Thursday, February 28, 2013

Segmen Blogwalking oleh Blog BingkisanHati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jom bersegmen lagi. kali ni saya ditag oleh sahabat blogger zayani untuk join segmen ni. thanks for tagging ya. =) jadi mari kita ramai-ramai memeriahkan segmen ni, segmen ni berlangsung selama dua bulan. jadi apa tunggu lagi ? join jangan tak join =)

tag : semua rakan blogger yang free untuk bersegmen. mari kita join ramai-ramai. carl takut nanti carl tag ada yang tak perasan. hihi jadi jom join semua okay =)

Thanks for reading =)

Terima Kasih Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak berofficial sangat pun tak reti . cuma memang tak sangka yang saya boleh menang Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com .


 " eh eh betul ke aku ni ? " hahaa it was kinda like that la. sebab saya tak expect saya akan dibloglistkan di blog kak Mia. sebab for me kak Mia is like my sifu. Entri blog dia tiptop heehe bukan bodek taw, ini ikhlas =) . saya letak link blog kak mia dekat sidebar saya dalam golongan  personal favourites dah lama , sebab tak nak ketinggalan entri-entri dari kak mia . termasuklah dengan others PF saya. tiap kali saya tengok dekat sidebar ada update terbaru. pasti saya klik and baca walaupun link internet cinonet je tak sempat nak tinggal jejak. patut la ya kak mia macam cikgu disiplin hari ni bukan kemain spotcheck. hihi =) rupanya ini habuannya. thank you kak Mia. and others kawan-kawan yang tak berjaya you guys jangan kecewa, sebab kak Mia cakap mungkin akan ada pencarian seterusnya ? . =) wish luck semua happy blogging.


Thanks for reading =)

Tuesday, February 26, 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 
Thanks for reading . jom join ramai-ramai =)

Monday, February 25, 2013

Entri Khas : Gara-gara Hanif Johari (:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada kenal siapa Hanif ? ala nak tahu baca entri ni . "sini" . k so korang dah kenal pasti siapa hanif kan ? brilliant ! haha. okay tajuk entri saya hari ni memang tak boleh blah. orang baca tajuk kat atas tu umpama Hanif ni gangster pukul orang. wow xD .okay la takde serius mana pun . Hanif ada la bagitaw saya dia akan keluar in yezz magazine edisi march . awal-awal hari tu lagi dia ada bagitahu. and on 19 feb memang dah pergi kedai nak cari majalah yezz . takde pun majalah keluarga remaja bagai banyak pulak . then next day pergi la kedai cc and kat situ memang pelbagai majalah kot. saya pun tanya la.


Saya : bang majalah yezz edisi march ada ?
Dia : yiss ke yezz ? *bengang dah , kita betul-betul sebut dia nak kidding dengan kita pulak* 
Saya : tak kisah la asalkan majalah.
Dia : tak sampai lagi.


dengan perasaan gundah gulana, mulut bukan kemain curse kedai tu. haha *jahat* . and today bayangkan since 19 till 24 . 25 feb baru dapat. hoi nasib badan. nak marah pun ada. btw thanks mak . sebab saya tiap kali mak nak keluar pesan majalah yezz umpama pesan pizza. and today i got it . (: heehe

*Flashback*

Mak : mak dah cari kat kedai takde.

Saya : alah geramnya. kedai tu pun satu tak berkembang langsung, lambat dapat feedback. kalau nak mati dan la mati dulu. *majok* hohoho

Mak: alahai hari-hari duk chat and tengok muka hanif pun still kalut nak majalah jugak ? biar lambat asal selamat. =)

Saya : kbai mulalah takde mud nak taip entry last2 hanif update gambar di twitter. makin la geram. 

and hari ni dapat ! yeah thank you mom. love you !haha ceritanya takde serius mana pun. nah korang tengok la gambar k.

 SEARCH :
HANIF JOHARI
BLOG/FACEBOOK/TWITTER
also find him on YEZZ! MAGAZINES EDISI FEBRUARI 2011 and MARCH 2013
credit to : abang kpop kesayangan saya (: JAEJONG =)










Thnaks for reading my post (:

Saturday, February 23, 2013

1st Short Giveaway by Nana

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

nak join klik barner okay =)

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Thursday, February 21, 2013

SEGMEN : FOLLOWING IS SIMPLE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mari bersegmen lagi =) this is really simple segmen . rugi tak join =)

klik pada barner nak join =)

Segmen : + Follower 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jom bersegmen semua =)

nak join ? klik banner =)

Follower = 960
tak pasti newbie atau Senior =) in blogging world for a 3 years.

