Sunday, October 28, 2012

Again : Muntah ? Ya Tuhanku

Assalamualaikum

Kali ni menaip ingin berkongsi punca muntah, tak tahulah nak kata apa, sebab hari ni dah kali yang keberapa entah sebab kerap kali muntah tak tahu puncanya apa, maybe effect from my sickness kot ? tapi sabar jer, btw i want share the source of vomitee, muntah ?


Masalah Muntah



Muntah adalah perkara yang pada satu sudut baik untuk badan manusia. Banyak sebab kenapa seseorang boleh muntah. Muntah berpunca dari 2 klasifikasi besar iaitu punca peripheral dan punca central.

Muntah dengan punca periferi berlaku apabila muntah disebabkan oleh gangguan selain daripada sistem saraf sentral. Antara contoh termasuk makan terlalu banyak sehingga perut (stomach) menjadi terlalu tegang. disebabkan perut terlalu tegang, saraf yang menduduki bahagian perut terganggu dan menghantar impuls untuk muntah. Ini menyebabkan individu tersebut muntah setelah tidak henti henti makan. perkara yang sama berlaku apabila kita meminum air terlalu banyak (terutamanya air kosong).

Meminum air kosong terlalu banyak (melebihi 1 liter sekali minum) dapat menegangkan perut dan menyebabkan impuls muntah dihasilkan. selain itu, air kosong juga mempunyai mineral yang sangat rendah. sekiranya air kosong diminum dalam kuantiti yang banyak (terutamanya selepas sukan yang menyebabkan dahaga yang keterlaluan), air kosong ini menyebabkan darah menjadi sangat cair akibat dilarutkan oleh air kosong tersebut. Kandungan darah yang terlalu cair menyebabkan tekanan osmosis di otak secara relatifnya menjadi lebih tinggi dari sediakala. Air akan bergerak masuk ke dalam sel otak dan menyebabkan tekanan yang tinggi berlaku di kawasan otak. Akibat tekanan yang tinggi, bahagian bawah otak akan terbonjol keluar dari lubang yang dinamakan (foramen magnum) di bawah tengkorak dan menyebabkan himpitan terhadap tangkai otak (brain stem). Tangkai otak merupakan pusat yang amat penting dalam mengawal banyak sistem badan termasuk pernafasan, jantung, dan juga mengawal tindakbalas muntah. Sekiranya bonjolan di bawah kepala berlaku, makan himpitan di kawasan brain stem yang mengawal tindak balas muntah menyebabkan individu tersebut muntah. Perkara ini berlaku hanya kerana minum air terlalu banyak selepas sukan yang menyebabkan dahaga yanng keterlaluan. Sebab itulah selepas sukan, kita disarankan meminum air isotonik agar kita tidak menghadapi masalah ini  kerana air isotonik dapat mengelakkan perubahan osmolariti cecair badan..

Sebab lain yang menyebabkan muntah ialah apabila seseorang dibelasah di bahagian perut (macam dalam drama melayu).. hentakan yang kuat pada perut menyebabkan tindakbalas muntah boleh berlaku.

Ibu mengandung pada trimester ke 3 juga boleh mengalami masalah muntah muntah kerana tekanan yang tinggi disebabkan uterus yang semakin membesar menghimpit perut dan usus kecil. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa ibu sarat mengandung selalu muntah. Tetapi kes ini harus dibezakan daripada kes ibu yang baru sahaja mengandung beberapa minggu (perut tidak lagi kelihatan besar). Pada peringkat seawal ini, ibu mengandung juga mengalami muntah muntah, namun bukan disebabkan oleh tidakan mekanikal terhadap perut, tetapi disebabkan oleh tindakan hormon terhadap ibu.

Muntah juga merupakan tindak balas badan terhadap jangkitan bakteria di dalam perut dan toksin yang ditelan. Hal ini merupakan tindakan semulajadi badan yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk menyingkirkan sebarang kotoran yang boleh memudaratkan. Sekadar untuk tambahan, bukan semua toksik dapat dikesan oleh badan untuk dimuntahkan semula. Ada juga toksin yang tidak boleh menyebabkan muntah seperti toksin yang dihasilkan oleh sejenis cendawan iaitu Amanita Phalloides  yang amat merbahaya kepada manusia. Hanya satu cendawan dapat membawa kematian. Jadi bagi yang suka mengutip cendawan, berhati hati dalam memilih cendawan..

