Thursday, September 20, 2012

Cara Menangani Serangan Haters

Assalamualaikum wbt

Tadi masa tengah googleling tentang cara tangani haters, then terjumpa dengan satu entry ni, yang buat hati saya jadi okay, result exam a little big down, down sangat tu tak la, sebab dah dapat kecapi keputusan A tu, tapi kecewa sebab ramai yang dapat A, so terasa diri kian tercabar, tapi masa jawab exam trial hari tu memang ntah pape kot, sebab tak tenang weh. stress! tambahan dengan haters yang busuk hati gila. dia hentam saya bagai macam, semata-mata mungkin dia sengaja nak jatuhkan saya kot? mula-mula tu tak boleh jugak nak terima kenyataan ni, tapi alhamdulillah like my mother said " we have to positive thinking " , so kena banyakkan bersabar . .

baca bawah :)

Selagi mana anda bernama manusia, anda berpotensi untuk dibenci. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Anda jahat atau baik, tetap akan ada orang benci. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum pun dibenci, apatah lagi manusia biasa macam kita ni. Dibenci adalah normal bagi seorang manusia. Jika anda dikelilingi HATERS, anggaplah ia hanya perkara biasa.

Rasa benci seorang haters lahir daripada sifat keji, cemburu, iri hati dan perasaan hasad dengki. Golongan haters sangat benci melihat kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Pantang melihat orang lain berada di atas, pasti mereka akan berusaha sedaya upaya menghidu peluang menjatuhkan kita. Sentiasa mencari kesalahan kita sebagai point penting untuk menyerang. Setia menunggu untuk bertepuk tangan menanti saat kejatuhan kita. Pelbagai prokosi dilancarkan untuk melemahkan mental manusia yang dibenci.



Cara paling berkesan ketika berhadapan dengan serangan haters ialah BUAT BODOH. Itu lebih baik daripada nampak bodoh melayan karenah haters. Haters memang mengharapkan kita membalas provokasi mereka. Ini kerana haters adalah sejenis makhluk yang kesunyian dan tidak ada kerja lain hendak dibuat. Haters adalah hamba abdi syaitan. Jika anda turut membalas caci maki mereka dengan carutan atau kata kesat, apa beza anda dengan hamba abdi syaitan tersebut? Kedua-duanya tewas dengan hasutan syaitan. Bersabarkan lebih baik daripada melenting.

Anda hanya perlu cool dan rileks. Apa yang hendak diambil kisah sangat dengan haters? Haters hanyalah makhluk pengecut di alam maya. Hanya lantang bersuara di sebalik nama anonymous mahupun fake identity. Seorang fighter sejati tidak akan memilih lawan yang tidak setanding dengannya. Seorang lelaki yang gentleman juga tidak akan menggunakan kekerasan terhadap insan lemah bernama wanita. Jadi, kenapa nak bergaduh dengan haters pengecut yang lembik macam tu? Ucaplah terima kasih di atas perhatian dan kesudian mereka mengambil berat tentang kita. Mereka perlukan kasih sayang.

Peduli apa dengan haters? Yang anda perlu ambil peduli, jangan buat perkara yang Allah benci.  Ikutlah cara Nabi SAW tatkala dibenci kaum sendiri iaitu bersabar, berdoa dan pertahankan diri. Pertahankan diri dengan cara berhemah serta hujah yang bernas. Bukannya dengan carutan penambah dosa. Elakkan diri daripada dipengaruhi emosi dan hasutan syaitan. So, tidak perlu merungut mahupun mental down jika ada manusia yang bencikan anda. Biarlah kita dibenci di dunia daripada kita dibenci di akhirat.

Bencikan kejahatan tidak mengapa. Janganlah bencikan kebaikan.

Benci aku ? ado aku kesah ? :p
Thanks for reading this post :)
 

No comments: