Wednesday, August 7, 2013

Salam Lebaran dari CARL LESMANA .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca blog carl lesmana , tak kira pembaca tegar mahupun pembaca yang tersesat di blog ini , maaf zahir dan batin . tulus ikhlas dari saya CARL LESMANA  .duit raya jangan lupa ooooo :) .

kepada yang memandu untuk pulang ke kampung , berhati-hati lah ya di jalan raya , ingatlah orang yang tersayang :)

Sekian terima kasih

Dania oh Dania !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dania oh dania .

Hahaha see the title right ? so kali ni saya nak post pic saja bagi menggantikan karangan yang panjang berjela . haha . dania is my cousin daughter . hari ni dia ikut mak saudara saya datang amek adik sebab adik nak balik terengganu rumah atuk , so kemain si dania ni masa saya snap gambar keluarga , siap panggil suruh amek gambar dia lagi hahaha. okay la , entry kali ni saja nak tunjukkan anak-anak kecik sekarang , dah maju . tengok kamera saja , dah pandai pose :) ekeke . haha nasib dia tak nangis tadi , sebab mama dengan papa dia(sepupu) tak datang .

Memandangkan dia dah ada adik kecik sekarang , dia bahasakan diri dia " kakak " , marah benau dia panggil dania . hahaha .







 adik dengan dania :)
























p/s: dania ni asal kl , dia balik kampung kat terengganu sempena esok raya . ngeh3 .
pandai ko posing ya , :)
Thanks for reading !

My Last Ramadhan in 2013 .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah , hari ni kita dah memasuki hari akhir ramadhan . yang mana esok kita akan beraya ! ngeh3 ayat tak boleh blah .

Alhamdulillah jugak sebab pagi ni sempat bangun sahur , walaupun mata tak terbuka dek kerana penat , semalam kemas rumah sampai 12 malam . biasanya bulan puasa pukul 10 lebih balik terawih dah kroh kroh atas katil .

Terima Kasih kepada bonda , sebab dalam masa beberapa minit saja dapat menyediakan masakan .saya bangun tadi 5.15 am . ada 15 minit gitu lagi sebelum imsak , biasanya 4.30 mak dah kejut semua anak-anak . hahaha

Hopefully , dapat jumpa lagi dengan ramadhan tahun depan . Inshaallah . selamat berpuasa ! :)


Thanks for reading .

Baju Raya !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua , esok last day kita berpuasa . rasa sayang pulak nak berpisah dengan bulan ramadhan yang penuh mulia ni . Lusa dah raya ? oh tidak .

Feel raya memang 0/ ZIRO /SIFAR . takdok langsung eh . hahaha . okay based on title baju raya , what does mean baju raya for me ? bagi saya ada baju melayu pun dah cukup , kira raya la tu . tiap kali raya memang saya akan kalut kalau takde baju melayu , and alhamdulillah beberapa hari yang lepas dapat jugak baju melayu sepasang  , ngeh3 =P

Tema saya tahun ni biru turqoise , awak awak pulak kaler apa ya ? heehe . heran saya ada sesetengah kawan-kawan yang sengaja tak nak ada baju melayu , dorang cakap membazir , sebab baju melayu baru tu just pakai on pagi raya lepastu tak pakai  , but for me , baju melayu melambangkan raya bagi kaum lelaki . kalau tshirt tu saya tak kisah sangat , sebab bila-bila masa je baju baru , rasa macam tak feeling . kalau dengar baju melayu i adooo feeling ngeh3 .


 ketupat rendang , sila nikmati kawan , enak dimakan . . . . . . .  (mak buat tadi , then masuk freezer )


 abaikan tudung puan ibu dekat belakang , hahaha baju saya letuww aw aw =P


 Abaikan hello kitty dekat belakang , ini kerja si adik . habis wall bilik sterika dia tempek dengan hello kitty dan kartun serta nota-nota ringkas senang dia nak hafal , sebab dia selalu study dekat bilik ni .


terima kasih IZZAH BUTIK COLLECTION =)

Thanks for reading !