Thursday, May 31, 2012

Cerita Khamis

Assalamualaikum

selamat malam, to all my readers, of course la malam tak kan siang kot? whats time now? 11.20-start menaip entry ni.. hehehe, selepas habis bergayut dengan my friend si fatin tu, mulanya niat nak cakap sekejap jer, well aku ni, kalo da cakap sejam dua ta cukup weh, banyak story nak habak, well well. hahaha melepas rindu kat teman-teman, then i text my bro si afiezan , adik kesayangan aku tu, and ask him what he's doing, then bla bla bla my conversation, seriously im really miss my bro,yerla biasanya hari sekola hang out ramai2.. bosan betul cuti ni, bapak aku tak kasi aku pergi jalan-jalan kemana.. motif?

spm dah dekat, ok fine, hahaha sebenarnya aku lebih selesa duk rumah, hadap tv makan tido makan tido, (kidding jewk) takdelah sampai aku ni makan tido jer kerja, law tak bek ta payah hidup, then aku hari ni buat la kerja sekolah aku, subjek ekonomi asas, cikgu aku cakap buat dengan penuh kasih sayang, okey aku buat! cewah target A plus plus spm.. hahaha..

and today, i'm really touching, 
aku ni seorang budak yang respect pada orang tua, seriously, since aku kecik mak aku teach aku, untuk hormat orang and tidak kira darjat, yes masa sekolah rendah still lagi ingat makcik2 tukang sapu, mak cik2 kantin semua, aku baik ngan dorang semua, maybe half budak2 tak bergaul dengan makcik2 and pakcik2, sebab dorang malu, why need to malu? aku hormat semua orang atas muka bumi ni, sebab semuanya ciptaan allah yang maha esa! i love allah..  

 sebab aku dah anggap makcik2 and pakcik2 macam ibu bapa aku, yes.. aku memang hormat pada orang yang lebih tua pada aku, althought ko tua setahun dari aku still ber abang and kakak, hokey :) and hari ni, masa duk kalut sedang tolong mak aku pergi mini market, beli somethings nak masak gitu, aku terlihat sorang makcik ni, aku serius was was, dengan memberanikan diri aku pergi tegur makcik tu, her name mak cik munah gitu, ingatan aku ingat tak ingat jer, but muka dia still in my mind la, then aku tegur dia, and i think she's gonna cry happy, sebab dah lima tahun aku tak jumpa dia, aku last jumpa dia masa aku darjah enam gitu and now im form 5, dia pun was was gak tengok aku dia cakap, well dulu aku bukan seorang jejaka berkaca mata, and sekarang aku dah besar bapak macam bus gitu hahaha.. then talking-talking ... aku pun blah,balik umah and ingat balik cerita zaman sekola rendah dulu.  owsem! aku rindu zaman kanak-kanak aku :( alhamdulillah, till now aku bersyukur sebab masih diberi keyakinan dan kekuatan beradap sopan dengan orang tua( nak buat menantu, pilih saya ya! ) hohoho .. zaman dulu-dulu adalah indah sekali..

muka zaman kanak-kanak gitu,
ANDAINYA DIBERI PILIHAN

Andainya berlaku keajaiban
Andainya diberi pilihan,
Dapatlah aku kembali ke masa silam

Aku ingin kembali ke zaman kanak2,
Dapat bersekolah
Bermain-main bersama rakan-rakan

Setiap akhir tahun ada jamuan,
Hari perpisahan,
Penyampaian hadiah,

Akulah murid terpandai
Terbaik di dalam darjah
jadi harapan ibu & ayah

Kini semua tinggal kenangan
Jadi kenangan

thats all from me! tq, if you love this story,please like! :D

Tips : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri

Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bagi sesetengah orang, mungkin ianya tidaklah penting.
Tetapi bagi sesetengah orang, masa untuk post entri adalah penting.
Aku akan terangkan kenapa masa untuk post entri juga penting dan bilakah masa yang sesuai untuk post entri.



Untuk waktu yang paling sesuai untuk post entri (publish), aku sudah kenalpasti 3 waktu yang boleh dikatakan paling ideal. Ini berdasarkan statistik yang masuk ke blog ini pada waktu-waktu yang tertentu.


Post entri yang aku maksudkan ini bukanlah masa anda mula menaip atau mula mencari bahan, tetapi masa yang aku bagitahu ini adalah masa yang sesuai untuk tekan button PUBLISH. Jadi aku andaikan pada masa-masa ini, anda sudah ada apa yang anda hendak post. Menaip entri mungkin anda boleh buat bila-bila masa yang anda lapang, dan anda boleh 'save' dahulu untuk tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting adalah waktu untuk PUBLISH.


Pukul 7.30pg - 8.00pg.
Waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk publish post. Boleh dikatakan pukul 8.00pagi rakyat Malaysia memulakan harinya. Bagi yang bekerja atau tidak, apabila ada masa lapang je(ye ke lapang.:), pagi-pagi lagi sudah mengadap komputer. Betul tak.:).
Bagaimana hendak publish post pada ketika ini sedangkan diri sendiri pun sibuk.?
Senang sahaja, gunakan AUTOPOST. Anda boleh taip bila-bila masa, malam mungkin, dan setkan untuk post pada waktu antara 7.30 hingga 8.00 pagi ini.:)


Pukul 1.00ptg - 1.30ptg..
Waktu seterusnya adalah antara pukul 1 dan 1.30. Kalau ikutkan dari pukul 8pagi tadi,
jika anda sudah ada post, biasanya trafik tiada masalah. Cuba kalau pada hari itu anda ada 2 entri hendak publish, selain pukul 8.00 pagi, pukul 1 hingga 1.30 adalah jawapannya. Ini kerana pukul 1.00 hingga 1.30 (dan mungkin 2.00) adalah waktu rehat. Ada yang makan atau apa, dan ada juga yang rehat di hadapan pc. Dan bagi yang baru balik dari rehat, lepas siap makan takkan hendak buat kerja terus kan, ada la yang melencong buka pc buka internet dulu.:)

Pukul 7.30-8.00mlm..
Waktu ketiga sesuai untuk buat entri adalah pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Kerana biasanya aktiviti sebelah malam akan bermula selepas maghrib. Jarang orang online pada pukul 7.00. Biasanya pukul 8.00 atau 8.30malam mula start untuk online semula. (Bagi yang ada internet kat umah atau tak balik lagi dari pejabat kot.:). So, untuk penutup pada sesuatu hari, pukul 7.30 hingga 8.00malam adalah masa yang sesuai.:)


Bagaimana jika ada lebih dari 3 entri sehari.?
Kalau ada lebih entri, dicadangkan untuk post mana-mana waktu antara pukul 8.00pagi hingga 4.00 petang. Biasakan untuk post pada waktu siang kerana masa yang ada untuk post itu panjng sebelum habis hari tersebut.

Kalau entri urgent.?
Sudah namanya urgent..:) Kalau urgent, bila-bila masa sahaja boleh post. Urgent tidak kira waktu.:)

Kenapa waktu untuk post entri juga penting.?
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak penting. Asalkan ada post pada hari tersebut.
Lagi-lagi bagi yang sudah ada pelawat tetap atau memang blog sudah glemer. Tetapi perkara ini juga penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengaplikasi trend visitor pada sesuatu blog.

Satu lagi.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda berada dalam kedudukan di atas seperti gambar apabila ruang trafik maya di Malaysia tengah tinggi..?..:)




 like this post?

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 2

Sambungan daripada tips menaip entri dalam blog part 1, entri kali ini akan memberikan 3 lagi point yang boleh dititikberatkan jika anda menaip entri di dalam blog. Bagi yang belum membaca part 1, anda boleh baca dahulu sebelum sambung entri ini. Atau mana-mana dahulu pun boleh.:)



Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.

1. Gambar

Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.



Kalau anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan bergambar.


2. Provokasi

Adakah bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan komen.



Tetapi harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus.:)

Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk baca dan komen..:). Contoh provokasi 'lembut' untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi 'lembut' terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.:)


3. Persoalan.

Tinggalkan persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.




Contoh, jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.? Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.". Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.

Juga boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti " Apa yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?"..(psst:tetapi janganla setiap entri ada persoalan pula.:)

Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.:)

------------------------------------------

Kebiasaaannya, untuk menghasilkan entri yang menarik, ianya lebih kepada pendekatan psikologi dan pengetahuan anda kepada sifat dan perlakuan manusia. Sebab jika anda menaip entri sebenarnya banyak pandangan orang dari perspektif yang berbeza. So ianya bergantung bagaimana anda tackle emosi pengunjung blog anda. Dan cara untuk tackle adalah hasilkan entri yang menarik perhatian mahkluk bernama manusia.:)

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 1

Assalamualaikum

aku juga menaip dari apa yang aku pelajari, "tips menaip" >? jom baca lagi..



Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri.


Cara menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain. Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik blog.

Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri?.


1. Perenggan

Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.

Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:). Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)


2. Perkataan.

Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.

Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.:)


3. Entri jangan terlalu panjang.

Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.

Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk habiskan.:).
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.

Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1.?.:)

-------------------------------------------

Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang sahaja.:)

Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.:)

Happy blogging.:)


by :  http://unwanted86.blogspot.com/