Bagi yang keracunan, Profesor Kuba dari Charles University mencadangkan agar kita meminum air suam bercampur garam berkonsentrasi tinggi agar dengan cara ini gerak balas muntah dapat dihasilkan supaya toksik yang memudaratkan itu dapat disingkirkan melalui muntah..

Muntah berpunca dari gangguan sentral (saraf pusat) pula berlaku apabila pusat yang mengawal tindak balas muntah yang terletak pada pangkal otak (brain stem) terganggu. Ini berlaku dalam kegagalan buah pinggang (sila baca artikel Kegagalan Buah Pinggang). Penghidap masalah ini mempunyai kandungan toksik yang tinggi dalam badan akibat kegagalan buah pinggang menyingkirkannya. Antara bahan kimia yang terkumpul yang menyebabkan gangguan pusat kawal atur muntah ialah urea. Urea, selain menyebabkan gatal gatal kulit  (pruritus) dan merendahkan aktiviti sum sum tulang (menyebabkan kurang darah), ia juga boleh menyebabkan muntah muntah. Jadi bagi yang menghidap penyakit buah pinggang, berhati hatilah kerana penyakit buah pinggang bukan sesuatu yang remeh.

Hentakan yang kuat pada kepala juga menyebabkan muntah muntah. Brain concussion (kecederaan akibat hentakan pada kepala) boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Muntah terjadi apabila hentakan dikepala menyebabkan pusat kawal atur muntah terganggu (irritated) dan menyebabkan rasa loya mahu muntah. Selain muntah, individu yang mengalami gegaran kepala juga mengalami perkara lain iaitu hilang ingatan sementara lebih kurang 5 minit sebelum berlakunya kejadian hentakan tersebut (retrograde amnesia)..

Jangkitan kuman pada otak juga boleh menyebabkan muntah muntah (megikut Prof. Kuba dari Charles University). Oleh sebab itu, beliau menegaskan bahawa sesiapa yang muntah muntah perlu segera mendapatkan rawatan di hospital.

Ah, jagan lupa juga bahawa kekurangan aliran darah ke perut (English: stomach, Czech: zaludek) boleh menyebabkan muntah muntah. Jangan ambil mudah perkara ini. Orang tua yang mempunyai pengeluaran jantung (cardiac output) yang rendah hanya termampu mengepam darah yang sedikit ke seluruh badan. Kesannya hipoxia (kurang oksigen) berlaku di perut dan ini menyebabkan mereka berasa loya (nausea, nevolnost), hilang selera makan seterusnnya menambah burukkan lagi masalah nutrisi mereka, masalah yang bergerak dalam satu bulatan: (kurang selera makan -> kurang zat besi -> microcytic anemia -> low perfusion of the GIT -> nausea + kurang penghasilan asid di perut + penyerapan zat besi tidak efisyen ->kurang selera makan)

Individu yang selalu saja stres juga boleh selalu muntah muntah. Hal ini demikian kerana mereka mengakifkan sistem sympathetic dan menyebabkan vasoconstriction pada bahagian organ dalaman seperti saluran pemakanan. Akibatnya, aliran darah yang kurang baik menyebabkan individu stres selalu menghadapi muntah muntah selain cirit birit yang tidak kurang hebatnya..

Prinsip yang sama dalam penghidap sakit jantung. Individu ini menghadapai masalah dalam mengalirkan darah ke saluran pemakanan akibat cerutan salur darah ke organ tersebut (sympathetic system). Akibatnya: loya dan muntah..

Bagi orang yang mabuk laut/kereta, inilah jawapannya. Mata kita mempunyai sistem yang membolehkan kita melihat sesuatu objek secara fokus sewaktu bergerak. Jika anda perasan, sewaktu anda duduk di dalam kereta / bas di bahagian belakang dan anda sedang memandang ke luar tingkap, mata anda akan fokus kepada satu objek (pokok dll.), mata bergerak mengekorinya, dan setelah itu memandang kepada objek yang lain dan mengekorinya pula.. pergerakan mata ini dipanggil nystagmus (statokinetik). Pusat kawalan statokinetik ini mempunyai kaitan rapat dengan pusat kawal atur muntah, sebab itulah penumpang belakang yang melihat ke luar tingkap mudah merasa pening dan loya. Selain itu, pergerakan kenderaan kekiri kekanan ke atas dan bawah juga menyebabkan gangguan pada 'semi circular canal' dan menyebabkan muntah. Jadi bagi yang menghadapi masalah ini, pastikan anda duduk di bahagian depan kenderaan agar anda dapat melihat pemandangan di hadapan anda, bukannya pemandangan sisi yang boleh memeningkan.. Duduk di hadapan kenderaan juga membolehkan anda meramal pergerakan yang akan anda hadapi seterusnya mengelakkan pening..

