Monday, July 15, 2013

Dugaan Ramadhan ke 6

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dugaan ke eh ?

pagi tadi melangkah ke sekolah dalam keadaan bersemangat nak belajar , waktu pagi tu masa pnp pertama geografi , tetiba tekak buat hal . batuk batuk . then tak jangka akan berlaku something lepastu .

Lepas masa geo , terus segera berlari ke tandas . tengok muka pucat , masuk tandas terus muntah . tak tahu lah makan apa , tapi nasib muntah dengan tak sengaja , so tak terbatallah puasa hari ni , nak boleh tahan ke petang memang suatu yang mencabar .


Lepas tu masuk ke kelas , penat nak kena panjat bangunan tingkat 3 . turun naik turun naik . sebab bilik kuliah lain , bilik tutorial lain . memang stress ! dah la kepala tak okay.

Hari ni keputusan STPM penggal 2 , senior saya abang Firdaus and Azrul , Alhamdulillah dorang dapat pointer 3 ke atas . tapi tengok muka abang fir , macam sedih je sebab dia dapat 3.00 je ,  then terus terfikir acane diriku ini nak capai 4 kalau asyik meroyan je kuat . dah janji dengan parents (mak abah mama papa) nak berjaya exam nanti . nampaknya kena usaha lebih la .


Masuk dalam kelas muka macam ayam berak kapur je , tak sedar apa-apa dah . Kepala pening , then hari ni rasa belajar ntah pape , semuanya hilang . sebabnya kepala pening , otak masuk air . habis hilang tumpuan .

Balik saja rumah terus rehat , sampai lah berbuka . then lauk untuk berbuka siap pesan mak lagi jangan masak makanan berminyak , dah tak boleh nak tengok ayam masak merah atau kerutub bagai . hari ni berbuka dengan nasi plus telur dadar ditambah sayur campur , memang tak lalu . masa nak mandi terus muntah , rasa macam sia-sia je makan berbuka tadi , tapi apa-apapun ini ujian ALLAH , jadi kenalah terima dengan redha .

2 comments:

whitecappuccino said...

samala kita..kepala berdenyut2 hidung sumbat tak tau bleh tido x mlm ni huhu

Carl Lesmana said...

@whitecappuccino ni kes tak cukup tidur rasanya . aiyoyo .