Sunday, June 30, 2013

Tahniah Adik !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih ya allah !

Hari ini anugerah kecemerlangan serta program mentor mentee, adik saya si wahida , sebab dia dapat 7A 1B dalam exam baru-baru ni . and akan berhadapan dengan pmr tak lama lagi . all the best for you dik . semoga dapat starights nanti , dalam ramai-ramai dia mendapat tempat pertama bagi kelasnya dan tempat pertama dalam ranking tingkatan . Alhamdulillah berkat usaha gigihnya yang siang malam dengan buku . sehinggakan naik stress saya dibuatnya tengok dia dengan buku yang melambak . hahaha semoga berjaya dunia akhirat adik.


By the way serius , saya sendiri tidak tahu mahu tulis bagaimana hari ni , separuh dari hati saya gembira dengan kejayaan adik , namun ada benda yang menyentuh perasaan saya . bukan sentap tapi sayu . menyentuh perasaan sehinggakan saya hampir menitiskan air mata. biarkan ianya menjadi rahsia diri ini .


doakan kejayaan adik saya yang bakal menempuh pmr beberapa bulan lagi , serta doakan saya mendapat 3 pointer ke atas untuk sem 1 ni ya . heehe

 ni dia si adik , nurul wahida . 
p/s: nampaknya keluar duit lagi la si abang kali ni ya , hujung minggu ni nawaitu nak belanja adik makan and bawak dia pergi jalan2. memandangkan sekarang dah ada lesen , best la nak jalan jauh pun hehehehe :)

this is us ! we love each other , sebab mak ajar dari kecik . adik kena sayang abang , abang kena sayang adik . thanks mom . lebiu mom :)

thanks for reading ! :)

Saturday, June 29, 2013

Freedom ! xD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello evelibadi . good night all , have a nice weekend ya , xD yeah .i felt so free tonight after done doing all of my homework , that was only take half of hour to finished all of them , my homework is history and bahasa melayu , it was essay time . hahaaha i'm sure half of my friend still not done their homework and tomorrow  they will copy the homework from others member . hahaha


For tonight ,i am so sure ,half of my reader now is standing in front of television watching football games right ? hopes the team you support will be the winner . ngeh3 .but me ? i am not interested  okay .i just only choose the winner .


So just only it for tonight , seriously feels so free and now i'm going continue watching running man again , because it now is weekend , so if the school season start i never have a time to watching a movies . so have a nice night and day all .

baibaibai :)

Ya ALLAH kenapa aku susah nak berubah secara konsistan (Nafas baru)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedang berblogwalking , terjumpa satu entry yang begitu menghayat hati , aku terpukau dengan tajuknya , " ya allah kenapa aku susah nak berubah secara konsistan " aku pun terdetik , aku sukar kalau nak berubah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain . Aku berfikir sejenak , aku harus lebih matang selepas ini dalam melakukan segala hal . baik dari berfikir atau sebaliknya . subhanallah .

Ya ALLAH ya tuhanku kau permudahkanlah segala urusanku dan kau kuatkanlah semangatku , sesungguhnya aku terlalu lemah dengan ujian-ujian yang aku lalui .


Dalam hidup ini pasti ada perubahan. Yang berubah secara konsisten adalah apa yang ada di sekeliling kita. Setiap zaman, pasti berubah. Sama ada semakin baik atau sebaliknya, wallahu'alam. Lihat saja pokok-pokok yang dahulunya baru tumbuh, kini sudah besar dan segar. ada juga yang tak sempat hidup sudah ditebang. Hutan yang dahulunya segar-bugar kini telah berubah menjadi kawasan bandar. Segelintir hutan saja yang dijaga dan dilindungi. Semuanya berubah, bukan? Semuanya konsisten. Dalam erti jata lain, istiqamah.
Sekali sudah berubah, tidak akan kembali pada yang asal.

TETAPI.

Manusia tidak berubah secara konsisten. Ada kalanya kita berubah menjadi matang. Ada kalanya kita kembali kebudak-budakkan atau disebut dalam bahasa Inggeris, childish. Memang tidak konsisten. Perubahan kita seperti graf. Ada naik turunnya. Ada yang naik secara mendadak. Ada juga yang secara perlahan, dan sebagainya. Hmm. Iyalah, kita bukan nabi, kita bukan Rasul untuk menjadi seorang yang perfect. Malah nabi dan rasul juga pernah membuat silap. Inikan pula kita. Kita ni lemah sgt untuk berpegang kepada sesuatu perkara. Terlalu lemah, dek kerana nafsu yg ada, serta bisikan syaitan yg sentiasa menusuki hati kita. Hanya kita yang perlu mempunyai iman yang kuat untuk menepis semua perihal negatif tu. Namun walau apa pun, kita TAK BOLEH KATA YANG IANYA MUSTAHIL. :) Untuk berubah secara konsisten mmg susah, tetapi tak mustahil.

Azam dan niat?

"aku nak berubah laa..." "aku tak nak buat mcm tu lagi..." "aku akan jadi lebih positif!" "aku tak nak merokok lagi!"

Rata-rata dari kita akan ckp dekat kawan-kawan, yang kita nak berubah laa, nak jadi baik laa, tak pun kita macam betul je tulis dekat diari or blog yg kita nak insaf dll. Tapi? bila perubahan tu nak berlaku? Masa bercakap nak berubah, fuh bukan main beremosi dan ada yang sampai menangis. Kalau boleh time tu jugak nak start berubah. Tapi.. Baru masuk langkah pertama nak berubah, dah lelah. Bila kena tegur, nasihat or kritik sikit, dah goyah. Lepas tu, kembali pada asal. :( Sedih kan? kalau mcm tu, menang lah syaitan. Ini merupakan bonus la utk syaitan sebab awal-awal kita dah menyerah kalah. Jadilah kuat, kita kena tabah kalau nak berubah ni. jadilah manusia yangberpendirian (berpendirian yang positif dan teguh). Biar la orang nak kata apa, janji kita yakin kita betul, dan benar di sisi Allah s.w.t.

Untuk berubah, kita kena ada niat. Sewaktu kita niat, syaitan akan memperlekehkan kita. Sebab time tu kita belum mulakan langkah kita untuk berubah. Pada mereka(syaitan), kita ni cakap je lebih tapi tak buat. Syaitan belum percaya lagi akan niat kita. :) Tercabar tak kawan-kawan?

PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Seelok-eloknya kita niat masa lepas solat. Setiap kali kita beribadah, kita niat. banyak kali lagi bagus, biar niat tu menjadi ingatan kita. Kemudian kita jangan lupa untuk berdoa kepada Allah, minta pertolongan padaNya agar dipermudahkan urusan kita untuk berubah, konsisten serta ditunjukkan jalan kearahNya. Allah sentiasa mendengar. Jangan pernah kita putus doa padaNya. Sebab itulah satu-satunya talian kita dengan Allah selepas solat.

PERTOLONGAN DIRI SENDIRI (USAHA)
Kita perlu usaha lebih untuk mendapat hasil yang "worth it". Atau erti kata lain, berbaloi. Contohnya kita nak jadi rajin dan tak nak jadi pemalas lagi. Kita kenalah ringan2kan badan dan alert pada sekeliling. Anggap saja beban untuk kita buat sesuatu itu adalah bonus kepada kita untuk membuat kebaikkan. Contoh juga kalau nak berhenti merokok, kita jangan pandang langsung rokok tu. Jauhkan diri dari orang-orang yang sentiasa mempengaruhi untuk merokok. gantikan aktiviti merokok itu dengan sesuatu hobi yang lebih menarik. Macam, kunyah chewing gum. :) atau apa-apa sahaja yang bukan negatif. JANGAN PERNAH SESEKALI KITA CAKAP"ALAH TAKDE IDEA LA NK BERUBAH MCM MANA". Katakan "TAK" PADA ALASAN!

Sebaliknya, ubah alasan tu kepada USAHA. Internet kan ada? Carilah ruangan motivasi yang ada menyelitkan inspirasi untuk berubah. Tak pun, boleh beli buku motivasi yang berkaitan. Lagi senang, hari-hari boleh baca.

PERTOLONGAN / SOKONGAN ORANG LAIN.
Kita pun perlukan sokongan. Barulah mantap. Kita mintalah sesiapa yang boleh diharapkan untuk menegur atau menasihati kita. Tips: Minta tolong kepada orang yang berpengalaman atau orang yang lebih tua. Contoh yang lebih tepat, Ibu bapa kita. Kenapa (?) kerana mereka lebih tahu bagaimana untuk membentuk kita, mereka lebih tahu cara yang betul untuk kita berubah. Elakkan dari meminta tolong dengan orang yang "sama kepala" dengan kita, sebab mereka juga seperti kita. Silap-silap daripada nak berubah, lain jadinya. Takut-takut kita lalai serta leka dengan hiburan/perngaruh mereka. Jangan salah faham, bukannya mereka tidak boleh diharap, tetapidikhuatiri kita akan lupa dengan niat kita untuk berubah. Tapi kita masih boleh berkawan biasa dengan mereka. (demi perubahan.) Tapi jangan sampai tak bertegur pula. Putus silaturrahim, dah dosa tu. Jangan keliru ye? :)

MINDA YANG TERBUKA. (MENERIMA CADANGAN DAN KRITIKAN ORANG LAIN)
Dari sudut "cadangan" : Lagi bagus kalau kita yang minta nasihat daripada mereka. Dari situlah kita boleh dapat inspirasi dan semangat. Mintalah pendapat lebih dari seorang. Biar minda kita terbuka luas. Kemudian, kita nilaikan sendiri, pendapat mana yang lebih berguna dan lebih bernas. PASTIKAN KITA LAKSANAKAN USAHA TU! Jangan bila dah tanya, buat omongan kosong saja, lepas tu kita buat tak tahu. Kasihan mereka dah fikirkan cara untuk membantu. Manfaatkanlah! Gunakan pertolongan yang ada untuk memperbaiki diri kita dengan sebaik mungkin.

Dari sudut "kritikan" : Segala perbuatan kita, orang lain tengok. Orang lain nampak. Dan mereka menilaikannya. Tak semua orang boleh terima dengan cara kita untuk berubah. Dan, tak semua langkah yang kita buat adalah betul(dan berkesan). Jadi, sekiranya ada orang mengkritik cara kita, senyum dan terima dengan hati terbuka. Mungkin kritikan itu tak betul, tapi kita perlu belajar cara untuk menerima kritikan orang. Barulah orang hormat akan usaha kita tu. Elakkan dari marah-marah, dari merajuk atau kutuk balik. Sebab mereka ni sebenarnya prihatin terhadap diri kita. Sebab tu lah mereka kritik kita. Kalau mereka tidak peduli, mereka tak akan kata apa-apa. Positiflah kawan! :D Hm, tapi, ada juga kritikan yang berasas. haa, yang ni nak kena titikberatkan. Kritikan yang berasas ni adalah permulaan untuk kita gunakan cara yang baru. Tapi kena pastikan kita yakin ia berkesanlah! Contohnya dia tak puas hati dengan cara kita, dan dia syorkan untuk kita buat dengan cara dia. Peranan kita, dengar. Kemudian tanya dengan baik, kenapa cara itu lebih berkesan dari cara yang kita lakukan sekarang. Setelah tu, kita cuba nilaikan. Mana yang sesuai, kita lebih tahu, bukan? Haa. Luaslah minda kita! Orang lain pun rasa selesa dgn kita. Mudah kan?

UBAH CARA PERGAULAN.
Rapatkan diri dengan golongan yang positif, yang paling baik, orang-orang yang beriman dan para ulamak. Tinggalkan semua kawan-kawan yang selama ini membuat kita leka, membuatkan kita alpa (bukan bermusuh, tapi jangan rapat.) Cara ini ibarat "hijrah" kepada sesuatu yang baru. Bila kita rapat dengan mereka, nescaya kita pun akan jadi positif seperti mereka. Cara ini sangat berkesan. Tapi jangan mempergunakan mereka semata-mata untuk memperbaiki diri kita. Sebaliknya, kawanlah dengan mereka secara ikhlas dan kerana Allah s.w.t. Di samping itu, doakan agar kawan-kawan yang masih belum sedar itu untuk berubah juga. Mudah-mudahan ianya menjadi nyata.



Akhir sekali, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan, yang akan membenamkan rasa kita untuk berubah. Ini penting! Fokus pada sesuatu yang baik. Fokus pada benda yang kita jadi. Dan yang paling utama, Doa adalah penting bagi meminta pertolongan pada Allah s.w.t. Kita mestisentiasa ingat pada Dia. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

Mudah-mudahan kita dapat berubah secara konsisten.

Wassalam. :)


sumber asal : musafir ilahi

Friday, June 28, 2013

Running Man Punca senak Perut !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Siapa peminat tegar Running Man dekat sini ? ce habak sikit . Kita geng . Hoo hoo :)

Running man punca senak perut , yeah . carl duk bantai ketawa macam lupa ingatan sampai senak perut , hahaha start pagi tadi carl layan movie rm sampai lah ke petang  , sampai lupa broadbang maxis limit mati lepas maghrib , nasib ada broadband celcom adik boleh sewa kejap :) memandangkan kerja semuanya dah settled  mahu lah kita merilekskan diri dengan ketawa sampai senak perut hari ni ya :) takmo stress stress .walaupun frust sebab tak dapat balik kl tapi okaylah . hehe sebab janji dengan amirah bajet nak balik kl minggu ni , tapi tunda next week lah .


By the way , carl dah mula bercinta dengan buku-buku . haahaha sejak dah masuk pra u dah start hadap buku balik , tapi mak cakap kita tak boleh ar hadap buku lama-lama nanti stress . hahaha so nak hilang stress terus layan running man .


Hari ni layan episode berapa entah , yang jelas running man memang cool dengan watak Lee Kwangso , watak yang terlalu lembik asyik terkena saja , carl suka tengok dia , walaupun dia selalu gagal dalam games , or selalu kena buli dengan kim joong kook ,dia tetap semangat nak menang . yeah semangat !


Carl tak tonton dekat astro la , sebab kat rumah tv sebulan tak bukak hoo lagipun rumah dekat kampung mana ada astro lain lah kalau balik kl , mak bukak pun time tengok berita je , tv dalam bilik apa lagi . berhabuk , sebab memang langsung tak bukak dah sebab tak ada masa . hehehe :) nasib ada kawan-kawan dalam kelas si amalina , si suhaila , si farhan (nama sama dengan abang) , and lain-lain lagi minat movie korea , so tak keseorangan la, rata-rata minat movie running man .so senang nak copy copy hekhekhek.


#dalam kelas lecturer sejarah suka panggil carl mat kpop sebab fanatic korea , kan sejarah form6 belajar masyarakat feudal di england dan jepun so carl suka sangat tersasul korea , hahaha so cara nak senang ingat jepun bayangkan korea , hahahaha . still terbayang muka lecturer sejarah panggil mat korea, dia cakap anak dia pun kalau hadap korea lupa nak makan nasi . wohoho kelas ya , penawan movie korea :) dia cakap si korea mata sepet , satu kelas ketawa , tapi carl tetap backing korea hahahahaha . tapi tak boleh fanatic sangat , time belajar kita belajar , time free free boleh lah nak layan korea , hardisk penuh dengan movie korea . aiyoyo :)


Be happy ! jangan sesekali kita sedih dengan hal yang tak sepatutnya kita sedih .



terima kasih , selamat berhujung minggu semua .

Asyik cari salah orang je , walaupun sudah jelas !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

3 minggu amek masa nak tenangkan diri , tenangkan hati , tenangkan fikiran , sakit hati memang tiada kesudahannya kan selain memaafkan kesalahan orang itu dan melupakan , yeah aku dah maafkan si dia dan si dia , sebab aku tak nak sakit hati aku membuak-buak hingga bernanah . aku dah start nak lupakan dan buang jauh-jauh dari hidup aku . jadi aku fikir positif mungkin ini ujian ALLAH pada aku kan ? jadi aku perlu terima dengan redha , orang nak kata apa itu hak dia , janji aku dah mula nak cari balik kebahagiaan aku :)

copypaste#

Hai comel right gambar kt atas ni?

Tapi ada mesej yg tersendiri taw .

Terang lagi bersuluh, krayon biru tu yg salah ek?

Tapi still dia nak tuduh yg merah tu salah , gitu lah aku . sudah terang-terangan orang tu bersalah tapi still nak salahkan aku , yang pasti ALLAH maha besar dia maha tahu . 


Dalam hidup kita ni pun ada manusia jenis mcm tu. Jelas jelas dia yg bersalah. Ntah kenapa dia duk sibuk menuding kt orang pakai jari telunjuk dia tu. Nak buktikan dia tak salah, tapi dah sah-sah memang dia yg salah.

Mudahnya menuding kt orang.
Cuba tunjuk jari telunjuk tu kt diri sendiri sambil diri depan cermin? Haa kasi sedar diri sikit. bak kata pepatah " Jangan sibuk menerakakan orang lain , nerakakan diri sendiri tu dulu "

Ni lah orang kata, ukur baju di badan sendiri. Ehh?
Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. 

Sesuai tak peribahasa tu? Hehehehe.

Sebelum nak menuduh orang, periksa diri sendiri dulu.
Kadang kadang orang ni, dia tak tau yg orang sekeliling dah tau helah dia, dah tau penipuan dia. Jadi dia still selamba ah tuduh orang sana, tuduh orang sini.
Atau pun dia sedar orang semua tau yg dia salah, tapi dia saja buat buat tak tau. Taknak ambil tau katanya.

 Manusia kadang-kadang depan kita baik bak pijak semut tak mati oi , belakang kita gunung everest didakinya .

so aku nak positifkan minda aku , aku malas nak amek kisah hal remeh temeh , lama-lama dia sedar la tu mana silap dia , adab manusia kalau tak salahkan orang memang tak sah , sebab dia rasa diri dia sempurna sangat, mana ada yang sempurna manusia ni . melainkan anda malaikat .

p/s: maaf entry agak kasar dengan berbahasakan aku , tapi terselit seribu pengajaran dekat situ . 
Terima kasih :)

Selamat Pagi xD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahhirrahmanirrahim.


Masuk telinga kiri keluar telinga kanan,
Selamat menyambut pagi wahai kawan.

Makan kupat berbalut janur
Janur tua warnanya merah
Semestinya kita harus bersyukur
Mendapat hadiah hari cerah.

Senjata ayam adalah jalu
Senjata lebah adalah sengat
Malam panjang telah berlalu
Songsong pagi dengan semangat.

Kucing berlari ke pemiliknya
Sampai ditempat langsung dipeluk
Sudahkah kita bersyukur padaNya
Menghirup nafas pagi yang sejuk.

Ada anjing ada buaya,
Sukses untuk hari ini ya.

