Friday, March 22, 2013

Kegagalan adalah Jalan Kejayaan | trust me!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I’ll try wake up although it was really hard and hurt. Last night I talk to my dedy momy, and mak that I want be myself, kegagalan doesn’t mean I kena mengalah, that was the way to be a success person. Result spm semalam pada mulanya membuatkan saya menjadi lemah, but ALHAMDULILAH tiada yang failed banyak tercatat cemerlang, kepujian tertinggi and kepujian tinggi, saya tak kisah mana pun sebab the year I need to faced an exam, I masuk wad lepastu dalam gap nak tunggu next paper I stay in wad, for a few days. Sebabtu bila saya nyatakan saya kecewa, parent tak sudah-sudah kata. Sabar sebab ni semua ujian ALLAH, lagipun masa nak exam banyak sangat perkara yang membuatkan fikiran saya melayang,

1st : kena masuk hospital,
2nd : kena effect gatal seluruh badan sempena main air tasik(paksaan) dekat agro resort tempoh hari.
3 : had a problem with zombie family .
4 : macam-macam lah. But sickness la paling teruk, tiap kali nak exam makan ubat, makan ubat, till kadang-kadang tidur.


And I tak berapa nak marah sangat sebab, masa gap nak kena next exam I langsung ta sempat sentuh buku, sebab spend time to hospital, memang trial I got a lot of A , but the real beberapa ketul. So memang fedup, but ini kerja allah kita tak boleh lawan takdir, rezeki masing-masing. Kan ?so after this i dah tahu mana nak pergi, mana nak sambung. inshallah in future, i'll try my best kot ?


Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di muka bumi ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan tersungkur seumur hidup.

Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan merupakan kegagalan yang biasa kita dengar sepanjang hari ini. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. Malahan gagal juga menyebabkan seseorang itu sangat takut terhadap dirinya sendiri. Seolah-olah menyesatkan diri dalam kegelapan kegagalan tersebut.

Persoalannya Mengapakah Fikiran Kita Sering Memikirkan Kegagalan Itu Suatu Yang Buruk?

Pada hari ini, sifat takut dengan kegagalan telah mengakibatkan pemikiran generasi kita semakin sempit! Sebab takutkan kegagalan, mereka tidak sanggup mencuba sesuatu atau cabaran yang baru. Inilah sikap yang menjahanamkan pemikiran kita. Ia bagai virus yang berbahaya kepada kita!

Mana tidaknya, setiap hari kita dimomokkan dengan berita-berita kes bunuh diri kerana putus cinta, kes muflis, kes jadi gila dan yang lebih tepat lagi, hampir setiap hari media memaparkan kesan buruk bila mengalami kegagalan. Jadi minda kita dikuasai ketakutan menghadapi kegagalan!

Tahukah anda penyebab sebenar kegagalan berpunca dari anda?

Ya, hakikat yang sebenarnya setiap kegagalan yang anda alami tersebutberpunca dari anda sendiri dan bukannya orang lain! Ini kerana hanya anda yang mampu mengawal minda anda untuk jauh daripada kegagalan!

Andalah Penentu Masa Depan Anda!
Andalah Yang Mampu Mengubah Nasib Anda!
Andalah Yang Mampu Membangunkan Diri Anda!
Malahan..

Hanya Andalah Yang Mampu Menukarkan Kegagalan Tersebut Kepada
Kejayaan Dimasa Depan Malahan Mampu Mengelakkan Kegagalan
Tersebut!
Mengapa harus menyalahkan orang lain sedangkan semua kegagalan bermula dari anda sendiri?

Sudah menjadi tabiat manusia, bila sesuatu yang buruk seperti kegagalan berlaku pada diri mereka, mereka akan menyalahkan takdir. Malahan yang lebih teruk mereka sanggup memarahi insan sekeliling yang rapat dengan alasan insan-insan inilah penyebab kegagalan mereka.

Sedarlah anda bahawa mereka tidak salah langsung dan adakalanya jika mereka memberikan pandangan, ia hanya sebagai pandangan dan yang bertindak ialahANDA! Andalah Penyebab Kegagalan Tersebut!

Sedarkah anda bahawa tanpa kegagalan hari ini, TIDAK MUNGKIN
sebuah kejayaan itu akan tercipta?

Anda perlu ketahui bahawa kegagalan itu bukanlah pahit seperti yang anda fikirkan malahan ia tidak seteruk apa yang anda gambarkannya. Sebenarnya kegagalan adalah normal dalam seharian manusia kerana kegagalan merupakan proses pembelajaran kita.

Jika kita gagal hari ini, ia bermaksud kita belajar sesuatu pada hari ini dan bukannya kita hilang segalanya hari ini. Malahan jika satu hari nanti anda telah berjaya, anda akan berterima kasih kepada kegagalan tersebut kerana mengajar anda satu pelajaran ke arah kejayaan.

Buktinya:

  • Thomas Edison telah membuat 9999 kali percubaan sebelum berjaya mencipta mentol pada percubaan yang ke 10000. Ini bermakna 999 kali Thomas Edison gagal tetapi masih tidak putus asa untuk berjaya!


Jadi, Bangkitlah Segera dari
Mimpi Yang Ngeri Anda!


thank you !

2 comments:

Nory Zoulkefle said...

sekali kita gagal tak bererti gagal selamanya kan...
tapi kegagalan tu lah semangat untuk kita buat yg lebih baik..

Aeda Zainal said...

i agree with your mom. Kegagalan bukan bererti kita akan gagal buat selama-lamanya tapi ianya adalah titik permulaan untuk kita berjaya. Semua orang yang berjaya bermula daripada kegagalan ingatlah tiada apa yang mudah melainkan kita berusaha! ^^