Tuesday, April 30, 2013

Adakah ini punca aku demam ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya akan membahasakan diri sebagai 'aku' dalam entri ini. Sebab kalau guna 'saya' untuk bercakap tentang diri sendiri ni, macam skema ah. Macam tak feel. Macamkau diam sekarang budak nerd. Baiklah.

Okay , 2 hari aku demam since yesterday . yes aritu dah demam ni demam lagi, tapi aku rasa aku tahu punca dia , there are a few reason why i keep always involved in fever situation , hari ni pagi tadi lenguh-lenguh bahu kiri, aku tak tahu kenapa, so pagi tadi bila mak kejut bangun solat subuh siap suruh mandi bagai (atas paksaan) , sebelum aku masuk bath room tu, aku mintak mak tolong urutkan bahu , then aku rasa mak urut ke tak urut ke feeling sakit dia tetap sama , rasa macam lengan tu macam tak function langsung, mula-mula tu demam biasa saja , RUPANYA demam luar biasa .

Then, mak plan petang ni nak bawak pergi rumah tukang urut (ekceli aku geli bila orang urut aku) 
terus pujuk mak batalkan niat nak berurut tu, aku rela sakit dari diurut , geli geliman satu badan nanti. okay tak lawak. sebab aku some people boleh, some people tak boleh .


There are the reason why i get involved in fever situation this time atau kata nama lain, faktor aku demam lol xD.

First 
You know, since the KPM dah start bukak offer belajar situ sini, sana . aku dah dapat banyak offers la ,macam-macam insititusi ,and kptm aku dapat sebenarnya, tapi bila orang tanya aku cakap tak tahu, unikl pun aku dapat tapi aku dengan unikl bagai main tarik tali, nak tak nak, sebab aku tak pernah nawaitu nak masuk belajar situ , and apa yang aku tunggu sekarang. keputusan UPU, since the uitm aritu ada lagi yang dia tak bukak offers ,so kena tunggu mei ni lah jawabnya , so next week aku dah buat keputusan nak masuk Form6 , aku harap sangat aku dapat sambung dekat Tengku Mahmud, macam kakak aku dulu, and sekarang merupakan cikgu sejarah , sebab bff aku pun banyak dapat Tengku Mahmud, tapi malangnya aku kekal dapat di SMK Nasiruddin Shah, urmmm okay tak kisah mungkin takdir ALLAH , terima seadanya . 


Actually aritu adalah papa syorkan, and siap dah hampir-hampir nak isi borang MMU/ multimedia university, so on that time aku okay jelah, and aku akan dihantar ke melaka, oh tidakkkkkkk! sekali dua fikir memang okay, masuk 3 pat kali fikir, aku bincang dengan mak, mak cakap tak payah ! sebab takut menyusahkan papa kelak, sebab aku sendiri pun memang unconfident dengan apa yang bakal aku tempuhi di mmu kelak, course memang killer, law! sekian , then bila fikir-fikir aku terus tolak, and terus cakap papa and mama nak masuk form 6, lepas dapat guide dari kaunselor fb(untuk lepasan spm). so aku fikir, form6 pun apa kurangnya , kan ? dengan study style yang baru, ala-ala di u, sebab dia sekarang form 6 ada sem, so tak susah mana lah kot kekdahnya, sementara tunggu UPU, mahu naya aku tunggu tunggu upu last-last tak dapat , so i prefer to attend form 6, next week. lepas mengundi 8 hb mei daftar form 6, arghhhh kena pakai baju putih seluar hitam :P ni lah masalah utama yang buat aku demam kali ni, sawan kekdahnya main duk fikir nak sambung belajar mana.


Second -
maybe demam rindu, itu kata mak aku lah, on sunday aku bukan kemain ikut abang farhan aku jalan-jalan sementara dia ada dekat besut , kenkonon belajar kereta , aku lama gila tak sentuh auto, dia ajar aku bawak kereta lah, kekdahnya , aku limanam kali jugak kena marah sebab dia cakap aku nak berlumba, okay aku tak faham semua orang akan marah bila aku pandu laju ekeke, (cikgu memandu pun komen aku pandu laju jugak haritu), and we had our one day together , main gedempuk gedampar,cis ayat . and malam tu dia terus blah balik kl lagi, aku nangis sendiri , okekeke manja. sebab minggu depan aku dah jadi pelajar sekolah, so maybe after this aku dah takda masa nak suka ria bagai nih, :)


Third -
maybe sebab kena tinggal kot aku demam ni, yesterday seharian suntuk mak tinggal aku, 1st dia pagi tu dia sibuk dengan MARA PROGRAMME, adik aku hape entah, dekat MRSM kota putera, since adik aku and 11 others member dah jadi anak angkat mara, so after this kalau dorang belajar rajin-rajin dapat offers belajar di JEPUN, okay sikit pun aku tak jeles sebab bukan korea, so tahniah buat adik sebab kau bertuah jadi pelajar pandai, and siap semalam bawak balik cek RM100 lagi, and ari ni aku lupa nak tebus dekat pejabat pos, sorry ! and petang tu mak tinggal aku lagi keseorangan di rumah , mak pergi rumah tok ngah , balik lewat okay, kesian , and pagi ni mak sibuk dengan majlis apa entah dekat masjid dekat rumah , solat hajat . so tadi aku terkapai-kapai kesunyian , di lamun ombak kerinduan, ekeke. maybe nih kes aku demam kot ? 

Thank for keep calm reading my nonsense story :)

Monday, April 29, 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Sunday, April 28, 2013

Bersyukur Dengan Kekurangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya kali ni, hati terdetik "adakah aku bersyukur dengan kekurangan yang aku ada ? " subhanallah , sedang baca tajuk-tajuk terjumpa artikel dari laman iluvislam.com . Terus tergerak hati dan tangan nak share dekat sini . Alhamdulillah sama-sama kita insafi diri .

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)


Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!
Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.


Sedarkah kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow."
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.


Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.


Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.


Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.


Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?


Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al Anfaal, 46)

Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Sekian. 

Friday, April 26, 2013

Mengidam !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua , sila terkejut lagi nak pengsan bila anda dan anda semua baca title saya malam ni , " mengidam " hoi, adakah saya bakal tet tet tet ? tak pun, haha ayat mengalahkan orang sarat mengandung, bhahaha =) cettt , haha . mengidam ? tahu tak mengidam nak makan apa ? Saya lekat perut nak makan "MAGGI CAWAN" *ayat mengalahkan makcik-makcik yang sarat mengandung limanambulan* . So apa lagi, tadi kebetulan bila bonda mintak tolong ke pasar mini yang dekat jalan besar area rumah , saya pun tarik lah secawan maggi , perisa tom yam! wow kelas gitu ,


Then balik rumah , bukan kemain paksa adik onkan pemanas air , sedangkan puterA gunung ledang ni yang nak makan ,haha. so bila dah siap bagai tu, puterA gunung ledang ni kemain makan maggi, padahal bukan kegemaran pun, mesti korang cakap saya ni 
"eh macam tak pernah jumpa maggi pulak si carllesmana ni kan ?"
actually MAGGI banyak sangat kenangan , 


Especially zaman sekolah la, bila terpaksa masuk Asrama semata-mata menghadirkan diri untuk kem-kem , so i will bring 3 of bags, (beg besar) and salah satunya beg sandang/ galas( yang orang bawak letak baju tu), dalam beg galas tu, saya setkan untuk makanan ringan salah satu menunya maggi cawan, satu beg besar mana sangat kan , bila masuk hostel lepastu kena kongsi-kongsi dengan kawan, malam pertama lepas tamat kelas or kem,sorang tukang panaskan heater then kami kumpul ramai-ramai buat bulatan makan maggi sama-sama, best ! so bila bekalan dah habis, on the spot keesokannya bonda akan hantar, sebab bonda tahu anak dia ni tak boleh duduk asrama, malam pertama bila masuk asrama mesti akan ada ,perangai tak boleh tidur, sampai lah ke pagi. begitulah rutin saya bila TERpaksa masuk asrama.


By the way , MAGGI CAWAN banyak betuol memori memori tersendiri, serius! siapa suka makan maggi cawan ? saya tak lah suka sangat, tapi bila makan ramai-ramai berselera ! so bila tahu akan ada kem , saya akan bawak maggi bukan sebab saya hantu maggi tapi semata-mata , sebab dah tahu makan maggi dengan kawan-kawan memang sedap! serius.


Sehari bila belum pergi kem (kebiasaannya) :
masuk market , tarik troli beli maggi cawan dan biskut , banyak-banyak . sebab bila kat asrama kita tak boleh la nak makan sorang, sharing is caring . kan ? mak ajar macam tu taw =) begitu jugak saya, bila tak tahan dengan masakan kantin asrama or tempat mana-mana kem, saya akan menangis call mak cakap makanan tak sedap, so bila menangis mak akan hantar , yahoo. lepastu boleh makan dengan kawan-kawan, ramai-ramai =) best sangat .

 kemain eksited.



 tengah mendidih lagi, tapi gagahkan diri makan=)



done ! i miss the maggi moment, it remind me about friendship!

Thanks for keep calm reading my blog.

13 AURAT WANITA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam jumaat semua, sedang carl membaca terjumpa artikel tentang ni, apa salahnya berkongsi kan ?


1. Bulu kening (Alis)

– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –(Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 

Keterangan : Menampakkan kaki dan mengayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah)

3. Wangi-wangian

– Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul itu kata orang sekarang hidung belang –(Petikan dari Hadits Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada

– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bagian depan dada-dada mereka –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi

– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir (pangur) gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher

– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu –

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayang Anggota Tubuh

– Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali telapak tangan dan wajah saja –(Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan

– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –(Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Memandang

– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya –(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. 

Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)

– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik –(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan

– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

– Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Surga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya–(Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar)

– Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –(Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian

– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menyolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti –(Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah)

(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. 

Keterangan : Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab dan longgar, yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Dan karena itu mereka tidak diganggu. Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang)

– Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak akan mencium baunya –(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu)

13. Rambut

– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pandangan/dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya –(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)


Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday | study time

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Let bygone be bygone , kini bila dah nak masuk belajar rasa macam " eh dah besar aku, aku dah nak masuk 18 dah " . tak lama lagi nak kerja dah, leapstu eh nak kahwin dah . omg ayat . hihi . ok i just kidding .

Bulan 5  register belajar , and belajar 2 bulan, bulan julai nanti ada exam , time tu exam semester 1 kot tak silap madam siti noorizan ismail cakap , so i need fokus to my coming study .

#kepada kawan yang batch sama seperti saya 95 , jom kejar cita-cita kita :)


# have a happy dah all =)

Monday, April 22, 2013

Sampai bila nak kena ujian ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dua tiga hari ni kesihatan saya tidak berapa nak baik, tiba-tiba saja rasa lelah tanpa tahu puncanya . Kadang-kadang tu terkejut dari tidur pun rasa macam lelah sampai nak kena masuk wad, kalau ikutkan abah ni memang kena masuk wad, tapi saya dah boring dengan dunia hospital .

Dan hari ni, terkejut dek tadi masa tengah tidur dalam area 10 am, dapat satu panggilan. Oleh kerana dek terkejut dengan deringan telefon , dup dap dup dap tidak berhenti, nak bernafas pun tak tenang .

#YA ALLAH jauhilah hambamu ini dari simpton-simpton yang tidak diingini .
Bila sakit jer. ingat pulak apa ayah angkat saya / ayah sya Wan Ramizu Azhan pernah kata dulu , time tu beberapa hari sebelum nak amek test jpj , kebetulan time tu ayah sya saya baru keluar wad, dek serangan jantung, tapi tak lah teruk mana .

" kalau kita nak mati, tengah test JPJ pun boleh mati "

You know ? that scarry me. And bila sakit terus ingat mati . dalam hati kenapa lah time ni nak kena lelah bagai , sedangkan bukan ada pape yang serius pun, cuma terkejut dari tidur je kot, tapi sampai sekarang dubdap dubdap. nak bernafas pun tak lepas.

sekian.

Saturday, April 20, 2013

Ingin Menang iPad, iPad Mini Dan Hadiah Tunai ? jom sertai sekarang .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan kadar kerajinan di hati  nak buat entry pasal satu contest ni yang mana di bawah naungan pihak Weeclicks . This contest just only simple . so you guys lets join this contest. hadiah pun lumayan . siapa kan sanggup bagi kite ipad free ? so meh join semua , mana tau ada rezeki ke ? boleh menang . kan ? ingat ya semua , " tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia siapa yang tahu? " .


contestmalaylatestwithterms

For English Version, please click here: http://weeclicks.com.my/?p=1199

caranya amat mudah sekali , kalau carl boleh join anda semua pasti lagi boleh ! jika kau fikir kau boleh kau boleh melakukan . blablablabla. okay follow the rules dekat bawah ni ya =)


Hadiah seperti iPad with retina display, iPad Mini dan hadiah tunai menanti anda!
Amatlah mudah untuk menang. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah tersebut:
Langkah 1: Daftarkan diri di weeclicks.com.my. Klik butang “Sign Up” yang berada di atas. 
Langkah 2: Pergi layarilah fan page kami di facebook.com/weeclicks dan “Like” fan page kami. 
Langkah 3: Habiskan ayat ini: Saya suka berkongsi di Internet kerana…………(tulis apa yang anda suka, tidak had nombor perkataan. )
Langkah 4: Emelkan ayat kamu ke win(at)weeclicks.com.my
sekian !
xoxo : carl

BEN ASHAARI dan WEECLICKS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


BEN ASHAARI

Tengah berfacebook, terbaca satu post tentang segmen khas BEN ASHAARI. Terus tergerak hati nak join, saya dah join so guys let join this segmen too. =)
Nak join ? klik barner dekat atas ni.


the question ? KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Agar hobi berblog atau menulis tidak hanya sekadar menulis malahan mendapat manfaat . dan hasil yang diperolehi sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi semangat untuk menulis. sekian =)



sekian ! xoxo carl

Random Post !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Since started my holiday, after my last day spm. I keep always though about spending my holiday with eat eat and eat . And now i was kinda like a "bulat " patrick dalam citer spongebob, looks like balloon. and tonight i had ate "satay ! " totally daebak. Speechless ! eat by myself berpucuk-pucuk. then kira lidi . uwaaaaa daebak pong daebak la, totally kau memang sedap lah satay. tapi aku bila jumpa kau lupa diri . habis hilang nafsu diet aku .bhaaaaha.




sekian ! xoxo : abel.

Friday, April 19, 2013

LAST NIGHT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

last night was darkness fun 
last night of not caring 
last night of standing out 
last night of to cry 
last night of pain
last night of kill myself
last night of dying 
last night of death 
last night of love
last night of not be wanted
last night of lost
last night of wrting 
last night of listen 
last night of soul
last night of me
last night not here

xoxo :carl lesmana =D

Thursday, April 18, 2013

Bila SMARTPHONES bermasalah ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni merupakan hari yang stress amat . Dengan panas terik ditambah dengan smartphones saya atau BLACKBERRY bermasalah . Actually i have two blackberry phones , yang bermasalah kali ni the old one, bukan yang baru beli dekat KL 2 minggu lepas. Since i get my new smartphones a few weeks ago , so i give back the old one to my sis , so bila kakak try download application whatsapp and wechat, telefon tu mintak BB i/d . so hentam punya hentam tak menjadi jugak, sebab the old one bb ni , dulu masa register pakai suruh orang je, sebab tak tahu nak buat kan. Almaklumlah tahun lepas baru kenal menatang apa blekberi tuh c(= .


So tadi, bila kakak nak download tak dapat dia bukan kemain kalut , last-last saya panik jugak, sebab handphone tu banyak kenangan, kalau masuk bengkel/kedai memang toke hentam harga mahal semata-mata lupa password . So kakak biarkan kepakaran saya godek-godek handphone tu, nasib menjadi , bahagia kejap.

yang putih yang baru. yang kaler hitam ni la yang problem, so settled dah sekarang =)


bagi yang pelupa password blackberry macam kakak saya ni, korang boleh try cara kat bawah ni, saya tulis as RINGKAS as can okay .

Macam mana ?

1. jangan panik !

2. klik " sini " .

3. korang scroll bawah and akan terjumpa " reset your password " . macam gambar dekat bawah tu.



4 . then tekan submit . and follow the next rules.
p/s: sebab i dah reset kan tadi tak kan nak reset sekali lagi. so you should try .


5. then link reset password akan dihantar ke emel korang , lepastu korang klik pada link dia and it will be direct to bb reset password and just masukkan password baru and retype your new password.

 sekian terima kasih ! =)

Tuesday, April 16, 2013

Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua..  Semua ini bersempena blog ERAZ FADLI mencapai Pageview 1 Juta.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang (Selasa - 16 April 2013 hingga 2.30 Petang (Rabu - 17 April 2013) sahaja.. 24 Jam!



DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..

    Syarat : -
    1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
    2. Buat tajuk entri Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta..
    3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
    # Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..


    Monday, April 15, 2013

    FREEDOM in MISSING

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Maaf semua, jika terperasan saya sekarang suka update blog malam-malam , pertama kali saya menaip entri ni dalam keadaan gembira sebab baru lepas fetch up my sis dari kelas dan tetiba terjumpa mama baru habis kelas , subhanallah a long time i'm in silence mood , tanpa berjumpa and malam ni takdir ALLAH nak jumpa mama dekat sekolah, and tonight is the one of my happy night =) sebab rindu dekat mama. tahu dok kite kang rindu sangat nak masuk kelas bi balik, lepastu tengok mama ajar novel "the curse" and saya and the gang sleep well dalam kelas. haha . okay melalut . yeah i am missing my mama so much . all of her student also miss her.
    Ok sekian.

    And today i'm FREDDOM! yeah sebab after this i don't have to wake early morning and after prayer i can sleep as i want, sebab usually kena get ready awal-awal in the morning kena hantar adik dulu, yeah amek tugas mak sementara masih ada di rumah , kang bila dah balik nun jauh kesana mak la yang kena hantar amek adik , tiap masa dengan sekolah siang malam, hihi. lepastu kena get ready sebab at 8.am cikgu memandu akan hon sehabis deras depan rumah tokwan sehinggakan penghuni rumah toksu pun terkejut, huwaaa. yeah itu maknanya tiap-tiap hari kena attend kelas memandu , tahu dok kite kan mesti akan merindui sekolah memandu lepas ni, sebab kite ni friendly (gata ganti diri "kite" ), so dengan cikgu semua kita baik, siap hari-hari kite kena usik dengan cikgu . and seriously i'm sad walaupun nun jauh dilubuk hati nak teriak, tapi cover macho tak jadi nangis cuma sedih gitu je, and the most remember thing after this " cikgu kamal yang suka hon deras-deras depan rumah " mesti rindu semua.


    Tadi syukur ke hadrat ilahi saya selesai test dengan jayanya, walaupun hari ni penuh debaran sebab saya selalu kandas pada bahagian parking, sebab bumper selalu over the LINE. and tadi alhamdulillah semuanya berjalan lancar, test semua okay. and wait for next week dapat lah P and boleh la jalan atas jalan raya, tadi petang test drive dengan kereta PREVE abang, sebab lama dah tinggal auto since bulan Jan , masuk kelas langsung tak sentuh auto dah. btw belajar manual sangat awesome, actually la kan , saya harap saya gagal lagi, sebab saya ta sanggup nak tinggal institut memandu lagi, tak ready. uwaaaaa.


    So , lepasni banyaklah perkara yang akan dirindui oleh saya, kawan . guru . kereta . makcik kantin . dan tempat lepak diwaktu habis kelas.

    mesti lepas ni rasa aneh sebab dah takde orang hon depan rumah, and i terkepoh-kepoh berlari ke kereta. subhanallah i'll miss everythings.! inshaallah saya akan sentiasa jalan-jalan di institut memandu lagi. bila janji parent nak beli kereta for me tercapai, amin.


    I 'LL MISS EVERYTHING , MEMORIES IS MEMORIES and NEVER will changed.

    Sisterhood | JPJ test

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Amboi kemain part 2 . tak habis lagi nak sambung entri semalam, sini . hari ni ALHAMDULILLAH jpj test hari ni lulus dengan jayanya walaupun hati gundah gulana , tengok muka abang J tu dah macam muka pengawas peperiksaan time nak amek SPM dulu lah, garang! nasib lepas. Tunggu besok pulak untuk test kereta . Hari ni walaupun di Institut hujan bukan kemain lebatnya , ujian tetap ujian . Nasib masa turn saya hujan tidak lebat mana . so boleh maintain bersemangat lagi. Masa nak naik titi , bukan kemain berdoa mintak lulus . sebab tak nak kecewa lagi . rasa berbaloi la latihan selama ni .

    But , it was a sad day to me. sebab today is my last day meet akak Shahida Murni . sebab dia jpj test for car dia lulus bulan lepas, so it just only me lah waiting for jpj test besok, kalau lulus kira merdeka lah . FREEDOM . so boleh lah nak balik KL Lagi , tak bertapa dekat rumah abah bertapa dekat rumah mama. hahaha .


