), nak share satu tip untuk kehidupan seharian korang dan jugak aku.. hehe.. title aku kali ni " gigi putih " ? why! why! why! rileks hokey.. sebenarnya, dalam hidup ni, kita perlu kelihatan sempurna, and tidak boleh menonjolkan kelemahan kita, ..apa kaitan dengan gigi? gigi is the first tempat orang pandang bila bercakap, so i nak share beberapa tips yang membantu korang..

 pilihan di tangan anda

i know ramai yang mengidam barisan gigi yang cantik & putih. Membuat rawatan semestinya menelan belanja or kos yang mahal kan.. so let's try this tips..

1- PENYEDUT MINUMAN
Gunalah straw jika korang sedang menikmati air kopi, teh, minuman bersoda, mahupun anggur merah. Dengan demikian, minuman tu tak kan terkena pada gigi korang secara langsung..

2- MAKANAN
Perbanyakkan makanan yang berperanan sebagai pemutih gigi. contohnya korang boleh makan buah-buahan atau sayur-sayuran.  Buah-buahan yang berkesan untuk membersihkan gigi adalah epal, vortel dan daun selari..


3- STRAWBERI
Dikenali sebagai buah pemutih gigi yang sangat istimewa. Hancurkan buah strawberi kemudian korang tempelkan pada keseluruhan gigi. (maybe its look like eh tak betul si carl ni , sabor ) then korang take time 2 minit and lepas tu gosok gigi sehingga bersih..

4- UBAT GIGI
Jauhi ubat gigi yang mengandungi bahan kimia. Guna ubat gigi berfluorida seperti yang disyorkan oleh pakar pergigian.

5- BERUS GIGI
Gosok gigi tiga kali sehari & selepas korang selesai makan. Namun berhati-hati dalam memberu gigi, sebanya jika terlalu rakus/kuat boleh merosakkan gusi, kerana gusi adalah agak lembut & sensitif..

6- RAWATAN
Paling cepat adalah dengan cara bleaching @ pemutihan. Rawatan ini banyak tersedia di klinik2 & ia mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun..

thats all from me.. thank you.. jika anda suka sila klik like..

Tuesday, May 29, 2012

Kenangan

Assalamualaikum

hello to my dear readers, how are you all? hehe. hobi.. tiap kali update post tanya khabar, jangan marah tau, its mean i sayang you! :D hehe (gurau)

post title kali ni "kenangan" why? 

malam ni aku akan share some story, tentang liku-liku hidup aku, since form 1 till now im form 5, i am a librarian! now i pegang title "mr president of librarian of my school " alhamdulillah.. kenangan? aku rasa selama aku menjejak kaki ke sekolah menengah ni kan, aku lah manusia yang paling bertuah, sebab di pilih sebagai librarian, librarian sekolah aku, tak macam sekolah lain taw,thanks to cikgu media aku puan norliza yang memahami tugas anak2 pustakawan.. tiap minggu kami kena handle satu assembly, and yang paling awesome and menjadi kenangan aku lah, yang kena jadi pengerusi, not in malay taw! i have to speak english on the stage sorang-sorang, but im happy? nak taw kenapa sebab aku rasa half of budak sekolah aku ta faham aku cakap apa. haha.. and aku pernah tertengok budak ternganga masa aku handle assembly in english, hahaha lucu and still hangat in my memory! to adik: " practise make perfect " .. 

sekarang aku rasa oh tak best nyer, sebab aku dah besar and this year i will leave my school, smk nasiruddin shah,  sedih sangat, takpe ! sebagai tanda kenangan aku and my anak buah (firdaus,shaaban, ain, elly, shima) berkorban! ? ? cuti wey! hehe masa cuti 2 3 4 hari ni, aku and geng, amek keputusan nak tolong akak yang handle pustaka (kak rozini ), renovate pusat sumber kitorang, aku and geng pulak tolong akak rozini cat bahagian dalam & luar pusat sumber.. serius sunggoh awesome, walaupun tangan sebenarnya buta dalam bab cat mengecat.. sebab seriously parent aku ta penah kasi aku cat umah or cat hape-hape, tapi best taw, sebab aku dapat curahkan bakat mngecat pada dinding pusat sumber aku, and aku rasa aku dah spend cuti aku dengan melakukan perkara yang sangat berfaedah.. and it will be my sweet holiday, daripada aku tak kemana bek aku lepak kat library sekolah aku hehe! and aku harap hasil penat jerih aku and geng menjadi tanda dan ingatan selamanya, and the best tiap hari kitorag pergi library dalam cuti ni, akak zini prepare makanan buat kitorang such as : nasi ayam gulai, mee goreng, nasi lemak, and more kind of food! seyes happy sangat!

 happy sebab dapat duduk seat depan bersama guru-guru


kemas buku and hias rak


 shaaban sedang mengecat!


 sama tak?



 puan norliza and i :D



 kak rozini and i :D




thanks for reading :)

Sunday, May 27, 2012

Do you love your Parent?

Assalamualaikum

if you love both of your parent, please recite "doa" for them!


terima kasih, semoga ukhuwah sesama keluarga terus terjalin, doakan ibu bapa anda untuk kesejahteraan mereka..

Ikhtibar.. bukan Halangan.

Assalamualaikum

aku nak storykan tentang perihal aku kelmaren/semalam.. semalam aku buat keputusan ta nak pergi kelas, and mak aku ajak aku pergi teman dia, hantar sepupu aku pergi teaching interview kat unisza, sebenarnya aku baru tahu yang aku yang aku seorang yang mudah fed up, sebabnya, result ekon asas aku paper 1 aku down, aku tak tahu la kenapa, but mak cakap sebab aku ni mungkin duk fokus pada subjek tertentu, and tak stabil..masa hari jumaat lepas, aku menangis ar.. mak aku maybe amek keputusan ajak aku pergi terengganu, sebab nak bagi aku relaks dan kesedaran, aku sedih kot, masa dalam kete tu, aku diam jerk..


masa masuk unisza, tu ya allah, aku rasa diri aku umpama pelajar u, mungkin allah beri kesedaran pada aku kot, but bila aku tengok my sepupu kena interview itu dan ini, aku nervous la, sebab intention aku kan nak jadi guru jugak, but guru bi, aku minat nak jadi guru bi, sejak kecil lagi, cuma tidak berani nak luahkan, aku minat giler ngan kakak aku/teacher aku (teacher nik zati) , aku minat tengok dia and husband dia, sama2 english teacher, disitu pujuk dicita ulam mendatng -kehkehkeh perinahasa salah- hahaha..


but seriously, selepas kelmaren aku, alhamdulillah dah okey, masa aku masuk masjid unisza tu, aku rasakan aku ni memang pelajar u sudah, semangat berkobar-kobar nak masuk u, tapi frust jugak sebab ambition aku na jadi lawyer, ditentang oleh parent aku! okey fine! :( okey takpe la, aku insaf sekejap!hoho mak aku senyum, thanks mak, maybe dia bawak aku pergi tu, nak kasi aku kesedaran.. mak cakap kegagalan bukan satu halangan, like ain mahsuri (*my bestfriend*) cakap kita ta boleh fed up, okay fine! thank you all, tapi aku gembira, gagal sekali tidak mungkin gagal selamanya..


thats all from me tq!

Saturday, May 26, 2012

England Friend -Annabel Smith-

The First " Assalamualaikum " like usual..


hello to my readers.. tonight i am going share about my friend from england, friends! you maybe will ask yourself how i can get to know her..

her name is annabel smith, she is 16 years old .. hehe i think she and me had same age, i just remember, i was born on 09 november 1995, im forgot now just only may hehe.. so i am 16 years old too, now i will describe how i can get to know annabel,i get to know annabel after, im watching my idole blog sis maria elena, her video entitled " i just came to say hello " on youtube, i like that song very much! then im open the youtube broadcast and search song like i said, and i have seen one awesome video, it was make by annabel smith.. and since that, im work hard ( hehe) trying finding annabel on facebook, and on facebook we became a friend..

she is very kind person! seriously i like her way! awesome, she is very friendly person! and if you want to know she's already said to me, that she want to come to malaysia on summer, and will be on terengganu.. :) mostly im was very happy being annabel friend! serious!

annabel and emily (both of them will be on malaysia soon)





 



 thanks ! that all from me, if you think you like please click like!!

The teacher's birthday celebration-video-

Assalamualaikum

im going share a video about teachers birthday celebration :)

let's watching!! surely awesome!


thats all from me.. thank you.. like? a little to much of like :)
coming soon! hehe

Thursday, May 24, 2012

Teachers Birthday Celebration

Assalamualaikum

hello to all my readers, tonight i am going to share about teachers birthday celebration, it was about teacher noormah and cikgu rosmaruni, dwi bahasa! why? sebab, both of them is my malay and english teachers, happy gilak sambut but seriously aku lah manusia yang paling panik, nak taw kenapa?


sebab! 5e student make a decission sebulat suara, tempah makanan ngan mak aku, aku tak tau semua orang cakap sambutan kali ni, meletup kot! amazing like that.. majlis besar-besaran kot, hehe of course la, my feBEREt teacher kan, both of them is my inspiration, bukan maration taw! macam blog fifiey lychee maration tu taw hahaha.. aku masih ingat lagi, kisah sisa hidup aku since form 1, baik jer ngan cikgu malay and inggeris~kitorang sepakat buat nasi minyak kali ni, awesome kan..

aku ingat ag guru bm dan bi aku!

form 1 ~ bm: cikgu rahashida   bi: teacher norsida
form 2 ~ bm: cikgu omer           bi: teacher zaidah
form 3~  bm :cikgu zarina         bi: teacher zaidah
form 4~ bm: cikgu noriah         bi: teacher nik zati ( emak kepada cucu mak haku! ) hehe
form 5~ bm: cikgu rosmaruni bi : teacher normah! ? cikgu yang diraikan, selamat hari jadi cikgu dan teacher..

mostly aku rasa happy gila gaban, sebab bi aku jadi up sejak akhir-akhir ni or belakangan ini, haha.. thanks teacher.. happy sebab hari ni majlis sambutan hari jadi guru berjalan lancar thanks all, yang terlibat! sampaikan eta aku sempat merasa nasi minyak dan kadang kala lucu bila dia sebut "nasi minjak" hehe, awesome! hhaha dan hari ni, aku belajar lagi, selama ni aku selalu sebut awesome "awsom" but teacher perbetulkan "osem" okay thanks teacher hehe..

okay party start! ingat nak buat video, tapi komputer haprak aku ni, buat hal, biasa la kan, tengah-tengah tahun ni..

okay some pictures shared!
 kawan yang awesome!

 menu! nasi minyak + air sirap! keh keh :)
 shimah buat taw!




 gulai ayam!














 muka stress! sebab? tunggu cikgu ta sampai-sampai, sebabnya dia lapaq!






















 mama dengan anakanda! feberet teacher sayo ni :)





 p/s: hargai guru anda! ingatlah yang tersayang..hehe

that all from me , thank you! if you like do like, and do leave a comment?

Wednesday, May 23, 2012

Rabu yang Memenatkan

Assalamualaikum

hello to all readers, how are you all? 
hari ni aku nak storykan cerita tentang aku hari ni, ya allah rasa penat nak mapuih! hanya tuhan sahaja yang tahu.. hari ni like usual bangun lewat lagi, walaupun kedengaran mak memekik melolong tapi still mengantuk, sebabnya? nak tau dok? aku seminggu dua ni memang tak cukup tidur .. minggu exam katakan.. serabut habis aku rasa.. ni baru pertengahan tahun baru, belum trial dan spm lagi.. uh berdegup kencang jantung aku.. penat! kamu tahu apa..

haha gurau jek. aktiviti aku hari ni masa kat sekolah exam! Ekonomi & Tasawwur.. bila bukak soklan tu hati berkata " natang pe soklan payoh mcam nape " runsing jugak aku, kan dok lepas exam, tapi alhamdulillah both of my exam, aku boleh buat dengan hati yang tenang, janji kau jawab dengan ikhlas, memang insyaallah la.. pas exam tuh, tang situ tang sini gi mari ngan member aku, duk sibuk bincang pasal esok kitorang nak sambut hari jadi cikgu kitorang, uh memang penat, tapi hati dah panas, sebab lapor beb! duk sekejap tunggu adik aku sebab aku biasanya tunggu adik aku dulu sebelum balik, uh lambat loh.. dahla hujan..takut pun ada, sebab aku trauma gila ngan hujan, sebabnya, masa aku eksiden aritu, waktu malam dalam hujan la, serik gila wey..


pas sampai umah, mak ajak makan, but aku said, tak selera, okey! pastu siap-siap pergi sekolah balik, pergi library lah, tapi masa aku pergi tu, orang semua tengah renovate library, as the president of the library aku pun berbebsar hati join, tapi aku tak sedar yang aku nih masih dalam pantang, doktor ta kasi aku buat kerja berat, tapi well seperti yang korang kenali, aku nih pantang kalau bab tolong-tolong ni, hati dengan sendiri tergerak nak menolong.. balik rumah jek, mandi and solat asar aku, tidur, mak cakap tak bek tidur petang, tapi lantaklah aku penat sangat doo.. malam tadi dalam area nak solat maghrib aku rasa  pelik jer, berjalan macam orang tempang, aku lupa kelmaren aku jatuh tangga depan bilik guru, malu? tak! sebab dah terbiasa jatuh well hahaha, penat gilew mak weh! aku duk berangan-angan mat jenin sekejap, ku ni banyak betul kena dugaan kan? but aku okey jer, mean allah sayang aku kan? hahaha,


aksi fatin sebagai cover for this post! hahaha " kau tengok apa tu ten? "


p/s : berhati-hati dalam melakukan sesuatu!
jumpa lagi dalam post yang akan datang!

Monday, May 21, 2012

Conversation From England

Assalamualaikum

Hello people,
today i am going to share about my friend from england, her name Annabel Smith, she is very kind person also friendly , i get to know her, when i'm being the one of her fan, she make a video about random of her life, about her friend.. i like all of her video! and i'll continue to know her in social networking facebook.. and we became a friend..


i'm writing this post tonight beacause i want to describe a little about Annabel, i'm not sure but her name is Annabel Smith, like my english teacher said maybe smith is her family name, maybe? not sure ok.. she is 16 years old and studying in English Martyrs School..


she's also said to me that she want to come to malaysia and visit me at teengganu. for a sure i'm was very nervous.. hehehe.. excited!

part of me chat with annabel


Now let's watching of her video!






 thank you.. that all from me.. if you like? please click like.. okay!

Saturday, May 19, 2012

Shop Here! : High Five Jewelry

Assalamualaikum

Hello, come back with new post about high five jewelry online shopping! this is about usahawan muda: gabungan/ gandingan adik beradik RTP Farhanis Shafifi & Farra Arisha..



as you all see at my sidebar..tittle"shop here! "  the picture of both of sibling the owner of  High Five Jewelry Online Shopping!.. i'm very proud with fifi also her sister arisha.. " Usahawan Muda" ! sebab? kak fifi is my senior yang awesome also arisha is my junior yang i think both of them beautiful like princess!.. banyak tunjuk ajar aku perolehi dalam melahirkan blog CARL LESMANA ini.. thanks kak fifi..



 fifi & arisha!
(picture source : fifi sazali facebook)
 


let's visit her offical page about  accessories, trendy stuffs and up-to-date outfits! selamat membeli belah! more information? jom klik sini
hopefully youall enjoy your  shopping!


anda suka? sila like

5 SC 1 Presentation for teacher's day

Assalamualaikum

Selamat hari sabtu buat semua.. err? okey hari ni aku nak update tentang persembahan dari kelas 5 sc 1 sekolah aku, ececeh gempak giler, ala style macam budak-budak tadika!

Let's watching


Friday, May 18, 2012

ILHAM

 Assalamualaikum


and a very good morning to all, selamat bercuti selama 2 hari kepada rakyat  terengganu, hehe
okey nonsense? my post tittle this time is "ILHAM " you want to know why? yes for a sure -kau ilhamku- hahaha


takdela, elo- elo masa teacher's day celebration kat sekolag i, on 16 may tu, sekolah i didatangi dengan artis jemputan, from ilham band! oh memang gila kot i sekejap! kidding :) yes! sebab i dapat amek tempat duduk depan sekali, dekat ngan stage.. oh ye? ilham and his band(group) is the best kot, why? artis remaja kot, under 20.. si ilham tu my bestfriend also his **** :) okey.. hehe so hopefully you all support ler ilham kat tanah air ni ya.. ni i nak share some ilham video, but not video masa dia buat show, sebab panjang sangat, 3 lagu dalam satu video. panjang tu, lembap laptop ni nak upload..

okey let's watching..


Thursday, May 17, 2012

Teacher's Day 2012

Assalamualaikum

it was too amazing when teacher's day coming, right? for me .. yes! sebab pada hari guru dapat dengar cikgu nanyi taw :) jk :)

the first i am sorry sebab baru update tentang hari guru punya day.. sebab ta sempat, banyak sangat program sampai balik rumah je, oh katil! haha it's mean i penat taw,


Bersempena dengan hari guru ni saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru yang berda di malaysia, semoga berbahagia selalu..
seriously for the first i'm wanna wish happy teacher's day to my kindergarten teacher, "cikgu noorizan" sebab youlah orang pertama yang ajar i baca "abc" and i kenal "aeiou" thanks cikgu,


now i am going share some pictures about smk nasiruddin shah teacher's day celebration..

the teachers is going to sing a teachers day song


zulharith hafizat (ketua PENGAWAS) sedang menyampaikan kad hari guru gergasi kepada pengetua!


my photographer( i call her kakak) she is my adik :) full name wan irtiyah khalisah ismail! comel kang budak ni? garang ni :) haha


my awesome bebudak!

teacher's action!









this is my teacher also my kakak yang paling cantik :) with me :)



me? sedih sebab jadi photographer jugak so ta banyak le pic i, but in kakak/ irtiyah kamera banyak kot..


but saya happy sebab sekolah kami didatangi oleh satu band muzik as u known? my bestfriend si ilham.. bring his band to buat show kat sekolah saya.. awesome gila!! antara reramai i am the one kot yang sempat berposing dengan ahli band ni, nanti i update sal band diorang pulak hokey! gempak, the band groups: ilham, abang ray, abang amin, and sorang lagi i tak sure his name apa, but handsome! aw hahaha..




let's watching this video!! enjoy




thanks for reading, this sesion will be continue on part 2