Tuesday, February 19, 2013

JANGAN MUDAH LUPA DIRI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Ali Imran : 160 )
ULASAN  AYAT:
  1. Jika ingin kejayaan yang dapat kekal lama, jangan mudah lupa daratan, ingat asal usul. Jangan mudah lupa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita yang selama ini setia menemani kita, bersahabat dengan kita ketika susah dan senang.
  2. Ramai yang tewas dihujung usia kerana waktu masih muda, kuat, kaya dan berjaya dalam hidup tapi kerana mudah lupa iaitu dengan mengabaikan ALLAH, ibubapa dan anak isteri atau suami. Akhirnya mereka tewas diusia senja.
  3. Berjaya ataupun gagal, perlu ditangani dengan bijak. Lazimnya, apabila kita berjaya, kita akan di kelilingi oleh mereka yang berjaya juga kerana dengannya kita merasa perjalanan kita menjadi mudah dan pantas. Manakala disaat kita tewas, kita dikelilingi oleh mereka yang gagal juga. Ketika inilah perjalanan kita menjadi perlahan dan sukar.
  4. Apabila kita selesa berteman dengan mereka yang berjaya, ianya bagus sekiranya kita tidak lupa erti kegagalan. Namun janganlah sampai kita lupa daratan sehingga kita lupa kita pernah tersembam dalam kehidupan. Bila kita bersama dengan mereka yang gagal pula, ia tidak bagus sekiranya kita lupa, hanyut dan kita tidak ingat yang kita pernah berjaya dulu sehingga bila kita sudah gagal, kita tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah, bahawa ALLAH dan rasul tidak suka kepada manusia yang mudah putus asa dalam hidup. WALLAHU’ALAM