Thursday, December 26, 2013

Kemalangan ! TOLONG berhati-hati .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kemalangan .

Ya , aku nak cakap pasal kemalangan . Dalam 2 hari ni ada 2 kemalangan yang aku lihat , satu seorang gadis dilanggar semasa dalam perjalanan pergi kerja . And hari ni tadi masa on the way balik dari sekolah lepas selesaikan urusan stok buku untuk koperasi , aku pergi isi petrol and masa tang nak balik tu , aku tegok abang polis siap lambai-lambai , k aku tak faham motif dia melambai .

So , masa aku masuk dekat , tengok budak baya aku langgar van , pecah habis cermin belakang van tu , k aku tak tahu siapa salah . Mungkin pakcik tu kot , sebab dia bawak van tak berhati-hati , takpun budak tu yang salah sebab naik laju . mungkin okay .


Terus aaa , aku teringat zaman aku kemalangan dulu , time tu aku balik dari rumah cikgu bm aku , okay aku nak cakap puan nory okay cikgu bm aku . So , time tu hujan , aku bermotor time tu , tiba-tiba motor tu jadi gila , lampu tak menyala . So , untuk balik aku pasang signal menyala sebab nak kasi notification pada orang tentang kewujudan aku naik motor , so masa lalu depan rumah sorang pakcik ni ......

Dia , signal depan rumah dia terus masuk . jenis pakcik bengong . okay aku marah ni , lepas tu aku tersepit di tengah-tengah kereta bila ada kereta datang dari belakang . Rupanya pakcik ni , dah 3 orang langgar orang sampai ada yang arwah depan rumah dia , itu maknanya something wrong dengan dia , mana tak wrongnya umur dah hampir 80 still gedik nak drive , ikut hati aku nak tampo pakcik tu . dah la langgar orang lepastu lepas tangan pulak , kesian makcik yang anak dia kena langgar tu . wallahuaklam ..

Okay , aku ingat sampai ke hari ni , peristiwa aku eksiden . tapi , Aku tahu Allah sayangkan aku bila dia selamatkan aku tanpa luka secebis walaupun aku tersepit di tengah-tengah kereta .

Ok dah cukup , stop cakap pasal eksiden bagai . seram aku dibuatnya , so ?
Aku nak cakap dekat korang semua ,
"kalau memandu , kau jangan syok sendiri sudah . sebab kalau kau syok sendiri , kau faham-faham lah apa akan jadi k "

" berhati-hati , well aku nak cakap , kita walaupun berhati-hati acane sekalipun orang lain belum tentu berhati-hati , so perbanyakkan doa , mintak Allah jauhkan kita dari bala malapetaka semua "

" time memandu tu , kalau rasa tak sedap badan ke hape , baik berhenti kat tempat selamat and rehat okay "

dannnnn . " ingatlah orang tersayang " kalau ko tak nak " MAKKKK .Sos cili tumpah melanda " ingat tak iklan tu kat tv3 ? aku selalu ingat lepas aku eksiden dulu-dulu . trauma weyh , mahu tak trauma .

Apapun , to abang dan kakak yang memandu , bawak kereta motor , berhati-hati k .

The main point of this entry nak cakap " nak suruh berhati-hati jerrr , sebab nyawa kalau dah hilang takde dah datang nyawa kedua " ingat yang tersayang .


contoh , k . mohon amek iktibar .


cuba tengok video ni sattt ,

p/s:  aku trauma sebenarnya , hari ni bawak kenderaan penuh berhati-hati . seriau .

2 comments:

Sofea Lang said...

Allah syg kita kan. Msih bernyawa.
Nak follow tp tak jumpa button plak.

Carl Lesmana said...

@Sofea Lang Alhamdulillah =) cuma dalam hidup ni kita kena sentiasa ingat Allah selalu .