Saturday, August 3, 2013

Kamera atau Handphone ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Raya dah nak dekat , since bulan lima hari tu lagi duk survey kamera , sebab hati ni memang gedik sangat nak ada DSLR sendiri sebab tak sedap hati eh asyik guna yang abang punya , siap tanya ramai orang lagi apa kamera yang terbaik untuk digunakan , siap survey dengan tauke china lim hok tu lagi , dia cakap kamera terbaik canon . tapi saya nak nikon !

Lepas beberapa kian , terfikir pulak . nak handphone , since note1 dah sedekahkan dekat puan ibu jadi kita hanya guna handphone blackberry je lah serta samsung cap ayam  , jadi sebabkan fikir nak beli note 8.0 je sebab boleh update blog walau dimana saja berada terus berat hati nak beli kamera .

Tapi saya pening serta konfius sebab kamera pun amat diperlukan , note tu pun diperlukan jugak sebab senang nak update blog walau dimana berada .

Bila saya fikir balik , kalau beli note macam rugi je sebab tak dapat nak amek gambar yang berkualiti bagus , lagipun handphone pun dah ada , macam membazir je .

Kalau beli nikon pulak , saya pernah ada kamera komang tapi kualiti dia okay jugak , terasa suatu pembaziran jugak disitu .

Jadi apa pendapat kalian ? tolong komen segera eh . ingat gadget tu nanti nak buat raya . ke baik tak payah beli ? simpan je duit dalam tabung haji .



komen anda amat dihargai :)

4 comments:

fasha said...

sy rasa..bek beli kamera kot..hehe..untuk raya kan..pakai hp tak puas laa..lain laa mmg awk nak on9 guna phone

Carl Lesmana said...

K.fasha : diri ni memang nawaitu nak kamera , tiba2 pulak handphone tu muncul dlm fikiran . Hahaha

Nurfaezah Abdullah said...

beli camera hehehehhe

mamamyja said...

Salam, Beli kamera lah.. mamamyja pon pernah mengalami situasi yg sama, lastly amik kamera before raya... after amik, fuh memang syok giler. pastu xhenti2 upload kat blog cz kualiti gambar tu. The best is NIKON.. semoga buat pilihan yang tepat eh.. bubuy