Friday, August 30, 2013

Random post about merdeka !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yeah . tomorrow is the national day . Hari kemerdekaan . which is our country bebas daripada penjajahan . 31 0g0s 1957 .

Bagi saya, merdeka sangat bermakna. Kesyukuran mengiringi fikiran setiap kali menyedari betapa bertuahnya saya dilahirkan dalam satu negara yang makmur dan berjaya.

Cerita merdeka saya .

Sedang aku beristirehat di tilam empuk aku , aku terfikir sejenak . Andai waktu bisa diundur kembali , mahu saja aku melangkah menjadikan diri aku kanak-kanak kembali , kerana saat itu begitu indah sekali . Alangkah bertuahnya aku dilahirkan di bumi malaysia , aku patut bersyukur kerana aku dilahirkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan . Ibu ku pula dilahirkan setahun setelah negara malaysia mencapai kemerdekaan .

Aku masih ingat lagi , waktu aku tadika dulu . yang mana aku dipaksa untuk memasuki pertandingan nyanyian koir . haha .

" merah membara semangat waja , putih mu bersih budi pekerti , kuning berdaulat payong negara , biru perpaduan kami semua .  . . . . . .  "

masih terbayang saat aku tadika , berpakaian ala-ala mat salleh . persis seperti seorang pemain piano . bahahaha . sehingga kinilah aku aktif dalam bidang koir .

Masa zaman sekolah rendah pula , apa yang aku nantikan adalah hari kemerdekaan ! hal ini kerana , aku terlampau eksited untuk membuat persembahan pentas , hihi . kalau zaman sekolah rendah dulu boleh kata tiap tahun akan ada persembahan persendirian ataupun persembahan kelasku . yang paling best , didikan di tadika mengajar untuk nyanyi lagu jalur gemilang hingga kini menjadi amalan bila tibanya detik 31 ogos .


Bila tiba subjek sejarah , aku dahulunya sangat anti , kerana bagi aku sejarah adalah hal-hal terdahulu yang tak patut diketahui , tapi aku silap . kini aku mencintai sejarah . kerana sejarahlah yang mendewasakan aku .


tiap tahun apabila flashback tentang ni muncul , semangat aku berkobar-kobar .




Ya ALLAH ya tuhanku , kau lindungilah negaraku malaysia ini dari sebarang ancaman musuh , dan kau kuatkanlah semangat cintaku pada negaraku . amin .

Merdeka . merdeka . merdeka . merdeka !

Thank you for reading .

1 comment:

Mia Liana said...

seronoknya...

selamat hari merdeka ya carl..