Monday, October 21, 2013

runsing .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Belajar , selama ni aku tak pernah ada hati dengan tingkatan 6 , dulu aku tak suka yang teramat sangat . malahan aku boikot diri aku daripada masuk form6 . malangnya Tuhan itu maha adil , dia tempatkan jua aku di form6 , pada mulanya aku lemah semangat .

Pernah tak korang , diberi pilihan untuk memilih ?

Aku ? memang banyak . dulu sekali , aku jadi macam tak betul sebab terpaksa memilih institusi untuk meyambung pelajaran aku . Antara universiti dan tingkatan 6 , aku memilih universiti . tapi takdir tuhan aku ditempatkan di form6 atas faktor tertentu .

Aku lemah , lama aku menghilang . lama aku menyepi . setelah lama di tingkatan 6 , aku bertekad mungkin ini takdir tuhan pada aku , aku kena terima . aku tekad . aku nak berjaya , kalau tak sia-sia mak ayah hantar aku belajar .

Aku pernah update dalam entry yang lepas , aku target trial sem1 aku 4 C . aku repeat EMPAT C okay . bukan 4A sebab aku tahu diri aku siapa tak mungkin untuk target tinggi . tapi keputusannya sangat memberansangkan bagi aku , atas tanpa usaha aku . Aku tak belajar rajin-rajin pun , homework aku tak pernah buat , aku boikot diri aku . keputusan trial aku dapat 1A bahasa melayu 1B+pengajian am dan 2Csejarah dan geo . atas sebab pengajian aku tinggi , aku terpilih untuk menyertai kem kecemerlangan , alhamdulillah pointer aku 2.9 lebih. tapi ?

Sekali lagi tuhan menguji aku , ya aku darah gemuruh . aku tak dapat buat keputusan dalam masa segera . date untuk kem sepatutnya jatuh pada 22 oktober . dan berakhir 24 oktober . malangnya , date tu telah ditukar atas kesilapan teknikal . pada 25 , sehingga 27 . sedangkan 26 oktober tarikh tiket aku nak balik kl . sebab ahad tu aku ada urusan penting yang tersangat penting .

Jadi , aku tabahkan diri . bersabar ! dan aku berbincang dengan cikgu aku , yeah bila aku bagitahu sorang cikgu aku tak jadi pergi , aku dapat tengok betapa sedih muka dia . so masa aku discuss la dengan ibu aku , ibu aku cakap pergi kem sehari je . 25 , and 26 . pada 26 malam aku akan balik .

aku macam lemah semangat sangat , rasa macam nak pergi kem pun takdak mood . nak balik kl pun takdak mood , aku sedih . bila aku tahu je date delay . aku menangis . sebab kem ni sangat bermakna bagi aku ,. sebab kat sini lah aku akan jumpa orang yang paling aku sayang . sebab dia merupakan penceramah kat sana nanti . namun urusan di kuala kumpur juga sangat penting . namun aku kuatkan kesabaran . sabar -sabar . tapi . . . hati aku tetap gemuruh tidak tenang . aku runsing .

Ya tuhan , ujian apakah kali ini . aku terpaksa membuat pilihan . ya aku buntu , aku runsing .