Saturday, December 29, 2012

No motif !


Assalamualaikum wbt


Hai semua. Sihat ? maaf aritu buat entry tergantung cerita tentang adik saya. Heeehe sebab on that time panik sesangat,,muka dah macam orang naik bisul dekat bontot . mohon jangan percaya. Hihi Alhamdulillah hari ni adik saya dah okay dah. Cuma dia still kena buat check up je lagi. Tahap bahaya dah kurang and so far so good insha allah she’s will be at home sooner, tapi not sure lah boleh pergi sekolah ke tak dalam masa terdekat ni. Kalau nak cakap pasal sakit dia memang hati ni teragak-agak nak tulis sebab rasa sebak lol ‘carl lesmana sedang feeling’ tapi bersyukur sangat-sangat sebab rakan-rakan blogger semua sangat sporting memberikan kata-kata semangat kepada saya. Lepas ni adik kena buat medical check up every 6 months, until she’s 25 year old. Oh bapak sedih, actually my lil sis ni umpama my right hand lol, sebab apa-apa cerita atau ketidak puasan hati weolls sharing together, and memang tak dijangka pun dia nak kena heart attack, oh  mak saya boleh kata terkilan sangat la kot sebab aritu kan adik dapat straight’s in PMR so dia ada promise dengan adik nak masakkan sesuatu but belum sempat dia masak kan something for my lil sis , my lil sis pulak masuk wad. Oh rasa macam dugaan adik beradik lah pulak. Haritu my lil sis irdina kena bengkak tonsil and settle dia buat operate, next saya sendiri yang masuk wad, sebenarnya saya dah lama sakit,and nak dekat exam pun still tak okay jugak, on the time nak amek exam spm pun still ulang alik dekat hospital, doctor suggest suruh amek exam dekat hospital tapi saya dengan 100% dengan nada tegas “ katakana TAK nak “ so continue je la exam dekat sekolah walapun tak sihat. Insha allah jika ada rezeki dapatlah result cencomel macam adik. Ah bantai je cakap pasal ni.

Heehe malam ni bukan kemain lagi menghadap pc nak menaip entry sebab lama sangat dah tinggal blog ni, ceng rindu la pulak nak menaip entry, hari ni bantai nak marah dekat seseorang, tapi sabar ! ‘ ceh bajet bengis kejap’ so bila hati tak tenang , start pagi kerja saya makan then tidur, ibarat cerita mr.bean dah. Berat badan nauzubillah naik mendadak, cuti ni umpama ‘menternak lemak’, memang tak buat pape. Pembelajaran saya dekat driving school saya tunda dah, maybe on janury 2013 kot ,sebab sehari demi sehari masalah banyak siot. Tapi still buat muka cool, sebab maybe apa yang berlaku ni semua dugaan allah untuk final of the year. So kita sebagai hambanya kena redha menerima. Kan ? and pagi tadi memang mud umpama mencurah air ke daun keladi dah sebab semua nasihat dan teguran family dah tak pakai. Lol garang rupanya carl lesmana ni. Kerja carl lesmana start pagi, nasi kerabu, tidur, lunch, layan movie, bukak twitter, check notification fb, and pergi bakery beli kek, oh melantak dah ni namanya, masuk kedai bakery nak beli roti, tapi mata ni kalau masuk je kedai yang berlandaskan MAKANAN mula la nak jadi hantu. Oh godaan syaitan* tapi takdelah melantak sampai dengan kedai-kedai tu beli kot, petang tu mak prepare  kuih muih sikit, sambil weolls talk about our family, and malam tadi area kul 8 mak panggil pulak makan malam usually saya kalau abang saya si farhan *anak mama* ada kitorang spend our dinner dekat Bukit Keluang Beach Resort, makanan tak delah sedap mana pun tapi bayaran mahal, so ? I tak kesah orang belanja. And si farhan tu kalau dia keluar duit ke nanti jumpa papa dia boleh claim pulak. And sat tadi bunyi orang bagi salam, aunty dekat rumah datang hantar mee soup gitu, amek jugak telan sikit-sikit amek hati katakan walaupun perut umpama nak meletup, kalau amek tukul dah terburai kot perut ni. Serius hari ni memang nak marah sebab tadi masa pergi dekat bakery terjumpa pak cik tua yang janggut terketar-ketar yang langgar saya last year, dah la tak ngaku dia punya salah. ~Ish aku cepuk kang*, tapi sabar sebab our family ni bukan suka sangat gaduh-gaduh Cuma si carl lesmana ni je kalau tak puas hati dengan sesiapa mesti bantai nak gaduh *jangan tiru perngai ini* tapi insha allah the coming 2013 saya kena cover balik apa yang terlepas di tahun 2012. . sebelum tidur kewajipan seorang blogger yang muka dah berumur tapi perngai still budak-budak ni ken abaca buku, baru lah terlena ! so selamat malam semua ! =)


No comments: