Saturday, August 3, 2013

Started missing everyone !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tetiba hati dah mula rindu semua , tahun ni raya sah-sah aku kena balik kl tapi 1st and sec day ada dekat rumah lololo . Adik pulak balik ke terengganu , haiyaa terpisah la kami :P sedih konon .

Started missing everyone , rindu tokwan ! rindu tokki . tapi apa boleh buat .

Rindu mama , rindu papa ! rindu adik beradik ! rasa macam feel buat gangnam style raya tahun lepas masih terasa , hhaha . time tu dah raya ke3 balik rumah mama , mama buat open house . so kemain ramai family mama kumpul , so apa lagi buat video la eh , oppa gangnam style kekdahnya . hahaha

tapi malangnya malas nak upload youtube , tunggu punya tunggu panjang berjela . hahaha

Hai semua , baju raya korang dah start beli ke ? aku . memang tak lah . macam tahun tahun lepas , malam raya baru sampai baju melayu aku dari kl, abah memang nak kena . . since aku dah besar gedabak ni , aku mintak cash money dengan mak sebab nak shopping sendiri untuk raya tahun ni , hahaha

Esok baru nak start cari semua , tapi baju tshirt mama dah sponser satu and paklong sponser satu , jadi esok kerjanya aku keluar cari baju lagi. hahahaha .

Bila dah guna duit sendiri (walaupun mak bagi) rasa sayang pulak nak membelanjakan duit , hahaha .

Missing everyone of MAZLAH MAMAT family aka MM family . !


Kamera atau Handphone ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Raya dah nak dekat , since bulan lima hari tu lagi duk survey kamera , sebab hati ni memang gedik sangat nak ada DSLR sendiri sebab tak sedap hati eh asyik guna yang abang punya , siap tanya ramai orang lagi apa kamera yang terbaik untuk digunakan , siap survey dengan tauke china lim hok tu lagi , dia cakap kamera terbaik canon . tapi saya nak nikon !

Lepas beberapa kian , terfikir pulak . nak handphone , since note1 dah sedekahkan dekat puan ibu jadi kita hanya guna handphone blackberry je lah serta samsung cap ayam  , jadi sebabkan fikir nak beli note 8.0 je sebab boleh update blog walau dimana saja berada terus berat hati nak beli kamera .

Tapi saya pening serta konfius sebab kamera pun amat diperlukan , note tu pun diperlukan jugak sebab senang nak update blog walau dimana berada .

Bila saya fikir balik , kalau beli note macam rugi je sebab tak dapat nak amek gambar yang berkualiti bagus , lagipun handphone pun dah ada , macam membazir je .

Kalau beli nikon pulak , saya pernah ada kamera komang tapi kualiti dia okay jugak , terasa suatu pembaziran jugak disitu .

Jadi apa pendapat kalian ? tolong komen segera eh . ingat gadget tu nanti nak buat raya . ke baik tak payah beli ? simpan je duit dalam tabung haji .



komen anda amat dihargai :)

Ya ALLAH izinkan aku .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku bercita-cita tinggi , cita-cita aku nak jadi seorang anak yang berjaya . Selain tu , aku punya satu hajat dan cita-cita , aku nak jejakkan kaki ke rumah ALLAH :( tetiba sayu .

Bak kata mama , tempat paling sesuai untuk meluahkan kesedihan adalah rumah ALLAH , serta tempat untuk mengadu dikala sedih adalah dengan ALLAH .

Ya ALLAH izinkan aku menjejakkan kakiku ke rumahmu suatu hari nanti .