Sebagai nasihat, sekiranya menghadapi loya dan muntah, segeralah ke klinik berdekatan kerana muntah merupakan tanda yang serius.


thanks for reading this post. .

Saturday, October 27, 2012

Unexpect Thing Again : Miss Christina Come to My House

Assalamualaikum for begin the story. .

I don't know either my grammar is true or not, but i will try writing in english because i want miss christina read this, today is really awesome day for me because today i had so much experience when i've follow my foster family programme , it was about the charity work, when my ummi as the important people for that orphan house. . And this programme is inaugurated by dato wan, and the bla bla bla, (sorry i will story about this on my next post), okay. .


But, when i'm on my way back to my home, i got a text message from teacher zaidah,
teacher : mizi, ada kat rumah tak ?
me : i'll replied, ya saya ada kat rumah.
teacher : silence without any answer.

and i've give a call to teacher, and she talk that miss christina want come to my house, and on that time i'm was shocked because i didn't think that miss christina still in malaysia, and i'm was so happy either at the same time i'm really tired because have a long journey from kb(orphan house). . and i'm going crying when miss say good bye to me, and she said a spirit word to me, and before she left from my house, she have gave to me a present that i never will forgot it,  it is a helmet that she always use when she ride her motorbike, it was a white colour, because she's know me always going to school via my motorbike, she gave it to me :)  i hopes getting know miss christina is the best memory in my life and i'll never will forget the time we had so much fun, on the track , when we are practising before the singing and we have sing a one direction song on the teachers day, or you can direct read the link above,



hopefully you all will enjoy reading all of thoose post. .

 miss christina and i, did you see the helmet ? that is the gift by miss to me :) i will take care it forever :)



thats me , nina and wahida(my younger sis), (abaikan background dapur)



the word inside the helmet, miss nina write to me :( omg i'm really getting cry reading this, i will miss all of this moment. .

thanks for reading all of this post, keep updating me via my writing :)


Friday, October 26, 2012

Video : Dedications to Brothers & Sisters

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahhirrahmanirrahim, menulis dalam keadaan yang laghaa la sangat sebab ? perasaan takut gabra semua sudah ada, tinggal 9 hari ja lagi untuk saya menghadapi peperiksaan spm, tapi menaip masih pantas. sesungguhnya saya amat merindui untuk menulis ,  kali ni baru punya kesempatan waktu,

Beberapa detik lagi saya dah nak tinggalkan sekolah so, i've make a video about the days with all of brothers and sisters form 3rk1, hopefully you all will enjoy watching that  video, seriously i'm really missing my superhero :)




thanks for reading :)

Wednesday, October 24, 2012

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

Assalamualaikum wbt

Lets join this segmen , meh pakat up follower. . leave your link, i will follow back :)

wanna join this ? click on the photo thank you :)

Tuesday, October 23, 2012

5 CARA ATASI GEMURUH

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni, saya nak kongsi 5 rahsia , hee 5 cara atasi gemuruh, terdetik nak share kat sini lepas tadi kena bentak dengan jurulatih supaya jangan gemuruh bila berhadapan dengan situasi yang amat sukar bagi kita :)


1.Bertenang & Tarik Nafas
Sebelum memulakan ucapan atau pembentangan, bertenang seketika dan kemudian tarik nafas perlahan-lahan. Ulang kali langkah tersebut dua hingga tiga sehingga kamu benar-benar berasa tenang. Cara begini boleh mengembalikan kadar degupan jantung kamu kepada tahap yang normal.

2.Berlatih Depan Cermin
Jika kamu memang langsung tidak boleh berucap di hadapan orang ramai, cubalah berlatih bercakap di hadapan cermin. Latih diri kamu setiap hari dan cuba bayangkan cermin tadi adalah orang ramai yang melihat kamu berucap. Latihan yang konsisten dapat menghilangkan rasa gemuruh tersebut dan kamu akan lebih yakin di khalayak ramai.

3.Persediaan Awal
Setiap kali ada pembentangan, pasti kan kamu orang yang terawal membuat persediaan bagi mengelakkan kamu merasa gemuruh. Lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan agar kamu tidak tersilap fakta. Jika kamu telah bersedia daripada awal, kemungkinan untuk kamu melakukan kesilapan saat berhujah atau memberikan ucapan amatlah rendah. Ini akan membuatkan kamu lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.

4.Beri Tumpuan
Kamu perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap perkara yang ingin kamu lakukan. Jangan fikirkan tentang perkara lain yang belum selesai. Rasa gementar kamu timbul kerana kamu terlalu memikirkan banyak perkara. Fokuskan pemikiran kamu kepada perkara yang ingin dilakukan dan selepas selesai, barulah kamu fikirkan perkara yang lain pula.

5.Positifkan Diri
Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan kepada kamu dan memikirkan perkara yang negatif. Sematkan kata-kata positif dalam diri bahawa kamu yakin dan pasti boleh melakukannya. Lakukan berulang-ulang kali dengan penuh emosi dan percayalah pada diri sendiri.

Thanks for reading :)

Saturday, October 20, 2012

Miracle is another name for Hard work

Assalamualaikum

The firstly hye semua, maaf lama meninggalkan dunia blogging yang beberapa hari tidak terupdate. bak kata orang - orang tua dah berhabuk dek dipenuhi sesawang, haha hari ni saya kembali menaip selepas mendapat satu semangat baru, alhamdulillah semangatnya adalah seperti tajuk entry saya diatas, "miracle is another name for hard work " i'll really trust it very much! saya kembali bersemangat selepas kali kedua saya menonton filem korea "to the beautiful you " , mula-mula tu rasa annoying jugak lah, tapi makin ditonton makin best sebab hero filem tu artis kegemaran saya, "Choi Minho " kenal ? sape tak kenal uols memang ketinggalan, or uols just googleling je, pastu keluar ar terpampang gambar artis kegemaran saya tu, saya seperti mendapat semangat baru selepas mendengar choi minho berkata " miracle is another name for hard work " and never give up, so i pun terfikir lah ? eh betul lah. .

Watching that movie takes a long time u know. . 16 episod ter, setiap episod ada part . . best lol, tapi alhamdulillah la, semanagt berkobar-kobar untuk menghadapi spm yang bakal menjelang, then i pun terfikir nak pergi korea, but with my little sis lepas tengok my cousin yang kat utp tu pergi korea dengan adik-adik dia, a little big jelus! but sabar, tak lari bumi korea, then i talk to my ummi sal nak pergi korea tu, ummi cakap tunggu bila besar ada duit kumpul then pergi, and kalau nak sangat ummi suruh tengok gambar dia and ayah pergi korea aritu, hee. . tapi serius cakap saya and adik beradik saya memang fanatik sangat dengan cerita korea, sampaikan cerita melayu +say sorry+ haha. . but i hopes one day i will be at korean and i can get seeing choi minho reality, face to face ! haha btw uols tataw dah nak tulis apa, tengok gambar lah ye k :)


 so beautiful korean country. .


 korean guard : wah kemasnya, 


 both of my parent sweet right ? ummi and ayah :) love them so much!













 my ayah looks so handsome lol :)






























 i think that was sotong sumbat. .






 anak-anak said : ummi & ayah, kami sayang ayah and ummi . .



my ummi on the national stadium of korean . . 



 sweet right ? do comment



 this guy really makes me being crazy! love you oppa! :) hopes when i'll been in korean soon we will meet :)





thanks for reading my nonsese writing, hopefully uols enjoy it :)

Sunday, October 14, 2012

This Video really Touchinng

Assalamualaikum wbt

It was really bored when i had to stay in the hospital for a two days, i don't know what was happen to me, but i have ask my mom to get out from this hospital. .i've get fever also i had to vomiting all of my food, i don't know how the illness caused . . it was really hurt . . i cannot eat the " lemak food " because it will make me vomiting, but today i have try to eat " masakan air " like tomyam, but again i had to vomiting again, astagfirullah it was really hard to me, i just can watching my friend get the " air blend " after schoolback at the stall, oh i'm really miss that moment, but the doctor not allowed me to eat the unbenefit food, because it can makes my body became weak. .

my prayer : dear Allah please heal me as soon as possible, i cannot stand this position anymore, and i have to became a strong to cope my exam "spm " that is around the corner, but when i youtubing i have found two video that makes me really touching, first the Irma Hasmi wedding video, and second the islamic video that success makes me drop my tears. . 

