Tuesday, July 16, 2013

Terima Kasih Mak !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi ni tak expect pun nak bangun sahur , memang malas tahap apa entah . Masa mak kejut tadi rasa macam arghhhh malasnya nak bangun ,

Sebenarnya saya takut nak sentuh makanan sebab rasa macam sia-sia . sebab biasanya kalau dah start muntah mesti nak muntah lagi .

Kelmarin ada cakap dengan mak " mak kalau nak masak apa-apa untuk ajie jangan berminyak eh " sebab takut nak telan dah . mula-mula pening lepastu nak muntah arrr , aiyoyo . tapi kan mak senyap senyum-senyum tak kata apa-apa pun .

And pagi ni for the sahur , terpaksa jugak bangun sahur , niat nak makan roti je , lepastu duduk meja makan , mak pun cakap . nah mak bakar ayam untuk ajie so kena makan nasi .

Tengok atas meja , Ya ALLAH mak betul-betul buat lah , macam terkejut jugak . Mak cakap lepasni kena berpantang dah makan , dah tak boleh dah nak makan pelik-pelik .

No yogurt , no bliss , no milk , no cool water after this , air batu memang mak haramkan terus saya minum lepas ni .

Tapi takpe , terima kasih mak . saya macam terkejut ar , mak real buat apa yang saya nak :)
Ibu dan anak , baru sedar yang mak dengan anak macam mana sangat kan ? rela berkorban .

p/s: macam wondered jugak masa mana pulak mak bangun , and mak bakar ayam ?hehe

selamat berpuasa , harap-harap hari ni dapat berpuasa dengan tenang . Inshaallah :)