Sunday, February 10, 2013

Kekesalan Blogger Malaysia | HASRUL HASSAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kekesalan memang tak dapat dielakkan, bila kita menaip dan terdapat segelintir pihak yang suka tidak puas hati dan suka menyibuk dan bak pepatah mat salleh BUSYBODY dengan blog orang sebabnya dorang sebenar CEMBURU bila tengok orang, saya ni pun masih dalam proses belajar berblog, kenapa saya? kalau anda berani pergi lah push blogger famous, baru tahu rasa, saya ALHAMDULILLAH kekuatan saya kembali lepas baca apa HH tulis.to HATERS dah baca blog orang tu hormat la jangan reti nak push je. and semalam saya juga tergolong dalam golongan orang yang kesal, tetapi setelah seorang rakan blogger saya menasihatkan jangan memadamkan blog and mengesyorkan blog HASRUL HASSAN sebagai panduan, agar tidak menyesal kemudian hari.


Alhamdulillah saya seperti mendapat kembali kekuatan untuk menulis. lepas ni saya kenalah abaikan apa orang nak kata, janji saya kena pertahankan blog yang saya ada. sesetengah orang ingat buat blog ni untuk main-main kan ? sebab dorang ingat menulis blog ni sebenar seumpama tempat nak melepas kemarahan kan ? tapi saya buat blog untuk berkongsi cerita apa yang saya alami okay ! dan saya jugak kenal pasti anonymous yang smash blog saya tu, seorang BUDAK yang masih belajar. semoga jika terkena kepada blogger lain, harap tabah la ya. mintak-mintak jauh biar cukup saya je yang kena.


Luahan Blogger Hasrul Hassan kepada sahabat blogger apabila perkara sebegini berlaku :

As-Salam. Kekesalan blogger Malaysia memang berlaku. Ia berlaku hampir sepanjang masa. Cuma mungkin anda dan HH sendiri tak berapa nak sedar, memandangkan kita tak berada di dalam keadaan serta persekitaran tersebut. Sepanjang HH berblog sejak 2008, sudah beberapa orang blogger yang merasa kesal menjadi blogger. Kesal lalu tutup blog.

Kekesalan tidak akan berlaku andai kita sesama blogger saling hormat menghormati dan saling bantu untuk menaikkan blog masing-masing. Tak rugi andai memberikan bakti ni. Cuma mungkin ada yang bernasib baik, blog mereka lebih terlebih dahulu dikenali ramai.

Kesal lalu tutup blog. Sedih. Itu hak masing-masing untuk membuat keputusan.

Memang perit dan sakit apabila terpaksa melalui saat di mana ada yang tak berapa nak menyokong minat anda dalam dunia penulisan blog ini. Namun, dalam setandan pisang tak semuanya akan busuk, dan tak semuanya akan jadi pisang yang boleh dimakan.

Kekesalan blogger Malaysia bukan berlaku tanpa sebab. Ada pemangkin yang membuatkan seseorang blogger itu tetiba merasa kesal tentang apa diceritakan menerusi blog mereka. Bagi yang tak kuat, maka jadilah blog bersawang dan usang - akhirnya semangat tiada dan tutup blog.

Buat rakan blogger semua, jangan sesal akan apa yang telah anda berikan dalam dunia blog. Mungkin ada segelintir yang tak mahu mengerti, mungkin ada sebahagian yang tak pandai nak menghargai, mungkin mereka cemburu dengan apa yang anda capai. Apapun duri yang menusuk, jadikan ia sebagai satu benda positif untuk anda terus memberikan yang terbaik untuk blog anda.


Sumber Asal: Kekesalan Blogger Malaysia | Panduan Blogger http://www.hasrulhassan.com/2013/02/kekesalan-blogger-malaysia.html#ixzz2KRqgGzuJ
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Thanks for reading =)

7 comments:

Cik Que said...

mcm tu la carl..tak yah ambik pusing sngt apa yg anon tu ckp. dia takmo tengok carl berjaya, sb tu dia bt mcm tu.

Arya Addin said...

Setuju :)

Nurul Faiz said...

teruskan usaha untuk berblog :)

Carl Lesmana said...

terima kasih ya semua atas sokongan dan dokongan =)

Nour Adieb said...

tabah jak la

whitecappuccino said...

sapa yg memandai dengki pelik tu?

hasrul hassan said...

As-Salam. Jangan sesekali menyerah kalah pada perkara remeh. Jadikan ia sebagai alat bantu untuk menjadi blogger yang lebih berjaya.

www.hasrulhassan.com

Terima kasih kerana perkongsian ini.