Sunday, September 30, 2012

Mod Merah

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi semuanya, hari ni saya akan meninggalkan dunia blog selama beberapa detik, kerana terpaksa menghadiri kem yang bertempat di bukit keluang beach resort, nanti saya updatekan story kelak, btw saya pergi tanpa kerelaan hati, pergi pun semata-mata ingin menjaga perasaan orang-orang yang saya sayangi :)

 masa ni tengah stress, pastu pergi mall lepak :)

new looks of my accesories, cewah bak kata mat saje " warna meroh buat abang maroh " so i have choose the red colour, because ? saya kena berani apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.. omg :) bye, see you all after i'm back from the camp :)

















thanks for reading :)

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

Assalamualaikum wbt

segmen oh segmen, best jer join segmen :) kali ni by abg e'raz , meh join ramai-ramai :)

http://2.bp.blogspot.com/-UcmU20W1_Sk/T3pjvSKaA6I/AAAAAAAAAZk/XuaoGTRWRK8/s1600/BlogWalking+Eraz+Fadli.jpg
nak join ? klik gambar okay, meh join ramai2 kasi gempak gitu :)

btw i'm done join this segmen, anda bagaimana ? thanks for reading :)


Segmen: Be My Follower by Didiey

Assalamualaikum wbt

Join segmen lagi, jomlah kita join ramai2 :) pastu dapat kenalan baru :)

 
 klik pada gambar okay :)

my follower now : 673 jer :)
target carl : 2 kali ganda ni kot, ? hee makin ramai follower, makin ramai kawan, tak gitu ?
btw thanks to didiey for this segmen :

dah baca? apa lagi, ringankan tangan join segmen ni ramai2 :)



Thursday, September 27, 2012

Surat At-Taghābun (The Mutual Disillusion) - سورة التغابن (ayat 11)

Assalamualaikum wbt

Ohoi mud blogging kembali lagi, alhamdulillah berkat kesabaran dengan ujian allah yang bagiku amatlah berat, pintu kebenaran semakin hari semakin menguak untuk terbuka, satu jer prinsip hidupku " jangan mudah menyerah kalah selagi kebenaran tidak diketahui " cewah ayat gramatis hamba allah yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam :) jadi perbanyakkan bersabar semuanya, kerana allah menguji kita berdasarkan tahap kemampuan kita, and disebalik ujian allah itu ada tersirat hikmahnya, wallahuaklam!

Berimanlah kepada Allah s.w.t dan beriman juga kepada takdir. Lepaskan waham sebab musabab yang menjadi pagar nafsu menutup hati.

64:11

 No disaster strikes except by permission of Allah . And whoever believes in Allah - He will guide his heart. And Allah is Knowing of all things.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

thanks for reading :)
 

Haters are Losers

Assalamualaikum wbt

hye peeps :) i'm so sorry have a long time not updating my blog, sebab seminggu dua ni sibuk sangat, banyak perkara yang berlaku, keluar masuk wad, lepas tu kena gigih pertahankan diri lagi @ maruah, lepas tu kena tinggal ngan mama and papa hee :) dorang dah balik kl dah hehe :) thanks to all yang caring amek berat pasal saya, cewah rasa macam hot stuff gitu bila mama dapat taw saya sakit terus balik, sebenarnya simpton2 sakit ni puncanya daripada kuat berfikir or lara sebab banyak perkara sangat berlaku, dahla saya tak boleh dah nak makan makanan yang feberet saya such as makanan bergoreng yang berminyak, sebab doktor suruh jaga pemakanan, hee :)
okey penat taip entry ni, nantikan entry yang lain dari saya :)

 Haters are Losers
A HATER is a loser who simply cannot be happy for another person's success. So rather than be happy they make a point of exposing a flaw in that person.

The majority of the time a HATER has zero talent and skill, and is someone nobody cares about. This causes jealousy, envy, animosity, bitterness, resentment, and contempt in the HATER so they have to trash talk to feel better about their pathetic life.

thanks for spending little time read this :)

Wednesday, September 26, 2012

Saturday, September 22, 2012

Cara atasi Sikap Malas

 Assalamualaikum wbt

Alahai tak tahu nak buat apa malam ni, nak continue buat kerja ekonomi malas, so i think blog lah tempat yang sesuai untuk isi ruang-ruang kemalasan saya, kalian semua perasan tak tajuk entry kali ni ? "malas" , malas ni dah sebati dalam diri kita yang bergelar manusia dalam mengjalani ujian allah kan ?


Rasa malas itu kadang2 juga pertolongan dari Allah untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang boleh membawa bencana kepada diri. Namun malas yang berpanjangan dalam hal-hal kebaikan adalah sesuatu yang tidak diinginkan kerana itulah bezanya antara the winners and the losers. hee so take this tips ! untuk kalian atasi sikap malas, insyaallah :)

1. Ambil Wudhuk

Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas. Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

2. Muzik dan bunyian

Cara seterusnya sedikit memberikan kontroversi terutama bagi mereka yang tidak bersetuju dengan penggunaan muzik dan bunyian untuk mengatasi rasa malas. Namun mengikut kajian, muzik mampu mengubah mood. Drama swasta atau movie kalau takde background sound rasanya tidaklah sebest yang kita tengok. Cerita jangan pandang belakang tidaklah se takut yang kita tengok kalau takde background muzik. So, pemilihan muzik yang tepat, contohnya lagu2 yang memberangsangkan kita, lagu2 yang kita suka, boleh memberikan kita satu anjakan untuk mengatasi rasa malas ini. Ada yang suka muzik2 tanpa lirik seperti richard clyderman, kitaro, enigma dsbg. Saya sendiri pada waktu2 tertentu menggunakan muzik2 ini untuk memberikan anjakan dalam mood kerja. Walau apapun di dapati kesan dari bantuan bunyi ini samada muzik, ayat quran, radio atau sebagainya mampu membantu rasa malas.

Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat kesannya. Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu mengatasi malas tetapi jadi lagi malas. Maka muzik atau bunyian tersebut pastinya tidak relevan... kena cari bunyian, atau muzik lain. Mungkin bukan muzik tetapi bunyi suara orang berceramah berupa kaset atau CD yang dipasang setiap kali rasa malas. Ada juga yang perlukan video tentang kemiskinan di Iraq, kekejaman di Palestine dan Ambon untuk dijadikan cara mengatasi rasa malas. Apa2pun terpulanglah kepada anda semua ya...

3. Solat

Solat adalah antara perkara yang sering kita lupa dalam membincangkan permasalahan kita seharian. Dalam seharian kehidupan kita... macam2 masalah kita hadapi tetapi cara penyelesaiannya seringkali bukan solat yang jadi pilihan utama. Solat adalah merupakan penyelesai segala masalah. Dalam solat itulah kita sujud memohon pertolongan Allah. Kita merendahkan diri, kita memohon ampun dan kita redha... kita berserah dan pasrah... kita memohon petunjuk ... kita mengadu.. kita menangis ... merayu kepada yang PENCIPTA. Disitulah penyelesaian yang utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Masalahnya nak solatpun malas ... huhuhu... macam mana ni..? heheeheh...

Kita kenalah ajar benda ni. Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat.. asal ada masalah je terus ambil wudhuk dan solat... lepas tu baru fikir what to do next ... insyaAllah... dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan datang... rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan. Untuk membolehkan kita solat dan tidak malas .. ianya berkait rapat dengan banyak faktor antaranya di ceritakan seterusnya dalam langkah yang berikut.


4. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif

Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents dsbg.

Bila anda rapatkan diri dengan mereka maka roh hidayah itu akan juga kena tempias pada anda dan anda juga akan jadi rajin seperti mereka. Daya tahan diri anda melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa saje sifat negative akan jadi lebih kuat seterusnya tanpa anda sedar anda telahpun menjadi seorang insan yang hebat... anda telah berjaya mengatasi rasa malas anda !

Thanks for reading this post ! :)

Jatuh Hati

Assalamualaikum wbt

Selamat tengah hari semua, mesti korang kaget kan tengok tajuk "Jatuh Hati " nak dijadikan cerita semalam kononnya nak hilangkan keserabutan jiwa, saya pun pergi lah rumah grandma saya atau lebih popular dengan tokwan dikalangan cucu-cucu :p haha nak dikatakan cerita masa tengah berbual dengan my tokki sambil waiting tokwan, my adik sulung si kakak and si tengah a.k.a wahida ler, duk layan korea depan tv sambil ketawa cam orang kena cepuk hahahaha, ada ke? haha

Lepastu saya pun tumpang ler sekaki, then tertarik dengan satu kumpulan korea ni "BIGBANG" masa tu dorang tengah life dance lagu blue, oh since that saya pun jadi syiok weyh sama kumpulan tersebut, dorang dance oh hangat gile kot, penuh bertenaga! yang jelas lagu blue sangatlah best! saya suka! adik beradik fanatik korea, leh katakan obses si kakak and si wahida, but saya bukan peminat tegar okay, minat sikit-sikit jer haha :P


nah korang cuba tengok!!


thanks for reading, hopefully you enjoy it!

Thursday, September 20, 2012

Cara Menangani Serangan Haters

Assalamualaikum wbt

Tadi masa tengah googleling tentang cara tangani haters, then terjumpa dengan satu entry ni, yang buat hati saya jadi okay, result exam a little big down, down sangat tu tak la, sebab dah dapat kecapi keputusan A tu, tapi kecewa sebab ramai yang dapat A, so terasa diri kian tercabar, tapi masa jawab exam trial hari tu memang ntah pape kot, sebab tak tenang weh. stress! tambahan dengan haters yang busuk hati gila. dia hentam saya bagai macam, semata-mata mungkin dia sengaja nak jatuhkan saya kot? mula-mula tu tak boleh jugak nak terima kenyataan ni, tapi alhamdulillah like my mother said " we have to positive thinking " , so kena banyakkan bersabar . .

baca bawah :)

Selagi mana anda bernama manusia, anda berpotensi untuk dibenci. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Anda jahat atau baik, tetap akan ada orang benci. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum pun dibenci, apatah lagi manusia biasa macam kita ni. Dibenci adalah normal bagi seorang manusia. Jika anda dikelilingi HATERS, anggaplah ia hanya perkara biasa.

Rasa benci seorang haters lahir daripada sifat keji, cemburu, iri hati dan perasaan hasad dengki. Golongan haters sangat benci melihat kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Pantang melihat orang lain berada di atas, pasti mereka akan berusaha sedaya upaya menghidu peluang menjatuhkan kita. Sentiasa mencari kesalahan kita sebagai point penting untuk menyerang. Setia menunggu untuk bertepuk tangan menanti saat kejatuhan kita. Pelbagai prokosi dilancarkan untuk melemahkan mental manusia yang dibenci.



Cara paling berkesan ketika berhadapan dengan serangan haters ialah BUAT BODOH. Itu lebih baik daripada nampak bodoh melayan karenah haters. Haters memang mengharapkan kita membalas provokasi mereka. Ini kerana haters adalah sejenis makhluk yang kesunyian dan tidak ada kerja lain hendak dibuat. Haters adalah hamba abdi syaitan. Jika anda turut membalas caci maki mereka dengan carutan atau kata kesat, apa beza anda dengan hamba abdi syaitan tersebut? Kedua-duanya tewas dengan hasutan syaitan. Bersabarkan lebih baik daripada melenting.

Anda hanya perlu cool dan rileks. Apa yang hendak diambil kisah sangat dengan haters? Haters hanyalah makhluk pengecut di alam maya. Hanya lantang bersuara di sebalik nama anonymous mahupun fake identity. Seorang fighter sejati tidak akan memilih lawan yang tidak setanding dengannya. Seorang lelaki yang gentleman juga tidak akan menggunakan kekerasan terhadap insan lemah bernama wanita. Jadi, kenapa nak bergaduh dengan haters pengecut yang lembik macam tu? Ucaplah terima kasih di atas perhatian dan kesudian mereka mengambil berat tentang kita. Mereka perlukan kasih sayang.

Peduli apa dengan haters? Yang anda perlu ambil peduli, jangan buat perkara yang Allah benci.  Ikutlah cara Nabi SAW tatkala dibenci kaum sendiri iaitu bersabar, berdoa dan pertahankan diri. Pertahankan diri dengan cara berhemah serta hujah yang bernas. Bukannya dengan carutan penambah dosa. Elakkan diri daripada dipengaruhi emosi dan hasutan syaitan. So, tidak perlu merungut mahupun mental down jika ada manusia yang bencikan anda. Biarlah kita dibenci di dunia daripada kita dibenci di akhirat.

Bencikan kejahatan tidak mengapa. Janganlah bencikan kebaikan.

Benci aku ? ado aku kesah ? :p
Thanks for reading this post :)
 

Tuesday, September 18, 2012

Unexpected Thing | Luar jangkaan

Salam, to my friends i'm so sorry i have deactived my facebook account, i'm very sad, sebab saya tak kuat nak hadapi semua dugaan ni, maybe after this i will be rare online , but i will update at here.. i have to focusing on my spm, and i will prove to the zombi and his family, that i can be success!

"orang yang kalah adalah lemah sebelum berperang "

so wait and see! revenge almost will be revenge!

  
tq

Monday, September 17, 2012

Jom tingkatkan followers sampai lebam

Assalamualaikum wbt semua. .


jom join segmen, nak ? isi masa lapang blog anda dengan join segmen ni ? jom :)



                                                    Klik sini untuk dapatkan banner 


follower now : 627

thanks for reading this post, meh join segmen ni ramai2, kita sama2 upkan follower blog kita nak?

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia Yang ke 49

Assalamualaikum wbt

Selamat malam serta selamat menyambut hari malaysia yang ke 49, semoga malaysia terus aman maju dan sejahtera selalu, sebagai seorang warganegara saya amat berbangga dengan gagasan malaysia iaitu mengamalkan konsep 1 malaysia, yang pemimpinnya begitu berusaha gigih dalam menjaga malaysia. Serta sangat berterima kasih kepada pejuang2 tanah air yang bersusah payah menentang musuh demi mempertahankan tanah air dari jajahan luar.. amin.. sepakatlah kita doakan malaysia supaya malaysia sentiasa aman damai..

R
A
H
M
A
N

 


thanks for reading :)
 

Aktiviti lepas Trial

Assalamualaikum wbt

Pertama kali, saya nak teriak deras -deras " oh my god " penat sangat,  padahal dari tengah hari tadi lagi dah sampai umah, lepastu dah kenyang dengan masakan bondaku mazlah,masak ikan gulai masak apa ntah , tapi yang jelas warna kuning howkey :) bukan bondaku mayangsary tu, hee internet slow tahap kura-kura bertanding berlari dengan arnab,so tak boleh nak spend time lama-lama kat sini.. nih la padah guna beruk plus band :P

Perhentian ? apakah itu ? sejenis tempat atau sejenis spaghetti yang dicampur dengan sos prego yang mama saya masak sedap-sedap tu? [mood : mengidam spagehtti tahap apa ntah] sebab spagethhi kat restoren tak sedap! aha melalut, perhentian adalah sebuah pulau yang located di NEGARA besut, cewah tipu je, negeri terengganu , daerah besut, eh betul ke ni? betul la, okey nak tahu banyak klik sejarah pulau perhentian, Yang syok pergi sini sebab saya kan duk besut, so tak delah nak kena paw sangat.. tapi alohai rugi sebab selama ni tak manfaatkan, tapi kebanyakan rakan-rakan saya adalah orang pulau perhentian, cewah my mok kata orang pulau baik , kan ? kan ? 


jeles jugak dengan eta saya miss christina tu yang asyik turun ke pulau jer, haha.. tak mao cakap banyak, sebab update pakai ipad,tak best langsung! sebelum ke pulau nih, my bro awal2 lagi dah checking2, dulu masa pergi batu pahat semua geng batu pahat duk hangat story tentang pulau perhentian, insyaallah one day nak gather sesama dengan geng batu pahat kat pulau perhentian, omg sweet giler. .


 muka skematik nak mampos, sebab duk dalam gelap then guna kamera yang tiba2 keluar flash..





This islands la, yang kak maria elena datang aritu, tapi tak sempat daku terjah ke pulau, sebab busy weyh baru je saya nak skip kelas my ustazah warning, kalau skip kelas kena reject dari sebarang program, tambahan my mama manager project spm jugak, so tak berani doo nak ponteng  haha, tapi syukur sebab diberi cuti 3 hari iaitu dengan hari ni, hari malaysia, so rakyat jelate terengganu and sewaktu dengannya bercuti lol..seriously malas tahap mr.bean garu hidung la nak pergi sekolah, tapi alhamdulillah sebab minggu ni, kemungkinan my school on thursday cuti kot? yes akan ku jelajahi bandaraya kuala lumpur pulak, balik rumah sendiri, btw saya nih orang selayang okay! tapi menetap dengan my mok di besut terengganu.. malas tulis lagi, baca info kat bawah kalau korang berminat nak pergi ke pulau ni,nak letak gambar banyak2 pun line internet tahap justin bieber yang alisa syairah punya husband tu menari slow giler, so redha jewla dengan nikmat yang allah berikan..
p/s : gambar nanti saya upload lagi, ni just pengenalan baru, atau nanti saya uploadkan di official pages saya atau instagram.. :)

nah info yang boleh korang gunakan kalau terdetik nak ke pulau perhentian 


thanks for reading this nonsense story haha

Saturday, September 15, 2012

Imbas Kembali

Assalamualaikum w.b.t


 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu | Daerah Besut

See the title for this post ? imbas kembali @ "Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu | Daerah Besut". .kali ni as the blogger yang tegar atau as the librarian yang spesies ulat buku yang suka and cintakan buku tapi malas nak baca. heehee. saya nak share sikit cerita tentang perpustakaan di daerah saya,  by the way dah 7 tahun berkecimpung dalam bidang pusat sumber sejak di kerusi kayu sekolah rendah lagi sampai lah sekarang di sekolah menengah, dah 2 kali pegang title pengerusi, haha.. insyaallah, masuk u nanti saya akan bergiat aktif dalam bidang sumber, cewah.. tapi fokus on my ambition okay! (cewah, ayat sastera : imbas kembali) , alhamdulillah tinggal 2 bulan jer lagi alam persekolahan, saya akan meninggalkan dunia remaja saya sebagai budak sekolah, so this time nak kongsi sikit agensi yang support library sekolah saya, SMK Nasiruddin Shah, iaitu public library of Terengganu also district of Besut, eh betul ke ni ?. so nak la habak yang Pusat sumber SMKNS bekerjasama dengan Perpustakaan awam daerah Besut & negeri Terengganu. nah baca kisah silam bawah ni

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu | Daerah Besut
Besut
Perpustakaan Daerah Besut,
Kampung Raja,22200 Besut,
Terengganu.
Tel: 09-6956973
Perpustakaan ini telah diambil alih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada tahun 1981 iaitu daripada pihak Jawatankuasa Perpustakaan Awam Daerah Besut. Sebelum diambilalih perpustakaan ini terletak berhampiran dengan Dewan Bandaran Besut dan telah dibuka dengan rasminya pada 19 Jun 1976 oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu ketika itu.
Pada Mac 1982 perpustakaan ini telah dibuka kepada orangramai setelah diambilalih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan menempat kakitangan tetap dan menambahkan koleksi. Pada Oktober 1987 berpindah ke bangunan sendiri yang agak selesa terletak di Kampung Raja iaitu beberapa kilometer daripada perpustakaan lama.
Pada Jun 1988 perkhidmatannya mula diberikan dan bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhomat Dato’ Seri Amar DiRaja Menteri Besar Terengganu pada 7 Mei 1992.

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.15 petang
Sabtu                        : 8.45 pagi -  5.15 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP


Waktu Masuk Bertugas  (kakitangan duty)

Ahad – Rabu              : 8.30 pagi  - 5.30 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.30 petang
Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP


picture time!
photographer by adik beradik : wan irtiyah khalisah & muhammad tarmiziani (carl lesmana)

 i as the leader, give an explanation to librarian members.


my awesome junior, muhammad nur firdaus answered the question that have been asked by puan norliza(media teacher)

 


 have you ever seen this word ? "buku terhad " mean tak banyak cuma ada beberapa buah and sukar dicari..


 bulatan tengah/ laman tengah dihiasi dengan taman tumbuhan yang unik.. 


Perpustakaan awam besut juga mengamalkan konsep "5S"



Maps of the public library in besut



the employees yang memang sporting gile benarkan me and adik terjah ruang makan dorang, semua pekerja di ppa besut sangatlah sporting dengan layanan yang begitu mesra..

 

 ruang bacaan atau ruang menonton tv, usually bila saya ke sini, inilah tempat saya tengok tv hee


 tak lupa jugak, pada ibu bapa yang ada anak yang kiut lagi miut boleh la bawak ke sini, ruangan khas untuk kanak2 dan dikawal oleh 2 orang pekerja if tak silap, and selalu ada contest untuk kanak-kanak.





 apa lagi, bila terjumpa cermin? amek gambar sendiri lol :)


 disetiap penjuru didinding dihiasi dengan kreativiti hasil barang terbuang, seperti kotak yang dihiasi klasik


 nah amekaw, candid by adikku , weyh abang you ni buat rotation 360 (tipu) haha


 buah hati pengarang jantung, adik kesayangan saya ni atau lebih dikenali my photographer without payment :) hehehe

 turut menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak, saya pernah naik bas ni, bagai nak sawan sebab banyak sangat buku, eksited :)





the appreciating! thank you!

thanks for spending little time read this post

 

One Direction

Hello

anda pilih siapa ? saya ? zayn malik !! haha do comment this entry okay! :)
 
http://sonymusic.cust.footprint.net/SYCO/originroot/stream/mps/catalog_23/000/000/023/asset_121/oned_hero_sept2012.jpg



 thanks for spending little time read this post! 

Friday, September 14, 2012

Kertas percubaan SPM bocor di FB

 Assalamualaikum w.b.t
mula2 baca story ni dekat sinar harian, terkejut jugak, macam mana boleh berlaku ? 

KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa  sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.



Kertas percubaan SPM bocor di FB

  Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

''Selalunya  mereka akan letak soalan itu  sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun  apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial  berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun  selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah  tiada pada jam 3 petang tadi.

Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun  di laman tersebut.

“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus  tepat seperti soalan sebenar,” katanya.

 komen orang ramai

 thanks for reading, sharing is caring okay, copyright@sinar harian


Thursday, September 13, 2012

Entry Bergambar | Origami

Assalamualaikum

Peace yow ^_^ 

Dah baca kan tajuk nyer ? origami . . Mesti terbeliak bijik mata korang lepas tengok gambar kat bawah ni, semua ni hasil tangan kakak angkat carl yang spend masa senggang dia buat origami, then jual, ramai jugak lah yang take order, carl mula-mula suspens jugak, apa kebenda ? rupanya orang-orang yang kreatif akan gunakan origami tersebut untuk buat hiasan. . Macam letak kat bilik anak ker ? letak di meja study ker, by the way ,semua hasil kreativiti kakak angkat carl ni , sangatlah comel kan ? kan ? yang kat bawah ni, separuh jer, sebab tak sempat nak amek full gambar hehe :) jangan lupa komen okey! 

sorry kalau blurr sikit, sebab amek gambar pakai hp murah jer, ^_^


























yang bawah ni baru terang sikit, kualiti kamera terang sikit , saya punya sebab saya fanatik green colour .. hihihi





thanks for reading,