Saturday, March 9, 2013

Imbas Kembali - Filem & Artis kegemaran .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tetiba teringat zaman kecik-kecik dulu . zaman saya kecik dalam tahun 2000 ke 2001 dan sehingga kini tahun 2013 , saya ni peminat tegar semua filem yang dihasilkan oleh Datuk Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan. 



Saya sejak kecil fanatik RTM , ingat lagi zaman-zaman dulu pantang kalau ada filem hasil karya RTM , memang tak lekang depan TV , sebabkan zaman dulu rumah saya ni tv pun ala-ala tv lama , kadang-kadang nak tengok dengan jelas rela pergi tengok dekat rumah jiran sebelah , macam panggung sudah . Best sangat-sangat kalau ingat balik zaman kecik , artis yang paling saya minat time kecik ERRA FAZIRA serta ZIANA ZAIN , memang besssssssh sangat-sangat . 


zaman tu filem maria-mariana bukan maria elena akak peliks tu =) . Ohsem sangat . memang best . cerita pasal adik beradik, ziana jadi budak degil =) ekekeke ziana zain baca bahaya ni , haha carl kata ziana zain degil . tu dalam movie la , sehingga kini saya minat Ziana dan Erra , tak taw kenapa . maybe sebab zaman aritu zaman layan siaran RTM je yang saya tahu , astro-astro ni mana ada . =) 


Lepas tu dengan babak-babak dalam filem tu yang mencuit hati . Oh emm Gee . Cuit hati tu penting. tapi memang best ingat zaman dulu , dengan filem SEMBILU , PASRAH , GERAK KHAS dll . . ha ! kalau bab gerak khas memang tak pernah nak miss asyik tengok je , dulu kan kite kecik mana nak kenal dunia jalan-jalan semua ni, asyik hadap TV je. tapi best kalau zaman dulu boleh diulang kembali , tengok sekarang ni , makin ramai artis-artis lahir bak cendawan tumbuh , tak tahu dah nak minat siapa . hehehe sebab banyak sangat pilihan di TV , tapi ziana zain kekal dihati . Mahu kembang lobannng hidung kak ziana baca ni =) kalau cakap pasal gerak khas , 


Teringat pulak dekat SARJAN MISAI atau A.GALAK . budak-budak dunia sekarang kalau cakap A. GALAK bukannya dia nak kenal mesti cakap mesti pakcik galak kan sebab tu mak dia taruk nama galak, hancus . ahaha . kalau sebut sarjan misai mesti orang kenal dia dengan watak yang serius , kira macam orang lama dan berpengalaman la . Saya juga minat Noorman Hakim , ABBY ABADI , semua tu . best pulak kalau imbas kembali zaman dulu-dulu. dorang-dorang semua ni saya kenal sejak kecil lagi taw , sebab selalu tengok dalam TV ngeh3 =)









p/s: saja je imbas kembali zaman silam , best sangat andai waktu bisa diundur kembali , ini kisah dizaman kecik-kecik saya,  kawan-kawan pula bagaimana? cerita la sikit , nak tahu jugak =)

Thank you for reading.

2 comments:

Hoshi Akemi said...

dulu mmg layan cita gerak khas.mmg x lekang la kt tv time cita tu ditayangkan.skarang dh kurang tgk tv..gipun,pelakon gerak khas dh byk yg tukar so kurang syiok skit.hehehe :))

Carl Lesmana said...

@Hoshi Akemihaha betul tu . gerak khas sekarang byk artis baru . memang tak berapa nak best, aura dulu-dulu dah hilang =) hihi