Thursday, July 18, 2013

Dugaan Lagi . . sabojela .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni , disebabkan badan tak berapa nak function dengan elok dek kerana pening batuk berkahak bagai,, mak paksa pergi klinik . walaupun jauh di sudut hati anti betul dengan klinik .


Pagi tadi gigihkan diri ke klinik sendirian , sebab saya dah besar :) so tadi dalam keadaan kepala tengah khayal pergi klinik , nasib hari ni hari khamis so tak ramai sangat orang dekat klinik , btw ni pestime masuk klinik kerajaan .


So tadi berjumpa dengan nurse sementara jumpa pegawai perubatan then cakap dekat dia yang saya ni batuk then tiap-tiap pagi sebelum kuliah mesti akan muntah . nurse cakap maybe gastrik .


Then tunggu nombor giliran , weyh lama la . sebab biasanya kalau pergi swasta tak pakai amek nombor pun, duduk kejap dia pun panggil terus , so hari ni belajar sesuatu yang baru . lepas settle urusan di kaunter saya dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja .


Terus lepas tu nama saya diseru , saya pun masuk bilik pegawai tu , tahu tak tekanan darah kite naik mendadak . stress gamaknya . macam terkejut jugak sebab bila lepas cek darah , pegawai tu cakap darah saya naik melambung , 140 lebih . dia macam unbelievable lah sebab kite baru 18 tahun ken .

Dia ada tanya adakah saya kuat memikir , tapi saya jawab tak . heeehe . maybe ya kot  saya kuat berfikir. hari tu memikir masalah dengan junior yang tak selesai-selesai then untuk hilangkan kesedihan saya , saya diamkan diri dan malas amek kisah pasal junior tersebut , sebab makin saya amek kisah makin saya stress. saya tak tahu pulak darah nak naik sehingga over limit gini , pegawai tadi terkejut lah sebab saya pelajar dah ada ada high blood pressure , dia cakap dekat saya kurangkan berfikir , jaga pemakanan . serta banyakkan berehat .

Maybe sebab ramadan ni , kurang tidur kekdahnya . mana taknya masuk tidur pukul 12 lebih lepastu bonda kejut pukul 4 lebih untuk sahur and lepastu saya tak tidur dah , sehinggalah di sekolah , cuba hitung berapa lama saya tidur ?


Maybe jugak saya kuat berfikir , bersedih , ingat tak entry-entry yang lepas saya kuat bersedih ? saya rasa kan , masa saya bermasalah dengan junior aritu kan , kalau pergi cek darah melambung 200 lebih kot ?

So , start esok saya kena pergi klinik lain iaitu klinik satu malaysia , untuk cek tekanan darah tiap-tiap hari hingga isnin ni , nak tahu darah turun ke tak . sebab kalau tak turun isnin ni kena tahan di wad , nampaknya bercuti pulak la .

Doakan tekanan darah saya turun ya , nebes eh dengar masuk wad . sebab kite memang tak suka apa-apa yang berkaitan dengan klinik dan sewaktu dengannya sebab kite gerun :)

note !

  • lepas ni kena jaga diri dahla , dah tak boleh nak stress -stress .
  • saya nak lupakan segala yang telah berlaku yang membuatkan saya sakit .
  • saya malas nak amek kisah dah tentang sesiapa pun , lepasni ni kena kisahkan diri sendiri je .

P/s: tisu sekotak dah nak habis , tarik demi tarik sebab selsema pulak dah .


 ubat batuk . serta ubat-ubat lain .


 masa pergi tu nombor 38 , nombor saya 49 , duduk kejap dia pun panggil :)


jadual appointment dengan doktor . untuk cek tekanan darah .

aiyoyo . yang herannya kenapa tiap kali pergi klinik swasta takde pulak dia kabo blood pressure saya tak stabil .


6 comments:

Mysara Ab Rahman said...

ni pose ke x ni..hehe
akak dulu wkt tu dh ujg sem so mmg busy byk asgmnt smpi skit kpala..
g klinik cek darah 152! mmg lepas tu smggu tiap ari kne cek darah..bila kte tensen/stress mmg darah nek

Budak Kampung said...

get well soon carl

Carl Lesmana said...

@Mysara Ab Rahman puasa lagi setakat ni , isnin ni kalau darah tak turun baru dok suruh makan ubat terus masa dekat klinik :)

Carl Lesmana said...

@Budak Kampung terima kasih bk :)

Sya Mimie said...

akk xpernah check darah. lagi haru jnis darah pun tak tahu..
then lagi 1, kalau kita pergi klinik naik moto, mybe juga darah naik.. sebab moto kan mcm buat kita pun berdegup laju..ntah la..orang la cite.. mksdnya kita x drive relax2 camtu la kot..

apa2 pun, jgn terlampau stress je..kang asik kena appoiment je, lagi stres..

Carl Lesmana said...

@Sya Mimie hehe thanks akak atas nasihat :)