Sunday, July 14, 2013

Oh Kerja Melambak !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak kata stress ? tak .
Nak kata nak marah ? memang sikit marah sebab nota gua orang suka pimjam sampai kedut kiput gua punya nota . arghhhh tak suka buku berkedut .


Malam ni kena siapkan esei sejarah 6 esei kesemuanya , nekad nak siap malam ni tapi ? rasanya tak siap kot , lecturer suruh hantar rabu ni pagi atas meja dia , aiyoyo . sempat ke tidak eh ? ni baru sejarah , tak masuk pengajian am lagi , nasib hari saya kena bentangkan hasil kerja lambat lagi , kalau tak mahu meroyan dahku .


tapi ? adat belajar wajib ada kerja kan ? so be happy . kalau gua stress , gua bukak wallet gua tengok muka ibu gua , sejuk hati gua . gua bukak handphone tengok gambar bapak gua ,
tengok gambar mak abah jadi semangat berkobar-kobar sebab saya nak buktikan pada adik beradik saya serta mak dan abah , saya akan berjaya satu hari nanti . amin .

Kalau tidur lambat esok tak sedar sahur , rasanya malam ni tertidur dengan bukulah kekdahnya ,

selamat malam :) thanks for reading!

What has happened to me today !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat jugak saya taip entri ni .

Sesungguhnya hari ni menggembirakan saya .

Doa ?
Yeah , bila saya sedih saya berdoa . bila saya sakit saya berdoa . bila saya lapar saya berdoa , bila saya resah atau dibelenggu masalah saya berdoa .
2 3 hari , ni sejak bermulanya puasa saya rasa jiwa tenang sangat , jauh dari segala kesedihan . Harap-harap lepasni tiada lagi masalah yang timbul .

Sebelum masuknya bulan ramadhan cikgu sejarah sentiasa warwarkan pada student dalam kelas amek keberkatan berdoa , iaitu 5 minit sementara menunggu waktu berbuka . And Alhamdulillah saya rasa doa saya kian dimakbulkan . semakin hari semakin makbul , Alhamdulillah , terima kasih ya Allah . saya tak nak tulis kat sini apa yang berlaku , cuma saya sangat gembira .. Allah sangat mendengar doa doa hambanya , tetiba sayu hati . terima kasih Ya ALLAH . kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan mu selepas ni .


lepastu tetiba teringat kat kak maghia elena , sebab dulu dia ada jugak cakap tentang keberkatan berdoa sementara menunggu waktu berbuka .


Hari ni ?
Saya happy sebab perselisihan faham antara saya dan kawan saya telah berakhir , dulu saya tak percaya bila mak selalu marah bila saya berkawan 3 orang , sebab mesti akan ada orang ke 3 yang kecewa , ya . orang ketiga itu adalah saya , hampir 2 minggu saya berduka lara , tapi Alhamdulillah berkat ramadhan yang mulia ni , pagi tadi 2 orang hamba ALLAH itu seperti memujuk saya , oh sayunya ,

Hari ni jugak last day saya jumpa kawan saya si Azizarin . sedih tuhan saja yang tahu tapi apa boleh buat kan ? kita sebagai hambanya kena terima seadanya .

Pagi tadi ustaz bagi tazkirah , tabik gitu . saya dengar dengan kusyuk . ustaz cakap bulan puasa lah bulan untuk kita membuat amal yang lebih , etc : melakukan solat malam . baru perasan bahawasanya diri ini dah lama tak bangun solat malam , and ustaz jugak cakap masa bangun sahur tu eloknya kita solat , sementara bersahur iaitu bangun pukul 4 gitu , kita boleh tunaikan solat sunat hajat , tahajud , serta taubat . Inshaallah diri ini akan amalkannya kembali selepas ni , dulu zaman exam kemain eksited bangun malam .


Hari ni kejap tadi ke mrsm besut , bukan mrsm kota putera tempat adik saya taw , tapi tempat anak buah . pergi jenguk anak buah , pestimee ooo jejak kaki mrsm tu , kerlasss . selama ni lalu saja , hehehe . hari ni drive jauh wooo , balik sekolah terus kena ke situ dan ke sini . hari ni hampir berlanggar dengan treller , bongok punya treller . tahu tak ? dia nak memotong kereta depan dia , tapi dia tu nyanyuk bahawa dia kenderaan panjang , dia masuk line kenderaan saya . kita ni baru je boleh lesen , nasib jadi pemandu berhemah , kalau tak berhemah memang ke dalam parit la , nasib nampak je treller dari arah depan terus saya slowkan kenderaan dan masuk arah tepi jalan dan hon deras-deras , nasib . tapi betul-betul depan saya , trauma kejap . ngeh3 .

bulan puasa ni , kita kena hati-hati sebab ramai orang jadi nyanyuk , mengantuk lah , lapar lah . dan boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan , so guys who was reading my post please berhati-hati okay .

so that all from me today , kalau rajin malam ni kite post lagi . k babai . selamat berbuka puasa :)