Wednesday, February 20, 2013

SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? by HANNA & KK "

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua jom join segmen . lama tak bersegmen, meh kitaa join segmen yang dibuat khas oleh sahabat blogger kita. 
klik pada banner untuk join =)

TAG ? : Carl tag semua sahabat blogger yang rajin untuk bersegmen. meh kita bersegmen ramai-ramai and dapat eratkan hubungan sesama blogger =)


Tuesday, February 19, 2013

JANGAN MUDAH LUPA DIRI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Ali Imran : 160 )
ULASAN  AYAT:
  1. Jika ingin kejayaan yang dapat kekal lama, jangan mudah lupa daratan, ingat asal usul. Jangan mudah lupa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita yang selama ini setia menemani kita, bersahabat dengan kita ketika susah dan senang.
  2. Ramai yang tewas dihujung usia kerana waktu masih muda, kuat, kaya dan berjaya dalam hidup tapi kerana mudah lupa iaitu dengan mengabaikan ALLAH, ibubapa dan anak isteri atau suami. Akhirnya mereka tewas diusia senja.
  3. Berjaya ataupun gagal, perlu ditangani dengan bijak. Lazimnya, apabila kita berjaya, kita akan di kelilingi oleh mereka yang berjaya juga kerana dengannya kita merasa perjalanan kita menjadi mudah dan pantas. Manakala disaat kita tewas, kita dikelilingi oleh mereka yang gagal juga. Ketika inilah perjalanan kita menjadi perlahan dan sukar.
  4. Apabila kita selesa berteman dengan mereka yang berjaya, ianya bagus sekiranya kita tidak lupa erti kegagalan. Namun janganlah sampai kita lupa daratan sehingga kita lupa kita pernah tersembam dalam kehidupan. Bila kita bersama dengan mereka yang gagal pula, ia tidak bagus sekiranya kita lupa, hanyut dan kita tidak ingat yang kita pernah berjaya dulu sehingga bila kita sudah gagal, kita tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah, bahawa ALLAH dan rasul tidak suka kepada manusia yang mudah putus asa dalam hidup. WALLAHU’ALAM

Saturday, February 16, 2013

Bahaya kepak Ayam kepada Wanita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi tengah berfacebook jumpa article ni, so nak share dekat sahabat-sahabat blogger semua. =)


BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA
Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

KISAH BENAR...
Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..

Wallahhu'alam.. Sumber dari internet..
PENDAPAT SAYA BUKAN TAK BOLEH MAKAN KEPAK AYAM.. BOLEH... TAPI CARI YANG ORGANIK ATAU AYAM KAMPUNG YANG MEMBESAR SECARA NORMAL DAN TIADA UNSUR STEROID.. SAYANGI DAN HARGAILAH TUBUH BADAN YANG ALLAH ANUGERAH INI..

Thanks for reading =)

Thursday, February 14, 2013

KEHIDUPAN&HUBUNGAN | BAHAYA ORANG BERMUKA-MUKA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam menjalani hidup nyata, kejadian ‘bermuka-muka’ sering terjadi tidak kira sama ada dilakukan orang perseorangan atau secara berkumpulan. Istilah menikam dari belakang atau teman bermuka dua boleh dibahagi kepada empat jenis berdasarkan tindakan pengkhianatan yang dilakukan. 

1. One to one
Pengkhianatan one to one menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau seorang bermuka dua yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Misalnya, memburukkan sahabatnya sendiri, memfitnah teman/sahabatnya sendiri, merebut hak teman/sahabatnya sendiri, mengambil kekasih teman/sahabatnya sendiri, mengakui hasil karya orang lain sebagai hasil karyanya, menjatuhkan reputasi teman/sahabatnya sendiri dan sebagainya.

2. One to many
Pengkhianatan one to many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan seseorang kepada sekelompok orang, lembaga, organisasi atau perkumpulan. Contohnya seorang pekerja yang memburukkan majikan tempat dia bekerja pada orang lain, seorang kakitangan yang memburuk-burukkan teman-teman kerjanya pada orang lain atau seorang anggota organisasi yang menyebarkan rahsia kepada pihak lain, seorang anggota organisasi yang mencaci-maki organisasinya dengan pihak lain, dan sebagainya.  

3. Many to one
Pengkhianatan many to onemenggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan oleh sekelompok orang, boleh jadi kumpulan pengurusan, organisasi atau perkumpulan terhadap seseorang. Misalnya sekumpulan orang-orang licik, dan iri yang ada di sebuah syarikat, yang mempunyai niat sama ingin
menyingkirkan pemimpin dari syarikat tersebut. Atau sebuah parti politik yang anggotanya ingin menyingkirkan ketua umumnya dengan menghalalkan pelbagai cara sehingga melanggar hukum asalkan tujuannya tercapai. 

4. Many to Many
Pengkhianatan Many to Many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau sikap bermuka dua yang dilakukan oleh sekelompok orang dengan  kelompok orang yang  lain. Misalnya antara kumpulan A dan kumpulan B. Di depan nampak baik-baik saja, tetapi di belakang kumpulan B mencaci-maki,  memburukkan, meremehkan, membodohkan, malah memfitnah kumpulan A. 

BALASANNYA NERAKA
Nabi s.a.w mengecam orang yang bermuka dua sebagai orang yang termasuk dalam orang terburuk di sisi Allah. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan daripada Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Abu Az-Zinad, daripada Al-A’raj, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya, termasuk orang yang paling buruk ialah orang bermuka dua yang mendatangi mereka dengan satu muka dan mendatangi yang lain dengan muka lain.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Sesungguhnya termasuk orang terburuk di sisi Allah pada Hari Kiamat, ialah orang yang bermuka dua.” (HR. At-Tirmidzi daripada Abu Hurairah) 

Maksud ‘orang yang bermuka dua’ dalam sabda Nabi di atas, iaitu orang yang menyembunyikan apa-apa yang ada dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeza daripada apa yang disimpan dalam hatinya. Orang yang bermuka dua ialah orang yang sangat berbahaya. Sebab, dia musuh dalam selimut yang sukar dikesan atau dibuktikan. Dalam sejarah Islam, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua ini ialah orang munafik yang mengaku beriman ketika mereka  bersama-sama dengan kaum Mukminin. 

Tetapi, ketika kembali kepada kelompoknya, mereka kembali kepada kekufurannya. Mereka ini lebih berbahaya daripada orang kafir yang jelas-jelas menampakkan kekafirannya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud, “Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman’. Dan jika mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok’.” (Al-Baqarah: 14)

Khusus untuk orang munafik yang hanya menampakkan keimanan pada lahiriah saja, sementara dalam hatinya mereka menyembunyikan kekufuran; Allah sangat  mencela sikap mereka dan mengancam mereka dengan seksaan-Nya yang pedih di dalam neraka. Allah berfirman; “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. 

Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya. “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyeksamu). Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah daripada neraka. 

Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An-Nisaa`: 142-145) Namun demikian, yang dimaksudkan dengan mempunyai dua muka dalam hadis ini bukanlah munafik dalam erti kata sesungguhnya. Melainkan seorang Muslim yang keadaannya seperti orang munafik, atau dia memiliki sifat seperti orang munafik. Keadaan orang munafik adalah dia senang melakukan perbuatan batil dan dusta. Dia senang membuat orang lain saling bermusuhan. Dalam konteks sekarang, orang seperti ini barangkali boleh disebut sebagai oportunis. 

Orang yang selalu mencari jalan selamat dan tidak mempunyai idealisme. Nabi s.a.w bukan hanya mengecam orang yang bermuka dua ini sebagai orang yang termasuk dalam jajaran orang-orang terburuk di sisi Allah, melainkan baginda juga mengancam mereka dengan neraka! Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi daripada Ammar bin Yasir)[5] Jika seseorang diancam akan diberi dua mulut dari api neraka, ertinya orang tersebut diancam akan dimasukkan ke dalam neraka! Wallahuaklam.

Thanks for reading.

