Tuesday, February 18, 2014

Aku tak tahu nak kata apa .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tak tahu nak start macam mana , keputusan exam ni separuh menggembirakan , separuh aat-amat menyedihkan .

Subjek yang aku target A biasa , aku dapat A bukan A- . Ya Allah aku bersyukur , tapi bila satu subjek yang aku target aku dapat B tu , aku tak expect aku akan dapat result yang sangattttt teruk . dan telah mencemarkan pointer aku . Kecewa ah .

Aku yang jawab full esei dapat down , sedangkan kawan aku yang jawab 1 esei markah dia up jugak . memang sakit hati , aku tak tahu mungkin ada kesilapan semasa sedang semak kertas peperiksaan aku aritu , mana tahu kan ? sebab trial aku dapat okay , time buat latihan pun okay .

Ya Allah , ujian in begitu berat untuk aku tanggung sorang-sorang .

Aku tak sanggup nak hadapi ujian ni , aku dapat rasakan lepas ni mesti aku dipinggirkan . Result aku macam haktuihhh , walaupun aku ada A tapi disebabkan satu subject pointer aku jatuh .

Mak suruh aku semak balik dekat mpm , aku rasa sedih dan tak tahu nak kata . Moga , ada rezeki aku di semak balik , sebab aku yakin aku akan dapat A mahupun B , mesti something wrong .

Aku macam fed up gila ahhh , pagi ni pagi-pagi lagi aku on website mpm .

Aku dapat rasakan mesti kawan-kawan aku akan pinggirkan aku lepas ni , aku dapat rasakan dunia ketawa aku dah semakin gelap .

Pagi ni mesti kena sound dengan cikgu , aku pasti .

Aku fikir : " mungkin Allah nak uji aku , mungkin Allah nak suruh aku dekat dengan dia "

aku pernah terbaca artikel , bila kita ditimpa musibah , mungkin Allah rindukan kita untuk dekat dengan dia . Ya aku akui , sekarang ni aku dah jarang bangun malam , aku dah jarang join aktiviti keagamaan .

Ya Allah ampunkan aku .




No comments: