Monday, July 30, 2012

AL QURAN TERBESAR DI DUNIA

Assalamualaikum
Masyaallah, carl rasa macam tak percaya jer, tapi alhamdulillah ini kenyataan, betapa indahnya setiap ciptaan yang mempunyai maksud yang amat bermakna, jom baca bawah :D

"AL QURAN TERBESAR DI DUNIA "



Masjid Qolşärif (Kul-Sharif Masjid) yang terletak di Kazan Kremlin, dikatakan, pada masa pembinaannya adalah masjid terbesar di Rusia, dan di Eropah di luar Istanbul, kini mempamerkan Al-Quran terbesar di dunia.

Al-Quran terbesar di dunia yang dibuat di Itali oleh syarikat ‘Ltd Reverra’. Beratnya 800 kg, berukuran 2 mx 1.5 mx 25 cm. Al-Quran tersebut terdiri daripada 632 muka surat yang mempunyai berat 250 gram setiap laman.



Bahan -Bahan Yang Digunakan Untuk Kulit Hadapan Al-Quran Terbesar Di Dunia
Kulit hadapan Al-Quran terbesar di dunia ini diperbuat dengan daun emas, perak, malachite, yasper, warna firus, topaz, emas batu, dan sebagainya. Pada bulan Mei, mereka merancang untuk memindahkan al-Quran terbesar di dunia tersebut ke bandar purba Bolgar, Tatarstan, tempat di mana Volga Bulgaria menerima Islam sebagai agama rasmi.





























Thanks for reading, feels free click like!

No comments: