Sunday, June 23, 2013

Program Derma Darah bersama Hospital SNZ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berdasarkan janji saya semalam , saya nak story pasal program derma darah , kan ? iaitu anjuran hospital Sultanah Nur Zahirah , Terengganu .


So hari ni bukan kemain bersemangat nak menderma walaupun parent tak izin sebab takut something happen susah la tapi degil, saya siap isi borang serta siap daftar dah . Kenkonon semangat nak derma , ecewah . semangat yang terlebih semangat . haaaaha . lepastu duk snap picture orang-orang yang kena derma , saya jadi seriau .


And bila tiba masanya saya kena check jenis darah or kesesuaian darah , terus teringat peristiwa kena test darah masa pejabat kesihatan datang kat rumah saya sempena test darah sebab denggi yang merebak di besut aritu , semua rumah didatangi pegawai dari pejabat kesihatan , tetiba teringat kesakitan masa dia ktip tangan sebab nak amek darah , terus saya tundakan waktu derma tadi . and siap ajak kawan masuk kelas lagi , haaaaha . dalam hati ingat nak derma last last .


Tapi-tapi kan kan, lepas beberapa minit melihat darah yang berpeket-peket , saya terus macam seriau tahap gaban , takut bagai semua ada , tambahan si faiz (kawan saya) cakap jarum besar , and nurse akan cocok banyak kali kalau tak jumpa saliran darah . oh maiii god . lepastu amek feels duk atas kerusi , kenkonon rileks kejap atas kerusi , tapi lepastu tekak dah mula loya , maybe sebab saya tak amek sarapan pagi tadi . memang pucat la weyh muka , terus amek nasi dari sayafikah terus rehat sensorang , hadap nasi kan macam dah sebulan tak jumpa nasi . haaaha sampai berjumpa dengan guru muet terus dia tegur muka saya aneh , haahahaha


Tetiba kepala pening , terus ingat masa kena operate dulu kala , bila sedar saja dah ada wayar di sekeliling . haaaha. tadi lepas makan call mak kejap

saya : mak nak derma tak eh ?
mak : up to you , kalau mak kata takyah pun kalau jie dah nak derma acane ? ikut la , kalau rasa okay derma jelah .
saya : okay bos ! lega kejap , padahal dalam hati takut ,. kui kui kui .


Ang terus pergi jumpa pegawai yang bertugas cakap nak derma , saya cakap lah saya tak berapa nak sihat , and sentiasa jumpa doktor , and dia terus cakap tak yah sebab takut ada effect pada saya nanti and kalau nak pun boleh, lepastu saya pun terus cakap tak nak , sebab time tu gelabah gila hahahaha, tetiba terkena , bila kawan cakap
" eh mizi kau tu tak sihat tak yah nak derma sangat lah , hati kau mulia tapi kalau badan kau merana sapa susah nanti ? mak ayah jugak . "


Okay okay , so kesimpulannya saya tak menderma lah hari ni , saya cakap maybe next year .hahaha . saya dan beberapa kawan saya tak derma sebab saya masalah kesihatan , and kawan saya baru lepas eksiden , darah rendah , and macam-macam . haaaha tapi i am so happy with this moment , rasa sedih ada , rasa sayu pun ada sebab tak dapat derma , kita nak derma tapi takut diri kita pulak kann kannn . tapi saya gembira sebab kawan-kawan yang menderma melebihi 50 orang , sebab target encik kesihatan tu 50 orang je , tapi over 50 . memang sesuatu yang memberansangkan . yeah !

 tengah prepare some food untuk para penderma :)


 nurse yang begitu ramai handle seorang penderma xD 


 Si faiz bersama pegawai .


 ni sesi cek jenis darah , saya berani amek gambar jew , tapi penakut . hahaha





 izwan mangsa pertama , ngeh3 . dia siap macam nak nangis hahahaha dia cakap sakit ,


 si faiz buat muka cool , haha padahal jarum yang mencucuk tu sakit hoi :)


 Azihan ni tengah tahan sakit letuw.


 cikgu nazihah menjadi penderma guru utama , congrats cikgu sebab berani .hahaha





 tengok peket darah terus gerun ahhaa


tengok jarum dia , sama besar dengan batang lidi dah , aiyoyo . sorry ma , gua penakut :)

p/s: padah gelakkan abang , aritu abang kena pisau and saya gelakkan dia sebab dia mabuk darah , and last-last saya sendiri jadi macam elergik tengok darah , hhaaaha , sedangkan saya bukan pemabuk darah . 

Thanks for reading :)

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...