Monday, December 22, 2014

TAHNIAH DR. FATIN LIYANA ASRI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Okay, okay macam mana eh aku nak mulakan? Okay-okay. firstly i would like to say congrats to Dr. Fatin Liyana aka kakaten atas berita pertunangan beliau yang aku ketahui dari blog kakcah aka mekcah aka blog Love is Cinta .


By the way terima kasih kakcah atas makluman tersebut. okay, aku buat entry ni nak cerita sebenarnya how fatin liyana inspired me.


Aku follow life fatin liyana ni sejak zaman aku form3 di tahun 2010, masa tu aku kenal dia pun acah tak acah walaupun dia tak pernah kenal aku, tapi benda paling penting aku pernah ingat dia pernah reply komen aku adalah berkali-kali jugak zaman tu masatu pasal nak exam pmr rasanya kihkihkih berzaman. bayangkan zaman tu aku baru umur 15 tahun dan sekarang aku dah nak cecah umur 20 tahun. dari zaman aku jadi budak kecik sampai aku jadi orang besar, dah 5 tahun lebih dah.

Okay, aku kenal blog fatin liyana ni pun dari blog kakak ipar beliau iaitu Maria Elena, iaitu salah seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Entah aku tak tahu nak cakap macam mana, yang jelas i'm enjoy read all of their writing.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay, port fatin liyana. dia banyak memberi inspirasi kepada aku melalui penulisan beliau. sumpah aku cakap dulu aku selalu mudah give up, mudah down, malas belajar bagai, masa zaman sekolah dulu aaaa. tapi melalui pembacaan di blog fatin liyana, banyak memberi feedback yang positif la pada aku. ginilah senang, bila aku baca blog dia pasal pelajaran ke hape ke aku jadi rajin-- ahaks.

lepastu port paling aku suka pasal travel. melalui pembacaan di blog beliau lah aku pernah travel sorang diri di singapore di usia 17 tahun zaman tingkatan 5. serius.


Aku minat fatin liyana ni bukan sebab cantik ke hape. okay tipu. dia memang cantik. aku minat cara dia, based on pembacaan aku selama bertahun-tahun, aku nampak fatin liyana ni seorang yang kuat semangat. tak pernah mengalah, sentiasa menghadapi cabaran dan dugaan dengan tabah--bsaed on akulah-- so, bila orang yang kita minat tu semuanya positif dengan secara tidak langsung segala pasal kita pun akan jadi positif giteww.


tapi serius, penulisan fatin liyana banyak memberi insipirasi sepanjang aku menulis dari tahun 2010, sehingga sekarang.

oh pasal pertunangan. terbaik aaaaa. dalam diam. ekekeke. no wonder sebab selama ni aku follow instagram beliau tetapi ada suatu hari tu aku try cari dia dekat instagram tapi tak jumpa, and pernah jugak dia private kan blog dia untuk seketika. muehehe.

apapun----

TAHNIAH DR. FATIN LIYANA dan pasangannya DR ANWAR FAZAL =)

sumber berita : blog hazanis aka love is cinta.


Friday, December 5, 2014

PERSEPSI --

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk menulis dan menulis, idea dan mood menulis kembali mencurah-curah.

PERSEPSI --


aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa tajuk ni paling sesuai untuk entri malam ni, sejak di postingkan di satu kawasan pendalaman lah jugak (walaupun sebenarnya tidaklah pedalaman sangat).


tadi, peristiwanya begini. hari ni kan hari jumaat, dan wajiblah bagi umat islam yang bergelar lelaki tu ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, kalau jenis tak pergi solat tu ko pondan kbai. okay jangan amek port sangatlah. aku pun tak tahu acane nak explain pasal persepsi ni.


gini, bulan lepas adik tunggal perempuan aku kena samun. alah adik aku baru saja tingkatan 4. time tu dia ada kem kecemerlangan di sekolah kluster berdekatan rumah mak, jadi sebab tak nak susahkan mak, adik pergi sekolah naik basikal saja memandangkan sekolah yang dia kena hadiri kem tu dekat saja.


time balik, kem tamat awal lebih kurang pukul 12 gitu. dia lalu lorong dekat taman rumah, ada lah dua ekor manusia spesis asdfghjkl. lelaki berjubah duorang, adik tak expect manusia duaeko ni ada niat tak baik. tapi pakai jubah la. adik lalu je depan dorang sebab expect orang nak gi solat zohor sebab dah nak masuk zohor memandangkan masjid dekat je.


masa lalu, dua eko asdfghjkl ni(okay saya kejam sebab nak marah) tolak basikal adik, siap acu pisau dileher. masa kejadiaan tu saya memang takde dekat terengganu sebab saya dinegeri orang. dorang samun adik. habis beg sekolah dorang selongkar, satu telefon bimbit yang saya berikan pada adik dorang rembat lepastu duit belanja sekolah adik RM15. sedih tu sedih jugak sebab telefon bimbit tu kesayangan. blackberry torch kot. trend dulu-dulu walaupun sekarang orang tak pakai dah model bb tapi aku tetap sayang jenama blackberry ni. nasib tidak berlaku apa-apa yang buruk pada adik. dorang nak amek duit ke handphone ke ameklah janji adik selamat. aku tahu pun petang tu lepas habis officehour mak call cakap baru balik balai polis.


okay-- persepsi, bukan air pepsi okay =P


aku dipostingkan di pedalaman lah jugak, tiap kali pergi solat dekat masjid mulut aku terkumat kumit menghitung manusia. dan aku rasa malaysia dah macam oversea tau. sebab apa? pelbagai jenis manusia boleh jumpa. vietnam, pakistan, indonesia, nepal, mat salleh bagai. dan juga kat tempat aku ni ramai spesis manusia yang alim dah lebai, bukan nak kutuk tapi cakap okay sebagai bukti untuk memahamkan engkorang yang baca. time pergi solat jumaat aku jumpa ramai yang jenis pakai jubah labuh bagai macam ahli ulamak aaaa, maklumlah sini banyak pondok-pondok dan budak-budak tahfiz, tapi sejak berlakunya peristiwa adik aku kena samun dengan manusia yang konon lebai aku jadi trauma.


dan aku bila nampak je orang berjubah aku jadi anti dan takut. bukan apa. maaf kalau ada yang marah. tapi itu fact dia, aku jadi takut. pandangan aku pada dorang mesti akan jadi negatif sebab takut.


so, sekarang aku nak nasihatkan korang please do not trust any person who is good looking.

sebab apa, kita tak tahu hati budi orang. pemakaian tidak melambangkan keperibadian dah sekarang, rasa macam ge seram pulak.

aku tahu mesti korang nak cakap

" DON'T JUDGE THE BOOK BY IT COVER KAN"
" TAK BAIK BERPANDANGAN NEGATIF "
" JANGAN INGAT SEMUAORANG SAMA"

aku tahu ayat ni mesti akan keluar, tak kena batang hidung takpe. cuma orang sekarang memang amat susah untuk dipercayai. sekian persepsi okaybai. Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang.


kat bawah video, okay. saja je :)



Thursday, December 4, 2014

Bahagia yang aku cipta.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kadang aku tak tahu sampai bila aku harus menipu diri ini, aku telah berubah dengan bukan jadi diri aku sendiri.

Lepas aku terkena suatu ketika dahulu aku tak tahu samaada sampai bila aku akan terus menyimpan demdam walaupun aku tahu demdam akan memakan diri sendiri.


Aku tak tahu, mulut aku kerap kali bilang perkataan benci tapi kenyataannya hati aku sayang. entah. aku pun tak pasti sampai bila.


Apa yang penting, aku juga layak bahagia.




Tuesday, December 2, 2014

TAK TAHU. APA AKU MEREPEK NI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


duka sering melanda setiap insan
hati yang galau sering membuat hati terlena
dengan segala keluh dan kesah
menumbuhkan sikap diam

tak terasa waktu demi waktu telah berlalu

usia kini semakin tua
arah hidup semakin tak jelas

kemana kan mencapai asa
tuhan telah beri kita kekuatan
akal,
pikiran
dan hati yang menjadi pembimbing arah
menciptakan ketenangan jiwa yang sunyi.

tak terbayang jika hari ini
hati galau bisa menikmati indanya
hari bahagia
hanya ketulusan cinta dan kasih yang bisa
menjadi pelipur lara dan duka

astagfirrullah Al azim... adalah kalimah
terindah di saat kita menikmati kegalauan hati yang sunyi.
terimakasih yaa..tuhan kau selalu bersamaku dalam
setiap detik nafasku...


Tuesday, November 25, 2014

APAKAH INI NAMANYA PUTUS ASA ? TIDAK!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apakah aku harus berhenti..
ketika mimpi tak lagi punya erti
lalu.. 


akankah aku harus tetap terdiam..
ketika angan hanya sebuah harapan
yang tak mungkin untuk terwujudkan
sungguh.. 



aku sangat lelah
dan terima kasih kerana telah memberiku luka
aku sirna... 



seperti bayangan menjelang terang
hilang tanpa sedikitpun akan tetap di kenang
seperti layangan yang telah kehilangan benang
tanpa arah dan lalu hilang tanpa tujuan.


aku jenuh..
dan kapalku tak kunjung berlabuh..
hingga terlupa cara melempar sauh..
aku tersesat di tengah hutan yang begitu gelap, kelam dan begitu suram


aku kalah.. dan aku kan mengalah
tolong aku..., aku seperti serigala yang kehilangan rembulan..
melolong penuh kerinduan..



kakiku perih kerana berlari tiada henti, berdarah dan bernanah
menuju lembah fatamorgana
dimana kebahagiaan.. keluhku pada harapan..
dimana kedamaian.. teriakku pada keramaian
aku mati..



bahkan  nisanku tiada yang menangisi..
cuma sebongkah batu yang selamanya akan membisu
hanya selonggok tanah merah.. yang akan mudah terlupa..



tapi harus ingat satu perkara 


“Kerana sesungguhnya disebalik kesusahan itu ALLAH telah janjikan sebuah kesenangan "

Monday, November 17, 2014

UNEXPECTED VACATION - MELAKA


Assalamualaikumwarahmatullah.

Maaf lama tidak mengemudi blog picisan hamba ini, bukannya tiada idea. idea mencurah-curah tapi masa sahaja yang sangat mencemburui. okay entri aku kali ni panjang berjela, mohon kau kau bersabar baca okay, sebab segalanya aku nak tulis dalam ni sebab aku malas nak update untuk part2 atau part3 sekian.

oh okay.


Haritu :) iaitu 2 minggu lepas, masa tengah lepak dalam opis ada akak attendant inform aku bahawa aku kena pergi kursus dekat melaka, aku ni memang dah start bengong dah time tu sebab aku memang tak suka pergi kursus. serius aku cakap zaman sekolah dulu aku paling tak suka pergi kem, sebab bajet aku kursus ni umpama pergi kem aaaa. bajet 3 hari 2 malam gitu, malangnya tidak. kursus kali ni seminggu dan bertempat di melaka.



Aku time ni sedang bercuti di terengganu, terus direct amek bas ke kl balik rumah akak aku. keesokannya iaitu 09/11 which is date pertama kursus yang juga bersamaan hari jadi aku, bajet pukul 10 gitu kakak dah hantar pergi melaka. wadehel wadehal menatang ni la duk main dalam fikiran aku. sebab aku memang allergic dengan kursus. serius.



Masa sampai dekat tempat tu D'village Resort Ayer Keroh melaka, aku semacam erghhh biasa je tempat dia. (aku bengong, sekian. jahat benau aku sebab kutuk tempat tu pada permulaannya) padehal tempat tu terbaik. motifnya sebab aku tak nak pergi kursus, ko faham tak betapa degilnya aku still salahkan persekitaran padehal aku yang bengong hahaha. bukannya apa sebab birthday aku kot, dahla tak dapat celebrate dengan bonda, takpun dapat sepotong kek pun jadilah. sedih woi :(



So, masa check in tu aku dah nampak dah sorang mamat ni, muka sebijik duabijik cina , kakak aku dah cakap dah maybe dia jadi roomates aku based on beratur sebab aku beratur belakang mamat tu. cehhhh. ego lagi time tu, ko faham k aku kan ego melampau. 



Masa masuk bilik, oh i see nama dia brian richard, kategori abang2 bagi aku okay, aku maintain muda sekian. :3 dah berkenalan bagai, aku turun balik jumpa kakakabang aku, terus sedih gila masa dorang balik. serius aku rasa oh aku ditinggalkan disini. sedih sedih. TAPI?


lepas masuk bilik, havoc kot, baru aku tahu roomates aku ni best gila, sepanjang aku stay dengan dia kemas je bilik, padehal aku lah manusia paling cerewet, tapi stay dengan dia best ah sebab dia seorang yang pembersih okay sekian.


k dah, cukup cite pasal roomates, kang kembang duabijik lubang hidung brian tu baca aku puji dia lebih-lebih. hahaha



okay aku nak cite pasal program pulak, pasal program. jadual tersangatlah pack. gila ko, bangun 5 pagi tidur balik 12 malam lebih. penat sehhh. tapi aku rasa nikmat selepas beberapa hari. first day tu aku tak kenal orang lagi, well bak kata pepatah rusa masuk bandar ke eh ? ke mendape. haha begitulah aku, but on the next day. macam biasa akulah manusia paling ceria kahkahkah.


Masa dekat sana, aku rasa akulah manusia paling bertuah. lepas beberapa hari mungkin aku rasa mereka dah kenal kot aku macam mana, haha manusia paling manja dalam dunia muka gangster berlagak tapi manja. hahaha lepas beberapa hari aku stay dengan semua peserta kemm baru aku tahu perangai masing-masing and serius aku rasa adik beradik aku ramai gila k. 111 orang kot kalau tak silap peserta kursus tu.semuanya adik beradik aku, kami dari social welfare department.



Okay, aku tak nak memanjangkan cerita yang sememangnya dah panjang. benda paling penting aku dekat melaka ni, aku dapat sorang abang yang bapak aaa sangat sehati dan sekepala dengan aku, nama dia ariff affendi,


aku tak tahu acane, dia boleh tarik perhatian aku. padehal aku ni manusia yang susah nak terima orang luar dalam hidup aku, especially pasal adik beradik lepas beberapa tragedi pahit menimpa, namun seminggu bersama beliau aku rasa happy gila serius aku cakap aku happy, dengan style dia , dengan cara dia ketawa, pembuli tegar aku hahahahahahaa. and everythings good goes to him. sekian


Okay, stop. malam tu malam khamis tu. aka malam kelima kami semua peserta program dibawa meronda bandar melaka, and i spend all the time with him alaaaaa mamat sado tu la. yang penting dia berjaya buat aku ketawa, bukan setakat kawan tapi abang. bestla, first time aku naik menara femes tu ala menara taming sari tu, takdelah best mana ponnnnnn cuma aku rasa best sebab tarikan dari abangriff aku tu. hahaha semangat nak naik sebab ada dia hahahaha.



Okay, style aku aku memang tak suka nak berkawan dengan orang lebih tua dari aku, style aku orang yang lebih tua dari aku, aku anggap dorang macam kakak abang aku. serius masa lastday tu aku backmud gila kot, sampai kaknorzie dengan kakno komplain aku masam, aku biasalah budak emosi melampau. bonda call malam tu siap nganjing aku sebab dia tahu aku kalau dah mula sayang orang nak berpisah memang susah, itu style aku k.



Masa balik aritu, aku nangis woihhhh, masa sangat mencemburui kami, arghhh benci. aku nak spend time dengan mereka lagi. tapi takpe, kami dalam jkm ni pasti akan bertemu lagi. dengan bangriff aku of course la, harus and wajib

sebenarnya banyak benda kelakar dan menarik aku nak cite, tapi takpelah jumpa lagi kbai, biar gambar berbicara k.


PERHATIAN : kalau korang tengok gambar nanti, hayati gambar tersebut dan ko boleh bajet la aku jenis camne, k

masa ni tengah selfie abang zul amek gambar, secoet je masuk gambar. sabojela =D





Chris, abang alimin and of course la abang sado aku. si ariff affandi tu. 



and first time jugak seumur hidup aku naik river cruise dekat melaka ni, paling best sebab dapat ronda mengelilingi sungai melaka. and aku bajet bajet titanic malangnya dilambung air sungai yang busuk kahkahkah.











 gambar kenangan paling indah, nangis kot aku tengok gambar ni. seyes rindu =(


 hamba Allah ni keep teasing me non stop, usik aku kemain.






















 dikelilingi abang-abang sado yang sememangnya sado. kbai aku paling muda




 last night peluk nangis =(



aku, akhir, bangriff, bangmin. mekasih semua =)




kat bawah nanti, adalah gambar selfie kami. paling best aku nak nangis woi . seyes touching tengok aksi nih.





























































































serius ak cakap kau tak balik lagi kalau ikut hati aku, sebab aku nak bersama mereka lagi. walaupun jauh tapi mereka dekat dihati aku. cause i love all of you !

thankyou for spend your time read this post =)


Thursday, October 30, 2014

URBANISASI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu zaman belajar form 6, aku amek subjek geografi sebagai subjek tambahan. URBANISASI. masih terngiang-ngiang perkataan urbanisasi yang diajar oleh Encik Wan Mazlan suatu ketika dahulu.


Semenjak bekerja aku hilang kestabilan hidup aku which yang selama ni sentiasa mendapat bimbingan ibu aku tapi kini segalanya terpaksa aku sediakan segalanya sendiri, thing which is unintentional. Diusia muda menjejakkan kaki ke alam pekerjaan adalah suatu cabaran yang besar bagi aku. Pada permulaannya aku agak konfius dengan kehidupan aku sendiri which aku terpaksa harungi segalanya sendiri.


Dipostingkan di DESA BINA DIRI, JERANTUT merupakan satu cabaran yang besar bagi aku. Pada mulanya, dalam fikiran aku hanya untuk meletak jawatan dan berhenti kerja and aku rela duduk kampung rilek-rilek jadi pelajar, tapi bila fikir balik adalah suatu perkara yang bodoh bila kita dah diterima dalam kerajaan tetapi meletakkan jawatan dalam sektor kerajaan ini sebab sekarang ni bukan senang nak jadi orang gomen.


Kehidupan aku pada mulanya tidak stabil serius aku katakan, untuk sementara waktunya aku menumpang di rumah tamu desa bina diri, kadang bila ku fikir balik baru aku faham erti kehidupan yang sebenar, kadang tak selamanya kita akan berada dengan ibu atau ayah kita. Kerja aku tidak teruk sangat, yang jelasnya kalau office hour masuknya sebelum pukul 8 keluar selepas pukul 5, biasanya aku kalau dulu lah mula-mula aku masuk kerja pukul 7.45 ataupun 7.30 pagi, sebabnya kau bayangkan aku terpaksa tinggal di rumah dua tingkat yang besar sendirian, gila tak takut tak seram. Kadang kalau masuk shift kerja aku mungkin pada 7pagi-3petang, 3petang-11malam atau 11malam hingga 7pagi.


Begitulah rutin kehidupan aku seharian sebagai salah seorang pekerja kebajikan masyarakat. Kalau bab makan, Allahhurabbi adalah sangat susah untuk aku bergerak mencari makan. Kadang terpaksa ikat perut, walaupun bekalan mi segera satu almari kabinet. perghhhh kau bayangkan hidup orang yang tak pernah makan maggi masa duduk dengan mak terpaksa makan maggi bila berjauhan daripada mak. Oh tolonglah. tekak ini tersaqngatlah loya untuk menerima masuk maggi ke dalam mulut.


Bila duduk sini, memang aku kurang kasih sayang. Yang adanya jiran tetangga yang baik-baik yang merupakan officemates aku, kadang baru aku faham apa ertinya jiran. Kehidupan yang penuh pancaroba adalah kehidupan aku. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.


Aku minggu depan dah nak STPM, studynya tidak. lepastu lastday exam keesokan harinya aku kena gerak ke melaka ada program disana seminggu, subhanallah sibuknya.


Kadang, aku rasa aku nak balik zaman muda aku. walaupun aku pun masih muda. belum 19 tahun okay.
9 November ni genap 19 tahun okay, kau yang baca entry ni pleasen jangan lupa okay. . . . . . .


gambar ni masa aku balik besut aritu, ajak adik kesayangan aku ni keluar. wakaka


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah awak. Berusahalah untuk mencapai kejayaan ya awak-awak.

Saturday, October 25, 2014

CERITA AKU - CAUSE I NEVER WILL FALL IN LOVE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

First thing first, aku nak mintak maaf sangat kepada engkorang yang selalu singgah blog aku tapi kau tengok karya aku tetap sama dan tak berubah. Konon sejak sejak dah berkecimpung dengan alam pekerjaan dulu aku bajet nak tulis segala apa yang aku alami dalam blog sepanjang aku disana. Anyway sesiapa yang akan baca bawah nanti harap bersabar jangan marah okay, sebab ini cerita aku.


Malangnya aku tidak mampu untuk melakukan itu kerana masalah teknikal yang tak dapat dihadapi cehhhhh. Pertama kali masalah yang aku hadapi adalah masalah connection internet, sebabkan aku ditempatkan di pendalaman gitu memang semua connection dari segi untuk bersosial adalah sangat failed. sebab bukan aku sahaja yang mengalami masalah teknikal sedemikian, tapi rakan-rakan aku yang lain pun sama. aku tertekan sebab aku takdapat skype dengan ibu, aku tak dapat call ibu, kadang tengah cakap dengan ibu aku, dia diam aku diam sebabkan connection lemah.


Aku duduk rumah rutin aku takdelah berat sangat, kerja office hour macam biasalah 8am to 5pm, saja je macam engkorang yang bekerja. cehh sorry kepada sesiapa yang masih belajar baca blog ni, sebab bajet-bajet sekarang aku dah tua, padehal aku 18 tahun 10bulan, 9 november ni genaplah umur aku 19 tahun okay. tapi aku sudah memangku jawatan dalam government, Alhamdulillah ini dikatakan rezeki Allah.


Pasal cita-cita pulak, dulu aku give up sangat sebab aku memang nak sangat jadi lawyer, gila tau aku buat keputusan batalkan urusan pendaftaran aku di Multimedia University, aku tolak offer u aku di UTHM zaman tingkatan 5 sebabnya aku nak masuk form6, aku siap pilih aliran sejarah konon nak teruskan cita-cita aku. Malangnya, di tingkatan 6 aku mengalami masalah sedikit, masalah berkaitan dengan hati. serius aku bagitahu korang, pleaselah jangan terlibat dengan masalah berkaitan hati kalau korang tengah belajar, mungkin sesetengah orang akan ke arah kebaikan, tapi macam aku failed. ya aku failed kalau bab hati dan perasaan. masalah aku bukannya cintan cintun hokay, tapi persahabatan,


Masa last minute semester 3, bulan 9 aritu aku dipanggil untuk melaporkan diri kerja, aku memang tak nak pergi. serius aku memang tak pernah ada hati nak masuk dalam kerajaan diusia aku macam tu, sebab bajet aku kalau aku nak kerja pun dengan harapan orang kerajaan akan panggil setelah aku tamat stpm, tapi tak. rezeki aku lebih awal, aku buntu, sebab aku ditengah-tengah terpaksa membuat pilihan, kalau aku pergi aku terpaksa tinggalkan dia (orang yang paling rapat dengan aku) aishiteru gitewww uweks :P , kalau aku tak pergi aku rasa bersalah dengan ibu aku sebab ibu aku yang mintak aku pergi untuk jawatan ini. padehal kalau aku pergi pun aku still dapat amek stpm tapi secara persendirian.


Last masa seminggu gitu sebelum aku melangkah keluar, kami tetiba gaduh pasal kepercayaan. walaupun selama ni kami dah gaduh, kami gaduh kami baik, kami gaduh kami baik, biasalah bff kan. bff ke? hishhh. tak nak panjang.So masa lastday tu, aku pesan dia, kalau nak jumpa saya lastday sila datang, namun dia tak datang. Aku serius tak tahu, sebab masa lastday tu aku nawaitu kalau dia datang aku memang akan tolak kerja ni, tapi dia tak datang, aku terus blacklist dia dalam hidup aku, see kejamnya aku ahahaha. aku tahu dia tak datang sebab mesti dia akan bersedih. sebab ibu aku pun dah boleh terima kalau aku tolak tawaran ni. sebab aku dah tak fikir panjang betapa bodohdnya aku, DULU.


Start dari hari tu, aku terus offkan semua connection yang membolehkan kami berhubung, aku ikut kata ibu. sebab bila fikir balik, dengar kata ibu adalah lebih berkat. so aku terima offer kerja tu sebulan lepas, dan kini aku berada di sebuah institusi di Jerantut. dan Alhamdulillah juga, aku temui ketenangan aku di jerantut ni.

Terima kasih Allah untuk pelarian yang penuh istimewa ini.


Thursday, October 2, 2014

Kenapa dan kenapa ?



Assaalamualaikumwarahmatullah.


Siapa cakap jadi seorang pekerja ni senang? Kawan aku ramai gila aaaa cakap best keje, sampai ramai dari dorang berhenti belajar semata-mata nak kerja, okay maksud aku kerja dekat sini under gomen la ya.


bagi aku, hm hm boleh tahan la kerja ni, cuma adalah sesuatu yang pelik lagi aneh bila di usia semuda aku sudah diterima bekerja,sebab bila kerja ni bergaul dengan orang yang lebih tua, sebaya dengan mak mak aku hoih. mekasih kerajaan Malaysia, mekasih mekasih, paling penting mekasih Allah.

1) aku tak perlu bangun awal pagi sebab nak pergi sekolah
2) tak perlu risiko nak kemalangan macam aritu, kalau zaman sekolah risiko kemalangan time nak pergi sekolah, sekarang rumah aku dengan tempat kerja dekat je weh just langkah pagar je.
3) tak perlu kepoh nak kena handle itu dan ini.
4) aku jumpa ketenangan yang aku cari selama ini

sedih?

op kos.

1) sebab aku jauh dari mak aku,
2) sebab dah takde mak yang sediakan makan pakai aku
3) sebab line wifi tidak selaju wifi dirumah, anyway aku duduk di jerantut, ko faham-faham jela eh.
4) sebab aku rasa aku dah kurang kasih sayang duduk sini, sebab aku takde sesiapa. aku rindu suasana jadi pelajar, sebab kawan aku semua sayang aku, manja dengan aku, aku rindu nak manja dengan mak ayah aku, rindu nak jadi orang paling manja dalam segala hal, malangnya dekat ini semuanya mimpi, aku tak pasti dan curiga siapa yang harus aku percaya bila aku duduk disini,


tapi best dekat sini, aku dapat officemates yang sangat sporting, yang banyak bantu aku dari first day aku jejak kaki di jerantut ni. benda paling penting aku dapat rasakan dorang semua sayang aku, walaupun aku tidak pasti sejauh mana firasat aku ini, semoga firasat aku ini benar-benar belaka ocewah, ko faham-faham eh sebab aku kan overDOSE dalam bab kasih sayang ni ahaha.


aku sekarang gigih tau, duk kalut dengan kerja aku, kalut dengan stpm, tambah dengan nak masuk rumah baru lagi, gila semua benda aku kena buat dalam sekelip mata. benda paling sedih sebab aku bukannya boleh balik beust tiap-tiap minggu, well jerantut dengan besut jauh gila weh.


kadang aku tak faham juga, aku seperti yang kau kenal dari awal aku menulis blog ini korang tahu kan aku ni jenis camana camana kan? so bila dengan suasana baru, aku dapat rasakan suatu keanehan tau. sebab? entahla tak faham aku nak kabarkan, ko cuba imagine, seorang manusia yang bercita-cita nak jadi lawyer tetiba berubah cita-cita bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. aku nak sangat jadi lawyer, sebab aku dah jani engan kakak aku nak jadi lawyer malangnya. . . . . . .


btw, aku dapat rasakan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, termasuklah aku, mungkin ada hikmah kenapa tuhan aturkan semua ini berlaku pada aku.


serius, aku kalau boleh tak nak jadi diri aku yang sekarang, aku nak aku yang dulu boleh manja dengan semua orang, tapi dekat sini aku tak rasa semua itu. mungkin awal lagi kot . hmmm

Wednesday, September 24, 2014

The First Experience

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

First of all i just wanna say that i am pretty happy plus sad. First thing first i would like to thanked to Allah for make everything went well as his planned. Actually now, i'm officially a worker to a department of social welfare, not a 24 hour student anymore. so all the things around me is people but the different is usually i got to faced the people which same age as me, but now they're older than me
.

I have been given a work to take care all the people which aged 18 to 56 which they don't have family or named as "the homeless", they will be put under DESA BINA DIRI which located in Jerantut, based on my knowledge, in Malaysia just only have two Desa Bina Diri Organization which the place i work and the another one is at Mersing. At the first i'm crying cause i thought it will be hard for me to handle these kind of people, after knowing them face to face, slow by slow i'm trying getting closer to them.


Social welfare is the department which handle those uncontrol communities. Pretty hard to handle the kind of people like this.


Okay, now my turn. First day, i got to self-report at Putrajaya first before i got to know where i'll be posted. Then after the Dato' gave the placement letter i'm pretty shock at the first cause on my thought i'll be work at Terengganu either KL, but everythings over!!! The placement letter stated that i has been posted to Jerantut, Pahang. So bad, cause all around me is jungle. cewahhhh (but it was on my first thought la) then after a few days here i'm trying to get back myself confidence, and i could feel the sibling love, well i'm here alone and far away from my lovely family, so i'm trying to getting closer to my neighours which also my officemates.


Yesterday was my first day meet the residents of the Desa Bina Diri, so i was a bit scared cause they are a bit agressive well as you known, i work at the place which all of the residents totally 80% is unnormal. yes ! it scary me alot, but when i think back all of them is the future residents of heaven in akhirah soon. so got to take care of them very good.


so that all for today, i'll be back soon. cause in jerantut at my house there is no internet connection.

an example picture of kind people under my job.





Monday, September 15, 2014

Liebster Award

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I've been tagged for a Liebster Award pt 3. Tetiba, hahaha. btw i rasa it was pretty fun jugak sebab rasa bila lagi nak bermanja-manja dengan other bloggers kan ?

So, nak cakap. I've been tagged by blogger Dunia Murni Firstly i would like to thanked you for tagging me. muehehe.



ni peraturan Liebster Award. 
1. Mention blogger yang nominate anda. 
2. Jawab soalan2 dia, then kemukakan 11 soalan anda pulak. 
3. Nominate blogger lain untuk jawab soalan anda.
4. Bagitau nominee yg dia dicalonkan, nanti syok sendiri pulak kn heheh. Pm FB ke, shout kat blog ke, inform kat KB ke...etc. 
5. Bloggers yang saya tag / calonkn ni..terpulang pada anda nak sahut cabaran, atau x. Kalau dah jawab, komen di entri ni bagi sy baca jwpn anda yg kreatif2 tu. hihi.

so here my answers =)

.1. Nama timangan anda yang anda kurang suka (kalau ada. kalau tak ada, bagitau nama timangan je)
GEE. my friends/family prefer calling me gee and strangers usually calling me as CARL.



2. Hari jadi anda.
my date of birth was 09 November 199_ guess what ? muehehe.


3. Permainan masa kecik yang anda selalu main dengan kawan2. Jangan cakap Temple Run sudah.
masa kecik i prefer main congkak, sebab best gila kot mainan tu. especially time balik terengganu(rumah nenek) so i dengan team sebaya suka mainan tu, ecewahhh.


4. Puas hati tak dengan keadaan hidup anda sekarang? 
my life now? So far so good alhamdulillah. puas hati sangat dengan adanya keluarga yang bahagia dan sahabat penyayang. cuma tak puas hati time emosi tak stabil tu jela. haha


5. Pendapat anda tentang iphone 6 dan iphone 6 plus.
Macam tak best saja, i'm iphone5 user, walaupun 6 dan 6 plus keluar i still sayangkan 5 i, ada jugak plan nak beli 6, tapi sia-sia sebab nanti mungkin akan keluar 6s to 7 maybe =D


6. Apakah konsep blog anda? 
Konsep blog. okay i cakap pasal dulu eh, dulu konsep blog kebudak-budakan sangat. i share semua benda takde tapis-tapis i pakai hentam sebab blog is a place where i pour my ideas and my thought. sekarang ? i rasa i dah besar gila. aka dewasa so, konsep blog sekarang simple dan padat.


7. Anda rasa trend worldwide sekarang apa? Bagi pendapat anda.
selfie. sebab i tengok belambak trend selfie sekarang. mueehehe. pantang jumpa cam orang sekarang mesti akan cakap selfie. eh betul ke i merapu ni? kalau salah harap maaf =D


8. [Baik, sebagai seorang bakal guru saya perlu tanya soalan ni.] Ada tak guru sekolah dulu yang masih anda ingat? Kenapa?
of course. i still ingat semua guru i, eventho guru tadika. why? sebab i respect guru i semua macam mak ayah i. sampai sekarang i masih still contact dengan semua guru-guru dulu. so bila kita respect seseorang aka sayang orang tu sampai bila-bila kita akan ingat dia. termasuklah guru. arghhh i rindu zaman sekolah uwaaaaa.


9. Bagi anda, guru yang paling best ialah guru yang...
selalu belanja i kefci. muehehe eh takdela, guru paling best adalah guru yang tegas semasa mengajar tapi dekat luar dia penyayang, pendek kata guru yang suwittt suwittt.



10. Kalau diberi 10 kupon free, yang anda boleh trade-in dengan apa2 saja, apa yang anda nak beli?
makanan. cause i'm a food lover sekian. makan banyak-banyak =D



11. Pada majlis pengkebumian ibunya, seorang gadis terlihat seorang lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki impiannya lalu jatuh hati. Setelah majlis itu tamat, dia asyik terkenangkan lelaki berkenaan sampai tidak lena tidur, namun dia tidak ada nombor atau alamat lelaki berkenaan, malahan tiada siapa yang mengenalinya. Tidak lama kemudian, adik perempuannya meninggal dunia. Anda rasa kenapa?
ENTAH. no komen hihihi. seramsss. TANAH KUBUR. muehehehe. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


so here is my question to you. sorry kalau ada yang tertag nanti.


1- what is your nick name. nak panggil apa ?

2. how old are you ?

3. Berapa lama dah berkecimpung dalam dunia blog. AND who inspired you dalam dunia blogging?

4. Nasihat anda untuk newbie ?

5. Negara paling anda nak sangat pergi ?

6. Anak kelahiran negeri mana?

7. Ciri-ciri blog anda ?

8. Jika diberi pilihan belajar dan kerja mana yang anda dahulukan ?

9. Minat anda ?

10. Jika anda memenangi durian runtuh ecewah 1Juta, apa yang anda akan lakukan dengan duit tersebut ? 

11. Bagaimana anda hadapi stress.

That's all.

tag/ blogger :

Saturday, September 13, 2014

KENANGAN. To Be Remembered.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua, maaf lama menghilang. ecewah menghilang la sangat, padehal ada je tak kemana pun.
Okay, firstly aku nak bagitahu yang aku dah tukar segala design blog aku yang dulu kalau korang tengok keanak-anakan sangat. sekarang aku dah bertukar ( versi otromen, sebut bertukar) okay aku bertukar sebab aku sekarang sudah mengakhiri dunia persekolahanku.


Okay, mesti ramai yang masih tertanda tanya apa yang berlaku pada aku kan?
Okay, sekarang aku officially sudah berhenti belajar di PRA U Dinamik SMK Nasiruddin Shah, hal ini demikian kerana (ayat pengajian am sangat) aku sudah dipanggil untuk melaporkan diri bekerja.


Okay mesti korang tertanda tanya lagi kan apa yang bakal aku sandang nanti, oh aku akan bekerja di bawah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT. so tak perlulah aku mentionkan jawatan aku kan. Okay, aku dapat SPA untuk memudahkan korang.


Tapi, aku tetap amek exam prau/stpm. aku bekerja tapi aku tak lagi bergelar pelajar TAPI aku amek exam, acane eh aku nak explain bagi korang yang bertanyakan aku. korang faham-faham lah ya. sebab aku pun buntu nak explain hahaha.


Sedih. Gila kau tak sedih, aku manusia paling sedih abad ini, kerana terpaksa meninggalkan dunia persekolahan demi meneruskan masa depan yang aku tercari-cari selama ini, aku pun tak pasti sebenarnya dengan kehidupan aku sekarang, aku rasa masa berlalu dengan cepat. sungguhpun.

So, khamis lepas merupakan hari last aku dekat sekolah, jumpa dengan semua cikgu, semua kawan-kawan, semua junior sampai aku nak nangis woi.


Serius aku sedih amat dong, mana taknya 7 tahun di SMKNS banyak pahit getir aku hadapi sendiri yang meninggalkan begitu banyak kesan pada aku.


So, hari ini ada orang buat majlis kecil-kecilan, aka majlis perpisahan gitu, classmates aku aka kawan rapat aku yang sama-sama mendaftarkan diri bersama aku masa mula masuk form6 dulu. Aku pun tak expect dorang akan buat majlis ni, sumpah aku tak expect.


Gambar aktiviti tak banyak sangat, cuma aku memang terharu gila. sangat-sangat terharu. sebab aku tak sangka aaaaa dorang akan ada sentiasa untuk aku. I would like to thanked to meen, nessa, ain, echah, long, zack, kakcik sebab plan benda ni.


So, today berlokasikan pantai bukit keluang berlangsungnya majlis ni, alah bbq je pun. korang jangan pandang remeh eh. muehehe sebab aku appreciate sangat dorang.

so let picture talks. gambar tak banyak sangat, sebab gambar ain takde dalam dslr hari ni sebab ain datang lambat, anyway bukan aku sorang lelaki k. ada faiz and shafiq teman k =P

 gambar tahun lepas, gambar raya. sumpah sweet gila hahaha.



 so today i really enjoyed. meen and me =)



 time ni tengah bakar ayam, so korang jangan pandang rendah k. aku join bakar ayam jugak muehehe.



 The gilrs. echah, meen, me, zack, kakcik.



 aku baru balik solat time ni, lepastu sambung makan, masa tengah makan. tetiba ain datang dari belakang mandikan aku dengan tepung, tak pasal-pasal aku jadi onde-onde hari ni. sumpah kelakar and kenangan yang akan diingat sampai bila-bila.



 echah and me, my favourite friend. selalu buat aku rasa kelakar. team suka kuat macam aku muehehehe.



 bantai ketawakan aku. kuanghajoooo hihihihi.



aku, nessa and faiz thank you faiz sebab tolong bakarkan ayam muehehehehe.


THE END. nanti aku update lagi. serius sedih ni weh.