Tuesday, July 31, 2012

Tips Atau Panduan Atasi Zina Hati

Assalamualaikum

seperti yang kalian baca tajuk entrynya :D


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih."
(Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan :

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

source
Terima kasih sudi baca, feels free? click like okay :D
 

Monday, July 30, 2012

Special Cinta Muka Buku Version From Najwa Latif to SPM Candidates

Assalamualaikum

let's listening najwa latif -cinta muka buku special song ! najwa? ala she's blogger too, but she have along time nak updating her awesome blog..  NAJWA LATIF.. btw before listening this song, please click stop play music at my sidebar :D


Thanls for reading, feels free, please  click like :D

AL QURAN TERBESAR DI DUNIA

Assalamualaikum
Masyaallah, carl rasa macam tak percaya jer, tapi alhamdulillah ini kenyataan, betapa indahnya setiap ciptaan yang mempunyai maksud yang amat bermakna, jom baca bawah :D

"AL QURAN TERBESAR DI DUNIA "



Masjid Qolşärif (Kul-Sharif Masjid) yang terletak di Kazan Kremlin, dikatakan, pada masa pembinaannya adalah masjid terbesar di Rusia, dan di Eropah di luar Istanbul, kini mempamerkan Al-Quran terbesar di dunia.

Al-Quran terbesar di dunia yang dibuat di Itali oleh syarikat ‘Ltd Reverra’. Beratnya 800 kg, berukuran 2 mx 1.5 mx 25 cm. Al-Quran tersebut terdiri daripada 632 muka surat yang mempunyai berat 250 gram setiap laman.



Bahan -Bahan Yang Digunakan Untuk Kulit Hadapan Al-Quran Terbesar Di Dunia
Kulit hadapan Al-Quran terbesar di dunia ini diperbuat dengan daun emas, perak, malachite, yasper, warna firus, topaz, emas batu, dan sebagainya. Pada bulan Mei, mereka merancang untuk memindahkan al-Quran terbesar di dunia tersebut ke bandar purba Bolgar, Tatarstan, tempat di mana Volga Bulgaria menerima Islam sebagai agama rasmi.





























Thanks for reading, feels free click like!

Jangan Terlalu Menyayangi Seseorang

Assalamualaikum

hye peeps, my mood : thinking? is it this word is true? maybe yes.. maybe not.. hee :D

Thanks for reading.. feels free? do like okay

Sunday, July 29, 2012

We are Model

Assalamualaikum

hye uolls semua, miss giler-giler nak update entry sal family, this time i'll  wrote about the photo shoot time, sibling! cewah, haha , takdelah saja ja, nak buat story sebab picture nih kiut sesangat, sebab adik-adik iolls kelas-kelas artis sudah, especially my adik dina, haha she's looks like a model, seriously said, she's look like the kid on the tv dalam bintang kecil tu, also kakak , looks so beautiful! like her brother? who? of course me lar :)
picture time!

my princesss yang kiut lagi miut!


 wan irdina wadesofea hasanah .. the bintang kecil artist (soon)



wan irtiyah khalisah ( the fanatic of korean model )


the carl lesmana! muhammad tarmiziani
the modelling photographer! :D cewah


us, without put any cake to our face, mean original :), kalau uolls tengok picture ni gelap siket jangan habak apa-apa, sebab orang yang tolong amekkan picture ni, ta reti -peace- anyway this picture is really meaningful about our relationship as brother and sister! :)

my hapek korea? how cun dia, ? kikiki -gelak jahat-

anyway thanks for spending little time reading this -lalola- post, hahaha, seriously menaip dalam keadaan ketawa sensorang, kalau dah baca? silakanlah klik like ya ! :D

Doa Seorang Anak

Assalamualaikum, 
 
Bismillah hirrahmanirrahim..
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku kepada kedua ibubapaku
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
Didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
Kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi
jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at
untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu….
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih.
Amin Ya Rabbal Alamin..



Terima kasih sudi baca, kalau suka like la :D

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:
terima kasih sudi baca, kalau free sila click like! :D

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum


terima kasih sudi baca :)

Friday, July 27, 2012

SPEECH CHOIR 2012

Assalamualaikum

oh btw the first i'm so sorry sebab baru teringat nak update story sal my team " speech choir" peringkat diraja gitu, haha ta mao kata banyak t ada yang tersentap! pisssh :D jangan stress adik2 walaupun this year dapat third prize jer, tak seperti tahun lepas dapat second prize, hehe btw saya sangat berbangga sebab hasil budak2 form1 and 2 yang pemalu gitu boleh menang! TAHNIAH!

 buat perangai over action!
 oh my ? sister a.k.a my teacher, alahai  haha, sentiasa lawak


my lovely eta rachael and nina!







my adik2 :)


with my lovely brother (muhammad nur firdaus)



Kelebihan Ramadan

Assalamualaikum

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Wednesday, July 25, 2012

Wordless wednesday

Assalamualaikum


selamat petang semuanya, tengah buat apa ya kalian? wah this time nak share picture jer, how people nowadays..
 
dis is my adik dini, wah masa pergi umah tok wan aritu, omg! kelas adik aku main ipad, zaman aku dulu2 main game yang ala ta silap "brick game tu " hehehe.. kelas gitu, and when my my ummi ask dini 
ummi : adik main apa?
dini : ipad! 
hehe, so the conclusion budak zaman sekarang adalah tergolong dalam golongan maju dengan perkembangan semasa, sebab zaman saya dulu-dulu mana ada mende nih semua, sometimes i'm thinking andainya waktu bisa diputar kembali, ingin saja aku dilahirkan pada tahun 2012 :)

thanks for reading, if u ar free click LIKE

Tuesday, July 24, 2012

Debaran !! :(

Assalamualaikum

selamat malam semua, kabare? waras ngak? kalau uolls tanya saya, kabare? tak waras, minggu depan, trial pmr , berdebar, after raya saya pulak yang bakal hadapi trial spm, pray the best for me yah! sebenarnya saya risaukan kedua adik saya yang bakal menentang trial minggu depan, adik afiezan serta irtiyah that i call her "kakak" , macam mana lah mereka nanti? ek, dahla taon ni last year saya bersama mereka, sume! sedey2, tapi hati saya bertekad, spm kali ni saya kena buat yang terbaik, 

spm  : target!! straight 9A triple plus!!
dah tanya :)

Monday, July 23, 2012

Tips for a healthy fast for Pregnant Woman

Assalamualaikum

and a very very good morning to my owsem's readers hee, how are you all? how about your fast? heehee this time i write about tips for a healthy fast for pregnant woman, also i write this tips because lots of sisters also my teachers outside were pregnant now, and what bulan now? hahaha of kos puasa right? haha.. okey, dis time saja ja, nak berkelepek guna bahasa omputih, hehehe..
special to sisters! :)

How can I make fasting during pregnancy easier?

If you fast, you will not be eating small meals every few hours, but you can still eat more than only two meals after breaking fast until sahur. Having well-balanced, nutritious meals will help maintain your weight and prevent constipation, headache, indigestion, fatigue and heartburn – symptoms that are common during pregnancy.

Is there any ideal way for pregnant women to break their fast?

There is no ideal meal plan that you should follow strictly, but try these tips for the best way to break your fast. Start with:
  • three dates and juice (good foods to bring low blood sugar levels back to normal);
  • low-fat milk or yoghurt;
  • clear-based soup.
Then eat a well-balanced meal that may include:
  • a plate of salad or ulam as a starter;
  • protein from chicken, meat or fish, or lentils, chickpeas (kacang kuda) or beans;
  • complex carbohydrates from brown rice and wholewheat bread;
  • and, a large amount of vegetables.
Avoid high-fat meals to prevent weight gain, filling up on poor nutrients and indigestion.

Do I have to eat a sahur meal if I'm fasting in pregnancy?

Yes. The sahur meal is one of the most important meals during Ramadan. It will keep your energy levels up during the day. Do not skip this meal as it will provide you with important nutrients and the energy you need to get through the day. It will also decrease hunger symptoms, such as headache and sleepiness.

Your healthy sahur meal could include:
  • brown rice and wholewheat bread with kurma or a light curry;
  • bran or high-fibre cereal with low-fat or skimmed milk;
  • and, fruit, including dates and bananas.
Avoid too much tea or coffee at this time, which can make you dehydrated.

I love coffee or tea after buka puasa; how can I substitute them?

Drink fresh fruit juices instead of fizzy drinks or coffee and tea. A fruit smoothie made with some milk, yoghurt, ice and fruit makes a refreshing drink and gives you plenty of your daily fruit allowance. A vegetable soup will give you several different vegetables, which will add vitamins, minerals and fibre to your diet.

What should I include and avoid in my diet during Ramadan?

To follow a healthy fast, keep in mind the above tips when eating, and:
  • After dinner, relax for a while and then get up and move around. Participate in some light activity.
  • Avoid snacking late in the evening before sleeping, but be sure to take your sahur meal.
  • Drink plenty of water after buka puasa and before sahur to prevent dehydration.
Thanks for reading this post.. Feel free to click on "like button" .

Sunday, July 22, 2012

Funny Things !

Assalamualaikum

hye semua sedang apakah kalian, hadoi bosan tahap apa ntah, tarak taw mahu bikin apa, hehe, tadi semasa sedang berfacebooking carl cuba la satu benda ni, macam permainan gitu haha, lucu gak, macam facebook ni leh baca fikiran orang pulak hehe.. 



thanks for reading

Mr Recipe : Ayam Lemon Carl Lesmana

Assalamualaikum

buat apa ya kalian? selamat menunaikan ibadah puasa ya, haa! hari ni carl tak mao cakap panjang-panjang, seperti yang anda ketahui, carl nak buat tuto masakan ni hee :) eh takdelah, ni carl belajar dari emak, cewah betul dak ni hehe, hari ni carl nak kongsikan resipi ayam lemon, well ayam lemon makanan kegemaran carl taw :) hehe, suka sangat, hopefully korang boleh la cuba, buat menu berbuka nanti hee :) okeyla jom baca bawah..


Bahan-bahan :
1 ekor ayam - anggaran 2 kg ( tak payah potong )
400 gram tepung
6 biji telur
400 gram serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng, seperti menggoreng ayam kfc gitu :)

SOS LEMON :
4 biji lemon
1 cawan air
Tepung kanji sebagai pelekat
Garam dan gula secukupnya.

Cara membuatnya :
  1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sedikit garam
  2. Celupkan ayam ke dalam tepung, telur dan serbuk roti. Gaul sehingga sebati.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak sehingga masak. Potong dan susun dalam pinggan.
Cara membuat sos :
  1. Perah lemon untuk mendapatkan jusnya.
  2. Campur jus dengan sedikit air dan panaskan sebelum memasukkan tepung kanji kedalamnya sehingga sos menjadi pekat.
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tuang ke atas ayam sehingga rata.
  4. Siap untuk dihidangkan! :)

thanks for reading

Saturday, July 21, 2012

Mr Recipe : Udang Galah Panggang Berkeju

Assalamualaikum wbt

kali nih, carl nak share tutorial gitu, haha cewah kamu ingat tuto untuk blog jer ker? kalo tuto untuk blog, carl takdelah fasih macam akak blogger si Lyssa Faizureen tu, hee.. carl nak taip entry kali ni dengan perasaan , air liur kecur gitu, and thinking " wah sedapnya udang galah panggang " then taruk keju kihkih , okeyla continue baca okey!
att : to my eta teachers rachael and nina : if you were read this entry and you want try, first thing you have use google translate, because i'm writing in malay! :)

not the truth pic, kalo nak real korang try buat, it maybe will look like dis lar :)

Bahan-bahan :
10 ekor udang galah (anggaran 1 kg)
10 ulas bawang putih (blender/dikisar)
5 potong keju - berbentuk kiub gitu
Sepotong mentega - dicairkan/melted
Krim mustard
Serbuk perasa
Garam
3 of these secukup rasa okey!

Cara membuatnya :
  1. Bersihkan udang dan kemudian belah bahagian belakangnya anggaran 3/4 dalamnya.
  2. kemudian masukkan bawang putih, keju, mentega, krim mustard, serbuk perasa dan garam ke dalam belahan itu.
  3. Bakar dalam lingkungan 20 minit di dalam ketuhar, and kalo yang suka tradisional, boleh bakar like uolss bakar ayam gitu, then bolehla dihidangkan! 
  4. siap! selamat mencuba 
thanks for reading, 

Friday, July 20, 2012

Mr Recipe : Coleslaw

Assalamu Alaikum my dear brothers and sisters, the blessed month of Ramadan has arrived once again and I'd like to wish you all a blessed Ramadan. I ask Allah to bless us all with a month of reflection, charity, worship & forgiveness. May Allah make our present better than our past and our future better than our present. Please remember me in your du'as. ingat not carl lesmana okey but Tarmiziani.. hee

bersempena ramadhan yang bakal menjelang, kalo tak silap besok kot, hari ni carl nak kongsikan resipi coleslaw, makanan feberet adik carl sendiri, alah kalo dia ke kedai mesti order coleslaw dalam makanannya, especially bila masuk kfc take order, and kalo ke cafe order chicken chop! hehe

Bahan-Bahan :
200 gram kobis
4 batang lobak
5 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
Sos Coleslaw Dressing
 (atas market banyak, kalo area besut ni econjaya and supermas pun ada)

Cara membuatnya :
1. Kobis dan lobak dihiris nipis
2. Gaulkan keduanya sekali dengan cuka dan gula. Rendamkan selama dua jam.
3. Toskan airnya dan gaul dengan ros.

thanks for reading, bagi sesiapa yang berminat nak coba boleh la try guna resipi ni ya :)

Tuesday, July 17, 2012

Awesome Sport Day

Assalamualaikum

hai semua? sedang apakah kalian? hari ni carl kembali menaip dalam keadaan begitu ceria sekali, sampai senyum ke telinga hee, hari ni merupakan hari sukan tara sekolah, best sesangat sebab dapat spend time dengan kawan-kawan serta adik-adik junior, walaupun tahun ni tak semeriah tahun lepas, kegembiraan jelas terpancar di muka anak-anak pelajar ,termasuk carl sendiri, hahaha


rasa syok giler, enjoy terhegeh2 di tengah trek padang yang panas, bak kata motivator vitamin c, hotak eh, hahaha, duk tengah panas lelama demam weyh, that why carl suruh adik carl si irtiyah tu pakai glasses, untuk mengelakkan sinaran uv, apa ke betul ayat tu? hahaha, 

sedangkan cikgu rumah sukan carl, iaitu carl menganggotai rumah tun sri lanang, hijau! menyuruh carl masuk dalam perlawanan yang diadakan, dalam hati ni, geram nak cakap sorry cikgu saya ta bertanding atas padang, saya cuma bertanding atas stage sahaja, hahaha berlagak betul, eh takdelah gurau jer, sebenarnya carl tak sertai aktiviti2, sebab takut lengan terseliuh balik, tambahan pula kat pangkal lengan bengkak, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya  jejaka blogger nih hahaha, lupakan, :) hehe btw saya sangat gembira hari ni, cikgu semuanya sporting giler-giler? eh ta baik la, sporting habes. hahaha.. dahla taip, tengok gambar pulak la,



 adik-adik sedang bermesyuarat longkang kat tepi longkang tepi padang hahaha, love them!

 best friend forever, sayang gila-gila korang, dari kanan shahir, hibry and hamid..


 disaat orang lain sedang bergolek2 berjalan di atas trek, saya buat muka skema gi mintak nak bergambar dengan retis-retis haha, takdelah , cikgu-cikgu kesayangan saya ni, cikgu norliza and cikgu noorizan, 


 ahli geng rumah tun sri lanang, hahaha bila cikgu suruh saya sertai acara, saya akan cakap oh sorry, saya photographer sekolah, bersama wan  irtiyah serta amira. 



 weh orang perka tu baju kuning tu, cikgu paling paling paling the best, lawak gila masa belajar dengan dia dulu till perut bagai nak pecah suka dengan lawak-lawaknya.. iaitu cikgu noriah ..


 kawan -kawan 5 science bersama cikgu kelas saya (merah) cikgu ytm tengku saidatul nurhajar and cikgu hazalini kalo ta silap nama dia :)


 nih la jurugambar kesayangan saya, ya allah dia nih minat bebenor ngan apek korea, haha, sampaikan masa saya bercakap dia duk tengok korea tak berkelik, and masa ummi gi korea aritu pun, ummi belikan dia dengan cd korea, and soon insyaallah sambung belajar di korea ..

 budak-budak lari eh.


 bestie saya duk ganggu budak, tak baek,! 


 ni mama saya, actually mak angkat, walaupun kami berangkat, saya suka cara dia, sebijik sporting macam mak saya, kalau disekolah she's my mum, tapi kat rumah mak saya, tapi keduanya sporting2 hehe


 kaumselor bersama cikgu fizik! hehe

 we are sibling forever and ever, kami anak ummi! :) hehe


nih adik saya, anak mama.. budak nih dah la comel, pastu gibuat pulak aksi mata gitu lepas dapat minum air cendol, haha cendol mendol kami tadi di tengah padang..

p/s: hargai orang-orang sekeliling anda, marah tanda sayang, so? sayangilah semua..
thanks for reading..