    Tadi feeling sedih gilawww gilaww kalau kopi gok kaw kaw . sebab lepas ni tak jumpa dah kak murni , harap dapat jumpa dia lagi lepasni , bila balik manir harap dapat jumpa dia, dia orang batu rakit, kalau nak jumpa dia jugak cari dia dekat UMT dia part time kat UMT sementara tunggu U . and today i meet a new sis / teman berbicara , kak ha. the sabahan citizen . tapi belajar di terengganu,  UMT under kaunseling . so bila i ada problem senang lah boleh cari dia dak gitu ? best sangat kenal kak ha, sebab she's berdikari a lot, anak gadis tanpa ibu bapa, cannggih ar kak ha sebab dia berani walaupun family dia jauh di sabah, esok weols me and kak ha lah yang akan di uji oleh abang JAY PIIIIIIII JAY . doakan kami.


    lepas ni, saya mesti akan rindukan kawan-kawan dekat sini, kak murni , kak zati, abang sam , sahibi, fendy, encik handsome(dok tahu nama. saya selalu panggil dia handsome sebab muka suwiiit), kak ha. and all of the geng, and nak tahu mak cik kantin pun feeling sedih saya nak tinggalkan institusi memandu ni taw, 4 bulan you bertapa dekat sini, siapa tak rasa bila berpisah kan ? so .

     Last pic , kak ha yang berkaca mata and my kak murni , will miss both of you after this.


     Litar yang banyak mengajarku dan memberi banyak kenalan padaku, tiap kali kandas time latihan di litar mesti kawan akan bantu. thanks friend, i'll miss you .


    KANTIN - i will miss this canteen after this. especially makcik yang baik(esok kalau ada masa nak snap gambar makcik tu)







    Doakan saya lulus JPJ test for car besok.
    Thanks for reading.


    Saturday, April 13, 2013

    Sisterhood | miracle

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Hari ni seperti keajaiban berlaku . sebab i meet my foster sis , Akak Shahida Murni Alias , actually kelas memandu , seperti memberi banyak kenalan baru kepada saya . Okay sebagai singkatan kak murni ni , dia masuk sekali and daftar sekali dengan saya kelas memandu , awal januari haritu . And beberapa minggu yang lepas kak murni dah amek jpj test , awal bulan 3 gitu if ta silap , kak murni dah kena test jpj . So masa tu yes i'm really sad . Sebab dah tahu mungkin lepas ni tak dapat jumpa dah kak murni . You know me right ? anak bonsgu yang paling manja dengan semua orang, not just my family but all people. saya kalau bab feeling-feeling mudah sangat nak keluar air mata bakkk layan ombak ghinnndu kekdahnya .


    Time tu, kira macam
    "erkk mesti kak murni lupakan aku bila dia balik terengganu , " sebab dah tahu waktu perpisahan itu bakal berlaku . wohoho.

    but today it was like a nightmare , masa ujian QTI tadi , lepas saya siap test dengan pegawai dia, tiba-tiba kak murni datang , it was like " haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ? aku mimpi ke ? " dengan muka reaksi yang sangat terkejut, sebab dia datang lewat , then dia habak lew yang dia aritu kandas dalam pemanduan motorsikal, and kereta dia lulus, memang la kan ? orang perempuan , si abang J pun takde respond langsung, hishhh orang kasi chance la sikit .


    So tadi so far so good , QTI saya pun okay , motorsikal beres , cuma kereta bila masuk parking , bengang gilerrr la sebab kereta tu nauzubillah tahap lewa dah kot, kira layak jadi besi buruk kot clutch dia, sebab nak tekan clutch dia bukan kemain susah, lepastu siap bergoyang lagi, dah la suasana dalam kereta tu tak berapa nak indah, so walaupun clutch dia tak berapa nak function saya try gunakan kuasa minyak untuk gerakkan kenderaan, so tadi masa nak undur tu, kereta tak gerak, so terus tekan minyak sikit, and it over ! pegawai tu suruh keluar dan tengok, rupanya kereta saya bumper dia melepasi garisan (cinonet jewwww kot) tapi pegawai tu saja nak kenakan saya, actually kebanyakkan guru kat sini suka buli saya taw, sebab saya boleh kira lama lah, 4 bulan hadap muka dorang, tambah dengan kepetahan berbicara saya buat dorang suka usik-usik saya . haiyaaaa. so time test 3 penjuru , saya tak buat la tadi.


    And sedih ilewww ileww lah kan, walaupun lulus tapi parking ada hal sikit, terus feeling oombak ghindduuu maya karin ada depan. wow =P. so tadi lepas tu terus call kak murni sebab nak mengadu pasal ni, dia tak angkat and saya terus gelabah, maybe kak murni already change her phone number kot, so duduk kejap sensorang sambil fikir tak jumpa cari kak murni nak story ,then tetiba kak murni datang. time tu dia tengah bawak motor la,kak murni mintak ditunjukkan step step dia, so saya lah kenkonon ajar kak murni step by step dalam tu, rasa bangga kejap sebab adik ajar kakak,
    for you info, saya selesa berurusan dengan kak murni, sebab dia persis macam kakak saya , baik tak suka marah-marah and boleh terima pendapat orang . get it ?


