Friday, August 17, 2012

FADHILAT MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Assalamualaikum wbt

Hello semua, hee mood english pagi ni, sebab action boleh tengok "oh my english" haha kidding ja, okey, semalam carl ada la ke sekolah, purata pelajar yang hadir ke sekolah , 1/3 Oh mai.. semalam sekolah carl mengadakan program sumbangan hari raya, kepada pelajar serta penyampaian hadiah kuiz sempena ramadhan, alhamdulillah.. tapi pagi tu semasa perhimpunan cikgu kesayangan carl, ustaz termezi (gpk pentadbiran)  menyampaikan beberapa tazkirah tentang mustajabnya berdoa pada malam hari raya, and ditegaskan oleh belaiu supaya mengambil peluang beribadat kepada allah sempena bulan ramadhan yang bakal meninggalkan kita ni beberapa hari lagi.. and balik rumah carl duk terfikir apa yang ustaz perkatakan, yerla lepas raya on 27 ogos pekse wey, nak gi berperang bak kata gpk hem carl :)okey lari topik ! :D
sebelum majlis bersurai, sesi bermaafan bersama guru :)
jom baca bawah ni, 

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.[2]

Wallahu a'lam.

thanks for reading, fells free click like:)