Sunday, September 15, 2013

Bermonolog Seketika !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

AKU DAN KESEDIHAN .

Ketika semua orang dapat berbicara , aku hanya terdiam .
Ketika semua orang dapat bergelak tawa , bahagia aku hanya termenung .
Semua terasa sunyi tak bernyawa , semua itu kerana aku yang tak merasa ada disana .
Aku merasakan nyawaku dan ragaku berada di tempat yang berbeza .

Ketika aku BAHAGIA atau ketika aku BERSEDIH .
Aku sendiri ? tapi . . . .
Aku tak ingin berbagi kesedihanku .

Aku tak ingin melihat orang lain juga bersedih .
Aku hanya ingin mencari kebahagiaan .
DAN aku ingin bisa BAHAGIA .

p/s: ku rasakan hidup ini bagai roda yang tidak berputar setelah kebahagiaan seketikaku ditebas orang .
Ya Tuhan sampaikanlah rinduku ini kepada abah , tiap masa . tiap saat aku merindui abah . Cuma disaat ini aku tak bisa berbicara seperti sediakala . Hatiku hampa . fikiranku entah kemana . Seketika aku disajikan dengan kebahagiaan , seketika juga aku ditimpa kesusahan .

Pabila senang menjelma , aku umpama raja . Pabila ku susah aku umpama hamba . Yang ada cuma ibu yang sentiasa memberi kekuatan padaku setiap masa .

Ya Tuhan , cekalkan hatiku untuk menerima dugaanmu yang mendatang , kerana pabila gembira menjelma aku pasti bisa beranggapan bahawa akan ada kesusahan yang mendatang . subhanAllah .

#berfikir sebelum bertindak , itu yang aku dapat daripada hari ini pada perhimpunan sekolahku .

 aku yang dulu , bukanlah yang sekarang . 

Tuhan cekalkan hatiku , sesungguhnya aku insan yang lemah .

3 comments:

Sally Samsaiman said...

bykkan solat sunat, selalu berzikir supaya hati kekal tenang :)

Carl Lesmana said...

@Sally Samsaiman terima kasih kak sally kerana sentiasa ada diwaktu carl memerlukan nasihat .

Sally Samsaiman said...

with pleasure dear brother :)