Thursday, November 21, 2013

AL FATIHAH AHMAD AMMAR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam saya tengah google artikel tentang subjek bahasa melayu sebab hari ni saya ada exam bahasa melayu .

Rasa macam lemah sangat , bila masa tengah blog walking blog sahabat blogger , terjumpa satu video tentang kehidupan arwah Abang Ammar , subhanallah ! tetiba hati kecil ini menangis , terus air mata keluar tanpa diminta .

Sesungguhnya , saya tidak pernah kenal siapa saudara ammar , hanya masa dekat bilik tutorial ada orang cakap pasal arwah , tapi saya buat biasa je , tapi nawaitu dalam hati nak cari dalam internet sumber tentang beliau sebab keinginan nak tahu begitu mendalam , semalam lah tertengok video tentang beliau . sedih . Tetiba tangan badan semua menjadi sejuk , bukan sejuk sebab takut tapi sebab pilu .

Walaupun saya tidak kenal beliau secara fizikal tetapi hati tetap mengatakan dia dekat denganku , Ya Dia saudara sesama islam kita . semoga apa yang beliau lakukan menjadi teladan kepada kita untuk bergerak ke arah kebaikan .

Apapun saya bangga dengan beliau . Hati saya terdetik kenapa aku tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan beliau dahulu eh ? subhanallah .

And beliau merupakan idola saya sekarang ini . Al-Fatihah buat saudara abang Ammar . saya tak nak cerita lebih lanjut tentang beliau sebab nanti penulisan kali ni dipenuhi dengan titisan air mata . Jadi saya kongsikan anda video tentang beliau dan anda akan faham kenapa saya menangis .

Perhatian : untuk play video ni sila pause lagu dibahagian atas dahulu .
Alfatihah abang ammar .


Terima kasih kerana sudi membaca . AL Fatihah buat abang ahmad ammar .


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

salam takziah dan al-fatihah...

Nour Adieb said...

inna lillah... sedihnya