Saturday, April 14, 2012

KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEWAKTU BERLAKU RIBUT

Assalamualaikum

Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya."

Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri."

"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."


Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

terima kasih baca post ni kalau suka sila tekan like =)

Love

Assalamualaikum

aku tertarik pada satu mutiara kata yang dipostkan oleh abang senior aku , bakatnya ialah berkarya aku, bingung dan heran bagaimana dia mampu menulis dan mereka mutiara kata begitu banyak sekali, aku tertarik pada satu quotes yang berbunyi sedemikian..

Ku abadikan sebuah kisah cinta dalam hati ini
perjalanan hidup yang dulu kita lalui
semua tak semudah yang kita ingini.

Romantiknya sebuah kehidupan
meski sebenarnya sukar untuk aku fahami
aku tak mengerti apa yang kau mau
dan apa yang aku mau.

sebuah perbezaan
mungkin akan memisahkan kita
banyak saat suka duka kita lalui bersama
namun itu hanyalah impian kita yang terdahulu.

Andai esok waktu masih memberiku kesempatan
aku ingin hapuskan perbezaan diantara kita
tiada lagi pertengkaran
tiada lagi kesedihan.

Kuingin kita saling memahami
merasakan pahit manis kehidupan ini bersama
aku percaya kita mampu untuk menggapainya
bukan perbezaan yang mampu menghancurkan kita
tapi kita yang mampu menyatukan perbezaan itu... 

thanks for reading, kalau suka sila tekan like =)

NEW BLOGGER HEADER

Assalamualaikum


korang tengok tak header aku? apa komen korang >_< cepat komen!! (wajib)

sian aku, ingat nak jadik pencinta setia blog kak fatin liyana, tapi hampeh, da.. belog aku sudah berubah wajah! selamat tinggal header dulu, insyaallah kalau hati ini terasa rajin, akan ku guna balik header lama, btw thanks very much for nabeel sebab belanja header baru untuk saya! :D


ATTENTION PLEASE!
kepada sesapa nak header macam saya? boleh korang klik sini, hehe