Tuesday, August 21, 2012

Kelab warga emas paling aktif

Assalamualaikum

EDISI BESUT :) (my town), if people now are talking about eid, now is my time to share about the " kelab warga emas paling aktif " just only god know how my feeling, when i have read this story on sinar , have a great society! :)

Wartawan Sinar Harian
11 Ogos 2012

ALOR LINTANG - Kelab Warga Emas Wanita Masjid Lama Alor Lintang merupakan kelab warga emas yang paling aktif di daerah ini.

Ditubuhkan pada 2002, mereka kini telah melaksanakan pelbagai program setiap bulan malah lebih aktif pada Ramadan.

Walaupun kebanyakan daripada 50 orang ahlinya berusia lebih 55 tahun, namun mereka tetap bersemangat dan gagah melakukan pelbagai aktiviti keagamaan serta sosial secara berkumpulan.

Pengerusinya, Wan Hasnah Ahmad, 72, berkata, pada setiap Ramadan, rutin mereka bermula selepas waktu sahur iaitu apabila berkumpul selesai sahaja solat Subuh di Masjid Lama Alor Lintang untuk majlis ilmu.


Kelab warga emas paling aktif
(Wan Hasnah (berdiri, tengah) bersama sebahagian ahli ketika melawat Muhammad yang terlantar di rumahnya di Alor Lintang.)

Menurutnya, aktiviti pada Ramadan bermula dengan program tadarus al-Quran secara berpasangan dan setiap pagi ahli kelab dapat membaca sebanyak 15 juzuk.

“Selesai tadarus, kami beramai-ramai akan menziarahi warga emas dan orang sakit di sekitar kampung pada setiap pagi mengikut zon ditetapkan. Sehingga kelmarin sebanyak 15 rumah sudah dikunjungi,” katanya.

Wan Hasnah berkata demikian ketika dia dan kira-kira 30 ahli kelab mengunjungi bekas imam Masjid Alor Lintang, Muhammad Ismail, 81, yang kini terlantar akibat angin ahmar di rumahnya di Alor Lintang.

Menurutnya, Muhammad bukan sahaja bekas imam lama di masjid itu tetapi kenalan kebanyakan ahli kelab kerana Muhammad juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja manakala kebanyakan ahli kelab pula pesara guru.

Muhammad adalah bapa kepada Pegawai Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Menteri Dalam Negeri, Deputi Superintendan Datuk Wan Ahmad Najmuddin.

“Kelab ini sangat istimewa buat ahlinya kerana ia menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti kelas al-Quran, kelas agama dan ruang bersantai bersama rakan bagi mengubat kesunyian apabila anak sudah dewasa dan berjauhan,” katanya.

Menurut Wan Hasnah, kelab ini berperanan memberi motivasi dan bimbingan kepada ahli dalam mengendali emosi ketika meniti usia emas dan mendekati diri kepada Tuhan.

thanks for reading
source : sinar 

No comments: