Saturday, September 22, 2012

Cara atasi Sikap Malas

 Assalamualaikum wbt

Alahai tak tahu nak buat apa malam ni, nak continue buat kerja ekonomi malas, so i think blog lah tempat yang sesuai untuk isi ruang-ruang kemalasan saya, kalian semua perasan tak tajuk entry kali ni ? "malas" , malas ni dah sebati dalam diri kita yang bergelar manusia dalam mengjalani ujian allah kan ?


Rasa malas itu kadang2 juga pertolongan dari Allah untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang boleh membawa bencana kepada diri. Namun malas yang berpanjangan dalam hal-hal kebaikan adalah sesuatu yang tidak diinginkan kerana itulah bezanya antara the winners and the losers. hee so take this tips ! untuk kalian atasi sikap malas, insyaallah :)

1. Ambil Wudhuk

Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas. Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

2. Muzik dan bunyian

Cara seterusnya sedikit memberikan kontroversi terutama bagi mereka yang tidak bersetuju dengan penggunaan muzik dan bunyian untuk mengatasi rasa malas. Namun mengikut kajian, muzik mampu mengubah mood. Drama swasta atau movie kalau takde background sound rasanya tidaklah sebest yang kita tengok. Cerita jangan pandang belakang tidaklah se takut yang kita tengok kalau takde background muzik. So, pemilihan muzik yang tepat, contohnya lagu2 yang memberangsangkan kita, lagu2 yang kita suka, boleh memberikan kita satu anjakan untuk mengatasi rasa malas ini. Ada yang suka muzik2 tanpa lirik seperti richard clyderman, kitaro, enigma dsbg. Saya sendiri pada waktu2 tertentu menggunakan muzik2 ini untuk memberikan anjakan dalam mood kerja. Walau apapun di dapati kesan dari bantuan bunyi ini samada muzik, ayat quran, radio atau sebagainya mampu membantu rasa malas.

Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat kesannya. Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu mengatasi malas tetapi jadi lagi malas. Maka muzik atau bunyian tersebut pastinya tidak relevan... kena cari bunyian, atau muzik lain. Mungkin bukan muzik tetapi bunyi suara orang berceramah berupa kaset atau CD yang dipasang setiap kali rasa malas. Ada juga yang perlukan video tentang kemiskinan di Iraq, kekejaman di Palestine dan Ambon untuk dijadikan cara mengatasi rasa malas. Apa2pun terpulanglah kepada anda semua ya...

3. Solat

Solat adalah antara perkara yang sering kita lupa dalam membincangkan permasalahan kita seharian. Dalam seharian kehidupan kita... macam2 masalah kita hadapi tetapi cara penyelesaiannya seringkali bukan solat yang jadi pilihan utama. Solat adalah merupakan penyelesai segala masalah. Dalam solat itulah kita sujud memohon pertolongan Allah. Kita merendahkan diri, kita memohon ampun dan kita redha... kita berserah dan pasrah... kita memohon petunjuk ... kita mengadu.. kita menangis ... merayu kepada yang PENCIPTA. Disitulah penyelesaian yang utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Masalahnya nak solatpun malas ... huhuhu... macam mana ni..? heheeheh...

Kita kenalah ajar benda ni. Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat.. asal ada masalah je terus ambil wudhuk dan solat... lepas tu baru fikir what to do next ... insyaAllah... dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan datang... rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan. Untuk membolehkan kita solat dan tidak malas .. ianya berkait rapat dengan banyak faktor antaranya di ceritakan seterusnya dalam langkah yang berikut.


4. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif

Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents dsbg.

Bila anda rapatkan diri dengan mereka maka roh hidayah itu akan juga kena tempias pada anda dan anda juga akan jadi rajin seperti mereka. Daya tahan diri anda melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa saje sifat negative akan jadi lebih kuat seterusnya tanpa anda sedar anda telahpun menjadi seorang insan yang hebat... anda telah berjaya mengatasi rasa malas anda !

Thanks for reading this post ! :)

No comments: