Thursday, May 31, 2012

Tips : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri

Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bagi sesetengah orang, mungkin ianya tidaklah penting.
Tetapi bagi sesetengah orang, masa untuk post entri adalah penting.
Aku akan terangkan kenapa masa untuk post entri juga penting dan bilakah masa yang sesuai untuk post entri.



Untuk waktu yang paling sesuai untuk post entri (publish), aku sudah kenalpasti 3 waktu yang boleh dikatakan paling ideal. Ini berdasarkan statistik yang masuk ke blog ini pada waktu-waktu yang tertentu.


Post entri yang aku maksudkan ini bukanlah masa anda mula menaip atau mula mencari bahan, tetapi masa yang aku bagitahu ini adalah masa yang sesuai untuk tekan button PUBLISH. Jadi aku andaikan pada masa-masa ini, anda sudah ada apa yang anda hendak post. Menaip entri mungkin anda boleh buat bila-bila masa yang anda lapang, dan anda boleh 'save' dahulu untuk tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting adalah waktu untuk PUBLISH.


Pukul 7.30pg - 8.00pg.
Waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk publish post. Boleh dikatakan pukul 8.00pagi rakyat Malaysia memulakan harinya. Bagi yang bekerja atau tidak, apabila ada masa lapang je(ye ke lapang.:), pagi-pagi lagi sudah mengadap komputer. Betul tak.:).
Bagaimana hendak publish post pada ketika ini sedangkan diri sendiri pun sibuk.?
Senang sahaja, gunakan AUTOPOST. Anda boleh taip bila-bila masa, malam mungkin, dan setkan untuk post pada waktu antara 7.30 hingga 8.00 pagi ini.:)


Pukul 1.00ptg - 1.30ptg..
Waktu seterusnya adalah antara pukul 1 dan 1.30. Kalau ikutkan dari pukul 8pagi tadi,
jika anda sudah ada post, biasanya trafik tiada masalah. Cuba kalau pada hari itu anda ada 2 entri hendak publish, selain pukul 8.00 pagi, pukul 1 hingga 1.30 adalah jawapannya. Ini kerana pukul 1.00 hingga 1.30 (dan mungkin 2.00) adalah waktu rehat. Ada yang makan atau apa, dan ada juga yang rehat di hadapan pc. Dan bagi yang baru balik dari rehat, lepas siap makan takkan hendak buat kerja terus kan, ada la yang melencong buka pc buka internet dulu.:)

Pukul 7.30-8.00mlm..
Waktu ketiga sesuai untuk buat entri adalah pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Kerana biasanya aktiviti sebelah malam akan bermula selepas maghrib. Jarang orang online pada pukul 7.00. Biasanya pukul 8.00 atau 8.30malam mula start untuk online semula. (Bagi yang ada internet kat umah atau tak balik lagi dari pejabat kot.:). So, untuk penutup pada sesuatu hari, pukul 7.30 hingga 8.00malam adalah masa yang sesuai.:)


Bagaimana jika ada lebih dari 3 entri sehari.?
Kalau ada lebih entri, dicadangkan untuk post mana-mana waktu antara pukul 8.00pagi hingga 4.00 petang. Biasakan untuk post pada waktu siang kerana masa yang ada untuk post itu panjng sebelum habis hari tersebut.

Kalau entri urgent.?
Sudah namanya urgent..:) Kalau urgent, bila-bila masa sahaja boleh post. Urgent tidak kira waktu.:)

Kenapa waktu untuk post entri juga penting.?
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak penting. Asalkan ada post pada hari tersebut.
Lagi-lagi bagi yang sudah ada pelawat tetap atau memang blog sudah glemer. Tetapi perkara ini juga penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengaplikasi trend visitor pada sesuatu blog.

Satu lagi.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda berada dalam kedudukan di atas seperti gambar apabila ruang trafik maya di Malaysia tengah tinggi..?..:)




 like this post?

10 comments:

Cik Fie said...

nice entry :)

100++ DAH JOIN GA SAYA . KORANG BILA NAK JOIN ? CEPAT JOIN !! :D
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

AmyZana said...

this entry helps a lot ! thanks !

by da way, sye slalunye post entri antara 2.00 ptg hingga 3.00 ptg . Okey lahkan ? :/

Carl Lesmana said...

@AmyZana ya ya :) hehehe.. happy blogging :)

Scha Lalala said...

yeah betul tu! scha slalu post malam2 sebab kebanyakan org yg bekerja n budak2 skolah banyak online mlm2 kan. hehe satu lagi waktu ptg tu, antara wktu org tgh rehat2 ;)

aidajusoh said...

thanks for the tips :)

Trah Zain said...

rakyat M'sia yg bekerja memang dh segar time pkl 8am, tp student confirm on9 lewat kn??haha

cikgu siti hazreen said...

terima kasih :)

Carl Lesmana said...

@cikgu siti hazreen sama2

Cinta hazanis said...

nice tips. tq.:)

Carl Lesmana said...

@Cinta hazanis most welcome :)