Sunday, July 22, 2012

Funny Things !

Assalamualaikum

hye semua sedang apakah kalian, hadoi bosan tahap apa ntah, tarak taw mahu bikin apa, hehe, tadi semasa sedang berfacebooking carl cuba la satu benda ni, macam permainan gitu haha, lucu gak, macam facebook ni leh baca fikiran orang pulak hehe.. 



thanks for reading

Mr Recipe : Ayam Lemon Carl Lesmana

Assalamualaikum

buat apa ya kalian? selamat menunaikan ibadah puasa ya, haa! hari ni carl tak mao cakap panjang-panjang, seperti yang anda ketahui, carl nak buat tuto masakan ni hee :) eh takdelah, ni carl belajar dari emak, cewah betul dak ni hehe, hari ni carl nak kongsikan resipi ayam lemon, well ayam lemon makanan kegemaran carl taw :) hehe, suka sangat, hopefully korang boleh la cuba, buat menu berbuka nanti hee :) okeyla jom baca bawah..


Bahan-bahan :
1 ekor ayam - anggaran 2 kg ( tak payah potong )
400 gram tepung
6 biji telur
400 gram serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng, seperti menggoreng ayam kfc gitu :)

SOS LEMON :
4 biji lemon
1 cawan air
Tepung kanji sebagai pelekat
Garam dan gula secukupnya.

Cara membuatnya :
  1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sedikit garam
  2. Celupkan ayam ke dalam tepung, telur dan serbuk roti. Gaul sehingga sebati.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak sehingga masak. Potong dan susun dalam pinggan.
Cara membuat sos :
  1. Perah lemon untuk mendapatkan jusnya.
  2. Campur jus dengan sedikit air dan panaskan sebelum memasukkan tepung kanji kedalamnya sehingga sos menjadi pekat.
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tuang ke atas ayam sehingga rata.
  4. Siap untuk dihidangkan! :)

thanks for reading