Sunday, February 10, 2013

Kekesalan Blogger Malaysia | HASRUL HASSAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kekesalan memang tak dapat dielakkan, bila kita menaip dan terdapat segelintir pihak yang suka tidak puas hati dan suka menyibuk dan bak pepatah mat salleh BUSYBODY dengan blog orang sebabnya dorang sebenar CEMBURU bila tengok orang, saya ni pun masih dalam proses belajar berblog, kenapa saya? kalau anda berani pergi lah push blogger famous, baru tahu rasa, saya ALHAMDULILLAH kekuatan saya kembali lepas baca apa HH tulis.to HATERS dah baca blog orang tu hormat la jangan reti nak push je. and semalam saya juga tergolong dalam golongan orang yang kesal, tetapi setelah seorang rakan blogger saya menasihatkan jangan memadamkan blog and mengesyorkan blog HASRUL HASSAN sebagai panduan, agar tidak menyesal kemudian hari.


Alhamdulillah saya seperti mendapat kembali kekuatan untuk menulis. lepas ni saya kenalah abaikan apa orang nak kata, janji saya kena pertahankan blog yang saya ada. sesetengah orang ingat buat blog ni untuk main-main kan ? sebab dorang ingat menulis blog ni sebenar seumpama tempat nak melepas kemarahan kan ? tapi saya buat blog untuk berkongsi cerita apa yang saya alami okay ! dan saya jugak kenal pasti anonymous yang smash blog saya tu, seorang BUDAK yang masih belajar. semoga jika terkena kepada blogger lain, harap tabah la ya. mintak-mintak jauh biar cukup saya je yang kena.


Luahan Blogger Hasrul Hassan kepada sahabat blogger apabila perkara sebegini berlaku :

As-Salam. Kekesalan blogger Malaysia memang berlaku. Ia berlaku hampir sepanjang masa. Cuma mungkin anda dan HH sendiri tak berapa nak sedar, memandangkan kita tak berada di dalam keadaan serta persekitaran tersebut. Sepanjang HH berblog sejak 2008, sudah beberapa orang blogger yang merasa kesal menjadi blogger. Kesal lalu tutup blog.

Kekesalan tidak akan berlaku andai kita sesama blogger saling hormat menghormati dan saling bantu untuk menaikkan blog masing-masing. Tak rugi andai memberikan bakti ni. Cuma mungkin ada yang bernasib baik, blog mereka lebih terlebih dahulu dikenali ramai.

Kesal lalu tutup blog. Sedih. Itu hak masing-masing untuk membuat keputusan.

Memang perit dan sakit apabila terpaksa melalui saat di mana ada yang tak berapa nak menyokong minat anda dalam dunia penulisan blog ini. Namun, dalam setandan pisang tak semuanya akan busuk, dan tak semuanya akan jadi pisang yang boleh dimakan.

Kekesalan blogger Malaysia bukan berlaku tanpa sebab. Ada pemangkin yang membuatkan seseorang blogger itu tetiba merasa kesal tentang apa diceritakan menerusi blog mereka. Bagi yang tak kuat, maka jadilah blog bersawang dan usang - akhirnya semangat tiada dan tutup blog.

Buat rakan blogger semua, jangan sesal akan apa yang telah anda berikan dalam dunia blog. Mungkin ada segelintir yang tak mahu mengerti, mungkin ada sebahagian yang tak pandai nak menghargai, mungkin mereka cemburu dengan apa yang anda capai. Apapun duri yang menusuk, jadikan ia sebagai satu benda positif untuk anda terus memberikan yang terbaik untuk blog anda.


Sumber Asal: Kekesalan Blogger Malaysia | Panduan Blogger http://www.hasrulhassan.com/2013/02/kekesalan-blogger-malaysia.html#ixzz2KRqgGzuJ
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Thanks for reading =)

Saturday, February 9, 2013

Patut kah Blog ini didelete ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mendapat khabar angin yang tidak baik. ada yang tidak sukakan bila saya menulis tentang peribadi di sini. adakah ini salah ? bukankah blog ini blog peribadi saya. 

kepada senior-senior blogger tolong please ? saya sedih sangat. bila mak kata, padam je lah blog awak kalau orang tak suka. 

kebelakangan ni, tak tahu lah pulak saya ada yang tidak selesa dengan setiap aktiviti yang saya post di blog ini. sampaikan sehingga main kutuk mengutuk di belakang. memang tiada tempat untuk meluah dah. sedih sangat. 

TOLONG SAYA YA. APA YANG PATUT SAYA BUAT ? serius buntu. walau tangan sakit pun, saya gagahi juga untuk menaip. apakah menaip ini salah ? tolong.

Friday, February 8, 2013

Akan kembali

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak menaip pun susah main tangan kanan, macam keras gitu. mula-mula dah nak okay tadi bila ke pasar mini, ada orang terlanggar saya terjelopak jatuh. balik rumah kena paakai kain anduh balik. doakan saya cepat sembuh. menaip pakai tangan kiri. sebijik demi sebijik.

gambar pakai cam komputer jadi kualiti macam haprak je. hahaha doakan saya cepat sembuh supaya dapat cepat menaip kembali.

Wednesday, February 6, 2013

Salam dari New York

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello guys. I am so sorry , because i has take a long time to update this blog again. Dear readers semua ,maaf la sebab lama jugak la saya tak menaip and kepada sahabat blogger maaf sebab singgah-singgah di rumah kalian pun pakai singgah tanpa notis, kesihatan saya tak berapa nak okay sangat. Tangan kanan cannot working properly, maybe sebabkan effect pada kemalangan saya yang lepas setelah pulang dari rumah guru tahun lepas, at night and on that time it's raining day and tak tahu macam mana boleh tiba-tiba lengan rasa sakit. so terima jelah dugaan tu, tapi sedih sebab nak angkat tangan tak boleh sebab bawah pangkal lengan bengkak nak menaip pun susah jadi i layan dvd korea je since i sakit haha. Bonda mazlah dah kasi ubat semua, and alhamdulillah so far so good i'm okay now sampaikan boleh menaip dekat sini lagi. Panjang nya mukadimah pembuka bicara . heehe =)

Haaa. back to the title, 2 hari lepas saya ada la dapat email dari guru ETA saya, yang tahun lepas. Miss Christina Chavez yang sekarang sedang berada di New York bekerja and berasal dari Florida. Okay la, kadang-kadang tu nak tunggu dia reply email lama jugak, and saya sendiri pun lama jugak nak boleh ke reply email dia. sebab tak terperasan yang email ada masuk, lagipun i bukan 24 hour duk bukak email tu. heehe tapi bersyukur sebab dia still tak lupakan saya serta keluarga disini. And kitorang ada la janji nak skype skype bagai tu, rindu especially my mom la. teringat jugak dia dekat Mek Salleh tu. 

Okay ni lah sedikit kata-kata dia untuk saya

Mizi,

I'm sorry it has taken me so long to get back to you like I promised.
I have been very busy because I moved to New York City and I am
looking for a new job. I'm sorry that you were sad today. I miss you
and all my students at smk nasiruddin shah very much. I am happy to
hear that the new eta is at school now. I know more students will
improve their English because of her and that makes me happy.

I miss Zaidah too, I sent her a postcard. Do you know if she got it?

Also, what is your address? I would like to send you something.

I've sent you some pictures of snow. It snows a lot in New York, and I
think it is very pretty. I hope everything in your life is well. Tell
your mother and wahida that I miss them. If you want to skype, just
tell me what time and give me your skype name and we can try.

Sincerely,

Christina :)



Alhamdulillah la. walaupun kami berjauhan dia tetap berhubung dengan saya. lepas tu teringat pulak cerita kak amira saya , dia dengan eta dia kembali bertemu setelah 5 tahun if tak silap eta time dia di tingkatan satu. and i think maybe after five years miss nina will come back. maybe ? hehehee mungkin bersama her boyfriend ADAM. boleh kata masa dekat malaysia. i dengan adik i PA dia la, macam-macam jugak dia storykan and always keep in touch with my family. alhamdulillah thanks to our prime minister =)

thanks for reading =)

Sunday, February 3, 2013

The Video that inspired a million lives

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba-tiba air mata saya keluar tengok video ni. jom korang semua tonton. lepas tu komen =(
DAD : I LOVE YOU =(
YOUR SON : CARL LESMANA