Saturday, February 9, 2013

Patut kah Blog ini didelete ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mendapat khabar angin yang tidak baik. ada yang tidak sukakan bila saya menulis tentang peribadi di sini. adakah ini salah ? bukankah blog ini blog peribadi saya. 

kepada senior-senior blogger tolong please ? saya sedih sangat. bila mak kata, padam je lah blog awak kalau orang tak suka. 

kebelakangan ni, tak tahu lah pulak saya ada yang tidak selesa dengan setiap aktiviti yang saya post di blog ini. sampaikan sehingga main kutuk mengutuk di belakang. memang tiada tempat untuk meluah dah. sedih sangat. 

TOLONG SAYA YA. APA YANG PATUT SAYA BUAT ? serius buntu. walau tangan sakit pun, saya gagahi juga untuk menaip. apakah menaip ini salah ? tolong.

9 comments:

heirizalieyana said...

sejak bila berblogging ? klw dh lma. . rasanya xpayah lha delete, , yana pown selalu jgk update tntg diri yana,,add same tyme, , selalu jgk post isu semasa, , ,

Carl Lesmana said...

@heirizalieyana dah masuk 3 tahun. sedih jugak. ada orang tak suka la pulak .

Cik Zara said...

tak perlu delete..teruskan berblogging..

SyahRidzeah said...

xyah delete.. sy dlu pun ada pngalaman mcm tu.. sy pn dah pnah delete entry sy yg dah bratus2 sy buat smata2 nak snangkan hti org lain.. tpi ttap sma jgk. xda yg brubah.. xyah.. abaikan jak apa ngan org lain ckp.. slagi kita rsa kita xsalah, abaikan je.. org jnis cmtu xyah layan.. :)

Amie said...

Alahai... sedih pulak baca. Biarlah orang tak suka, sebab tak semua yang kita buat orang akan suka... dan tak semua yang orang buat kita pun akan suka.

Carl Lesmana said...

terima kasih semua atas pandangan.inshaallah blog ini tidak akan didilete.carl akan mempertahankan blog carl. =( di saaat ini hanya air mata menemani carl.

Budak Kampung said...

jgn delete..ce baca blogger hasrul hassan buat en3 pasal kekesalan blog..amik positif

Cik Que said...

pendapat saya baik abaikan org2 mcm tu. org mcm tu mgkin dia rasa yg carl ni lebih baik dari dia, sb tu dia mcm tu..jgn delete blog carl ni. Tak payah beralah ngan org mcm tu.

Carl Lesmana said...

@Cik Que terima kasih sangat2. kini carl kena mempertahankan blog carl. =)