Friday, January 31, 2014

Midnight thoughts #1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see.


Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you're living?

Now this is the reason why i love my sibling . Now i am a big brother of this baby boy . Wan's family . Named " Wan Irfan Ayman " .


Monday, January 27, 2014

Peludah Bangsa ( A. SAMAD SAID )

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.

Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.



Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.

Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.



Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;

pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.



Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.

Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.



Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.

Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.


Saturday, January 25, 2014

Masa benar mencemburuiku .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masa , bila orang cakap pasal masa , mesti orang akan cakap masa itu emas . Sekarang baru aku merasa keemasan masa, bila aku tak punya banyak masa untuk melakukan sesuatu .

Sekarang aku terlalu sibuk , baru aku tahu gimana jadi pelajar yang betul-betul pelajar . muehehe.  Sekarang , busy . weekend pun cikgu buat kelas , nanti kelas malam lagi . Bukan nak mnegungkit tapi nak bagitahu betapa pentingnya pengurusan masa . sekarang aku sibuk sebab nak kena settlekan pbs atau tesis gitew. So far so good , Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik setakat ini .

Aku tak pernah memainkan masa , cuma . semalam aku mahu menguji tentang masa , bila teman-teman ajak makan bersama-sama memandangkan ini weekend . so keluarlah semalam , keluar pukul 8 lebih . amekaw pukul 11 baru boleh sampai rumah .

Akhirnya , kerja aku tersadai . hari ni pagi-pagi lagi aku cover balik kerja tu , and aku pun tergerak hati nak tulis pasal ni , aku rasa masa bila aku dah set untuk buat kerja, then ada terganggu sikit . aku dapat rasakan masa tu umpama lari dari aku .

Sekarang , aku tengah berhempas pulas nak siapkan pbs aku . untuk term2 ni aku kena siapkan 2 pbs , yang mana proposal baru je siap satu . tak start buat pbs lagi hoi . semoga Allah permudahkan segalanya dan aku diberi kesihatan yang sempurna dalam melaksankan tanggungjawabku sebagai pelajar ini .

" I need more time !!!! "hahaha .

sekarang ni , aku kena bijak dalam mengurus masa . sebab aku kena ada masa untuk keluarga , masa untuk adik-adik , masa aku travel bagai . masa makan , sebab aku kalau hadap sesuatu kerja aku tak kan berselera untuk makan .


Wednesday, January 22, 2014

ikhlas .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



kalau aku kata

" lautan api akan kurenangi untukmu "



aku tipu..
tapi , kalau mengejar kamu

satu dunia ,
Aku mampu .





Sunday, January 19, 2014

Poket Aku Memang Nipis Kali Ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kalau lysaa faizureen buat entry pasal " poket aku memang rabak kali ini " carl nak buat entry seperti tajuk di atas .

Well . hapir rabak , tapi tak rabak . so gantikan rabak dengan nipis . hahahaha .

Setiap bulan wajib manjakan diri dengan shopping . Selalunya kalau bab shopping , ni wajib kena ada mak dan ayah takpun abang or adik sebagai peneman . So , memandangkan sekarang waktu carl lebih tertumpu di hadapan laptop jadi , haritu ada terbaca entri dari blog orang tentang satu website yang memang boleh dipercayai gila . Yang menjual barangan online .

Pada mulanya , carl waswas sangat . boleh percaya ke ? well , belum cuba belum tahu . rasa lebih yakin nak berbelanja since ayah dah pandai ajar anak dia guna kad kredit bagai , hahaha . So semuanya sangat mudah bila adanya master card , visa bagai . Hanya satu click .hahaha

Okay-okay , website yang buat poket carl nipis tu adalah
WWW.NILE.COM.MY

serius , rambang mata eden nak pilih yang mana satu .

Mulanya carl berbelanja bawah rm100 . Untuk kali kedua over rm100 . it's mean this website boleh percaya aaaa . and sangat terbaik .

carl share dekat sini beg-beg ala-ala korea yang carl beli . serius daebak , barang lain awak tengok sendiri dekat website tu eh =)

 Japanesse beg style, harga mampu beli . rujuk website tadi eh .

gambar ciplak mudah.com . nak tunjuk how does the bag looks .


 new british bag style with polo wallet , ni half hasil pembelian carl . carl share dekat sini bag saja , barang lain malu dennn nak share sini hahaha





Ohsem kan shopping kat nile.com.my ni . Banyak yang murah-murah . Cara nak order pun senang and simple :) 

Boleh KLIK SINI untuk lihat cara-cara nak order --->> CLICK THIS !!!

*Tapi , kalau korang stay area KL / PJ , boleh delivery terus ke rumah korang , and bayar masa dapat barang tu jugak dalam tempoh 24 jam dengan Team 24 Hours COD . Terbaik kan ?






So , Kalau nak contact diorang , silalah baca info di bawah ni : 





Website : www.nile.com.my

Hotlink : 1700-818-400 (panggilan dicas pada kadarbiasa)

Email : enquiry@nile.com.my

Wednesday, January 15, 2014

Randomly post !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pernah rasa stress tak ? tahap melampau yang melampau sangat .

aku ? bila aku stress . aku tinggal segala assignment yang menyemak kepala , dan aku mula baca blog .
baca blog . yeah . bagi aku baca blog , dapat kembalikan semangat aku yang hilang dek stress melampau .

aku baca entry-entry blog orang yang penuh dengan story yang best-best , especially yang pasal lifestyle korang . pasal food (sudah semestinya ) hahahaha .

hari ni sedikit stress , sebab kerja terlampau banyak . tambah pbs pun dah mula start , as a form 6 senior student , aku kena tunjukkan contoh teladan yang baik untuk adik-adik . so walau aku putus asa macam mana sekalipun , aku kena fight .

Aku terkejut , bila ada orang jadikan aku role model mereka , aku ni setahun jagung . dulu aku anggap diri aku biasa saja , jadi bila dah ada orang anggap aku idola , phewww malu aku nak katakan idola , pernah dulu ada orang tanya pasal cita-cita . pasal cara aku handle haters (ajet hot) maaf . cara aku hadapi orang yang bermuka-muka , cara hadapi sahabat yang talam 2 muka , cara aku hadapi HANTU . ya , sini aku nak tegaskan aku sendiri baru tahu , aku salah seorang pelajar yang terkena dengan bisikan syaitan itu . aku terkejut sebab orang yang takde blog baca blog aku , hahahaha budak-budak panggil aku carl lesmana .

Okay malam ni , memandangkan aku nak rileks , walaupun graf tak lukis lagi nak kena submit besok hahaha . takpe-takpe malam nanti aku cuba buat walaupun graf tu susah gila . hahaha

Okay , i'll answer your questions ya adik-adik yang pernah tanya , heehehe .

How do i study ? 
jangan tanya . sebab aku bukannya seorang pelajar yang straight A dalam PMR mahupun SPM , cuma aku pernah dapat nombor 1 masa darjah satu , and dapat duit RM200 dari pihak sekolah . ok ok stop asking . hahaha cuma aku nak bagitahu korang , gunakan masa belajar korang dengan betul , jangan main-main . macam aku sendiri , aku jealous gila bila abang aku sekarang ada di jepun menyambungkan pelajaran dan kakak aku di perth , aghhh jealous ,

aku hanya mampu sambung belajar dalam malaysia , disebabkan penyesalan yang teramat sangat , aku memilih form6 sebagai cabang untuk aku tebus balik apa yang aku tak dapat dulu , aku ditawarkan belajar di UTHM under multimedia course , dan ayah aku sendiri sempat daftar aku di Multimedia University (konon orang grad sini , sijil dia market tinngi)  tapi last-last aku pilih form6 sebagai cabang aku , dan sekarang aku memegang tugas yang berat sikit di form6 sebagai setiausaha perwakilan pelajar , disitu aku rasa kelainan. bila cikgu lantik aku jadi mpp aku rasa mood untuk menebus kembali kejayaan sangat kuat . so kesimpulannya , aku nak cakap dekat korang , jangan pernah putus asa dalam pelajaran , sebab semua manusia Allah dah cipta rezeki masing-masing , cuma atas korang sajo usaha ke tidok .

Haters ?
Usah dikata , aku tahu ada jugak some people yang jenis tak puas hati dengan kehidupan aku , kadang siap pertikaikan tentang keluarga kandung aku , keluarga angkat aku . yang jelas aku bahagia dengan hidup aku , hahahaha sebab aku ada ramai mak ayah .

orang yang dengki , usah bilang . ada saja yang dengki , aku ada orang pernah hack akaun facebook aku , email aku , sebar fitnah dengan menyamar sebagai aku , panik aku kau tahu . last-last aku amek cara mudah , sebab facebook bagi aku dah tak selamat , tiada lagi ciri-ciri keselematan seperti privacy , sebab buat privacy acane pun orang still boleh hack . so berhati-hati dalam dunia penuh pancaroba ini .


Sahabat dan orang yang bermuka-muka ?
klik sini , aku pernah buat tips untuk korang entry

KEHIDUPAN&HUBUNGAN | BAHAYA ORANG BERMUKA-MUKA

okay . aku tahu some of my new friends , kawan dengan aku serius tak ikhlas , bila aku nampak worth ramai gila kawan , bila aku ditimpa susah , masuk wad only beberapa ketul which i can describe as bff , sebab rela ganti mak aku tunggu dalam wad . hahaha bila Allah uji aku dengan kawan-kawan , aku redha , now aku hadapi itu , kawan-kawan baik sebab nak tiru assignment , nak mintak tolong . kalau tak jangan mimpi . aku bukan nak aibkan orang , cuma kita hidup ni . be yourself , macam aku . yeah bila orang suka mintak itu ini , aku memang tak suka , sebab aku jenis sabar bila orang buat aku macamni , aku tak kisah . cuma aku tak suka orang tipu aku . pantang benar . sebab penipuan itu satu pengkhianatan . jangan mimpi aku nak berkawan dengan orang penipu .hahahaha .

Hantu ?
Actually yes , tapi aku malas nak cerita . seram . aku mohon kalau korang ada yang terkena dengan bisikan iblis setan ni , mohon tabah . jangan meracau , teriak bagai . kuatkan semangat sebab aku sendiri pernah kena . jadi tolong kuat .

Kbai , tu je aku mampu cakap . hahahaha
to someone tu yang cakap abang carl ni idola gitewww , belajar rajin-rajin eh . banggakan mak abah awak =)

with little brother . ayman . saja je nak tayang adik dekat blog . hahaha . adik belah keluarga angkat =)

Thanks !

Saturday, January 11, 2014

The Freedom for me .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

In a few days , i was about sad . and always sob sob . i don't know why this feeling come to me , but today after having a quality time with mom , i shares everything what was in my mind to her , i feel so calm . And let begin a new chapter in 2014 . so tonight i do a peom writing . hahaha , be happy baby .

What is freedom? Nobody knows.
What do I think is freedom? 

Freedom is, 
when you can do what you like 
Without ever hurting somebody

Freedom is, 
when you are healthy, 
Not trammelled in your bed

Freedom is, 
when you are in free charge of your time
And not dominated by a watch

Freedom is, 
when you can say what you think
As long as it doesn’t hurt somebody else

Freedom is, 
when you can make a mistake
Without getting immediately punished for it

Freedom is, 
when you can go and get milk
Whenever you want some

Freedom is, 
The one thing we all want to have, 
The one thing that none of us really has, 
The one thing each of us defines different, 
The one thing we will never have………
Freedom is…………a dream .


yeah ! a dream . my dream to be a good son for my parent , be a good lit bro to my sibling . be a good student to all of my teachers . be a success boy ! yeah ..


 tempat yang menenangkan abad ini =)


Freedom worldwide kata adik aku .

Thanks for reading . 

Sunday, January 5, 2014

PRODUK DR. R RESOURCES (review)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera semua ,

Ha, ingat tak korang , carl ada janji nak review produk apa yang carl sedang usahakan sekarang . okay  produk yang carl usahakan sekarang adalah bawah KOPERASI DR.R RESOURCES , which is mengeluarkan produk kesihatan tanpa bahan kimia atau produk Bio-natural. Setiap produk kesihatan yang dihasilakan adalah diformulakan sendiri oleh Dr Rais Abdullah yang juga merupakan pengasas kepada syarikat ini. KOPERASI DR. R RESOURCES pula adalah pengedar tetap produk-produk kesihatan DR R RESOURCES .

so , entry kali ni carl nak buat review hasil produk daripada Dr Rais ini , sebab lepas lihat saja testimoni pelanggan , rasa macam " eh , patut cuba ni . kalau sakit " tak salah mencuba , penawar kan ? ikhthiar itu perlu . kalau ada apa-apa pertanyaan berkaitan produk ni , awak boleh :

EMAIL SAYA : tarmiziani95@yahoo.com
whatsapp : 013-6385579

1)      MIRACLE DRINK (RM 399.90)





Miracle Drink (Original)
Miracle Drink adalah minuman berkhasiat yang dirumuskan khas untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Miracle Drink mempunyai 5 fungsi khas yang tersendiri kepada badan kita iaitu:

        i.            Meneutralkan darah

Miracle Drink boleh membantu untuk meneutralkan darah dalam badan kita supaya dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah menjadi lancar, ia akan menstabilkan tekanan darah kita sekaligus membantu untuk mengurangkan masalah hipertensi. Hipertensi biasanya berlaku kerana tahap tekanan dan ketegangan emosi yang tinggi. Minuman berkhasiat ini membantu untuk mengurangkan ketegangan dan tekanan serta menstabilkan kawalan emosi kita, seterusnya membantu untuk hidup dengan lebih baik dan tenang.




      ii.            Peningkatan sel antibodi badan

Miracle Drink membantu untuk memperbaiki sistem imuniti dalam badan. Peningkatan sel anti-bodi akan membantu badan kita lebih kuat untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Apabila sel-sel anti-bodi meningkat, virus dalam sel-sel badan kita akan berkurangan. Disebabkan itu, semua kecederaan termasuklah kecederaan dalaman akan sembuh secara semulajadi justeru melindungi badan kita daripada ancaman mana-mana penyakit.

    iii.            Memecahkan lendir dan kahak

Kebanyakan penyakit seperti asma, resdung serta radang paru-paru adalah disebabkan oleh pengumpulan lendir dan kahak yang berlebihan dalam paru-paru. Lama kelamaan semua lendir dan kahak akan memberi kesan yang buruk kepada organ hati kita dan mengurangkan fungsinya. Miracle Drink akan membantu untuk memecahkan dan mengeluarkan semua lendir dan kahak itu untuk mencegah pengumpulan lendir yang membawa kepada semua masalah seperti asma dan resdung. Kemudian, ia akan mengaktifkan semula organ hati untuk berfungsi dengan baik dan melindungi badan kita daripada penyakit-penyakit lain.

     iv.            Mengaktifkan semula sistem saraf dan juga sistem peredaran darah

Miracle Drink bertindak untuk mengaktifkan sistem saraf dalam badan dan saluran darah sekaligus untuk melancarkan sistem peredaran darah dalam badan manusia. Selain daripada itu, Miracle Drink membantu untuk menghuraikan dan melancarkan saluran darah yang tersumbat seterusnya melancarkan peredaran darah dan menstabilkan denyutan jantung kita.

Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, kanser, SLE, penyakit saraf, buah pinggang dan lain-lain lagi.


KEISTIMEWAAN MIRACLE DRINK

1.  TANPA BAHAN KIMIA dan tidak mempunyai kesan buruk untuk jangka masa panjang. Produk yang bebas dari bahan kimia semulajadi dan juga bahan kimia sintetik.
2. Tidak perlu ambil secara berterusan, sekiranya bacaan kencing manis sudah kekal normal, tidak perlu lagi ambil Miracle Drink dan juga ubatan yang lain. (jangka masa untuk kembali normal bergantung kepada tahap antibodi seseorang)
3. Sesuai untuk semua penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, buah pinggang, kanser dan lain-lain lagi.
4. Boleh diambil sebagai minuman harian untuk semua peringkat usia.5. Minuman nutrisi yang boleh memberi tenaga.

Ha ! kawan-kawan yang bestnya , miracle drink ni didatangkan dengan perisa coklat dan vanila , serius sedap ! 


 MIRACLE DRINK COKLAT
Miracle drink dengan perisa coklat mempunyai fungsi yang sama dengan miracle drink original tetapi perisa ditukarkan kepada coklat. Kandungan coklat didalamnya sesuai untuk mereka yang menghidap hipertensi dan juga stress.







MIRACLE DRINK VANILLA
Miracle drink dengan perisa vanilla merupakan perisa baru yang dikeluarkan oleh pihak DR R Resources. Mempunyai fungsi juga sama dengan miracle drink original tetapi miracle drink vanilla sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai kurang berat badan yang ingin menambah berat badan dengan cara yang sihat.






    2)      MASSAGE CARE (RM 99.90)




Massage Care merupakan krim pembakar lemak yang sangat efektif untuk  pembakaran lemak dan lendir yang berlebihan. Ia bertindak untuk mengaktifkan sel lemak dalam badan dan perlahan-lahan sel lemak akan dibakar dan dibuang. Selain itu, krim ini dapat mengaktifkan kembali saluran darah dan sistem saraf supaya ia akan melancarkan peredaran darah. Di samping itu, ia membantu untuk memberi kelegaan kepada masalah kejang otot jika disapu ke kawasan berkenaan. Selain daripada itu, krim ini boleh digunakan pada bahagian dada untuk melancarkan pernafasan.



3)      ANTIVI (RM 199.90)



Antivi diformulasikan untuk membersihkan sebarang luka dan kecederaan. Kebiasaannya, ia boleh digunakan sebagai antiseptik untuk merawat luka-luka pesakit Diabetes. Ia juga sesuai untuk masalah alergi dan ekzema. 300 ML 1 botol.


4)      FEMENINO (RM 139.90)





Femenino dirumus khusus untuk wanita. Ia membantu menjaga dan melindungi bahagian dalaman wanita. Femenino juga bertindak mengaktifkan semula ovari wanita bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan ovari seperti senggugut, keputihan, haid yang tidak teratur, sindrom ovari polisistik (PCOS) serta juga membantu meningkatkan tenaga dalaman wanita.  Selain itu, Femenino membantu mengaktifkan semula saraf dan melancarkan pengaliran darah.
Tambahan lagi, produk ini juga membantu memekatkan air mani wanita bagi meningkatkan kepuasan dalam hubungan suami isteri serta juga boleh mengatasi masalah ketidaksuburan dikalangan wanita. Femenino disyorkan bagi pasangan yang menginginkan cahaya mata.
Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi dalam Femenino menjadikannya amat sesuai untuk wanita hamil sebagai makanan tambahan harian serta boleh membantu menstabilkan tekanan darah  untuk wanita yang mengalami masalah tekanan darah rendah atau darah tinggi.

5)      SUSTANTIVO (RM 129.90)


Sustantivo diformulasikan khusus untuk lelaki. Ia membantu menjaga dan melindungi bahagian dalaman lelaki. Sustantivo bertindak dengan mengaktifkan saluran darah dan saraf serta meningkatkan tenaga. Produk ini juga boleh membantu mengatasi masalah prostat. Ia bertindak dengan mengaktifkan saraf prostat dan mengurangkan pembengkakan pada prostat. Selain itu, Sustantivo juga akan mengaktifkan kembali prostat yang mengecut supaya prostat dapat berfungsi dengan baik untuk memekatkan air mani dan juga untuk melancarkan pembuangan air kencing. Tambahan lagi, Sustantivo juga membantu memanjangkan penis lelaki dengan mengaktifkan saraf dan pengaliran darah pada bahagian penis. Seterusnya, ini akan meningkatkan lagi kepuasan dalam hubungan suami isteri serta membantu lelaki mengatasi masalah lemah tenaga dalaman. Sustantivo membantu mengatasi masalah ketidaksuburan dikalangan lelaki dan sangat sesuai diamalkan oleh pasangan yang inginkan cahaya mata. Boleh juga dijadikan sebagai minuman tambahan harian.

Sustantivo Massage oil diformulasikan daripada campuran pelbagai jenis minyak. Ia khusus untuk menjaga dalaman lelaki. Hubungan suami isteri pasti bertambah ceria dan bahagia.







5)      INTRASITIVO (RM 149.90)


Intrasitivo dirumus khas untuk membantu mencairkan lemak, kolesterol dan menyingkirkan kandungan air yang berlebihan di dalam badan. Lemak yang disingkirkan dari badan akan dikeluarkan bersama najis dalam bentuk minyak dan memberikan bentuk badan yang ideal mengikut ketinggian (BMI). Intrasitivo bukan sahaja dapat membantu  mengurangkan seterusnya membuang lemak dan air yang berlebihan dalam badan. Selain itu, juga berfungsi untuk membuang angina dalam badan, menyingkirkan toksik dan juga asid urik dalam badan. Sesuai diambil oleh penghidap gout.
  


6)      MUSCULINO (RM 119.90)



Musculino diformulasikan bagi mengatasi masalah resdung. Ia bertindak dengan menyingkirkan kahak dan lendir . Oleh sebab itu, Musculino juga berfungsi bagi merawat masalah paru-paru berair kerana Musculino bertindak dengan mengeringkan lebihan cecair di dalam paru-paru. Musculino juga boleh membantu menyelesaikan masalah berdengkur dan penyakit asma dengan menyingkirkan semua lendir yang menyumbat dalam saluran pernafasan. Seterusnya membantu sistem pernafasan agar lebih lancar dan teratur.

 set-set diatas adalah bagus , untuk mereka yang mengalami masalah yang dinyatakan .
untuk melihat testimoni pesakit , rujuk sini 

email your order now : tarmiziani95@yahoo.com
saya akan guide awak-awak secara sihat , inshaALLAH dengan izin ALLAH , semuanya akan sembuh . belum cuba belum tahu kan ? 


Saturday, January 4, 2014

MY FIRST ENTRY FOR 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I don't have a lot of thing to shares here , just wanna say happy new year to all my readers .

The 2013 left me , with a lot of sweet . sad . and bad memories . If diberi peluang , tak nak ingat semua kenangan di tahun 2013 . the most thing i'll always remember is . my tokki left me . yeah aku kena redha , kena terima segala ujian Allah .

Seterusnya 2013 , is tahun aku menghadapi STPM penggal 1 , which is wohaaaa susah . tapi Inshaallah ada rezeki nanti , dapatlah keputusan yang cemerlang , sebab bagi aku kalau aku buat habis baik macam mana sekalipun kalau Allah tak redha memang tak akan dapat kan ? so cari lah keredhaan Allah .

Tahun 2013 banyak menguji kesabaran aku serta keluarga , mungkin ujian Allah , sebab aku dimasukkan ke wad sebab blood pressure aku naik melambung , sampai kena pantang . hahaha So far so good now , semua tu dah beransur pulih .

Kalau ikut hati mahu saja , aku cerita semua apa yang aku alami di tahun 2013 , yang membuatkan aku separuh nyawa hilang . Okay stop thinking about 2013 .

2014 .
the beginning was like " Ya Rabbi " bosannya . mean umur aku sendiri dah meningkat to 19 , tapi aku tetap sweet 18 selagi tak sampai bulan 11 nanti hahahaha .

aku sunyi gila rasa , sebab aku dah tak dak tempat mengadu , abang aku dah selamat terbang ke dunia si mata sepet ,(jepun) manakala kakak aku yang sorang sibuk dengan urusan wedding , so nampaknya sendirianlah aku lagi , adik aku ? hurmmmm . dia kalau nak something dengan aku baru dia baik , hahaha bila kat rumah masing-masing buat haluan masing-masing . ahahaha . aku kalau kat rumah kerjanya dengan katil sentiasa , tidur tidur tidur , sebab bagi aku tidur dapat melupakan segala masalah yang aku alami .

2014 , jugak adalah tahun yang akan membuatkan aku tak keruan , yang mana aku akan hadapi 2 peperiksaan penting ,
aku nak kena cover study lagi , cover buat assignment lagi , nak kena urus business lagi(nanti aku review) , nak itu nak ini . banyak kerja nak kena buat .

2014 , adalah tahun yang amat membosankan bagi aku sebab bila aku disekolah aku takde kawan , sebab aku tak rapat dengan classmates aku , bff aku semua kelas lain . so macam last year , aku ada senior . abang-abang yang boleh dibuat kawan . tahun ni aku sunyi .

tahun ni juga aku pegang jawatan sebagai salah seorang perwakilan pelajar , so tugasan agak sedikit berat and aku dah kena bertindak sebagai seorang dewasa , bukan lagi seorang budak yang dahagakan kasih sayang .

ya aku rindu . aku rindu abang aku . rindu senior aku . rindu kawan aku . kawan baik adalah susah nak dicari , aku rindu kawan dizaman tingkatan 5 . ya aku rindu .

k babai , selamat tahun baru . semoga azam tahun baru awak-awak semua tercapai , azam tahun baru saya ?
" nak lebih rapat dengan Allah subhanallah taala " itu je , sebab mati tak tunggu kita , kalau ditakdirkan kita mati ? amal kita dah cukup ke . hehehe


cita-cita aku dari dulu sampai ke kini , nak jadi seorang peguam . ya aku nak jadi peguam , semoga Allah merahmatiku . doakan aku sahabat .

sekian .