Sunday, August 4, 2013

Terima Kasih IZZAH BUTIK COLLECTION (part1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memandangkan semalam aku duk kalut kibut nak siapkan preparation raya seperti yang di dalam entri ini , hari ni aku buntu mencari-cari baju raya aka baju melayu yang sesuai dengan diri aku , tapi ? satu pun tak jumpa .

Dah la jalan pun jemmmmm teruk macam jem nenas dah aku rasa , lepastu Am bank pulak buat aku bengang , ada ke patut masa nak withdraw duit , pegawai china tu cakap ATM kehabisan duit , so terpaksalah aku ke Bank Rakyat , nasib tak ramai orang .

Then aku pun naik lah ke pantai timur mall , memandangkan raya tahun ni , abah suruh mak yang handle baju melayu aku , so bila mak tanya kaler apa aku nak , aku jawab tak tahu . aku macam hilang idea . tak kisah lah asal ada baju aku jawab dekat mak aku, sebab raya macam takde feel je hahaha . hari ni buntu gila . tengok baju warna warni , geram aku ! semua aku nak . haha harga pun masyukkkk . mall kot ? tapi adik aku cakap satu pun tak berkenan .

Kebetulan cousin aku , kak madi ada dekat bandar yang sama so time dia oncall dengan aku , dia ada dekat butik IZZAH , jadi aku pun nekad nak beli baju dekat situ , dah la masa sampai je , adik dengan kak madi tinggalkan aku dalam butik suruh pilih sorang-sorang , then aku teringat pada kak patin liyana korang tu , yang dia duk habak kaler turqoise , jadi aku pun mintak kaler turqoise dengan akak yang handle aku , dah rasa macam pengantin hoi . hahaha . nasib akak tu cute , wakaka . kecik molek pulak tu , ahahaha . so tema aku warna turqoise lah tahun ni , warna tu pun pilih mengejut , memang tak jangka pun . hahaha .

so a very thankful to IZZAH BUTIK COLLECTION serta pekerja yang baik melayan kerenah aku .
nanti aku update entry yang seterusnya di part 2 .


Thanks for reading .

1 comment:

husna zahidi said...

woahh sama la tema kita tahun nih..hehe..