    And tomorrow will be our last meet at this institute . so balik rumah terus cerita dekat bonda pasal ni .
    saya : mak ajie jumpa kak murni yang orang teganu tu lah, macam mimpi, (terus buat muka senyum).
    mak : keajaiban la tu, awak pun dok tahu dia nak mari hari ni kan ? takdir nak jumpa dia lah tu, so awak amek tak nombor handphone kak murni, nanti bila balik manir awak boleh jumpa kak murni .
    saya : amek, siap dengan facebook lagi.
    mak : awak ni mak bangga lah sebab awak friendly. lepastu bla bla bla bla 

     so awak awak dan awak yang baca ni doakan kami lepas test besok okay.
    amin.

    this picture amek dekat fb kak murni, kak murni yang pakai tudung oren berbaju putih. =)

    Thanks for reading hokey :)

    Friday, April 12, 2013

    I'll miss them | institut memandu

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Salam jumaat semua .

    What month is now ? dah masuk april kan . Subhanallah cepatnya masa berlalu . Who i will miss ? Institut memandu . selama 4 bulan saya duk bertapa di Institusi memandu , macam kalau buah nangka tu dah masak/ lebu agaknya . hahaha. so on 14 ada jpj test for motorsikal and 15 jpj test for car . Omg .

    Rasa tak puas lagi dekat institut memandu , sebab kenal ramai ilewww orang dekat sana . yang annoying nak mampus, yang baik nak hidup , yang suki buli orang, yang suka kenakan orang semua ada . Hari tu dekat KL pun saya balik semata-mata nak hadap kelas memandu ni lah. Serius makin lama, makin best di kelas memandu , especially time belajar motor ramai-ramai, lepastu bila orang jatuh titi pakat gelak ramai-ramai, bukan gelak mengejek tapi gelak lucu .


    Kalau bab kereta pulak, i'm not sure . eh adakah saya akan bawak manual lepas ni ? hahaha. tiba-tiba rasa syokkk bak hangg bawak manual, biasanya reti sentuh auto je,terasa lebih konfiden bawak manual lepas belajar ni, sebab dapat agak klas semua, kalau auto just break and minyak. so that why if you want to know i bawak crv tu kadang-kadang tersengguk-sengguk .

    Siapa yang akan kurindui ? kereta produa kancil TAM 2054 . lepastu of course cikgu zaini , kalau bab people, semua orang dekat sini baik-baik and if you want to know i got a lot of a new friends that not sama age with me, pramugara . cikgu . pelajar ipt . I will miss you abang sam, cikgu kamal , kak zati, madihah , alisa , din ,and banyak lagi lah . ramai gilosss . and cikgu-cikgu muda yang suka bakoooor saya time tengah drive, btw korang semua tersangat lah awesome, ni baru dengan kelas memandu, kalau blogger event mesti best kan ?


    BTW thanks for UMMI &AYAH serta ABAH for support my driving license . because of Ummi saya dapat kenal apa erti persahabatan sejati, serius. masa dekat institut kereta saya mamfussss/mati kawan-kawan tolong saya. serius . life is about making a lot of friend . like mama and mok kata , " adik awak kalau pergi mana-mana kami tak runsing sebab awak jenis friendly . and kalau hitung lah kan since jan to april i got 20 above friend . wow =)


     pemandu berhemah . okbai sekian =)


     TAM 2054 i'll miss you ater this.



    how about this ?
    #maaf semua muka chubby ileww ileww. cuti kerja makan makan makan dan makan .

    Thanks for reading.

    Tuesday, April 9, 2013

    Bila dah lama tak menulis .

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Hai semua . lamanya saya tak berofficial dengan blog ni, mesti kalau ada yang perasan sedetik dua detik ni, saya jarang sangat nak update blog, kalau update pun mesti nak berjiwang Mat Salleh. dengan quotes and poem yang tak sudah-sudah . yes ! i love it. that why saya update jugak kasi isi ruang kosong di blog ini, dari tak terupdate langsung.

    Actually , i'm okay . and now i try working hard to get back my self confident in blog writing, bila dah lama tak menulis , tangan mula lain. Dulu idea bukan kemain mencurah-curah tapi sekarang nak menulis tu rajin, idea je tiada, kadang-kadang tu dah berjela-jela taip, lepastu tekan backspace and delete semua meroyan-meroyan, tapi tetap jugak tiap-tiap hari bukak blog. baca blog orang . lepastu jadi pembaca tanpa tinggal jejak.

