Sunday, July 21, 2013

Ku Rindui saat berbuka bersama Guru Praktikal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dahulu kala disaat menyambut kedatangan ramadhan , aku serta sahabatku dan diketuai oleh aku merancang aktiviti berbuka puasa bersama guru praktikal , which them was 6 and only 2 teach me . That was on 2011 .

Tapi ? peristiwa itu makin berlegar dalam mindaku especially pada bulan ramadhan ini . Aku mulai rindukan classmate aku diwaktu aku form4 . aku mulai rindukan kakak-kakak aku si cikgu-cikgu praktikal , nak tahu cerita pasal berbuka tu . nah click blog cikgu aku .

~Ya Ramadhan bersama anak didikku~


This is my classmate , ghammbut aku time tu botak booo . aku rindu classmate aku ! nanti aku storykan tentang dorang dalam entri khas nanti :)

them ? 
cikgu aimi , cikgu stacy erkkk faizan , cikgu suraya harun , cikgu suriati , ustazah izzah and cikgu adnin taekwando!

Thanks for reading !

Buah dan Sayuran Terbaik atasi Darah Tinggi .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menderita darah tinggi harus dibawa enjoy! Tak perlu terlalu tegang dan mencemaskan keadaan kesihatan anda.
Menderita darah tinggi harus dibawa enjoy! Tak perlu terlalu tegang dan mencemaskan keadaan kesihatan anda.
Meski kenyataan tak dapat disangkal bahawa 60 peratus pesakit hipertensi berakhir dengan stroke, tapi anda harus punya pemikiran positif agar kesihatan tak kian memburuk.
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi darah tinggi. Perkara pertama dan utama yang perlu anda ubah adalah menu makanan. Mulai detik ini juga, hentikan pengambilan lemak tepu. Apa saja sumber lemak tepu?
Makanan yang digoreng dan lemak dari daging olahan. Ganti makanan tersebut dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Jika selama ini yang kita tahu hanya buah Mengkudu dan saderi saja yang bagus untuk mengatasi darah tinggi, kali ini anda punya alternatif lain. Buah yang lebih nikmat dimakan. Berikut ini senarai sayur dan buah yang boleh anda konsumsi sehari-hari untuk mengatasi darah tinggi anda.
TOMATO
Anda suka makan buah tomato? Makan tomato mentah-mentah dan bulat-bulat mungkin tidak semua orang suka. Lebih nikmat kalau tomato dijus dan dicampur dengan buah lain.
Tetapi, bahagian terbesar harus buah ini, kerana di dalam tomato terdapat potasium, vitamin C dan serat, dan dalam satu mangkuk tomato terkandung 9 mg sodium saja.
Minuman ini boleh jadi diet sodium yang sihat kerana keperluan anda akan sodium tetap dipenuhi tapi dalam jumlah yang minimum. Tentu tidak membahayakan keadaan kesihatan anda. Seboleh mungkin pilihlah tomato segar untuk dijus, kerana tomato olahan yang dijual di pasar raya sering kali mengandung sodium yang lumayan tinggi.
BUAH BERI
Apa saja yang termasuk dalam kategori buah beri? Anda boleh sebutkan satu per satu yang anda kenal; strawbery, blueberry, blackberry, dan raspberi.
Tak hanya bentuknya yang menarik, buah beri dikenali kaya manfaat kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu mangkuk buah beri mengandung 200 mg potasium.
Berapa banyak potasium yang anda perlukan untuk mengatasi darah tinggi? Sehari sekurang-kurangnya diperlukan 4.700 mg pengambilan potasium, jadi kira-kira 23 mangkuk buah beri yang anda perlukan dalam sehari.
Tak sukar memakan buah sebanyak itu asal anda mengolahnya dalam bentuk jus segar. Selain potasium, buah beri juga mengandungi serat dan vitamin C.
OREN
Oren sudah nyata sebagai buah yang kaya vitamin C. Ternyata, selain vitamin C, buah ini juga banyak mengandung kalium, serat, dan rendah sodium.
Rasanya yang manis tak menyusahkan kerana boleh kita makan langsung tanpa dijus. Tapi, tak ada salahnya kalau anda ingin meminum jus oren yang segar untuk menu sehari-hari anda. Apalagi keperluan potasium untuk mengatasi darah tinggi cukup besar.
SAYUR-SAYURAN HIJAU
Anda pernah minum jus brokoli? Anda menyukai rasanya? Sebahagian mungkin menjawab, "Iya! Saya suka." Sebahagian lain menjawab, "Argh! Tak enak sama sekali." Wajar, kerana tidak semua orang suka sayur.
Brokoli hanya satu contoh sayuran hijau yang mengandungi potasium tinggi, tapi rendah sodium. Selain brokoli anda boleh pilih sayur-sayuran hijau lain yang disukai, bayam boleh jadi salah satu alternatif.
Sekarang, anda boleh senang kerana ternyata ada beberapa jus nikmat yang boleh anda buat sendiri di rumah untuk mengatasi darah tinggi. Tapi, tunggu dulu!
Jus yang sihat dan menyihatkan ini akan lebih bermanfaat dan boleh mengatasi darah tinggi jika anda mengolahnya tanpa gula. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam perjuangan melawan tekanan darah tinggi.
Thanks :)