Wednesday, December 18, 2013

Pengalaman ! cuti di hospital USM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengalaman . yeah today i'm going talk about my experience .

Nak mula macam mana eh , okay ceritanya berlaku minggu lepas . Sepupu saya yang saya dah anggap macam ayah ( dia jaga masa saya kecil ) terpaksa dikejarkan ke hospital atas kerana berlakunya pendarahan dalam kepala dia , masa dia jatuh depan tangga , on that day saya dapat call dari isteri dia , saya terus tergesa-gesa pergi rumah dia . Then masa sampai terus call ambulans , and saya lah orang yang ikut dia naik ambulans ke hospital daerah kami . Masa tu Allah saja yang tahu apa dan bagaimana perasaan saya ketika itu , hati kecil ini mula berfikiran macam-macam .


Disebabkan anak-anak dia yang masih kecil isteri dia kena handle anak-anak dulu sebelum gerak ke hospital , so semua urusan dekat hospital daerah kami saya yang handle . Then jumpa doktor , nasib ah diri ni dah terbiasa dengan persekitaran hospital sebab selalu warded . So takdelah segan nak tanya-tanya doktor . Keputusan doktor ,

your cousin need to transfer to Hospital USM , for scan . sebab dekat sini takde scanner kepala (lebih kurang gitu lah ayat dia ) mentang-mentang saya speaking , dia terus cakap mat salleh . pengalaman .k the main point  kat sini is nak cakap pengalamannya , saya kena urus hal sendirian . biasanya kalau saya sendiri warded semuanya mak ayah yang uruskan . haha .


So  masa kena gerak pergi HUSM tu saya jugak yang kena naik ambulans , gerak dari hospital daerah kami ke Husm , nurse garang gilosss . k dia cakap macam bentak-bentak gitu , hoi tak tahu ke aku ni anak manja mak ayah aku , tak pernah kena bentak . dia tak tahu ke aku pemes , hahaha . kan tak pasal-pasal naik nama dekat blog ni , itu tak penting okay .

Yang pentingnya , masa sampai dekat husm , terus saya dan sepupu dibawa ke bilik ct scan , ini first time saya jejak husm . Scary wohhh area bilik ct scan sebab takde orang langsung dekat situ . Sendirian saya kat keluar , nasib duduk kejap akak sepupu datang(adik sepupu saya) , then tak rasa takut sikit bila akak saya dah ada dekat sana .


Masa dekat sana , doktor kami doktor india untuk sesi pertama . Yeah ! nak cakap baik gila doktor tu , serius cakap . So , saya bila doktor baik mood nak berinteraksi pun ada , memandangkan only me was there and yang dibenarkan masuk hanya seorang , so saya lah yang kena handle semua tu. Dan kena tunggu keputusan scan about two days gitu , so maknanya ? sepupu saya kena warded lah dekat husm ni . yang tak takutnya kes akak saya ada . semangat sikit .


Mula-mula tu , nangis weyh . mesej semua orang , well i never doing such thing like this . sendirian . malam tu about 2 am gitu ada nurse lelaki masuk check , fuyoo handsome ! k puji nurse dekat sini memang handsome , k tak nak balik , sebab abang tu muka kpop. terus ajak abang tu borak-borak . Mula-mula tu scary wohhh sebab kiri saya abang tu kemalangan , so time dia tidur pernafasan dia akan bunyi kuat sangat , and kanan saya pak cik yang kena kanser tahap 4 , hoi bahaya . Bila tengok abang misi macam muka korea sorang demi sorang dan tak sombong bila orang tanya , terus jadi semangat .

Okay , i see the abang misi buat kerja , dia tukar pampers orang sakit , salin pek air kencing bagai  , semoga ALLAH merahmati mereka , sebab jadi misi ni kerja amal , and pahala dia banyak . saya ni manusia paling cerewet dalam dunia , serius . mak saya cakap . so masa abang sepupu saya ni sedar , sebab almost half day tidur , mulut macam kering , yeah i do . saya lap -lap mulut dia bagai , entah masa mana Allah bukakan hati ni untuk tidak jadi cerewet .


So , keesokannya saya balik rumah . rehat . after a few days pulak , saya pergi balik hospital , kira ganti orang menunggu . yeah sepupu saya dah sedar , so masa doktor cakap dia kena sakit berkaitan dengan saraf or lebih famous strok , ingat mak cakap "layan kerenah orang strok kita kena banyak sabar " so kuatkan kesabaran .

Then , masa saya pergi kali kedua , sepupu saya dah boleh transfer ke wad biasa , Alhamdulillah berkat kuat semangat dia , doktor cakap dia dah slow-slow pulih ,  so nurse kat wad tu pun macam baik jugak lah , well i saw lah nurse dekat wad 1 ni dah macam lepas tangan and tengok perkembangan . and bila tak boleh baru dia tolong balik . and malam tu , dengan tidak semena-mena , abang saya ni buang air besar , nangis hati ni . serius korang tahu , saya tak pernah buat semua tu . then mintak tolong abang misi .


Alhamdulillah , bila kita ikhlaskan hati semuanya dipermudahkan olehnya , semua orang dekat rumah heran bila saya yang lap basuh semua sisa-sisa air besar abang , (pakai sarung tangan okay ) . baru saya tahu " jadi nurse tak senang , and kena banyak sabar " saya bersyukur sebab saya berjaya berkhidmat , walaupun kerja tu agak kotor , basuh yak yak orang mampu kau ? nurse tu senyum , sebab maybe tak semua orang boleh cuci yak yak orang , mak dan mama paling heran sebab saya manusia cerewet , mana boleh kotor sikit terus direct complain . Alhamdulillah , lepas tu masa pagi tu abang misi kejut saya and ajar bagi susu dekat abang saya ni , yeah one more thing i had learned here .

And , begitulah seterusnya sampai abang sepupu saya discharge . awak tahu tak masa saya nak buat semua ni , saya fikir . " kalau abang misi boleh buat , aku pasti boleh buat " najis manusia bukan apa pun , then saya fikir , andai itu berlaku pada saya , adakah orang akan basuh yak yak kita ? think twice .

Masa dekat sana , jumpa doktor pelatih , muda-muda lagi . yeay ! i got a new friend. nama dr tu yee liong , serius baik , i didn't expect that he was really kind to me , then berkenalan change our card gitew. hahaha. yang bestnya tak keluar sepatah pun bahasa melayu , hahahah mula-mula dia ingat saya tak faham dia berinteraksi dengan doktor pelatih lain , tapi saya reply in english and our conversations terus bermatsalleh dekat situ .

then terfikir , " kenapa zaman sekolah aku tak belajar rajin-rajin kalau tak boleh jadi doktor takpun nurse " tapi , hati ni nak jadi peguam . muehehe . assalamualaikum .

serius , jaga orang sakit banyak beri pengalaman , then terfikir masa saya warded dulu , begitulah mak jaga saya . then menitis air mata . actually masa menunggu tu , saya tunggu dengan mak sedara saya aka mak abang sepupu ni , mak saya anak bongsu , so umur mak dan abang sepupu hampir sebaya . and bila fikir jasa abang sepupu jaga saya masa saya kecik dulu , tak salah kan kita berbudi balik . ingat jasa orang =)

 abang yang kena langgar , kemalangan , dia dari tingkat atas sekali dengan sepupu saya , then turun kebawah pun sekali .



 tenat time ni , kesian sepupu . bangga sebab dapat jaga dia , walaupun sekejap. falshback 10 tahun lepas , dia jaga saya =)


malam tu saya tak tidur , main tab sambil berbual dengan abang misi =) depan tu uncle cina .



muka , demam . anyway pop phone cantik ni saya beli dekat instagram : most_beautiful_store 
serius comels sangat .

Cuti ni balik kl sekejap je , then bila insiden ni berlaku , saya kenalah ingat jasa orang jaga kita , so kita jaga balik heheehe . and mak pesan taw also notes tu awak-awak " buat kerja biarlah ikhlas baru dapat keredhaan Allah "

tadaaaa =)