    Insha allah dalam masa terdekat ni, blog ini akan kembali ceria macam dulu, sekarang busy sikit dengan IPT nya, dengan kelas memandunya, dengan tugasan itu dan ini, tapi blog tetap number 1.


    Next week on 14 april = jpj test . harap segalanya berjalan lancar dan saya boleh kembali tenangkan diri dan perasaan dan luangkan masa dengan blog macam dulu-dulu =)

    Okbai sekian . selamat pagi. 1.03 am. =)

    xoxo :carl

    Monday, April 8, 2013

    Sometimes life is hard...

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Sometimes we see things that aren’t meant to be seen.
    Sometimes things aren’t always as they seem.
    Sometimes we need someone to call our own,
    Especially when we’re alone.

    Sometimes people just can’t understand,
    Why things get out of hand.
    Sometimes life just isn’t fair,
    Especially when people just don’t care.
    And sometimes it's hard to say,
    Why things have to be this way.

    Sometimes it’s all you can do to get by,
    Especially when dreams continue to die.
    Sometimes it’s nice to sit in the rain.
    Even to just relieve the pain.

    And when we’ve had a really bad day,
    Sometimes we just need to get away,
    We never know what’s wrong with out pain.
    Sometimes the hardest thing and the right thing are the same.

    And sometimes when people get hurt, 
    Even the strongest ones may need comfort.

    Saturday, April 6, 2013

    Anda tonton. Anda komen ? | menghayat hati .

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Walaupun mungkin first orang tengok video ni akan rasa pelik sebab looks like 18sx film, tapi sebenarnya memberi beribu makna. Air mata mungkin mengalir . serius! please play this video. tonton ? sila komen,





    Thanks for reading. komen ya =)

    Friday, April 5, 2013

    Stress . . . Relief

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Stress . . . Relief
    the stress of everyday life, the weight of the world,
    overwhelmed, late nights -
    I don’t know what to do,
    swarmed in frustration -
    take a second, Breathe -
    start where you are, Simplify -
    try to the best of your ability,
    accomplish what you can, with what you have -
    Smile -

    Monday, April 1, 2013

    Pertama Kali

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Assalamualaikum .

    Maaf lama sangat meninggalkan dunia blog ni, walaupun just 2 3 hari tak update pun dah rasa macam berbulan tak update. So, hari ni kena tinggal sendirian, sebab kakak saya dah balik Terengganu , 1st dia kena amek BR1M , kedua kerja. sebabkan dia kerja so dia tak leh lelama dekat KL ni. so hari ni, tawar hati nak bergerak ke sogo mall, hati memang sifar bila abah suruh pergi sendiri, dalam hati mahu nangis, tadi after kitorang bekpes, abah terus drive hantar pergi pertama, sebab nak hantar SM/ibu , shopping, so saya dengan abah enjoy our day today. Alhamdulillah balik KL, hati lebih tenang . and sebenarnya banyak sangat saya nak update, cerita memang hot stuff ar, tapi masa tak dekk. balik rumah tak sempat nak sentuh laptop, abah dah ajak keluar, makan la. shopping la, jalan-jalan la. btw i'm really appreciate it dad.


    And tadi, pertama kali saya sentuh makanan india , you know what ? Chappati . subhanallah rasa dia tak sedap! k bagi saya lah, rasa dia cool gitu, masin masam semua ada ditambah dengan rempah ratus mat india, and datang KL rasa best sangat sebab dapat mencuba sesuatu yang baru , Alhamdulillah :)

    picture taken via blackberry, gadget tak bawak, notes tinggal, datang sini bawak laptop dan kamera, and semalam kakak, treat me a blackberry . =) haha dapat bb baru pulak, yeay yeay. so BB PIN please ?

     budak manja xD



     Dekat pasar ni lah kitorang bekpes, sebab abah nak ajar anak dia berdikari , sedih saya bila saya je yang kira, anak emak dalam menjalani kehidupan, serius, i don't know anythings, trust me!



     comel jugak pemandangan sini.


     mende ni lah saya tak suka, abah order cappati nak kenakan saya letu.






    mamak ni, sambil tebar chappati sambil nyanyi, bak kata my sm/ibu . terpercik air liur mamak tu. hakhak,. okbai

    HAPPY NEW MONTH ! 1 APRIL, SEMOGA SEGALANYA MENJADI KENANGAN YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU.