Sunday, September 9, 2012

Cerekarama Jane Jamilah

Assalamualaikum w.b.t

Ha, tengok tak tajuk nyer? siapa aja yang tengok cerita ni semalam? yang ditayangkan kat tv3, ya allah thanks sesangat sebab, i kembali berfikiran positif lepas tengok cerita ni.. sebabnya? Jane/Jamilah, walaupun dia tahu suami dia curang . dia tidak terus bertindak kasar tetapi bertindak mengikut akal, that why bila saya dilanda masalah begini, hati mulai hancus, then my mok pun cakap, be happy, "mulut orang memang tak boleh nak kunci ".


Kita ni kena sabar, but sabar pun bertahap okey? nah klik link kesabaran saya -Sabar Menghadapi Ujian Hidup-  hehe mula-mula tuh rasa bengang jugak sebab ada orang hentam saya, bertubi-tubi, tapi saya bukan berdiam diri, saya telah mengambil keputusan yang bijak , sebab bila saya fikir balik, orang tu memang tak guna otak bila dia nak serang orang kan? pakai hentam ikut suka tok nenek dia je, tapi? i kan bijak? sebab apa? kita memang harus bijak mengatur strategi, cewah! jadi seperti jane, dia biarkan si suami dahulu and bersabar, so i pun kena lah jadi macam tu la, kena sabar bila orang hentam, and i have to bijak la guys, kena bertindak pakai otak seperti jane la jugak, kita tak boleh la nak buat tindakan terburu-buru, kita kena siasat dulu, and jangan reti nak hentam jer, okay? sebab nanti makan diri tak sudah ler, baru tahu langit tu tinggi ke rendah kan? hehe

p/s: BE POSTIVE! SAY NO TO NEGATIVE!!!


Jamilah merupakan seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-lawannya dan kerja. Satu hari dia terserempak dengan semuaminya bersama dengan perempuan muda. Dia mendapati kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan sedang menjalani pratikal di pejabat suaminya.
Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil short coursedengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana itu dengan lebih rapat. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumahtangganya ini?
 
Thanks for reading this post, kalau suka tu like lah yewww :)
 

Sabar Menghadapi Ujian Hidup

Assalamualaikum w.b.t

Ya allah sesungguhnya tersangat berat ujian yang engkau berikan padaku kali ini, terasa bagai aku seperti kekosongan, mood nak jawab peperiksaan semuanya hancus gara-gara masalah yang timbul kini,usahaku dpandang rendah, tidak menagap, aku berharap aku dapat mencipta sebuah kejayaan yang manis suatu ketika nanti,  andai bisa aku ambil pemadam lalu ku padam akan ku lakukan, tetapi hati manusia lara ini terlalu kecewa atas sikap segelintir manusia yang suka menabur cerita palsu, bak kata pepatah tokoh tambah, aku berharap hal ini tidak memberi kesan pada spmku yang bakal menjelang tak lama lagi, dan selepas tu akan aku bercuti ke mana-mana demi melupakan segala permasalahan yang bermain di minda, masalahku kali ni banyak membabitkan banyak pihak walaupun dipandangan mata kasar " ah simplenya " tapi aku tak sanggup melihat orang yang aku kasihi berada dalam kegelisahan hidup demi menjaga hati dan perasaan,


hati aku mulai hancur untuk mempercayai bahawa "manisnya sebuah ikatan persahabatan ", kasih serta sayang serta hormatku sudah ku lempar jauh-jauh ibarat ke denai yang tidak bisa lagi dijejaki, hati sunggguh kecewa , tapi aku berjanji suatu masa nanti aku akan bangkit dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar!

  2:196
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:

Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.


Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Kelima:
 

Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
Keenam:

Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.

ii. Sabar melawan nafsu.

iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam


p/s: aku terlalu emosi, bila fikirkan sesuatu masalah yang menimpa, air mataku galak menitis, jadi kalian semua haruslah sabar dalam menghadapi ujian, apa nasihat kalian buat diriku ini bangkit kembali?