Saturday, July 27, 2013

Seteressss kejap !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semakin kita dewasa semakin sukar sesuatu pekerjaan yang kita lakukan , pemikiran pun haruslah matang , memandangkan aku ni , terasa seteresss dengan pelajaran . woho aku seteres bukan dengan semua subjek tapi ? dengan satu subjek daripada 4 .


Macam degil jugak lah aku ni , ramai yang cadangkan agar jangan masuk form6 , aku degil . aku nak cuba . lepastu pilih aliran maut pulak tu , yeah sebab aku rasa aku mampu . subjek killer tu sejarah , ramai giler pelajar tak suka sejarah sebab kena karang mengarang panjang berjela , demi semangat aku untuk mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang peguam , aku gigihkan diri menimba ilmu dan Alhamdulillah subject sejarah yang kawan-kawan duk cakap killer tu aku boleh skor , aku rela batalkan pembelajaran aku ke institusi pengajian lain dan memilih STPM , tapi masalah aku cuma geografi .


Subhanallah , subjek tersebut merupakan masalah bagi aku , seteres aku . dah la aku ni apa jadah geo aku dah lupa , maklumlah form 4 and 5 , mana aku amek geo . last amek geo pun masa form3 . last-last masuk tg6 kena amek geo , walawei . susahnya , tap sabojela .


Cikgu bagi latihan , aku memang konpius giler ah , memandangkan sistem sem sekarang , jadi format pun baru lah . aku geledah buku demi buku tak jumpa pun apa nak jawab dalam soalan geo , dahla geo tu esei . aku ni jenis lambat pick up especially dengan geo , aku hanya suka subject inggeris . sebab boleh cakap mat salleh , hahaha . nasib tg6 ni ada muet , so boleh jugak hilang seteres aku , aku suka inggeris sebab enjoy! back to geo , aku ingat kan aku jer yang jenis blurrrr dengan subjek ni . tapi rupanya ?


Kawan aku yang satu sekolah masa form5 dulu pun sama , memandangkan sekolah kami tak amek subject geo untuk menengah atas , jadi agak kesukaran bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tg6 , namun pelajar dari sekolah lain mereka dah ada asas geo , sebab sekolah mereka amek geo . so tak terasa susah la bagi mereka .


aku : tasya , saya tak reti lah nak buat geo ni ? ajar eh .
tasya : saya pun tak buat jugak lagi , blurrr sebab jawapan takde dalam buku .

aku : dilah , dah siap belum geo ?
dilah : belum , tak reti . and memang dah cari berkali-kali takde jawapannya , nampaknya pakai hentam sajalah malam nanti kerja sekolah tu , asalkan siap .

see ? ni baru duorang , yang lain pun sama . jadi aku tekadkan dalam hati aku lepas ni nak masuk tuisyen ! seteres aku main tak jumpa jawapan , bukan tak boleh jawab , boleh sangat cuma keliru sebab buku penggal 1 ni , macam-macam jenis . buku A kata lain , buku B kata lain . aiyoyoyo

tempek besar-besar buku geo ni , biar jadi senang dengan subjek ni nanti , inshaallah ! 

p/s: harap-harap dapat masuk pencalonan anugerah pelajar terbaik semester 1 nanti , nebes eh . exam start 20 november , tapi bagi aku sekejap je masa tu , kena start study dari sekarang .

mak kata : bersusah-susah dahulu , bersenang -senang kemudian .

Thanks for reading .