Thursday, July 18, 2013

Dugaan Lagi . . sabojela .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni , disebabkan badan tak berapa nak function dengan elok dek kerana pening batuk berkahak bagai,, mak paksa pergi klinik . walaupun jauh di sudut hati anti betul dengan klinik .


Pagi tadi gigihkan diri ke klinik sendirian , sebab saya dah besar :) so tadi dalam keadaan kepala tengah khayal pergi klinik , nasib hari ni hari khamis so tak ramai sangat orang dekat klinik , btw ni pestime masuk klinik kerajaan .


So tadi berjumpa dengan nurse sementara jumpa pegawai perubatan then cakap dekat dia yang saya ni batuk then tiap-tiap pagi sebelum kuliah mesti akan muntah . nurse cakap maybe gastrik .


Then tunggu nombor giliran , weyh lama la . sebab biasanya kalau pergi swasta tak pakai amek nombor pun, duduk kejap dia pun panggil terus , so hari ni belajar sesuatu yang baru . lepas settle urusan di kaunter saya dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja .


Terus lepas tu nama saya diseru , saya pun masuk bilik pegawai tu , tahu tak tekanan darah kite naik mendadak . stress gamaknya . macam terkejut jugak sebab bila lepas cek darah , pegawai tu cakap darah saya naik melambung , 140 lebih . dia macam unbelievable lah sebab kite baru 18 tahun ken .

Dia ada tanya adakah saya kuat memikir , tapi saya jawab tak . heeehe . maybe ya kot  saya kuat berfikir. hari tu memikir masalah dengan junior yang tak selesai-selesai then untuk hilangkan kesedihan saya , saya diamkan diri dan malas amek kisah pasal junior tersebut , sebab makin saya amek kisah makin saya stress. saya tak tahu pulak darah nak naik sehingga over limit gini , pegawai tadi terkejut lah sebab saya pelajar dah ada ada high blood pressure , dia cakap dekat saya kurangkan berfikir , jaga pemakanan . serta banyakkan berehat .

Maybe sebab ramadan ni , kurang tidur kekdahnya . mana taknya masuk tidur pukul 12 lebih lepastu bonda kejut pukul 4 lebih untuk sahur and lepastu saya tak tidur dah , sehinggalah di sekolah , cuba hitung berapa lama saya tidur ?


Maybe jugak saya kuat berfikir , bersedih , ingat tak entry-entry yang lepas saya kuat bersedih ? saya rasa kan , masa saya bermasalah dengan junior aritu kan , kalau pergi cek darah melambung 200 lebih kot ?

So , start esok saya kena pergi klinik lain iaitu klinik satu malaysia , untuk cek tekanan darah tiap-tiap hari hingga isnin ni , nak tahu darah turun ke tak . sebab kalau tak turun isnin ni kena tahan di wad , nampaknya bercuti pulak la .

Doakan tekanan darah saya turun ya , nebes eh dengar masuk wad . sebab kite memang tak suka apa-apa yang berkaitan dengan klinik dan sewaktu dengannya sebab kite gerun :)

note !

  • lepas ni kena jaga diri dahla , dah tak boleh nak stress -stress .
  • saya nak lupakan segala yang telah berlaku yang membuatkan saya sakit .
  • saya malas nak amek kisah dah tentang sesiapa pun , lepasni ni kena kisahkan diri sendiri je .

P/s: tisu sekotak dah nak habis , tarik demi tarik sebab selsema pulak dah .


 ubat batuk . serta ubat-ubat lain .


 masa pergi tu nombor 38 , nombor saya 49 , duduk kejap dia pun panggil :)


jadual appointment dengan doktor . untuk cek tekanan darah .

aiyoyo . yang herannya kenapa tiap kali pergi klinik swasta takde pulak dia kabo blood pressure saya tak stabil .