 




i hopes that i will getting recover as soon as posible :)
thanks for spending little time read my nonsense story :(


Saturday, October 13, 2012

Pages punya pasal

Assalamualaikum

Hye semua, hish tangan ni rasa macam tak reti jer nak menulis haha, tapi hati hanya allah sahaja yang tahu betapa rindunya nak update blog yang super gojies ni haha bagi saya la giojies, bagi anda tak tahu lah pulak :) pisss  haha, sat tadi masa tengah online facebook kejap, ceh still online walaupun exam dah nak dekat, takdelah online kejap jer check status, tiba-tiba masa bukak kat inbox ada satu mesej mengatakan " assalam carl lesmana, asal lama dah hang tak update hang punya pages " saya pun dengan segeranya bukak lah pages, alahai ciputnya pengelike hehe :)

Tersebutlah kisah. . . . .  Toyiiiiiibbb :)  hati pun tergerak lah, " eh,teruknya cover pages aku nih " (dalam hati) then lepas tu pun godek-godek la laptop baru ni, actually dah dapat pengganti my old laptop yang besar gedabak tu, haha this time mini laptop hokey :) lepastu terdetik dalam hati nak geledah adobe-adobe yang boleh digunakan untuk edit-edit gambar, alah saya ni tak lah pandai sangat tapi boleh la slow-slow tu, then terjadi lah seperti yang tertera kat bawah ni, mohon pembaca budiman like lah pages saya ya , korang boleh klik like kat sidebar, atau klik gambo kat bawah ni :

nihla hasil editan kudus saya :)


apa pandangan korang ? biasa jew kan cover photo for my pages ..
p/s:  jemput/sila/ rajinkan tangan - like pages saya boleh ?

thanks for reading this post, alhamdulillah tercapai jugak niat nak menaip malam ni :) pisss yo! xoxo

Friday, October 12, 2012

Segmen : Follow Sampai Pening

Assalamualaikum

Adoyai , pening sudah kepala ini, haha kali ni masa tengah bw tadi terjumpa satu segmen title macam kat atas tu, pening - pening macam lagu ezlyn la pulak haha, btw meh la kita join ramai-ramai segmen ni, boleh mengeratkan hubungan persahabatan sesama blogger, kan ? hee :)

-
-
-
 

klik on the photo untuk join :) meh kita follow mengfollow sampai pening semua! haha

 haha follower kiter sikit jew, meh rajinkan tangan follow

p/s: sorry if i'm not follow you dengan sepantas kilat, but tolong tinggalkan link or comment this entry, because this month i'm really busy, sebab next month spm, but i still bw uolls la.. keep updating me ya !
xoxo : jom join semua!

-

Terlupa bukan Tak ingat : Kunci Motor

Assalamualaikum wbt

Maaf kepada pembaca sekalian, serta maaf kepada sahabat2 blogger, tidak sempat untuk tinggalkan link selepas jenjalan di blog kalian, bulan ni bulan yang amat sibuk, kelas berderet pagi petang siang dan malam :) hahaha  tengok tak tajuk ? pagi tadi kali kelima dah kot, saya bila lepas letak helmet bawah pelana motor, saya tertinggal kunci , haha ingat lagi masa pergi pasaraya supermas aritu, saya terlupa kunci di bawah pelana , tup-tup masa nak balik baru perasan kunci tak ada, and alhamdulillah ada hamba allah tolong letakkan dalam raga, hahaha. . masuk hari ni memang kali kelima dah, harap-harap lepas ni dah tak terlupa dah, muda-muda lagi dah nyanyuk, haha teringat pulak dekat my mama yang selalu tertinggal kunci kereta dalam kereta bila keluar dari kereta, pergi ke mana-mana, haha kali ni dah berjangkit haha..
insyaallah lepas ni, tak kan berlaku dah, tapi bersyukur sebab ramai insan yang baik hati, tolong amek kunci tu bagi pada saya hahaha :)

p/s: jangan jadi nyanyuk pada usia muda okay! haha, kan dah kata terlupa bukan tak ingat hahaha :)

Monday, October 8, 2012

Cara mendapat ketenangan jiwa

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum semuanya

Malam ni saya tak pergi kelas, so mood menaip rajin lah nak menghadap laptop ni, tambahan hujan yang lebat membantutkan niat hendak ke kelas malam, so malam ni bersempena besok adik-adik yang nak amek pmr nak exam, nak muhasabah diri le sikit, cewah konon haha , tambahan dengar-dengar kata lepas ni kena gi kem pulak dah, hadoi, haha tak best sebab geng saya takde, :P okey lah kembali pada tajuk nya, serius cakap ni kan musim peperiksaan , tak kisah la, yang masih disekolah atau yang di ipt, musim exam kan ? so meh la kita sama-sama tenangkan jiwa,

To pmr student : good luck! moga mendapat ketengan hati dan jiwa jawab exam esok,
p/s: saya kongsikan berdasarkan pembacaan saya :)

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.




2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.




3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.




4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.




5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.




6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.




7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.





9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”




10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Sunday, October 7, 2012

Realiti Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Kehidupan? apa ada pada kehidupan ? semuanya hanya sementara, kerana dunia ini hanya pinjaman allah bagi menguji hambanya, aku kekadang sedar, kekadang tak sedar, ya allah macam teruk-teruk jer dugaan, dah la hari ni stress sebab pindah kelas, sebab kelas aku budak form3 nak guna nak exam on tuesday huh kacau line betul, kena duduk kat bilik gallery, adoyai keadaan memang lah okay, ber acond bagai tapi for me, aku tak selesa sebab terperap macam duduk dalam zoo, dah la lepas ni 2 minggu lagi kot aku akan terpisah dengan adik-adik form3. .

Ya allah beratnya hati ni rasa well, that why i've told to my mom tak nak dah sekolah, lepas ni nak sambung belajar terus, haha tapi aku pun kekadang pelik dengan diri aku, kadang-kadang tu semangat tu memang 100% ar nak belajar tapi bila ada kecelaruan sikit, mulalah rasa nak pum pang pum pang, kalau kat rumah tu memang mak aku pot pet pot pet duk ceramah, kalau balik rumah satu lagi mama aku pulak yang sambung pot pet pot pet, haha tapi aku tahu dorang sayangkan aku, sebab dorang nak aku jadi macam abang and kakak aku, and kalau kat sekolah pulak kalau sebut malas mama(mentor) pulak yang sambung haha, kadang-kadang lucu kadang-kadang aku terfikir ya allah dunia aku ni macam tak mungkin akan berubah, sebab aku dah terbiasa dengan hari-hari ketawa deras-deras dengan keluarga mahupun dengan guru..bila dah tinggal sebulan lagi nak exam aku pun terfikir, " eh, lepas ni aku dah bebas dari family aku " sebab for me aku nak cuba cari kehidupan aku yang sebenar,


Sebenarnya aku menaip ni, sebab aku terfikir betapa beruntungnya aku sebab ada banyak keluarga, sebab orang lain macam selalu ternganga bila aku story kat dia sal family aku yang penuh gelak tawa, terdetik di hati aku nak nangis bila kawan aku sorang ni tanya aku " mizi, tentu kau happy kan, sebab kau ramai parent . kandung lah, angkat lah, kau best sebab boleh bergurau dengan parent kau, sedangkan aku tak pernah pun" terkilan aku kejap, sebab mungkin dia tak pernah dapatkan kasih sayang keluarga ? dia ada cite kat aku macam good good jer, ada family yang sporting, dia habak lagi dia tak pernah pun ketawa dengan keluarga dia, dia cuma selalu gelak-gelak dengan kawan-kawan jer, maybe dia mengharapkan dia dapat bersuka-suka dengan keluarga dia, ya allah bantulah kawan aku! terharu! :(


Hobi aku pulak kalau hujung minggu, usually aku balik rumah mama aku, tak pun pergi rumah tokwan aku, haha kalau aku pergi rumah tokwan memanag tak terasa nak balik sebab tokwan aku is awesome person! haha tambahan pulak, bila kat rumah tokwan aku, aku lah yang jadi abang yang paling sulung pada anak2 ummi aku haha, btw alhamdulillah setakat ni, aku cuba menyibukkan diri dengan bergembira sesama keluarga semata-mata ingin melupakan kesedihan yang melanda diri, sebab ikutkan hati, aku dah memang tak nak ingat dah peristiwa buruk yang berlaku sebab bagi aku, ujian allah kali ni amat berat, haha, yang jelas aku nak cuba cari ketenangan diri aku sendiri. . nah tengoklah picture kat bawah ni, yang kolot sebab adik aku wan irdina amek pakai handphone time tangan dia tengah terketar2 hahaha


 adik kesayangan yang paling rajin ala good-good gitu hahaha, kitorang berdua satu kepala, sebab suka ketawa deras-deras haha,


 nih la padah bila adik beradik berkumpul, sampaikan si kecik pun tak lekang dengan ipadnya, haha..


 motif tak faham :yang jelas adik dina cakap dia nak bagitaw yang saya dah berumur 17 tahun haha :p


 tak taw motif haha tapi nak letak jugak :)


 gambar kabur gila sebab dina tengah terketar2, tapi nak letak jugak, haha nihla, ketiga-tiga gadget sedang dipasangkan dengan korea! si ummi pulak dengan gadgetnya sambil tengok telatah anak-anak, sorry tak letak pic ummi hahaha :)





thanks for spending little time reading this post, i love my family very much!

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Assalamualaikum wbt

Apa khabo semuanya? hah semalam dah join segmen by adam kali ni join segmen by lyssa faizureen pulak dah, haha.. meh join ramai-ramai yang jelasnya, pasti awesome!

Soklan?
Kenapa berblog ? :

Firstly bismillahhirrahmanirrahim, saya berblog pada mulanya kerana tertarik dengan penulisan yang ditulis oleh senior saya, iaitu kak fifiey atau lebih dikenali sebagai Fifiey Lychee Maration, ala yang cantik tertArik kao memang da bomb tu, hehe.. 

Macam mana boleh tertarik ?

Tertarik nak punya blog sendiri lepas sekian lama duk baca blog kak fifiey, then terrrr buat lah blog sendiri, then godek2 tutorial yang dibikin khas oleh kak lyssa sendiri a.k.a lyssa faizureen, yang kiut miut macam peri tuh :)

Tujuan Utama berblog ?

tujuan saya menulis blog adalah semata-mata kerana tertarik, and terasa ingin berkongsi sendiri pengalaman pahit manis dalam ni, alhamdulillah ni lah hasilnya..

Apa yang menarik?

Tak menarik mana pun, ala cuma biasa-biasa aja, blog budak muda cam saya ni apa yang best? haha korang tengok header pun dah ketawa kan? haha, btw saya menulis bukan kerana nama, tapi cuma ingin berkongsi kisah hidup yang penuh liku-liku dan keindahan :)

Sumber inspirasi ?

pada mulanya fifiey lychee maration and maria elena, till now bertambah dah kot idola saya tu, kepada kak mia liana, mak dara, simple@wonderful(blog my mom) and kak lyssa sendiri, 
p/s: link boleh didapatkan di sidebar :)

Thanks for reading, hopefully you'll enjoy reading my post, meh join jugak. .

SEGMEN : JOM BLOGWALKING

Assalamualaikum wbt

Hye semuanya, apa khabar ? mesti korang tertanya-tanya eh ? dah berhabuk kot blog carl lesmana ni ? haha kali ni kita kembali dalam entry segmen yang dibikin khas oleh adamazralicious, hehe meh pakat join segmen ni ramai2 demi meningkatkan follower blog kita, :)



thanks for reading this post :)

Thursday, October 4, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum wbt

Mood menaip rajin tahap gaban sebab, semangat taip menggunakan gadget baru, hee.. lappy baru lol, btw selamat tinggal to my old lappy, jasamu ku kenang :) btw next week all of my adik semua nya yang form3 lah, nak hadapi pmr, siap mesej mintak maaf bagai, cakap nervous lah, haha.. kekadang lucu gak, wey saya pun berdebar jugak sebab sebulan lagi saya akan hadapi spm yang bakal menentukan siapa saya yang sebenarnya, and i hopes i can do the best .. to brothers and sisters especially student form 3rk1 smk nasiruddin shah, doaku selalu bersama kalian, semoga kalian mendapat kejayaan yang cemerlang kelak, kerana sesungguhnya korang lah adik2 serta geng-geng yang best bagi saya!

okeylah nak share tips ni sikit, btw yang nak amek spm dan stpm pun boleh jugak guna,hee semoga korang berjaya! :)

Menghadapi peperiksaan
Sudahkah anda bersedia menghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebat menghadapi peperiksaan? Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untuk menghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan 9 tips untuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan.

Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.

Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.


Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang.

Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

good luck all, disini saya sebagai carl lesmana ingin mengucapkan " selamat menempuh peperiksaan bagi " pelajar pmr,spm, dan stpm! thanks for reading this post! hopefully a little big it can help you :)

I Have a Dream!

Assalamualaikum wbt

mom dad, mummy and daddy, today your only son promise that he want be the best for their family,  this song are suggested by my aunt " teacher maznah " once upon ago, but till now i'll remember it, because that song is really meaningful to me, oh allah bless me! i hope one day i can be myself cepat or lambat, hari ni tak taw la nak kata macam mana, belajar pun tak masuk sebab kepala tengah fikirkan spm yang tak lama lagi. .





 
i want to be a millionare one day! 

Wednesday, October 3, 2012

Miss My Tok ki and Tok wan

Assalamualaikum wbt,


Mood : buntu tak taw nak kata apa, cuma terkejut sebab my heroin tak berapa nak sihat, balik kem dia dikejarkan ke klinik, dah la minggu depan nak exam, oh buntunya rasa, harap2 heroin saya cepat sembuh!
to kakak : you are my sister forever.. abg mizi doakan kakak cepat sembuh, and tetiba teringat kat tokki and tokwan, entah kenapa, ya allah permudahkanlah segala urusanku serta keluargaku :(


Tuesday, October 2, 2012

New story begins

Assalamualaikum w.b.t

Kembali bersua lagi, penat masih terasa dikala sibuk menghadiri kem top 50 anjuran Apmt yang bertempat di Bukit Keluang Beach  Resort ,nak menaip pun terasa janggal, sebab selama ni update pakai tab ajer! alhamdulillah sisa-sisa waktu berada di sana saya berjaya jugak saya buang perasaan sedih saya, pada mulanya sejuta alasan saya bagi semata-mata tak mahu join kem tersebut, bukan kerana saya tidak boleh berpisah dengan family tapi sebab ada kekangan yang datang, alhamdulillah segala duka lara sudah berjaya saya buang jauh-jauh, terima kasih adik saya afiezan yang selalu support saya tak kira susah senang saya, dia selalu nasihat and nasihat, supaya saya tabah menghadapi ujian allah ini, kerana dia lah saya pergi kem ni, ikutkan hati masa tu nak amek surat doktor dah, tapi atas pujukan adik serta orang2 yang saya hormati lagi saya sayangi, saya join lah kem tersebut, nanti saya storykan lagi dalam entry yang lain, yang jelasnya masa ni adalah masa untuk saya fokus!!

 alhamdulillah dorang semua ni lah yang support saya supaya kuat masa saya ditimpa masalah haritu .. i lobiu all :) only me form 5 all of them are my hero members. .


 masa kat kem, line wifi tak boleh nak connect so, terpaksa la on via mobile sambil geledah pendrif , then terjumpa gambar my hero yang tengah main mobile haha :) miss u dik!!


 to people : start now, saya kena bangkit jadi diri saya, lupakan apa yang berlaku, yang jelasnya kali ni saya tak kan berpeluk tubuh lagi, saya akan cuba jadi diri saya, sebab perubahan adalah berlaku secara detik demi detik . .


us anak my mok :) did u notice my hero this time looks old than me ? haha this picture is on eid at school, nih la adik saya yang selalu support saya dari A sampai Z, kitorang rapat and selalu lah bertukar pandangan and pendapat ! :) love him! =)  source of this picture-arina hazwani-


insyallah nanti saya updatekan tentang, hari-hari bersama adik serta geng adik di bukit keluang beach resort !

pmr adik saya : 9 haribulan ni, doakan kejayaan yang cemerlang buat adik saya okey, serta doakan saya spm : 5 haribulan 11 nanti :) luck! new story and new life, forgot the past! serious now i have to begin my new life, with my family!