Friday, June 28, 2013

Asyik cari salah orang je , walaupun sudah jelas !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

3 minggu amek masa nak tenangkan diri , tenangkan hati , tenangkan fikiran , sakit hati memang tiada kesudahannya kan selain memaafkan kesalahan orang itu dan melupakan , yeah aku dah maafkan si dia dan si dia , sebab aku tak nak sakit hati aku membuak-buak hingga bernanah . aku dah start nak lupakan dan buang jauh-jauh dari hidup aku . jadi aku fikir positif mungkin ini ujian ALLAH pada aku kan ? jadi aku perlu terima dengan redha , orang nak kata apa itu hak dia , janji aku dah mula nak cari balik kebahagiaan aku :)

copypaste#

Hai comel right gambar kt atas ni?

Tapi ada mesej yg tersendiri taw .

Terang lagi bersuluh, krayon biru tu yg salah ek?

Tapi still dia nak tuduh yg merah tu salah , gitu lah aku . sudah terang-terangan orang tu bersalah tapi still nak salahkan aku , yang pasti ALLAH maha besar dia maha tahu . 


Dalam hidup kita ni pun ada manusia jenis mcm tu. Jelas jelas dia yg bersalah. Ntah kenapa dia duk sibuk menuding kt orang pakai jari telunjuk dia tu. Nak buktikan dia tak salah, tapi dah sah-sah memang dia yg salah.

Mudahnya menuding kt orang.
Cuba tunjuk jari telunjuk tu kt diri sendiri sambil diri depan cermin? Haa kasi sedar diri sikit. bak kata pepatah " Jangan sibuk menerakakan orang lain , nerakakan diri sendiri tu dulu "

Ni lah orang kata, ukur baju di badan sendiri. Ehh?
Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. 

Sesuai tak peribahasa tu? Hehehehe.

Sebelum nak menuduh orang, periksa diri sendiri dulu.
Kadang kadang orang ni, dia tak tau yg orang sekeliling dah tau helah dia, dah tau penipuan dia. Jadi dia still selamba ah tuduh orang sana, tuduh orang sini.
Atau pun dia sedar orang semua tau yg dia salah, tapi dia saja buat buat tak tau. Taknak ambil tau katanya.

 Manusia kadang-kadang depan kita baik bak pijak semut tak mati oi , belakang kita gunung everest didakinya .

so aku nak positifkan minda aku , aku malas nak amek kisah hal remeh temeh , lama-lama dia sedar la tu mana silap dia , adab manusia kalau tak salahkan orang memang tak sah , sebab dia rasa diri dia sempurna sangat, mana ada yang sempurna manusia ni . melainkan anda malaikat .

p/s: maaf entry agak kasar dengan berbahasakan aku , tapi terselit seribu pengajaran dekat situ . 
Terima kasih :)

2 comments:

Nana Liena said...

its okay..blog kadang2 macam diari kita..kita luahkan dalam bahasa yang lebih sopan..kalau dalam diari tu entah apa kita mencarut..haha..

btw memang dalam dunia tak lengkap kalau tak ada manusia yg macam krayon tu..hihi.. menduga betul..
sabar ya dik.. lupakan mereka..tapi buat2 tak nmpak n jadi kuat.. :)

Carl Lesmana said...

@Nana Liena hehe , maaf sebab menggantikan diri dengan aku . heeheehe

ye kak , inshaallah carl akan sentiasa kuatkan kesabaran dan anggap ni semua ujian allah .