Thursday, December 13, 2012

Cerita 121212 Carl Lesmana

Assalamualaikum wbt

Maaf semua, lama tinggal dunia blog, bukak-bukak je dah bersawang dah blog hamba ini =) 121212? iaitu semalam, oh kalau ikutkan hati semalam lagi aku dah update blog kudus ni, tapi kepenatan yang terlalu dan bergaban. . so kali ni aku nak describe apa yang berlaku pada aku semalam ? iaitu pada 12 12 12 yang korang duk ia-iakan special =)

12.00-2.00 a.m - still tak tidur, melayan movie korea [running man] sampai tergelak sorang-sorang, lepastu kena caj tak betul sebab suka sorang-sorang di pagi buta =)

2.00-4.00 a.m - tidur sleeping zzzz

4.00-4.30 a.m - take time for solat sunat =)

4.30-5.00 a.m - tidur-tidur ayam menantikan solat subuh =) kali ni tak pergi masjid sebab tak larat tambahan seorang diri. .

6.00-7.30 a.m - zzzzzzzzzzzzz sambung tidur balik =)

7.30-9.00 a.m - keluar pergi breakfast papa belanja. .sebab papa ada kat besut belum balik kl lagi, so semalam tu dah plan nak gi breakfast ikut papa . .aku gembira sangat sebab abang aku si adiwira farhan balik sama, aku rasa macam best je boleh bergelak suka-suka sebab aku selalu suka bila orang puji abang aku macam korea, sebab dia putih, korang imagine muka taecyeon 2pm macam tu lah rupa abang aku dengan lesung pipinya yang dah macam boleh menumbuk, dengan badannya yang kurus but tak kering =) abang sorry adik cite sal abang dalam n3 adik kali ni =)

9.00-10.30 a.m - sambung layan korea, then hati terdetik nak bukak hadiah birthday yang saya terima dari Encik Marcello[not real name], ianya berupa sebuah dompet baru jenama "LEVIS" macam tahu-tahu je mamat ni yang i need a new wallet, Encik M is my brother[anak papa], tapi dalam ramai-ramai dia la paling understanding sekali, sebab aku kan anak bongsu so dengan dia aku nak apa pun boleh, senang citer adik boleh paw abang. . harap dia tak baca post kali ni hehehe  (mood time ni gembira tahap gavan)

11.00 a.m - 1.00 p.m - aku memulakan langkah bergerak ke Pusat Sumber sekolah kononnya nak main internet free, then masa kat sana kena tolong akak yang handle library renovate library, habis lenguh badan, takdelah renovate mana pun just cuma tampal menampal, sebab aku kan tak leh buat kerja berat, well orang sakit, effect dari eksiden tahun lepas aku tak boleh nak angkat or buat kerja berat, sebab tunggu tangan ni sembuh, terseliuh rasanya, alhamdulillah mujur tak mati je, =) ekekeke.. last year eksiden di himpit tengah-tengah oleh 2 buah kereta, tapi alhamdulillahaku sedikit pun tak luka, cuma masa terjatuh tu tangan rasa lain je chek nothing pun cuma terseliuh..

 sebabkan 2012 belum melabuhkan tirai so tittle pengerusi still aku lol =)


 gambar kenangan, yang ni semua zaman 2010 & 20122


 how does it looks?


 rak pilihan aku ? op kos omputeh . .



 motif : berkenan la pulak dengan kata-kata ni =)



setelah sekian lama tidak bukak laptop, aku bawak mini laptop aku ke sekolah, ahaks, usually pakai yang besar gedabak tu =)

1.30 -2.00 p.m - minta izin dengan akak library tu nak keluar cari makan, so aku pun apa lagi, keluar pergi kedai makan mama (jiran rumah aku yang aku bahasakan mama and abah jugak) then order nasi kerabu plus milo beng mantob,then solat zohor =)

2.30 -4.30 p.m - sambung tampal menampal dan balik =) solat asar dan blabla

4.30 - 5.30 p.m - pergi pasaraya cari barang dapur ( well sejak 2 menjak ni tetiba rajin bila mak nak pergi pasaraya aku offer biar aku yang pergi,) tapi rasa macam artis la pulak sebab aku tak tahu, ramai budak sekolah boleh kata semua kenal aku, sedangkan aku tak kenal pun diorang, siap panggil nama penuh aku lagi, tapi aku hanya mampu tersenyum buat-buat kenal =)

6.00 -7.00 p.m - pergi pasar malam dengan dia, abang angkat lol dia baru tamat exam STPM, cewah date la sangat, aku dah berbulan tak turun pasar malam sebab tokwan aku tak berapa okay dengan pasar malam ni, dalam ramai-ramai cucu tokwan aku, aku je walawei berani and sosial sikit, berani ke situ dan kesini, ahaks =) tapi demi dia ajak pergi aku tak kan nak hampakan orang yang baru merdeka STPM suruh teman..


 goreng pisang plus keropok lekor, makanan ni je yang aku akan beli bila orang ajak ke pasar malam, sebab memang jarang sangat dapat turun ke pasar malam, tak tau kenapa =)



7.00-8.00 p.m - solat maghrib mengaji kejap, then berfacebook. .

9.00-10.00 p.m - kemana lagi kalau tak pekena chicken chop. walawei sebab my adiwira ada kat besut lagi, paw dia mengidam chicken chop, sebab abang aku yang sorang ni, senang je nak bodek apa-apa but cuma dengan aku la kan, kalau dengan orang lain taik idung pahit =P ahaha jangan marah bos. .btw bersyukur sebab punya abang yang macam ni, walaupun aku ni cuma anak angkat kepada mama and papa dia, aku still dihargai macam anak sendiri, untuk pengetahuan korang, aku punya ramai ibu dan bapa angkat, sebab aku pun tak tahu nak kata, dalam area 5 gitu lah mak and bapak angkat yang memang amek cakna pasal aku. yang tak terangkat cuma sekadar mak ayah angkat tu memang banyak, =) anak soleh dah aku lepas ni ekeke =) tapi makan kali ni aku tak amek gambar sebab rasa pelik je, orang tengok kiri dan kanan, malu gile kot aku nak keluarkan dslr nak amek gambar, semata-semata kes nak amek gambar,sebab susah leni telefon s2 aku hilang, so susah la nak amek gambar curi-curi =( tapi takpe papa janji nak beli telefon baru,

11.00-12,00 p.m - bergolek di atas katil layan twitter dulu,

anyway my 121212 tak lah special sangat cuma aku dapat lupakan masalah yang pernah timbul pada tahun 2012 yang bagi aku malang nak mampus! banyak betul masalah, sebabnya mulut! aku mulut memang tak boleh nak berlapik, bila ada yang meredas/sound aku, aku pun dengan sepantas kilat aku balas balik =) ahaks , so semoga kalian punya story tersendiri pada 121212 ya, kalau rajin sharing lol sikit =)
sebab aku bukan hipokrit, kalau aku tak suka just aku bagitaw terus, aku bukannya spesis depan baik tapi belakang macam2 mengutuk, i'm not like that hokay, i straight the point =)

p/s: maaf ingat nak letak banyak gambar berlembaga tapi tuan empunya diri tidak mengizinkan. katanya malu =) so itu lah cerita 121212 aku, tak special mana pun =)


1 comment:

taty nadiah said...

lama da tak pekena mkn lekor. nyum