Ada roti tidak beragi
Ada kupon yang tak ditukar
Ayuh kita bangun pagi
Untuk menyambut pagi yang segar.

Kicau burung memecah sunyi,
Angin bertiup dingin sekali,
Sunggu segar pagi ini,
Terasa tenang di dalam hati.

Kopi panas roti masin,
Jadi sarapan di pagi hari,
Senyum pagi hari harus rutin,
Harimu akan Tuhan berkati.

Angin bayu di pagi hari,
Menyapa tubuh terasa segar,
Senyuman ikhlas kita beri,
Sepanjang hari kita bersyukur.

Turun bekerja cari rezeki
Rejeki halal untuk keluarga,
Hidup aman kita miliki,
Harapan untuk kita semua.

Nyiur melambai tanda gembira,
Tarian hidup semulajadi,
Di awal pagi bergurau senda,
Penyejuk jiwa pengobat hati.


Sekian Terima Kasih :)

Wednesday, June 26, 2013

M Y D A Y | M Y F A V O U R I T E F O O D

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah , i can write in this blog blog again , today was really awesome . I had meet my mama aka madam Noormah today , yes for a long time i didn't have a time to meet her in school . But today dengan takdir ALLAH secara kebetulan terjumpa mama dekat kantin , subhanallah rindunya , rindu tersangat-sangat rindu . Tambahan sejak dah start belajar muet ni , saya dah start rindukan belajar english dengan mama saya.


Hari ni first exam for muet , kategori listening . Tapi frust sebab cuma dapat score 8/12 saja . Hanya saya dan tasha dapat 8 , kawan-kawan yang lain semua dapat under 6 . Terasa sedikit susah , tapi saya akan berusaha keras nak dapat 12/12 pada next test . sebab exam muet sebenar jatuh pada akhir tahun depan , so saya tak runsing sangat sebab still ada masa nak study and study . tapi saya tetap bersyukur sebab sedikit sebanyak saya rasa semuanya senang . heeehe .


Manakala pagi tadi ada test pengajian am , aiyoyo tak tahu lah result macam mana nanti , aritu dah dapat pelajar karangan terbaik , tapi saya rasa kali ni pelajar karangan terburuk kot , sebab tak cukup masa jawab tadi , masa tengah jawab cikgu cakap saya tersalah format , terus saya copypaste to other paper back , sebab tu lambat tak sempat masa , hukhuk , esok pergi sekolah nak mintak maaf dengan cikgu zana , sebab serius memang tak sempat . sedih la jugak .

Kalau bab friendship , serius saya kata saya tersangat gembira sebab classmate saya semuanya ohsem , dorang tersangat baik .


And sekejap tadi , pergi pasar malam . yes saya dapat jugak beli favourite food saya , iaitu YONG TAU FU , yeah bak kata kakten aka Fatin Liyana lepas exam or study moh kita isi perut kita dengan kegembiraan , ken ken ken . and tadi ken terjumpa cikgu yang pernah ajar saya masa sekolah rendah , ALHAMDULILLAH berkat hubungan erat antara saya dengan guru sejak kecik , cikgu ros anita still kenal saya hohoho bangga and sempat berbual, and jumpa guru kanan teknik dan vokasional sekolah saya iaitu ayahanda raimin , aka cikgu addmath , salah seorang cikgu kesayangan saya , heeehe .


ps : belajar muet buatkan saya teringat pada mama , yela mana taknya belajar muet mana ada cikgu translatekan untuk kita , tapi dengan mama dulu dia selalu bila ajar novel dia akan translate in malay , ngeh3 dan saya pun kroh-kroh dalam kelas . haaaaha
ps again : i will try the best to be one of the excellent student for my school . semester 1 satu dah pasang hajat nak dapat 4A /4FLAT ,


dapat makan mende ni rasa cool je hidup saya , hahaaaha :)

Thanks for reading xD

Tuesday, June 25, 2013

Aku Lemah !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan diriku , sering aku diduga dengan ujian yang tidak mampu untuk aku hadapi .

aku lemah.
aku salah.
aku berdosa.
aku bukan lelaki soleh.
aku bukan siapa siapa.
aku cuma hamba hina.
aku bukan permata.
aku cuma kaca.
perilaku tidak terjaga.
bicaraku kadang tiada santunnya.
hatiku kadang berprasangka.
aku tahu.
aku malu.
ya ALLAH ya tuhanku.
maafkan aku.
maafkan aku.

Sunday, June 23, 2013

Program Derma Darah bersama Hospital SNZ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berdasarkan janji saya semalam , saya nak story pasal program derma darah , kan ? iaitu anjuran hospital Sultanah Nur Zahirah , Terengganu .


So hari ni bukan kemain bersemangat nak menderma walaupun parent tak izin sebab takut something happen susah la tapi degil, saya siap isi borang serta siap daftar dah . Kenkonon semangat nak derma , ecewah . semangat yang terlebih semangat . haaaaha . lepastu duk snap picture orang-orang yang kena derma , saya jadi seriau .


And bila tiba masanya saya kena check jenis darah or kesesuaian darah , terus teringat peristiwa kena test darah masa pejabat kesihatan datang kat rumah saya sempena test darah sebab denggi yang merebak di besut aritu , semua rumah didatangi pegawai dari pejabat kesihatan , tetiba teringat kesakitan masa dia ktip tangan sebab nak amek darah , terus saya tundakan waktu derma tadi . and siap ajak kawan masuk kelas lagi , haaaaha . dalam hati ingat nak derma last last .


Tapi-tapi kan kan, lepas beberapa minit melihat darah yang berpeket-peket , saya terus macam seriau tahap gaban , takut bagai semua ada , tambahan si faiz (kawan saya) cakap jarum besar , and nurse akan cocok banyak kali kalau tak jumpa saliran darah . oh maiii god . lepastu amek feels duk atas kerusi , kenkonon rileks kejap atas kerusi , tapi lepastu tekak dah mula loya , maybe sebab saya tak amek sarapan pagi tadi . memang pucat la weyh muka , terus amek nasi dari sayafikah terus rehat sensorang , hadap nasi kan macam dah sebulan tak jumpa nasi . haaaha sampai berjumpa dengan guru muet terus dia tegur muka saya aneh , haahahaha


Tetiba kepala pening , terus ingat masa kena operate dulu kala , bila sedar saja dah ada wayar di sekeliling . haaaha. tadi lepas makan call mak kejap

saya : mak nak derma tak eh ?
mak : up to you , kalau mak kata takyah pun kalau jie dah nak derma acane ? ikut la , kalau rasa okay derma jelah .
saya : okay bos ! lega kejap , padahal dalam hati takut ,. kui kui kui .


Ang terus pergi jumpa pegawai yang bertugas cakap nak derma , saya cakap lah saya tak berapa nak sihat , and sentiasa jumpa doktor , and dia terus cakap tak yah sebab takut ada effect pada saya nanti and kalau nak pun boleh, lepastu saya pun terus cakap tak nak , sebab time tu gelabah gila hahahaha, tetiba terkena , bila kawan cakap
" eh mizi kau tu tak sihat tak yah nak derma sangat lah , hati kau mulia tapi kalau badan kau merana sapa susah nanti ? mak ayah jugak . "


Okay okay , so kesimpulannya saya tak menderma lah hari ni , saya cakap maybe next year .hahaha . saya dan beberapa kawan saya tak derma sebab saya masalah kesihatan , and kawan saya baru lepas eksiden , darah rendah , and macam-macam . haaaha tapi i am so happy with this moment , rasa sedih ada , rasa sayu pun ada sebab tak dapat derma , kita nak derma tapi takut diri kita pulak kann kannn . tapi saya gembira sebab kawan-kawan yang menderma melebihi 50 orang , sebab target encik kesihatan tu 50 orang je , tapi over 50 . memang sesuatu yang memberansangkan . yeah !

 tengah prepare some food untuk para penderma :)


 nurse yang begitu ramai handle seorang penderma xD 


 Si faiz bersama pegawai .


 ni sesi cek jenis darah , saya berani amek gambar jew , tapi penakut . hahaha





 izwan mangsa pertama , ngeh3 . dia siap macam nak nangis hahahaha dia cakap sakit ,


 si faiz buat muka cool , haha padahal jarum yang mencucuk tu sakit hoi :)


 Azihan ni tengah tahan sakit letuw.


 cikgu nazihah menjadi penderma guru utama , congrats cikgu sebab berani .hahaha





 tengok peket darah terus gerun ahhaa


tengok jarum dia , sama besar dengan batang lidi dah , aiyoyo . sorry ma , gua penakut :)

p/s: padah gelakkan abang , aritu abang kena pisau and saya gelakkan dia sebab dia mabuk darah , and last-last saya sendiri jadi macam elergik tengok darah , hhaaaha , sedangkan saya bukan pemabuk darah . 

Thanks for reading :)

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, June 22, 2013

Sekejapnya masa berlalu . .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi baru je rasa hantar adik pergi mrsm lepastu amek adik di mrsm , tapi sekarang dah malam .
Tadi baru je rasa tolong mak pergi pasar , beli apa yang patut , tapi sekarang dah malam .
Tadi baru je rasa siang tapi sekarang dah malam .

Kalau duk tadi tadi dan tadi , sampai bila tak habis kan ? . rasa sekejap je masa berlalu , rasa baru jer semalam cuti . nak rehat sepenuhnya kenkonon , tapi esok dah start masuk sekolah . esok dah start masuk bilik kuliah , esok dah start kena salin nota bm yang panjang berjela-jela tapi best  , esok dah start tidur dalam kelas masa muet , tapi saya jugak yang asyik kena bentang asal berkait dengan english . hahaha


Masa itu emas !

Yeah saya percaya pada peribahasa tersebut , masa memang emas . kalau kita tak jaga and guna masa kita elok-elok kita akan jadi orang yang rugi . rasanya banyak jugak aktiviti yang saya lakukan sepanjang cuti 2 hari ni , hari minggu kan kan kan ?

Khamis 
saya start gunakan hari khamis untuk merehatkan minda dan diri secukupnya , sebab letih yang teramat sangat minggu lepas , asyik kalau belajar dalam bilik tutorial mesti muka nak menghadap meja , sila bayangkan meja yang sekali dengan kerusi tu , meja yang boleh gerak atas bawah tu . yeah saya memang tak suka meja tu , sempit . haaaha nak tidur tak muat . seterusnya saya settlekan semua assignment yang diberikan , walaupun sikit saya siapkan awal-awal . cuma nota tak sentuh lagi . malasss .


Jumaat
Pagi tu dah dikejutkan awal-awal oleh mak , sebab kena pergi pasar . kena beli santan , and cari breakfast . and cari sayur-sayur untuk dimasak . memandangkan pasar tak lah jauh sangat adalah dalam 4km tak lah rasa jauh sangat , haaaha . sejak cuti tunggu spm aritu , saya dah reti masuk pasar . jadi anak sejati hoho biasanya , saya tak pernah langsung pergi pasar sebab saya fikir negatif je tentang pasar , saya imagine orang jual ayam dan ikan and tengah pegang pisau besar tengah potong haiwan tu and darah terpercik kat baju , oh yacksss (pengaruh tv melampau) . tapi tak ! sejak dah biasakan diri aritu teman mak pergi pasar , rupanya dalam pasar ni ada banyak kategori . ayam , sayur , dan kuih . so saya dah boleh ke pasar sendiri . lepas balik rumah terus layan movie , movie sebenarnya saya isteri dia . gigih oi saya download episode dia dari awal , so spend time layan cerita tu jelah , hihi firashh . omg . schaff omg . hahaha


Sabtu
Bangun awal jugak , sebab adik ada kelas di mrsm kota putera , and hari ni jugak adik ada program mentor mentee . oh saya masuk mrsm hantar adik pun dah boleh rasa aura orang bijak-bijak . haaaha . so lepas hantar adik terus pergi pasar lagi , sebab hala yang sama . so cari santan untuk mak masak for lunch terus cari kuih muih sikit . yang paling penting bekpes kat pasar tu boleh tahan jugak , i like the nasi lemak . sedap ! and lepas tu hari ni i spend time dengan menghadap buku pengajian am , menghadap je okay bukan buat nota . hahaaa .


Esok ?
Hari ahad , totally i hate the sunday . sebab kena masuk assembly . and esok ada program menderma , darah . so saya salah seorang daripadanya , mak cakap derma darah dapat pahala , bila lagi kan nak berjasa buat masayarakat ? so esok adalah harinya , nanti saya update dekat blog peristiwanya macam mana , tetibe rasa nak pitam ngeh3 . takut sebab tak pernah derma darah . ni pun dengan kebenaran ibu bapa tau , sebab saya kan masih muda , tak cukup 18 tahun lagi . bulan sebelas baru cukup , kan kan ?
so doakan segalanya berjaya esok okay .

terasa pipi makin tembam . haaaha

#semangat mula timbul lepas dapat anugerah cooperative terbaik , jadi nak pastikan sem1 ni dapat anugerah pelajar cemerlang pulak . inshaallah . sahabat blogger doakan saya eh . terima kasih semua :)

Friday, June 21, 2013

Girl Friend xD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yeah , now is the weekend . lega . dapat rehat dekat rumah . Alhamdulillah sejak masuk belajar , saya dah start semangat nak belajar . and saya harap saya dapat kekalkan semangat saya . Inshaallah . and thanks to my beloved girlfriend /kawan perempuan aka kawan baik dunia akhirat , siti sofeah and opie . ngeh3  sebab sentiasa support saya dalam apa jua yang saya lakukan .


Esok lusa dia dah nak tinggal saya dah , Ya ALLAH . rasa sekejap saja , nampaknya tak sempat nak jumpa opie . I miss her so much . we have been together as bff for a long time , 6 years , and terpisah seketika di tg4 dan 5 sebab dia pindah sekolah tapi persahabatan antara kami tetap utuh , serius saya sayang dia :)


Kami gaduh , kami baik , kami gaduh , kami baik . zaman kanak-kanak penuh dengan lucu , bila kami cakap sekarang tentang kami masa kecik-kecik dulu , kami saling tergelak , yeah time kami gaduh-gaduh dulu . kami kecik lagi , pemikiran tak matang . well budak-budak time tu kami gaduh-gaduh suka ejek-ejek antara satu sama lain , haaaaha . kalau diingatkan memang lucu , tapi peristiwa tu akan jadi kenangan sampai bila-bila antara saya . dia . mama dia . mak saya dan cikgu disiplin . hahaha kami rindu time kami sama-sama kena tahan dalam bilik disiplin ,masing-masing buat muka i don't know . hahaaha


and ingat lagi zaman sekolah dulu , kami mempunyai hobi yang sama , minat gadget . opie selalu tukar handphone , dan saya akan follow up slow slow kenkonon nak sama . tapi kenangan akan tetap jadi kenangan , banyak lagi kenangan pahit manis bersama . kami zaman sekolah suka gelak sama-sama , suka lepak , suka jalan-jalan keluar kelas haaaha . and yang penting suka makan keropok lekor pak hak kantin . miss that moment !


Yeah opie yang saya kenal memang tak berubah , hihi . tetap maintain dengan siti sofeah abdul wahab, i still remember dia merupakan student kesayangan cikgu hasmah cikgu geografi kami di tg3 . heeehe jeles jeles . haaaha ,

jika ada orang tanya saya , siapa kawan kamu yang paling rapat dan percaya?
saya akan jawab kawan saya hanya seorang , iaitu dia . dia selalu nasihat saya . dia pendengar setia saya . dia bff saya =)


Kini kami masing-masing membawa haluan masing-masing , kalau lah kami masuk mmu mesti dapat sekali , dia course multimedia tapi saya course law , tapi atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan , dia masuk belajar dekat perak dan saya masuk form6 , yeah saya akui lepasan mmu sangat limited and market dia tinggi , sebab tu saya pilih mmu dulu , tapi saya sedar . perjalanan hidup masih jauh and dengan form6 inshaallah saya dapat kejar ijazah , and kami janji nak sama-sama membanggakan mak ayah kitorang .

Opie , this message is for you !

  • take care darling bila duk negeri orang !
  • belajar rajin-rajin .
  • always remember me .
  • always contact me 
  • ingat janji kita nak berjaya .
  • ada problem jangan lupa saya . just whatsapp xD


Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought I was the only one.

Doakan kejayaan kami ya . nak grad sama-sama nanti ,

she is the one ! my best friend forever . 

Thanks for reading .

Tuesday, June 18, 2013

Night of Hopes

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tonight is a different night,
It's something special.
Tonight is deep and dark,
But dark with hidden hope.


Tonight let's light up our dreams, 
Brighten them up with stars.
Tonight, let the moon lead us,
Let us walk towards our goal.


Good night readers , sincerely carl lesmana xD




ANUGERAH CO-OPERATIVE TERBAIK 2012 PERINGKAT SEKOLAH milikku !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi .


lima nam kali fikir nak publish ke tidak entry ni sebenar , kang tulis kang ada makhluk kata i nak membangga pulak , tapi takpe lah sebab kawan-kawan blog i ni ikhlas nak baca , so kepada yang suka kritik blog ni , sila blah jauh-jauh . okeyyyy sayang ?
hari ni saya dapat anugerah . anugerah cooperative terbaik peringkat sekolah , kategori lelaki disandang oleh saya ,

Okay , hari ni pagi tadi semangat gila bawak buku banyak-banyak pergi sekolah , then lepas parking kenderaan bagai , terus masuk bilik tutorial . macam orang sengal gitu , dah la pergi sekolah tak pakai kaca mata , sedangkan kaca mata ada jer tersangkut dekat baju , and mulalah di cas pakai context lens , haaaha comel sangatkah mataku ini wahai classmate ? ngeh3 , perasan .


And tengah ready , pagi tu ada tutorial bm . so buka buku nota , bukak latihan terus ulangkaji sat lepastu kutip ic classmates sebab nak antar dekat management teacher nak daftar stpm penggal 1. so tengah kutip demi kutip senior datang melalak , semua pelajar turun ke dewan sekarang . in my mind time tu , arghh ni mesti ceramah sebab bulan ramadhan nak menjelma tak lama lagi . agak-agak jela .


Then bila ke dewan , gelak sakan dengan classmates , serious saya dah mula sayangkan semua classmates saya sebab dorang sporting sangat-sangat . haaaha . semua budak lelaki dalam kelas i dah macam bff gitu , wekks nak muntah . haaaha. and rupanya hari ni sambutan hari koperasi sekolah peringkat sekolah saya .memang terkezuuuut nauzubillah la kan .


So masuk dewan tengah buat barisan and get ready nak duduk , ada junior form 5 datang jumpa " mizi nanti nama mizi akan di panggil atas pentas " so get ready okay so saya buat derkk je la.


So , tadi lepas ucapan bagai ada kuiz . cikgu raini mintak i jawab , tapi ken ken ken , i buat derk saja . and tiru iklan dalam tv " SAYA DAH BESAR " ketawa terbahak-bahak cikgu raini . and yang paling syiokkk nya dalam dewan tu i tak fokus pun pada utusan yang disampaikan , siap whatsapp dengan i punya kakak adalah , aka english teacher dekat i punya sekolah . siap ketawa-ketawa cakap pasal niaga sebab every year kitorang suka amek gerai , jual banana split . haaaha . kelas kau jah . so tahun ni kakak cakap dia dah tak nak niaga , i pun dah surrender awal-awal sebab i punya kawan pun tak ramai tahun ni .


Then , tengah di kesibukkan ceramah , sambil i tengah whatsapp sambil menyorokkan hp dalam file , nama i diseru . sebagai " ANUGERAH CO-OPERATIVE TERBAIK PERINGKAT SEKOLAH KATEGORI LELAKI " mahu ternganga semua classmates iols , weyh . haha dorang bangga la kan sebab budak kelas dorang dapat anugerah and masuk kelas lecturer sejarah bukan kemain duk panggil saya dengan panggilan cooperative , ngeh3 . btw i'm proud with myself . alhamdulillah rezeki allah . sebenarnya saya tak expect pun , sebab hari ni target nak masuk kelas saja . rehat pun tak turun . tapi kena pergi dewan siap naik pentas , tapi tak lah gabra sangat sebab ayahanda rozman ada , aka guru kanan ko , yeah saya rapat dengan dia . dia siap tarik-tarik atas pentas tadi , segan segan ,. hahaha

saya berkhidmat dengan koperasi sekolah saya selama 4 tahun , bermula tg 2 . and berakhir tahun lepas , so memang cool babe dapat anugerah cenggitu ,  fokus saya nak membanggakan mak abah . mama serta papa . okay !

 kita dapat ni , naik pentas dapat shaking tangan pegawai angkasa and berbual dengan pegawai angkasa hahaha


 dapat tuala yang ada label smkns , woohho and some other thing .


promote cuklat 3 bijik , cikgu siti kasi dekat kite ngeh3 .

kbai , enjoy reading yeah , thanks . selamat malam assalamualaikum !


Sunday, June 16, 2013

Cerita Aku dan Abah dan Papa .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firstly . selamat hari bapa !

 maaf post ni sekadar luahan hati , yang tak suka sila pangkah awal-awal okay . terima kasih =)

Dulu masa kecik , aku jarang sekali jumpa abah sebab abah aku kerja di kuala lumpur dan aku di terengganu  bersama mak , cuma selalu on call dengan abah , sebab dalam a few weeks gitu baru dapat jumpa abah , sob sob itu zaman kecik lah .

Masa kecik aku ingat lagi , time abah balik kat rumah mak . Abah mesti akan bawak aku jalan-jalan dan shopping , apa saja aku nak abah turutkan . aku ingat agi aku menggedik mintak kasut yang ada lampu dekat bawah tapak , yang kalau berjalan akan menyala . hoho Well zaman kecik-kecik aku umpama anak emas , wekkss =P bila abah balik saja mesti dia akan bawa ole-ole dari kuala lumpur , yes ! budak kecik yang tak reti apa-apa bila seorang bapa bawak balik ole-ole , bangga wehh . ye la aku terpisah kasih sayang tapi aku terlebih kasih sayang . siapa yang memahami dia akan faham situasi aku . eh macam mana tu ? sebab aku merupakan anak bongsu abah lah aku lebih manja sikit dengan abah ,  kakak aku selalu buli aku anak kesayangan abah , sedangkan dia yang anak kesayangan abah , ok cukup !


Ingat lagi waktu zaman tadika dulu , aku rasa time tu birthday aku kalau tak silap , abah buat suprise , dia belikan aku basikal . yeah basikal speed tu kaler hijau ngeh3 , aku terkejut bak hang . so time tu kemain aku membangga depan sepupu-sepupu aku . haaaha . dorang jealous la sebab basikal dorang buruk . haaha . sebab area rumah mak ni , dikelilingi dengan rumah sepupu sepapan so kehidupan aku tak la sunyi .


Kini " SAYA DAH BESAR " =P , aku dengan abah seperti ada tarikan iaitu aku dari kecik sampai besar kalau demam sampai tertidur-tidur macam kubur nak panggil saja, then dapat dengar suara abah aku boleh segar seperti orang tak demam . bangun . aku mula terfikir , yeah aku anak abah !


Aku seorang anak yang manja , walaupun aku lelaki . ya manja ! aku tak malu mengaku , aku manja dengan abah dan emak .(setengah orang dia malu nak mengaku " spesis bongok" ) sekarang bila aku ada problem aku story dulu dekat mak aku, sebab mak aku umpama rakan karib aku , aku suka cerita dekat dia , cerita kemain cerita tapi tak reda , hati tengah gusar then aku akan call abah , aku terus cerita . lepas dengar nasihat abah aku terus semangat .


Ingat agi time sekolah dulu , aku sampai dipanggil ke bilik disiplin sebab bergaduh bila orang ejek nama abah , maklum ar budak-budak . aku pun budak time tu , aku gaduh giler heboh .haaah demi mempertahankan abah . cewahh kalau abah baca ni mesti abah bangga . abah memang tak baca tapi aku tahu kakak aku akan baca and dia akan ketawakan aku lepas ni . ngeh3 .


Aku sekarang kan dah besar , aku selalu jugak la kalau rindu abah aku akan mendarat dekat rumah ibu aku di kolumpo tu, aka mak tiri aku yang tersangat heaven , baik sangat-sangat . and kalau dekat rumah abah , aku macam anak raja .  aku tahu anak kesayangan ibu aku adalah aku dan kakak aku , yeah memperasankan diri hahahaa.  yeah aku sayang ibu aku jugak .heeehe . susah nak cari ibu tiri yang baik , 1000 dalam 1 susah nak jumpa . tapi aku bangga dengan kehidupan aku . ada banyak bonda, =)


Then hari ni pagi tadi lepas mak kejutkan aku dari tidur , terus aku cari handphone , area tu pukul 6 lebih , aku mandi dan solat lepas solat terus aku direct call abah , sebab aku tahu abah aku time tu dah siap-siap nak pergi kerja sebab kalau lambat akan kena traffic jam , kl memang macamtu asal lambat sikit memang panas ar buntut menunggu .haaaha



Okay itu abah , kalau papa pulak . yeah dia merupakan bapa angkat aku , aku sayang dia sangat-sangat . aku menumpang kasih dengan papa lah . dia layan aku macam anak kandung dia , dia ada 2 putera dan sorang puteri , dan aku .haaaha tapi abang dan kakak aku semua dah kerja , abang yang paling rapat dengan aku pun dah start paraktikal dah .

Papa ?  . aku ingat ag , time aku buntu , aku stress dengan kerja sekolah , aku stress dengan orang sekeliling aku , aku akan cari papa . aku selalu skype dengan papa dan mama , aku akan mintak nasihat papa . alhamdulillah bila lepas kena tazkirah papa aku akan happy dan lupakan sejenak masalah .


Aku sayang gila papa aku , seperti aku sayang abah aku . aku kadang-kadang rasa macam segan , dia suka sangat belikan aku something new , baju . jeans . and telefon , yeah samsung notes aku tu papa yang belikan . aku akan ingat sampai bila-bila . haaahaha.


Aritu , aku buntu dengan pilihan aliran belajar , aku fed up . papa rancang nak hantar aku masuk mmu , tapi mak aku tak izin , so bila bincang elok-elok papa suggestkan aku masuk form6 so aku akan buktikan kepada papa aku mampu buat , hari tu aku dapat offers upu tapi aku tak pergi pun sebab course yang tak berapa nak cool , papa suggestkan aku masuk form6 . alhamdulillah aku gembira dan enjoy belajar di form6 .

aku harap satu hari nanti aku mampu berjasa untuk kedua orang bapa aku nih , abah ! adik sayang abah . also papa , mereka berdua semangat saya !


thanks for reading .

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.



Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.


tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....



Saturday, June 15, 2013

Pantai Bukit Keluang. .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello guys , i am so sorry , i'm late posting a new entry on this blog , well now i'm quite busy with the homework , well i'm back as a student , so i have focus on my study . end of this year i had faced a big test " stpm sem 1 " so i need to pay a lot of attention for my study , but blogging still number one .

Okay , tutup ! today i had so much fun , enjoy the time at bukit keluang beach , as you know this is weekend right so memang ramai sangat pengunjung-pengunjung datang berkunjung kat pantai , orang dating pun ramai . haaaha but who cares ? kan .


So today lepas balik ambik adik dari mrsm terus ke pantai , area 1 lebih cenggitu , wohooo ramai orang . macam pesta pulak , segan segan . tapi still bajet cool . but seriously talk i am so happy, lepak dengan abang , wohooo . tapi bila cakap dekat mak saya happy mak pesan happy tu boleh jangan happy sangat nanti akan bersedih , so saya dah pupuk dalam diri saya , saya tak kan bersedih dengan hal yang remeh temeh , fokus saya pada pelajaran . ingat muka mak abah selalu . Yeah !


Okay , malas nak cakap panjang . kepada kalian-kalian yang singgah ke besut terengganu ni moh la singgah-singgah di pantai bukit keluang , korang boleh datang time cuti-cuti bawak family datang , kalau korang nak stay pun dekat dengan pantai bukit keluang ni ada resort . so korang tak yah cemas , orang jauh-jauh pun boleh datang okay . sebab based on experience kalau dekat bukit keluang beach resort tu ramai pendatang luar , serius bukit keluang ni famous , managment resort ni memang tiptop macam 5 star dah dah , saya still ingat the last year camp budak-budak kemain mandi dekat kolam di bkb resort ni , bersemangat dorang semua mandi dekat kolam . haaha

Okay lah let the picture story everything . ngeh3 . gigih saya tunggu gambar untuk diupload tahu . hahahahaa. ok tata .


 ni tempat apa pun saya tak tahu , heehe area dia dekat pantai .


 siapa lah amek gambar saya tengah syok sedut minuman nih , candit =P


ombak , oh emm gee , segala derita kesedihan aku pohon dihanyutkan bersama ombak ini , kehkeh ombak ghinduuu .


 view dari tepi pantai tempat main bola xD


 YEAH ! this is what we call bukit keluang , jungle trekking dekat sini memang beshhh .


 Gigih dorang mandi manda , hamboiii kemain ,



 orang tu buat apa ntah atas batu uhh semangat hikhikhik


 dari bawah xD





 Jiwang sat , buang kesedihan kat laut amek kegembiraan .


 ngeh3 . teka teki =D





 Anak sapolah ni , gambar ni adik yang ambik , dia pakai bedal je amek gambar budak-budak ni .

















haaa , ni dia pintu utama bukit keluang beach resort , sebab mama and papa kalau dorang balik besut dorang suka stay dekat sini , saya paling suka lepak dekat dia punya restoren waktu malam-malam , sambil borak . wohooo especially bila saya dan adik beradik yang lain bertemu . enjoy , and memang lupa dah segala masalah di minda . yang paling best dekat sini ada sediakan gym , so saya suka teman abang-abang pergi gym sebab dorang membajet sazali samad . and terus koya ! hahaha . ngeh3 .

korang nak tahu info lanjut or nak booking bilik boleh , klik bukit keluang tak pun korang google saja .

k ni review sikit sal bukit keluang beach resort :

The 4-star Bukit Keluang Beach Resort is a convenient 5-minute walk from Pantai Bukit Keluang. It boasts a restaurant, an outdoor swimming pool and free Wi-Fi in public areas.

Recreational choices include exercising at the gym, playing an exciting game of paintball or renting a bicycle to explore the area. Karaoke facilities are also available.

Tastefully decorated, the rooms and suites come with wooden flooring and are bathed in warm light. Included in all units are a TV, seating area and private balcony that overlooks the greenery.

Available for lunch and dinner, D’Kolam restaurant serves Malay and Western dishes. In-room dining is also possible with room service.

Beach Resort Bukit Keluang is a 30-minute drive from Jerteh City and a 1.5-hour drive from Kota Bahru Airport

 this is my room number , ngeh3  dulu kala .


 depan bilik i ada mende nih , dulu masa pergi kem . jadikan tempat ni tempat duduk sambil makan maggi dan main game dalam ipad kawan .






Thats all for tonight , sehingga jumpa lagi pada masa akan datang . busy sikit nih latihan sejarah tak buat lagi , tapi gigih duk update blog .