Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday #i'm back#

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua. maaf sebab carl lama gila tinggalkan blog ni. bukan tak reti nak update. tapi rasa bosan, sebab tengok blog yang sama hari-hari, time idea ada mood nak menaip tu takde. kalau time mood ada idea pulak kosong bak lagu najwa latiff tu . Korang semua mesti sama kan ? lumrah blogger. tapi serius cakap carl tabik ar dengan segelintir blogger yang pantas, sentiasa update blog dorang. kadang-kadang ada jugak post yang carl terlepas baca, carl selalu jenguk blog korang taw. tapi as a silent reader, sebab nak komen tu rasa geram. sebab ada sesetengah blogger yang kena test word verification. tu yang kekadang carl pakai jenguk je and baca serta like saja, nak comment rasa malas, kan dah kena. gara-gara nila setitik habis rosak susu sebelanga. cewah ayat sastera *3 bulan tinggal dunia persekolahan* sastera still maintain. so kepada sahabat blogger yang guna word verification carl cadangkan anda disablekan aplikasi tu .


Ha dah pak jemah melalut, kalau kak Wahida blogger My ALL selalu guna mak jemah, carl amek title Pak Jemah, tak ke cool cenggitu. okay dah melalut, lama tak update fikiran mood kerajinan tahap infinity, cewah laju kan. okay okay. bertenang, ni carl malas nak taip panjang-panjang kan, so jom tengok gambar. 

 best je tengok buah-buah ni, yang jambu baru lepas petik dari pokok. cool =) makan dengan cuka memang best.



 hari ni dah bermacam jenis makanan aku telan, ni yang terakhir sejak dari pagi. pagi, breakfast dengan laksa lemak, dalam kul 10 cenggitu meragam nak makan nasi goreng, and tadi makan nasi lemak pulak dah. biar betul. biasalah, ni la kerja time cuti ni. 



 pokok jambu, rumah kawan mak dalam kampung. jenjalan sekali sekala cool bebeh =)



pemandangan rumah cik zainab, dari arah tempat kerusi batu kami duduk.
cantik je, serius cakap aku suka rumah kampung. *heyy apa khabar orang kampung*.


lastly aku nak jugak taruk gambar si kecil kesayangan aku ni, korang tengok. habis semua gadget dia pandai, dia ni kecik-kecik dah ada ipad, aku dulu zaman kecik main lompat tinting, tak pun gelap cerah. haha

p/s: maaf la korang, lama tak update blog ni, harap tak bersawang lah ye. salam sayang dariku Carl Lesmana =)

No comments: